You are on page 1of 14

HIA101 2023

PERANAN SUNNAH SEBAGAI


SUMBER HUKUM
UMAR MUHAMMAD NOOR
MUKADIMAH

• Hadith yang terbukti sahih daripada Nabi adalah wahyu dan sumber
hukum yang kedua sesudah al-Quran.
• Fungsi Sunnah ialah:
1. Mentafsirkan maksud kandungan al-Quran
2. Menterjemahkan hukum al-Quran secara terperinci dalam bentuk
yang dikehendaki Allah
3. Menetapkan hukum yang tidak disebutkan oleh al-Quran
PEMBAHAGIAN SUNNAH MENGIKUT
PERIWAYATANNYA
NO JENIS PENGERTIAN STATUS KESAHIHAN
1 MUTAWATIR Sunnah/hadith yang diriwayatkan oleh Sahih tingkat paling tinggi dan
(‫)ﻣﺗﻭﺍﺗﺭ‬ bilangan perawi yang ramai pada semua mencapai darjat keyakinan
peringkat periwayatan.
2 MASYHUR Sunnah/hadith yang diriwayatkan oleh sedikit Sahih namun lebih rendah
(‫)ﻣﺷﻬﻭﺭ‬ orang pada peringkat awalnya lalu bertambah daripada yang pertama
banyak pada peringkat-peringkat seterusnya
3 AHAD (‫)ﺁﺣﺎﺩ‬ Sunnah/hadith yang diriwayatkan oleh Sahih
bilangan perawi yang tidak mencapai darjat Daif bahkan palsu
mutawatir dan masyhur
PERINGKAT/GENERASI MUTAWATIR MASYHUR AHAD

SAHABAT Bilangan ramai Bilangan Bilangan


(>10) sedikit (>10) sedikit
(>10)

MUTAWATIR, TABIIN Bilangan ramai Bilangan Bilangan


(>10) sedikit (>10) sedikit
MASYHUR, (>10)

AHAD TABI’ TABIIN Bilangan ramai


(>10)
Bilangan
ramai (>10)
Bilangan
sedikit
(>10)

PENGHIMPUN HADITH Bilangan ramai Bilangan Bilangan


(>10) ramai (>10) sedikit
(>10)
ENGKAR SUNNAH/ANTI
HADITH
• Segelintir kalangan menafikan kewibawaan
hadith sebagai hujah dan sumber hukum dalam
Islam.
• Pemikiran ini telah ada pada masa dahulu (Abad
2-10 H) dalam kalangan ahli kalam:
• Muktazilah menolak setiap hadith yang
“bertentangan” dengan al-Quran dan akal.
• Khawarij menolak hadith-hadith mutawatir
seperti hadith rajam dan had meminum arak.
• Syiah Rafidah meragukan ‘adalah semua
sahabat selain penyokong Ali bin Abi Talib.
ENGKAR SUNNAH
MODEN
• Memasuki abad 12/18, Pemikiran anti hadith
kembali menjelma pada abad moden (13/19-
sekarang) di India, Pakistan, Mesir, Amerika dan
Malaysia.
• Di India: Qur’aniyyun, Abdullah al-Jakralawi,
Ghulam Parwez, Khawajah Ahmaduddin al-
Amritsari.
• Di Mesir: Tawfiq Sidqi, Husayn Haykal, Mahmud
Abu Rayyah.
• Amerika: Rashad Khalifa.
KEDUDUKAN ENGKAR SUNNAH
• Aliran Engkar Sunnah menyimpang daripada Ahli
Sunnah. Sebagian ulama terlalu melampau
sehingga menghukum kafir.
• Jalal al-Din Al-Suyuti (m. 911 H) berkata:
• “Ketahuilah, semoga Allah merahmatimu, sesiapa
yang mengingkari kedudukan hadith Nabi s.a.w. -
baik ucapan ataupun perbuatan dengan syarat-
syaratnya yang telah ditetapkan- adalah hujah,
maka ia telah kafir, keluar daripada lingkungan
Islam, dan dihimpunkan bersama Yahudi dan
Nasrani atau golongan kafir yang dikehendaki oleh
Allah.” (Miftah al-Jannah, h. 2).
DALIL KEHUJAHAN SUNNAH

• Dalil kehujahan sunnah sangat banyak.


Antaranya sebagaimana berikut :
1.Dalil daripada al-Quran
2.Dalil daripada Hadith
3.Dalil daripada ijmak
4.Dalil daripada akal 1 dan 2
DALIL AL-QURAN

• Pelbagai ayat al-Quran memerintahkan untuk


mentaati Rasulullah yang wajib dilaksanakan semasa
Nabi hidup hingga hari ini. Cara mentaati Rasulullah
pada hari ini ialah dengan menerima sunnahnya.
• Firman Allah: “Wahai orang beriman, taatilah Allah
dan taatilah Rasul …” (al-Nisa ayat 59)
• “Demi tuhanmu, mereka tidak benar-benar beriman
sehingga mereka merujuk kepadamu dalam hukum
berkenaan perkara yang diperselisihkan lalu mereka
tidak mendapati keberatan dalam hati berkenaan
keputusanmu dan menyerah sepenuhnya.” (al-Nisa
65)
DALIL HADITH

• Pelbagai hadith sahih mewajibkan umat


Islam mentaati perintah dan larangan Nabi
serta berpegang kepada Sunnah baginda.
• Sabda Nabi: “Jika aku melarang sesuatu
maka jauhilah. Jika aku memerintahkan
sesuatu, maka laksanakanlah semampu
kamu.”
• Sabda Nabi: “Berpeganglah kepada
Sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin.”
DALIL IJMAK

• Semua ulama daripada kalangan terdahulu


(Salaf) sepakat menerima sunnah sebagai
sumber hukum.
• Imam Al-Syafii berkata: “Kaum muslimin
telah bersepakat bahawa siapa yang
menjumpai sesebuah hadith, maka ia tidak
boleh meninggalkannya untuk ucapan
manusia lain.”
• Ibn Taymiyyah: “Seluruh umat Islam sepakat
atas kewajipan mentaati Rasulullah.”
DALIL AKAL 1:
AL-QURAN PERLUKAN SUNNAH

• Keterangan Hukum yang terkandung dalam


al-Quran kebanyakannya bersifat umum dan
tidak terperinci. Ia tidak dapat dilaksanakan
melainkan dengan merujuk kepada
keterangan sunnah.
• Contoh:
• Perintah solat, zakat dan haji dalam al-Quran
tidak disertai penjelasan rinci berkenaan
cara, masa dan kadar pelaksanaannya.
DALIL AKAL 2:
KONSEP MAKSUM NABI
• Nabi maksum daripada dosa dan dusta, justeru
semua ucapan baginda adalah benar. Oleh yang
demikian, apabila Nabi mengatakan bahawa
Sunnah memiliki kekuatan hukum yang semisal
dengan al-Quran, maka ucapan ini pastinya
adalah benar.
• Rasulullah bersabda: “Aku telah diberikan al-
Kitab dan yang semisal dengannya.”
• Ibn Hazm: “Wahyu terbahagi dua, iaitu (i) wahyu
yang dibaca dalam ibadah ritual (matlu), dan
wahyu yang tidak dibaca (ghayr matlu).”
RUJUKAN DAN BACAAN
• M. M. Azami. Studies in Hadith Methodology and Literature. USA:
American Trust Publications, 2012.
• Abdul Ghani ‘Abd al-Khaliq. Hujjiyyat al-Sunnah. T.t.
• Mahmood Zuhdi b. Abdul Hamid. Sejarah Pembinaan Hukum Islam.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004.
• Faruq Hamadah. Tatawwur Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah
(Damsyik: Dar al-Qalam, 2007).

You might also like