You are on page 1of 22

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian Sains Tingkatan 4

Bab 1: Langkah Keselamatan di dalam Makmal

Tema : Kaedah saintifik


Bidang pembelajaran : Langkah keselamatan dalam makmal
Standard kandungan : Peralatan p erlindungan diri
Standard pembelajaran : Menjelaskan dengan contoh peralatan perlindungan diri serta
fungsinya.
Aktiviti pembelajaran : Membincangkan contoh peralatan perlindungan diri adalah
seperti sarung tangan, baju makmal dan kasut bertutup/kasut
keselamatan, pembilas mata, topeng muka, pencuci tangan,
kebuk wasap, kabinet aliran laminar, kabinet keselamatan
biologi, penyiram kecemasan dan lain-lain.
(Aktiviti 1.1)
Refleksi :

Tema : Kaedah saintifik


Bidang pembelajaran : Langkah keselamatan dalam makmal
Standard kandungan : Pembuangan bahan sisa
Standard pembelajaran :  Menjelaskan dengan contoh bahan yang boleh dibuang ke
dalam singki.
 Mencirikan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam
singki.
Aktiviti pembelajaran : Kategori bahan yang boleh dan yang tidak boleh dibuang ke
dalam singki
(Aktiviti 1.2)
Refleksi :

Tema : Kaedah saintifik


Bidang pembelajaran : Langkah keselamatan dalam makmal
Standard kandungan : Pembuangan bahan sisa
Standard pembelajaran : Mengurus bahan sisa pepejal
Aktiviti pembelajaran :  Guru meminta murid mengenal pasti bahan sisa biologi
yang biobahaya
 Guru meminta murid mencari maklumat mengenai
Prosedur Operasi Standard (POS) tentang pengurusan
baham sisa biologi dan jalankan perbincangan.
(Aktiviti 1.3)
Refleksi :

Tema : Kaedah saintifik


Bidang pembelajaran : Langkah keselamatan dalam makmal
Standard kandungan : Pembuangan bahan sisa
Standard pembelajaran : Berkomunikasi mengenai langkah mengurus kemalangan
dalam makmal
Aktiviti pembelajaran :  Membincang langkah mengurus kemalangan dalam
makmal
 Guru membincangkan tentang simptom keracunan merkuri
(Aktiviti 1.4)
Refleksi :

1
Tema : Kaedah saintifik
Bidang pembelajaran : Langkah keselamatan dalam makmal
Standard kandungan : Pemadam kebakaran
Standard pembelajaran :  Berkomunikasi mengenai jenis pemadam kebakaran.
 Menerangkan kaedah penggunaan pemadam kebakaran.
 Menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan pemadam api bagi:
(a) Jenis kebakaran A, B, C dan D (Jenis pemadam api
ABC adalah untuk semua jenis kebakaran kecuali logam
dan gas yang tidak memungkinkan ledakan)
(b) Warna label dan kandungan pemadam kebakaran
(c) Penggunaan pasir, air dan selimut kebakaran
 Tunjuk cara dan latihan mengenai cara penggunaan
pemadam kebakaran oleh guru.
 Guru meminta murid membentuk kumpulan untuk
menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah.
(Aktiviti 1.5)
Refleksi :

Bab 2: Bantuan Kecemasan


Tema : Kaedah saintifik
Bidang pembelajaran : Bantuan kecemasan
Standard kandungan : Resusitasi kardiopulmonari
(Cardiopulmonary resuscitation, CPR)
Standard pembelajaran :  Menyatakan apakah itu CPR dan situasi yang memerlukan
CPR.
 Menerangkan kepentingan CPR.
Aktiviti pembelajaran :  Guru membincangkan langkah keselamatan yang perlu
diambil kira sebelum melakukan CPR. CPR dilakukan jika
seseorang tidak memberi respons terhadap rangsangan,
tidak bernafas, tiada degupan jantung atau nadi. Situasi ini
berkemungkinan disebabkan oleh serangan jantung, lemas,
renjatan elektrik dan panahan petir.
 Guru membincangkan fungsi dan konsep sains pada setiap
langkah dalam CPR.
(Aktiviti 2.1)
Refleksi :

Tema : Kaedah saintifik


Bidang pembelajaran : Bantuan kecemasan
Standard kandungan : Resusitasi kardiopulmonari
(Cardiopulmonary resuscitation, CPR)
Standard pembelajaran : Mendemonstrasi kaedah CPR.
Aktiviti pembelajaran :  Sesi demonstrasi oleh paramedik untuk menunjukkan
tatacara melakukan CPR
 Guru membincangkan prosedur CPR bagi peringkat umur
yang berbeza
(Aktiviti 2.2)
Refleksi :

2
Tema : Kaedah saintifik
Bidang pembelajaran : Bantuan kecemasan
Standard kandungan : Heimlich Manoeuvre
Standard pembelajaran :  Menerangkan Heimlich Manoeuvre dan kepentingannya.
 Membuat demonstrasi Heimlich Manoeuvre.
Aktiviti pembelajaran :  Guru memberi maksud Heimlich Manoeuvre
 Guru membincangkan kaedah Heimlich Manoeuvre.
(Aktiviti 2.3)
Refleksi :

Tema : Kaedah saintifik


Bidang pembelajaran : Bantuan kecemasan
Standard kandungan : Heimlich Manoeuvre
Standard pembelajaran :  Menerangkan Heimlich Manoeuvre dan kepentingannya.
 Membuat demonstrasi Heimlich Manoeuvre.
Aktiviti pembelajaran : Sesi demonstrasi oleh paramedik untuk menunjukkan tatacara
Heimlich Manoeuvre.
(Aktiviti 2.4)
Refleksi :

Bab 3: Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan


Tema : Kaedah saintifik
Bidang pembelajaran : Teknik mengukur parameter kesihatan badan
Standard kandungan : Suhu badan
Standard pembelajaran :  Mengukur suhu badan menggunakan teknik yang betul
 Menginterpretasi suhu badan
Aktiviti pembelajaran :  Guru memperkenalkan jenis-jenis termometer
 Guru memperkenalkan teknik yang betul dalam
menggunakan beberapa jenis termometer untuk mengukur
suhu badan.
(Aktiviti 3.1)
Refleksi :

Tema : Kaedah saintifik


Bidang pembelajaran : Teknik mengukur parameter kesihatan badan
Standard kandungan : Suhu badan
Standard pembelajaran : Menginterpretasi suhu badan
Aktiviti pembelajaran :  Guru membincangkan faktor yang menyebabkan suhu
badan melebihi suhu normal
 Guru membincangkan faktor yang boleh menyebabkan
suhu badan berada di bawah normal ialah apabila terdedah
kepada keadaan sejuk melampau.
(Aktiviti 3.2)
Refleksi :

3
Tema : Kaedah saintifik
Bidang pembelajaran : Teknik mengukur parameter kesihatan badan
Standard kandungan :  Kadar denyutan nadi
 Tekanan darah
Standard pembelajaran :  Mengenal pasti titik nadi pada badan
 Mengenal pasti alat mengukur tekanan darah
 Mengukur dan merekod tekanan darah
 Menginterpretasi data daripada bacaan tekanan darah
Aktiviti pembelajaran :  Guru membincangkan denyutan nadi terhasil oleh
pengecutan dan pengenduran dinding arteri disebabkan
oleh diastol dan sistol semasa degupan jantung.
 Guru membincangkan alat mengukur tekanan darah.
 Guru memperkenalkan penggunaan sfigmomanometer
digital untuk mengukur tekanan darah dalam unit
millimeter merkuri
(Aktiviti 3.3)
Refleksi :

Tema : Kaedah saintifik


Bidang pembelajaran : Teknik mengukur parameter kesihatan badan
Standard kandungan :  Indeks Jisim Badan
Standard pembelajaran :  Mengira dan menentukan Indeks Jisim Badan.
 Menginterpretasi Indeks Jisim Badan dan membuat
keputusan mengenai tindakan yang perlu diambil
Aktiviti pembelajaran :  Guru meminta murid menjalankan aktiviti untuk mengukur
Indeks Jisim Badan.
(Aktiviti 3.4)
Refleksi :

Bab 4: Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam


Tema : Kaedah saintifik
Bidang pembelajaran : Teknologi hijau dalam melestarikan alam
Standard kandungan : Kelestarian alam sekitar
Standard pembelajaran :  Mendefinisikan dan mewajarkan Teknologi Hijau dalam
kehidupan.
 Menghubung kait kecekapan tenaga dengan Teknologi
Hijau
Aktiviti pembelajaran :  Guru menerangkan tentang Teknologi Hijau
 Guru membincangkan tonggak kelestarian dari aspek
tenaga, ekonomi, sosial dan alam sekitar.
(Aktiviti 4.1)
Refleksi :

4
Tema : Kaedah saintifik
Bidang pembelajaran : Teknologi hijau dalam melestarikan alam
Standard kandungan : Kelestarian alam sekitar
Standard pembelajaran : Mengenal pasti sektor dalam Teknologi Hijau
Aktiviti pembelajaran :  Guru membincangkan sektor-sektor dalam Teknologi
Hijau iaitu:
(a) Tenaga
(b) Bangunan
(c) Pengurusan sisa dan air sisa
(d) Pertanian dan perhutanan
(e) Pengangkutan
(f) Industri pembuatan dan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK)
(Aktiviti 4.2)
Refleksi :

Tema : Kaedah saintifik


Bidang pembelajaran : Teknologi hijau dalam melestarikan alam
Standard kandungan : Sektor Tenaga
Standard pembelajaran :  Memerihalkan isu sosiosaintifik.
 Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga
 Mewajarkan aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani
isu sosiosaintifik sektor tenaga.
Aktiviti pembelajaran :  Guru membincangkan sektor-sektor dalam Teknologi
Hijau dan mengaitkannya dengan isu sosiosaintifik.
(Aktiviti 4.3)
Refleksi :

Tema : Kaedah saintifik


Bidang pembelajaran : Teknologi hijau dalam melestarikan alam
Standard kandungan : Sektor pengurusan sisa dan air sisa
Standard pembelajaran :  Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan
sisa dan air sisa.
 Mewajarkan aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani
isu sosiosaintifk sektor pengurusan sisa dan air sisa.
Aktiviti pembelajaran :  Guru membincangkan:
(a) Isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air
sisa
(b) Faktor yang menyumbang kepada isu sosiosaintifik
dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa
(c) Aplikasi teknologi hijau bagi menyelesaikan isu
sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa
 Guru membincangkan pengurusan sisa dan air sisa di
kawasan pelupusan sampah.
(Aktiviti 4.4)
Refleksi :

5
Tema : Kaedah saintifik
Bidang pembelajaran : Teknologi hijau dalam melestarikan alam
Standard kandungan : Sektor Pertanian dan Perhutanan
Standard pembelajaran :  Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan
perhutanan.
 Mewajarkan aplikasi teknologi hijau dalam menangani isu
sosiosaintifk sektor pertanian dan perhutanan.
Aktiviti pembelajaran :  Guru membincangkan:
(a) Isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan
perhutanan
(b) Faktor yang menyumbang kepada isu sosiosaintifik
dalam sektor pertanian dan perhutanan
(c) Aplikasi teknologi hijau bagi menyelesaikan isu
sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan
 Guru membincangkan pengurusan sektor pertanian dan
perhutanan.
(Aktiviti 4.5)
Refleksi :

Tema : Kaedah saintifik


Bidang pembelajaran : Teknologi hijau dalam melestarikan alam
Standard kandungan : Sektor pengangkutan
Standard pembelajaran :  Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sektor
pengangkutan.
 Mewajarkan aplikasi teknologi hijau dalam menangani isu
sosiosaintifk sektor pengangkutan.
Aktiviti pembelajaran :  Guru membincangkan isu sosiosaintifik dalam sektor
pengangkutan seperti pembebaskan gas rumah hijau boleh
menyebabkan perubahan iklim
 Guru membincangkan contoh pengurusan pengangkutan
menggunakan pengangkutan hijau seperti:
(a) Basikal
(b) Pengangkutan awam
(c) Kereta hibrid
(d) Kereta tenaga solar
(Aktiviti 4.6)
Refleksi :

Bab 5: Genetik
Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup
Bidang pembelajaran : Genetik
Standard kandungan : Pembahagian sel
Standard pembelajaran : Menerangkan gen, asid deoksiribonukleik (Deoxyribonucleic
acid, DNA) dan kromosom dalam nukleus.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan dengan menggunakan illustrasi
multimedia bagi menunjukkan struktur DNA, nukleotida
dan kromosom.
 Memperkenalkan kromosom (autosom dan kromosom
seks)
(Aktiviti 5.1)
Refleksi :

6
Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup
Bidang pembelajaran : Genetik
Standard kandungan : Pembahagian sel
Standard pembelajaran : Membanding dan membezakan mitosis dan meiosis.
Aktiviti pembelajaran :  Menerangkan tentang mitosis.
 Membincangkan peringkat-peringkat mitosis iaitu:
(a) Profasa
(b) Metafasa
(c) Anafasa
(d) Telofasa
 Membincangkan kepentingan mitosis iaitu menghasilkan
sel baharu dan menggantikan sel rosak.
(Aktiviti 5.2)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Genetik
Standard kandungan : Pembahagian sel
Standard pembelajaran :  Membanding dan membezakan mitosis dan meiosis.
 Mewajarkan kepentingan mitosis dan meiosis.
Aktiviti pembelajaran :  Menerangkan tentang meiosis dan kepentingannya.
 Membincangkan pembahagian sel secara meiosis yang
berlaku dua kali untuk menghasilkan empat sel anak.
 Membezakan proses mitosis dan meiosis.
(Aktiviti 5.3)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Genetik
Standard kandungan : Pewarisan
Standard pembelajaran : Menerangkan pewarisan dalam manusia
Aktiviti pembelajaran :  Menerangkan tentang maksud alel dominan dan alel
resesif.
 Membincangkan trait yang dikawal oleh alel dominan dan
alel resesif seperti:
(a) Boleh menggulung lidah (alel dominan)
(b) Rambut lurus (alel resesif)
(c) Tinggi (alel dominan)
(d) Cuping telinga melekap (alel resesif)
(Aktiviti 5.4)
Refleksi :

7
Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup
Bidang pembelajaran : Genetik
Standard kandungan : Pewarisan
Standard pembelajaran :  Menerangkan pewarisan dalam manusia.
 Berkomunikasi tentang mekanisme pewarisan.
Aktiviti pembelajaran :  Berdasarkan Hukum Mendel, tentukan jantina dan
ketinggian anak menggunakan rajah skema.
 Menjalankan aktiviti bagi meramal nisbah genotip dan
fenotip bagi kacukan monohibrid.
 Memperkenalkan generasi F1 dan generasi F2.
(Aktiviti 5.5)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Genetik
Standard kandungan : Mutasi
Standard pembelajaran :  Menjelaskan maksud mutasi dan jenis mutasi.
 Menerangkan dengan contoh penyakit gangguan gen
dengan ciri-cirinya dan kaedah mengesan penyakit
tersebut.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan tentang mutasi gen dan mutasi
kromosom.
 Menerangkan dengan contoh penyakit gangguan gen
dengan ciri-cirinya dan kaedah mengesan penyakit
tersebut.
 Menerangkan kaedah mengesan penyakit gangguan gen
iaitu menggunakan kaedah kariotip dan amniosentesis.
 (Aktiviti 5.6)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Genetik
Standard kandungan : Mutasi
Standard pembelajaran :  Menerangkan dengan contoh faktor yang menyebabkan
mutasi gen dan mutasi kromosom.
 Membincangkan aplikasi penyelidikan genetik dalam
meningkatkan kualiti kehidupan.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan faktor yang menyebabkan mutasi gen dan
mutasi kromosom.
 Membincangkan penyelidikan genetik seperti sains
forensik, terapi gen dan genealogi genetik
(Aktiviti 5.7)
Refleksi :

8
Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup
Bidang pembelajaran : Genetik
Standard kandungan : Teknologi kejuruteraan genetik
Standard pembelajaran : Mewajarkan teknologi kejuruteraan genetik.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan kejuruteraan genetik seperti DNA
rekombinan (penggunaan plasmid), terapi gen dan
organisma termodifikasi genetik (GMO).
 Membincangkan kebaikan dan keburukan kejuruteraan
genetik dalam bidang:
(a) perubatan seperti penghasilan insulin dan enzim
(b) pertanian seperti tomato, kacang soya dan haiwan
ternakan
(Aktiviti 5.8)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Genetik
Standard kandungan : Variasi
Standard pembelajaran : Berkomunikasi mengenai variasi selanjar dan variasi tak
selanjar.
Aktiviti pembelajaran :  Menerangkan maksud variasi selanjar dan variasi tak
selanjar.
 Menyenaraikan contoh-contoh variasi selanjar dan variasi
tak selanjar.
 Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi variasi
selanjar dan variasi tak selanjar.
(Aktiviti 5.9)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Genetik
Standard kandungan : Variasi
Standard pembelajaran : Berkomunikasi mengenai variasi selanjar dan variasi tak
selanjar
Aktiviti pembelajaran : Menjalankan aktiviti untuk mengkaji variasi selanjar iaitu jisim
badan murid.
(Aktiviti 5.10)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Genetik
Standard kandungan : Variasi
Standard pembelajaran : Berkomunikasi mengenai variasi selanjar dan variasi tak
selanjar
Aktiviti pembelajaran : Menjalankan aktiviti untuk mengkaji variasi tak selanjar, iaitu
cap ibu jari murid.
(Aktiviti 5.11)
Refleksi :

9
Bab 6: Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan
Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup
Bidang pembelajaran : Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan
Standard kandungan : Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan haiwan
Standard pembelajaran :  Menjelaskan dengan contoh jenis sokongan pada haiwan.
 Menghubungkaitkan saiz rangka luar dengan pertumbuhan
 Menghubungkaitkan rangka hidrostatik dengan
pergerakan.
Aktiviti pembelajaran :  Menerangkan tentang jenis sokongan dalam haiwan iaitu
rangka luar, rangka dalam dan rangka hidrostatik.
 Membincangkan lengkung pertumbuhan serangga dan
menerangkan metamorfosis yang melibatkan ekdisis.
 Membincangkan bagaimana tekanan bendalir dalam
rongga membantu pergerakan haiwan seperti cacing dan
obor-obor.
(Aktiviti 6.1)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan
Standard kandungan : Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan haiwan
Standard pembelajaran :  Menghuraikan fungsi rangka dalam bagi haiwan
 Mencerakinkan sistem rangka manusia
Aktiviti pembelajaran :  Melabelkan gambar rajah sistem rangka manusia.
 Membincangkan perbezaan fungsi rangka dalam bagi
vertebrata akuatik, vertebrata darat dan burung.
(Aktiviti 6.2)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan
Standard kandungan : Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan haiwan
Standard pembelajaran : Menghubungkait sistem sokongan dengan faktor kestabilan
haiwan.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi
kestabilan haiwan iaitu kedudukan pusat graviti dan
keluasan tapak.
 Membincangkan bagaimana haiwan seperti zirafah, buaya,
kanggaru dan badak sumbu meningkatkan kestabilan
mereka.
(Aktiviti 6.3)
Refleksi :

10
Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup
Bidang pembelajaran : Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan
Standard kandungan : Pergerakan dan pertumbuhan manusia
Standard pembelajaran :  Menerangkan fungsi sendi dan otot dalam dalam
pergerakan
 Menjanakan idea yang masalah berkaitan sendi dan otot
dalam kehidupan harian.
Aktiviti pembelajaran :  Memperkenalkan rawan, tendon, ligamen dan cecair
sinovial serta fungsinya.
 Menjalankan aktiviti pembelajaran berasaskan masalah
tentang:
(a) kecederaan pada sendi dan otot disebabkan oleh aktiviti
fizikal
(b) sakit lutut dalam kalangan warga tua
(Aktiviti 6.4)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan
Standard kandungan : Pergerakan dan pertumbuhan manusia
Standard pembelajaran :  Menerangkan pola pertumbuhan manusia.
 Membanding dan membezakan pola pertumbuhan antara
lelaki dan perempuan
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan peringkat-peringkat pertumbuhan
manusia iaitu:
(a) Bayi
(b) Kanak-kanak
(c) Remaja
(d) Dewasa
(e) Tua
 Membincangkan kadar pertumbuhan lelaki dan perempuan
berbeza berdasarkan umur dan ketinggian mereka.
(Aktiviti 6.5)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan
Standard kandungan : Sokongan, prtumbuhan dn kestabilan dalam tumbuhan
Standard pembelajaran :  Menerangkan sistem sokongan tumbuhan daratan dan
akuatik.
 Menentukan usia tumbuhan berkayu
 Menghubungkait sistem sokongan dan kestabilan dalam
tumbuhan
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan ciri-ciri tambahan yang memberi
sokongan kepada tumbuhan seperti duri, sulur paut, akar
sokong, akar cengkam, akar banir dan batang berongga.
 Membincangkan tumbuhan herba disokong oleh kesegahan
sel kerana batangnya yang lembut, manakala tumbuhan
akuatik disokong oleh daya apungan air.
 Menerangkan kaedah untuk menentukan usia tumbuhan
berkayu berdasarkan bilangan gelang pertumbuhan.
(Aktiviti 6.6)
Refleksi :

11
Bab 7: Koordinasi Badan
Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup
Bidang pembelajaran : Koordinasi badan
Standard kandungan : Sistem endokrin manusia
Standard pembelajaran : Menerangkan sistem endokrin dan fungsinya.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan kelenjar endokrin utama (kelenjar
pituitari, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, pankreas, ovari
dan testis) serta fungsinya.
 Menerangkan hormon antidiuresis (ADH), adrenalina,
insulin, tiroksina, estrogen dan testosteron.
(Aktiviti 7.1)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Koordinasi badan
Standard kandungan : Sistem endokrin manusia
Standard pembelajaran : Menjelaskan dengan contoh punca dan kesan
ketidakseimbangan hormon ke atas kesihatan.
Aktiviti pembelajaran : Membincangkan punca dan kesan gangguan kepada sistem
endokrin seperti berikut:
(a) diabetes insipidus
(b) diabetes melitus
(c) akromegali
(d) kadar metabolisme rendah
(Aktiviti 7.2)
Refleksi :

Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup


Bidang pembelajaran : Koordinasi badan
Standard kandungan : Gangguan kepada koordinasi badan
Standard pembelajaran :  Menerangkan dengan contoh jenis dadah.
 Menaakul mengenai kesan penyalahgunaan dadah dan
alkohol ke atas koordinasi badan dan kesihatan mental.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan contoh dan jenis dadah.
 Membincangkan kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol
ke atas koordinasi badan seperti:
(a) ketidakseimbangan hormone
(b) pertuturan tidak jelas
(c) tindakan refleks yang lambat
(d) hilang keseimbangan badan
 Membincangkan kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol
ke atas kesihatan fizikal dan mental iaitu sirosis hati, ulser
perut, perlakuan ganas, halusinasi dan tidak waras.
 Guru boleh menjemput wakil Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK)/ahli farmasi untuk memberi ceramah
tentang contoh dan kesan penggunaan dadah.
(Aktiviti 7.3)
Refleksi :

12
Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup
Bidang pembelajaran : Koordinasi badan
Standard kandungan : Minda yang sihat
Standard pembelajaran : Mewajarkan keperluan masyarakat yang mempunyai minda
yang sihat.
Aktiviti pembelajaran : Menilai kepentingan mempunyai minda yang sihat terhadap
keluarga, tempat kerja, masyarakat dan negara.
(Aktiviti 7.4)
Refleksi :

Bab 8: Unsur dan Bahan


Tema : Penerokaan unsur dalam alam
Bidang pembelajaran : Unsur dan bahan
Standard kandungan : Asas jirim
Standard pembelajaran : Menerangkan dengan contoh bahan atom, bahan molekul dan
bahan ion.
Aktiviti pembelajaran :  Menerangkan maksud bahan atom, bahan molekul dan
bahan ion berserta contohnya.
 Membincangkan bahan yang dibina oleh zarah atom,
molekul dan ion dalam kehidupan harian.
 Membezakan ciri-ciri bahan atom, bahan molekul dan
bahan ion.
(Aktiviti 8.1)
Refleksi :

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Unsur dan bahan
Standard kandungan : Asas jirim
Standard pembelajaran : Menjelaskan kewujudan unsur dalam pelbagai bentuk.
Aktiviti pembelajaran : Membincangkan kewujudan unsur dalam pelbagai bentuk.
Contohnya unsur ferum wujud sebagai paku (bahan atom),
karat (bahan ion) dan dalam makanan seperti bayam (bahan
molekul).
(Aktiviti 8.2)
Refleksi :

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Unsur dan bahan
Standard kandungan : Jadual Berkala Unsur Moden
Standard pembelajaran :  Mencerakinkan Jadual Berkala Unsur Moden
 Mendeduksikan prinsip susunan unsur dalam Jadual
Berkala Unsur Moden.
Aktiviti pembelajaran : Menghubungkait susunan unsur dengan nombor proton unsur
dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
(Aktiviti 8.3)
Refleksi :

13
Tema : Penerokaan unsur dalam alam
Bidang pembelajaran : Unsur dan bahan
Standard kandungan : Jadual Berkala Unsur Moden
Standard pembelajaran :  Melakar dan menulis susunan elektron unsur dalam
kumpulan.
 Menjelaskan pembentukan ion positif dan ion negatif.
 Mewajarkan pendermaan dan penerimaan elektron untuk
mencapai susunan elektron stabil.
Aktiviti pembelajaran :  Melakar dan menulis susunan elektron unsur dalam
kumpulan
 Membincangkan pembentukan ion positif daripada atom
unsur logam dan pembentukan ion negatif daripada atom
unsur bukan logam.
(Aktiviti 8.4)
Refleksi :

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Unsur dan bahan
Standard kandungan : Isotop
Standard pembelajaran :  Menerangkan isotop dengan contoh.
 Menentukan bilangan proton, bilangan neutron dan
nombor nukleon dalam isotop.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan tentang isotop.
 Membincangkan masalah numerikal berkaitan bilangan
proton, bilangan neutron dan nombor nukleon dalam
isotop.
(Aktiviti 8.5)
Refleksi :

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Unsur dan bahan
Standard kandungan : Isotop
Standard pembelajaran : Berkomunikasi mengenai kegunaan isotop dalam pelbagai
bidang.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan kegunaan isotop dalam pelbagai bidang
seperti:
(a) fosforus-32: Menentukan kadar penyerapan baja fosfat
dalam tumbuhan.
(b) karbon-14: Menentukan usia batuan dan artifak purba.
(c) uranium-235: Menjana tenaga elektrik dalam reaktor
nuclear.
(Aktiviti 8.6)
Refleksi :

14
Bab 9: Kimia Industri
Tema : Penerokaan unsur dalam alam
Bidang pembelajaran : Kimia industri
Standard kandungan : Aloi
Standard pembelajaran : Mentakrif dan memberi contoh aloi berdasarkan komposisi
unsur dalam aloi.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan contoh aloi berdasarkan komposisi unsur
dalam aloi.
 Membincangkan ciri-ciri aloi seperti:
(a) keras
(b) kuat
(c) tahan kakisan
(d) permukaan berkilat
(Aktiviti 9.1)
Refleksi :

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Kimia industri
Standard kandungan : Aloi
Standard pembelajaran : Mewajarkan kegunaan aloi dalam kehidupan harian.
Aktiviti pembelajaran : Membincangkan kegunaan aloi dalam kehidupan harian
seperti:
(a) piuter digunakan untuk membuat bingkai gambar dan piala.
(b) keluli digunakan dalam jambatan dan badan kereta.
(c) duralumin digunakan untuk membuat badan kapal terbang.
(d) gangsa utuk membuat pingat.
(Aktiviti 9.2)
Refleksi :

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Kimia industri
Standard kandungan : Kaca dan seramik
Standard pembelajaran :  Memerihalkan komponen kaca dan seramik.
 Menerangkan dengan contoh aplikasi kaca dan seramik.
 Mewajarkan kesesuaian penggunaan kaca dan seramik
dalam kehidupan harian.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan komponen kaca dan seramik.
 Membincangkan contoh aplikasi kaca dan seramik dalam
kehidupan harian seperti botol, pasu, cermin mata dan gigi
palsu.
(Aktiviti 9.3)
Refleksi :

15
Tema : Penerokaan unsur dalam alam
Bidang pembelajaran : Kimia industri
Standard kandungan : Polimer
Standard pembelajaran :  Menerangkan polimer semula jadi dan polimer sintetik.
 Menerangkan proses pempolimeran penambahan.
Aktiviti pembelajaran :  Menerangkan maksud polimer semula jadi dan polimer
sintetik.
 Membincangkan polimer semula jadi dan polimer sintetik
berserta contohnya.
 Membincangkan proses pempolimeran penambahan.
(Aktiviti 9.4)
Refleksi :

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Kimia industri
Standard kandungan : Polimer
Standard pembelajaran : Berkomunikasi mengenai ciri dan proses pemvulkanan getah.
Aktiviti pembelajaran : Menjalankan aktiviti untuk mengkaji sifat getah asli.
(Aktiviti 9.5)
Refleksi :

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Kimia industri
Standard kandungan : Polimer
Standard pembelajaran : Berkomunikasi mengenai ciri dan proses pemvulkanan getah.
Aktiviti pembelajaran : Menjalankan aktiviti untuk mengkaji:
(a) tindakan asid ke atas lateks.
(b) tindakan alkali ke atas lateks.
(Aktiviti 9.6)
Refleksi :

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Kimia industri
Standard kandungan : Polimer
Standard pembelajaran : Berkomunikasi mengenai ciri dan proses pemvulkanan getah.
Aktiviti pembelajaran : Membincangkan pemvulkanan getah dengan penambahan
sulfur ke atas getah.
(Aktiviti 9.7 )
Refleksi :

16
Bab 10: Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan
Tema : Penerokaan unsur dalam alam
Bidang pembelajaran : Kimia dalam perubatan dan kesihatan
Standard kandungan : Perubatan tradisional, perubatan moden dan perubatan
komplementari
Standard pembelajaran : Menerangkan ciri perubatan tradisional, moden dan
komplementari.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan ciri perubatan tradisional, moden dan
komplementari.
 Membincangkan perubatan tradisional yang masih
diamalkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
(Aktiviti 10.1 )
Refleksi :

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Kimia dalam perubatan dan kesihatan
Standard kandungan : Perubatan tradisional, perubatan moden dan perubatan
komplementari
Standard pembelajaran :  Menerangkan ciri perubatan tradisional, moden dan
komplementari.
 Menerangkan ubat-ubatan yang digunakan dalam
perubatan tradisional, moden dan komplementari.
 Mewajarkan penggunaan perubatan tradisional, moden dan
komplementari.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan contoh ubatan tradisional, moden dan
komplementari.
 Mengelaskan jenis ubat moden kepada analgesik,
antibiotik dan psikoteraputik.
(Aktiviti 10.2 )
Refleksi :

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Kimia dalam perubatan dan kesihatan
Standard kandungan : Perubatan tradisional, perubatan moden dan perubatan
komplementari
Standard pembelajaran : Menaakul mengenai penggunaan ubatan dari sumber semula
jadi dan buatan manusia dalam perawatan dan penjagaan
kesihatan.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan kelebihan dan kekurangan vitamin C
yang terdapat dalam buah-buahan berbanding dengan
vitamin C yang terdapat dalam makanan tambahan
 Menjelaskan tentang kesan sampingan akibat daripada
pengambilan ubatan dari sumber semula jadi dan buatan
manusia
 Membincangkan tentang:
(a) penggunaan ubat tidak mengikut peringkat umur yang
ditetapkan.
(b) pengambilan ubat yang tidak mengikut dos yang
ditetapkan. Contohnya antibiotik, ubat batuk dan
parasetamol.
(Aktiviti 10.3 )
Refleksi :

17
Tema : Penerokaan unsur dalam alam
Bidang pembelajaran : Kimia dalam perubatan dan kesihatan
Standard kandungan : Radikal bebas
Standard pembelajaran :  Mendefinisikan radikal bebas.
 Menaakul mengenai kesan radikal bebas terhadap
kesihatan manusia.
Aktiviti pembelajaran : Membincangkan tentang:
(a) proses pembentukan radikal bebas.
(b) bagaimana radikal bebas boleh terdapat dalam badan.
(c) bagaimana radikal bebas bertindak ke atas sel badan
(Aktiviti 10.4 )

Tema : Penerokaan unsur dalam alam


Bidang pembelajaran : Kimia dalam perubatan dan kesihatan
Standard kandungan : Bahan antioksidan
Standard pembelajaran :  Memerihalkan bahan antioksidan.
 Menerangkan tindakan bahan antioksidan ke atas radikal
bebas.
 Menerangkan maksud bahan aktif dalam produk kesihatan.
Aktiviti pembelajaran :  Menjelaskan tentang bahan antioksidan dan tindakannya ke
atas radikal bebas.
 Menerangkan maksud bahan aktif dalam produk kesihatan.
(Aktiviti 10.5 )

Bab 11: Daya dan Gerakan


Tema : Tenaga dan kelestarian hidup
Bidang pembelajaran : Daya dan gerakan
Standard kandungan : Gerakan linear
Standard pembelajaran : Menerangkan perbezaan antara jarak dan sesaran serta unit
ukuran dalam kehidupan harian.
Aktiviti pembelajaran :  Menerangkan maksud jarak dan sesaran.
 Menjalankan aktiviti pengukuran menggunakan peta untuk
menunjukkan perbezaan antara jarak dan sesaran antara
dua lokasi.
(Aktiviti 11.1)

18
Tema : Tenaga dan kelestarian hidup
Bidang pembelajaran : Daya dan gerakan
Standard kandungan : Gerakan linear
Standard pembelajaran :  Menjelaskan dengan contoh maksud laju, laju purata,
halaju dan pecutan serta unit ukurannya dalam kehidupan
harian.
 Menyelesaikan masalah yang melibatkan laju, laju purata,
halaju dan pecutan dalam kehidupan harian.
 Membezakan jenis gerakan linear
Aktiviti pembelajaran :  Memperkenalkan jangka masa detik iaitu alat yang
digunakan untuk mengukur masa, jarak, laju dan pecutan
gerakan suatu objek dalam makmal.
 Menjalankan aktiviti untuk menentukan laju, laju purata,
halaju dan pecutan objek dengan menggunakan jangka
masa detik.
(Aktiviti 11.2)

Tema : Tenaga dan kelestarian hidup


Bidang pembelajaran : Daya dan gerakan
Standard kandungan : Graf gerakan linear
Standard pembelajaran : Mentafsir jenis gerakan dari graf gerakan linear untuk
menentukan jarak, sesaran, halaju, halaju purata dan pecutan
Aktiviti pembelajaran :  Murid melukis dan mentafsir graf gerakan linear bagi
sesaran-masa.
 Menyelesaikan masalah numerikal berdasarkan graf
gerakan linear.
(Aktiviti 11.3)

Tema : Tenaga dan kelestarian hidup


Bidang pembelajaran : Daya dan gerakan
Standard kandungan : Graf gerakan linear
Standard pembelajaran : Mentafsir jenis gerakan dari graf gerakan linear untuk
menentukan jarak, sesaran, halaju, halaju purata dan pecutan
Aktiviti pembelajaran :  Murid melukis dan mentafsir graf gerakan linear bagi
halaju-masa.
 Menyelesaikan masalah numerikal berdasarkan graf
gerakan linear.
(Aktiviti 11.4)

19
Tema : Tenaga dan kelestarian hidup
Bidang pembelajaran : Daya dan gerakan
Standard kandungan : Pecutan graviti dan jatuh bebas
Standard pembelajaran : Mentafsir graf gerakan untuk objek yang mengalami keadaan
jatuh bebas.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan bentuk graf gerakan bagi suatu objek
yang mengalami keadaan jatuh bebas dalam dua situasi
iaitu::
(a) objek yang dilepaskan dari ketinggian tertentu.
(b) objek yang dilontar ke atas.
(Aktiviti 11.5)

Tema : Tenaga dan kelestarian hidup


Bidang pembelajaran : Daya dan gerakan
Standard kandungan : Jisim dan inersia
Standard pembelajaran :  Menerangkan dengan contoh maksud inersia.
 Berkomunikasi tentang kesan inersia dalam kehidupan
harian.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan maksud inersia dengan mengkaji situasi
dalam kehidupan harian yang menunjukkan kewujudan
inersia.
 Membincangkan situasi yang menunjukkan kesan inersia
yang bermanfaat dan yang memudaratkan kepada manusia.
(Aktiviti 11.6)

Bab 12: Tenaga Nuklear


Tema : Tenaga dan kelestarian hidup
Bidang pembelajaran : Tenaga nuklear
Standard kandungan :  Penggunaan tenaga nuklear
 Penghasilan tenaga nuklear
Standard pembelajaran :  Mewajarkan penggunaan tenaga nuklear bagi negara yang
telah dikenal pasti.
 Memerihalkan penghasilan tenaga nuklear melalui
pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan penghasilan tenaga nuklear melalui
pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus.
 Murid menunjukkan manfaat dan kesan buruk sumber
tenaga nuklear berbanding dengan sumber tenaga lain di
atas kertas putih dalam bentuk peta minda.
(Aktiviti 12.1)

20
Tema : Tenaga dan kelestarian hidup
Bidang pembelajaran : Tenaga nuklear
Standard kandungan : Penghasilan tenaga nuklear
Standard pembelajaran : Memerihalkan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga
nuclear.
Aktiviti pembelajaran : Membincangkan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga
nuklear menggunakan gambar rajah reaktor nuklear.
(Aktiviti 12.2)

Tema : Tenaga dan kelestarian hidup


Bidang pembelajaran : Tenaga nuklear
Standard kandungan : Impak penggunaan tenaga nuklear
Standard pembelajaran :  Menceritakan impak penggunaan senjata nuklear kepada
hidupan dan persekitaran.
 Merumuskan impak ujian nuklear ke atas persekitaran.
Aktiviti pembelajaran :  Membincangkan impak penggunaan senjata nuklear dan
ujian nuklear terhadap hidupan dan persekitaran.
 Menceritakan sejarah pengeboman bom atom di Hiroshima
dan Nagasaki.
(Aktiviti 12.3)

21
22

You might also like