You are on page 1of 8

BAB 1: PENGENALAN

KEPADA SAINS
1.2: Penyiasatan Saintifik
Makmal merupakan suatu tempat yang mempunyai
radas untuk menjalankan eksperimen, penyelidikan
dan ujian. Kemalangan dapat berlaku pada bila-bila
masa di dalam makmal dan menjadi kewajipan bagi
murid-murid untuk mematuhi peraturan
keselamatan di dalam makmal.
Peraturan Keselmatan Makmal
 Beberapa peraturan keselamatan makmal yang
perlu dipatuhi oleh murid semasa di dalam makmal
sains ditunjukkan di bawah.
Bahan-bahan Berbahaya
 Jadual menunjukkan beberapa simbol amaran
berbahaya yang biasa dilihat dan contoh beberapa
bahan berbahaya di dalam makmal sains.
Radas Makmal
Penyiasatan Saintifik

Kaedah penyiasatan saintifik ialah suatu kaedah


yang dijalankan mengikut peraturan dan prinsip
sains yang tepat, teratur dan sistematik untuk
membina suatu gambaran tentang alam semula jadi
secara tepat, boleh dipercayai dan tidak hanya
berasaskan kepada pendapat atau anggapan sahaja.
Langkah-langkah dalam Penyiasatan Saintifik
Contoh:
Pernyataan masalah:
Bagaimanakah panjang
suatu bandul
mempengarugi
ayunannya?
Hipotesis:
Semakin panjang bandul,
semakin perlahan
ayunannya.

You might also like