You are on page 1of 3

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH 2020

NAMA : SARAH SABILLAH BINTI IBRAHIM

SEKOLAH : SMK DATO’ BENTARA DALAM

BAHAGIAN A (MAKLUMAT DARIPADA BUKU REKOD MENGAJAR/e-REKOD)


TARIKH 2 MAC 2020
WAKTU 1.40-2.20 PETANG
TINGKATAN 1 AL RAZI
TAJUK UNIT 5 : SERASI BERSAMA
OBJEKTIF Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menulis satu cerita berpandukan isi yang terdapat dalam kotak dialog secara
kreatif dengan bahasa yang menarik. (Sinopsis bab 7 dan 8 daripada kupasan Novel
Sejambak Bakti) menggunakan teknik “CT BRAIN- CEPAT &TANGKAP”

REFLEKSI 20/25 orang pelajar 1 Al Razi dapat menulis semula sinopsis Bab 7 dan 8 daripada
Novel Sejambak Bakti”, hasil daripada aplikasi teknik “CT BRAIN- CEPAT &
TANGKAP” yang dijalankan secara kolaboratif dalam beberapa buah kumpulan
pelajar (PAK 21)

5 orang daripada pelajar kelas ini kurang mencapai objektif untuk menghasilkan
semula sinopsis bab 7 dan 8 Novel Sejambak Bakti kerana lemah dalam penguasaan
fakta dan hafalan. Jika diberikan masa yang lebih lama/panjang,objektif
pembelajaran mungkin dapat dicapai sepenuhnya.

Saya selaku guru mata pelajaran berasa gembira kerana teknik ini dipercayai dapat
membantu para pelajar untuk mengingat dan menghafal kesemua bab dalam novel
ini.

BAHAGIAN B (PELAKSANAAN TINDAKAN YANG DILAKUKAN)


LANGKAH 1

Guru menulis dan membacakan objektif pembelajaran kepada para pelajar. Semua pelajar
dibahagikan kepada 5 kumpulan yang mengandungi pelajar yang berbeza aras kepandaian, ada
pelajar lemah, pelajar sederhana dan pelajar pandai. Kemudian, semua pelajar diberikan masa
selama 10 minit untuk membaca sinopsis bab 7 dan 8 novel Sejambak Bakti.

LANGKAH 2

Selesai sahaja pembacaan secara lansung daripada novel tersebut, teknik “‘CT BRAIN- CEPAT &
TANGKAP” diaplikasikan. Guru mengedarkan satu lembaran kertas yang tertulis 5 kotak dialog seperti
di bawah. Setiap kumpulan akan diminta oleh guru untuk mencari dan mengenal pasti 5 perkataan
penting yang terdapat dalam turutan peristiwa yang terjadi dalam kandungan bab yang dibaca.
Setiap perkataan penting yang dikenal pasti akan menjadi penanda aras untuk sesuatu peristiwa
penting yang berlaku. 5 perkataan penting menandakan 5 peristiwa dalam bab tersebut. Fasa ini
dinamakan sebagai fasa “CEPAT”. Setelah 5 perkataan penting dikenal pasti, pelajar-pelajar perlu
mengisi kelima-lima perkataan di dalam kotak dialog.

Formatmudahlaporankt. Page 1
KOTAK DIALOG BAB 7 –SEMANGAT

3.
2. PUJIAN
1. REBAN
MELAWA AYAM
TELUR
T

4.
MENYE
MAI

5.
BERSAT
U PADU

LANGKAH 3

Langkah ini ialah permulaan untuk fasa “TANGKAP” (mengingat). Setiap kumpulan di beri masa
selama 5 minit untuk mengingat kesemua perkataan penting berserta dengan peristiwa yang berlaku.

Selepas itu, guru menjalankan aktiviti penggiliran supaya semua kumpulan dapat tampil ke depan
dan menulis semula sinopsis bab 7 dan 8 novel Sejambak Bakti berdasarkan kotak dialog yang dibina
bersama ahli kumpulan. Manakala kumpulan lain pula bertindak memberi markah dan penilaian
kepada kumpulan terbabit, dibantu oleh guru sebagai fasilitator. Disini, guru akan melihat dan
menilai keupayaan otak para pelajar untuk mengingat dan pada tahap ini, teknik “CT BRAIN-CEPAT &
TANGKAP” sepenuhnya diaplikasi oleh pelajar-pelajar dan guru secara keseluruhannya. Sebagai
contoh;

Menulis semula sinopsis Bab 7 – Semangat berdasarkan kotak dialog

Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah
telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan
bilik baca. Beliau memberikan pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah
koperasi sekolah itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan
minat berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.

LANGKAH 4

Pembelajaran diteruskan dengan pengaplikasian teknik ini untuk bab 8 pula.

Sebelum Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) ditamatkan, guru memberi latihan pengukuhan
kepada para pelajar untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman pelajar dalam bab yang dipelajari
sebentar tadi. Latihan pengukuhan yang diberikan ialah meminta pelajar menjawab soalan
kefahaman teks berkaitan turutan peristiwa dalam bab-bab ini, yang merangkumi soalan aras
rendah, sederhana dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Formatmudahlaporankt. Page 2
BAHAGIAN C (HASIL PELAKSANAAN)

Hasil penggunaan teknik ini, murid didapati lebih mudah untuk menulis sinopsis bab dalam Novel
Sejambak Bakti tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk mengingat.

Formatmudahlaporankt. Page 3

You might also like