You are on page 1of 11

SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN

BATU LINTANG

KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI TINGKATAN SATU

KAJIAN GUNA TANAH DI


BANDAR BARU BATU KAWA, KUCHING, SARAWAK

NAMA PENUH : ________________________________


KELAS : 1________
NAMA GURU PEMBIMBING: ______________________

1
SENARAI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka surat

1. Penghargaan

2. Pendahuluan

3. Objektif Kajian

4. Kawasan Kajian

5. Kaedah Kajian

6. Hasil Kajian

7. Rumusan

8. Rujukan

2
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi,
___________________ kerana telah membimbing saya menyiapkan kerja lapangan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas saya kerana membantu saya meyiapkan kerja
lapangan ini iaitu________________ dan _________________.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, iaitu__________
dan ______________ kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu
proses menyiapkan kerja lapangan ini.

PENDAHULUAN
Saya dan rakan-rakan saya telah bekerjasama untuk menjalankan kerja lapangan
tentang Kajian Guna Tanah di Bandar Baru Batu Kawa, Kuching, Sarawak.

Saya mengenal pasti faktor yang mempengaruhi guna tanah dan kesan daripada guna
tanah di kawasan kajian saya, iaitu Bandar Baru Batu Kawa, Kuching, Sarawak.

Selain itu, saya juga mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah
di kawasan kajian tersebut.

Antara sebab pemilihan kawasan kajian ini adalah kerana lokasi Bandar Baru Batu
Kawa merupakan tempat tinggal saya

3
OBJEKTIF KAJIAN
1. Melukis sebuah peta lakar kawasan kajian di Bandar Baru Batu Kawa, Kuching,
Sarawak

2. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi guna tanah di Bandar Baru Batu


Kawa, Kuching, Sarawak.

3. Mengenal pasti kesan guna tanah terhadap alam sekitar di Bandar Baru Batu
Kawa, Kuching, Sarawak.

4. Mencadangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi kesan guna


tanah di Bandar Baru Batu Kawa, Kuching, Sarawak.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Bandar Baru Batu Kawa, Kuching, Sarawak. Saya memilih
kawasan ini kerana jaraknya yang dekat, iaitu hanya 3 km dari rumah saya dan 6 km
dari sekolah saya.

Kawasan perumahan yang terdapat di sekitar kawasan kajian ialah Taman Desa Wira
yang terletak di sebelah barat, Taman Seri Emas dan Rancangan Perumahan Rakyat
(RPR) Batu Kawa yang terletak di sebelah timur, serta Taman Flora yang terletak di
sebelah tenggara.

Bandar Baru Batu Kawa diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbandaran Padawan

4
KAEDAH KAJIAN
1. Kaedah Pemerhatian
Saya telah melawat kawasan kajian saya, iaitu di kawasan Bandar Baru Batu
Kawa, Kuching, Sarawak. Saya telah mengumpul data dan maklumat dari
pemerhatian saya. Maklumat yang diperoleh membantu saya melukis peta lakar
kawasan kajian dengan betul dan tepat.

2. Kaedah Soal Selidik


Saya membuat soal selidik kepada penduduk di kawasan Bandar Baru Batu
Kawa, Kuching, Sarawak untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi guna
tanah, kesan guna tanah dan cadangan untuk mengatasi kesan guna tanah
tersebut.

3. Kaedah Temu Bual


Saya telah menebu bual penduduk di kawasan Bandar Baru Batu Kawa, Kuching
Sarawak untuk mendapatkan maklumat tentang kesan guna tanah di kawasan
kajian saya.

4. Rujukan Internet dan Buku Rujukan Geografi


Saya telah melayari internet dan merujuk bukuk-buku untuk mencari maklumat
tentang kawasan kajian dan maklumat tambahan.

5
HASIL KAJIAN
1. Melukis dan mentafsir peta lakar kawasan kajian di Bandar Baru Batu Kawa,
Kuching, Sarawak.

Tafsiran Peta Lakar Kawasan Kajian

Peta lakar ini menunjukkan kawasan sekitar Bandar Baru Batu Kawa, Kuching,
Sarawak. Di kawasan kajian ini, terdapat kawasan perumahan dan kedai-kedai.

Keadaan bentuk muka bumi yang rata di kawasan kajian ini bersesuaian untuk
pembinaan petempatan dan kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan
perindustrian kecil.

Antara kemudahan yang terdapat di kawasan kajian ini ialah padang untuk
rekreasi, pelbagai kedai untuk membeli-belah dan stesyen Petronas.

6
2. Faktor yang mempengaruhi guna tanah di Bandar Baru Batu Kawa, Kuching,
Sarawak.
 Bentuk muka bumi
Kawasan tanah pamah (tanah rata) di Bandar Baru Batu Kawa, Kuching,
Sarawak sesuai dijadikan tapak kawasan petempatan kerana bebas
daripada risiko tanah runtuh. Pembinaan kedai dan rumah di kawasan
tanah pamah adalah penting berbanding di kawasan tanah tinggi kerana
kos pembinaan lebih murah. Selain itu, kerja-kerja pembinaan bangunan
kedai dan rumah serta penghantaran barangan juga lebih mudah
dilakukan di kawasan tanah pamah.

 Kemudahan nfrastruktur
Kemudahan sedia ada di kawasan Bandar Baru Batu Kawa, Kuching,
Sarawak juga mempengaruhi pembangunan guna tanah kediaman yang
sekali gus memudahkan penduduk untuk melakukan aktiviti seharian.
Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan internet yang tersedia
juga mempengaruhi faktor guna tanah kediaman. Faktor lain termasuk
kemudahan klinik kesihatan, kemudahan rekreasi, jalan raya yang
tersusun, kemudahan parkir kereta yang banyak dan lain-lain.

 Peluang pekerjaan
Kepesatan pembangunan sektor ekonomi moden seperti perniagaan dan
perkhidmatan di kawasan Bandar Baru Batu Kawa, Kuching, Sarawak
telah mewujudkan peluang pekerjaan dan menggalakkan migrasi
penduduk ke kawasan tersebut. Adanya peluang pekerjaan di kawasan
kajian tersebut telah mewujudkan pembangunan guna tanah kediaman
(kawasan perumahan) di kawasan yang berhampiran.

3. Kesan guna tanah terhadap alam sekitar di Bandar Baru Batu Kawa, Kuching,
Sarawak.
 Pencemaran udara / air
Pencemaran udara di kawasan petempatan Bandar Baru Batu Kawa,
Kuching, Sarawak berpunca daripada pelepasan asap kenderaan (seperti
lori, kereta, van) dan asap dari kilang-kilang.
Pencemaran air berlaku disebabkan pembuangan sisa domestik oleh
penduduk di sana ke dalam Sungai Moang Kanan.

 Peningkatan suhu
Penngkatan suhu di kawasan petempatan Bandar Baru Batu Kawa,
Kuching, Sarawak berlaku disebabkan pertambahan bangunan yang
dibina daripada simen dan konkrit. Binaan bangunan menyebabkan haba

7
terperangkap di celah-celah bangunan dan menghalang laluan tiupan
angin. Bahan pencemar seperti asap yang dibebaskan oleh kenderaan
dan kilang menyebabkan peningkatan suhu di kawasan kajian.

4. Cadangan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi kesan guna tanah
di Bandar Baru Batu Kawa, Kuching Sarawak
 Kempen kesedaran dan aktiviti gotong-royong
Keindahan alam sekitar boleh dipelihara dengan mengadakan kempen
kesedaran bagi mendidik penduduk di kawasan Bandar Baru Batu Kawa,
Kuching, Sarawak dalam menjaga alam sekitar.
Selain itu, aktiviti gotong-royong bersama penduduk perlu dilakukan untuk
mengurangkan masalah pencemaran air di Sungai Maong Kanan yang
berpunca daripada pembuangan bahan domestik.

 Menggalakkan aktiviti penanaman pokok


Sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan suhu, kerja-kerja
penanaman pokok boleh dilaksanakan. Penanaman pokok bukan sahaja
bertujuan untuk mencantikkan alam sekitar, malahan dapat meningkatkan
kualiti udara di kawasan Bandar Baru Batu Kawa, Kuching, Sarawak.

RUMUSAN
Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai disiapkan, saya telah menemui beberapa
dapatan yang berkaitan jenis guna tanah di kawasan Bandar Baru Batu Kawa, Kuching,
Sarawak. Hasil dapatan ini dapat membantu saya memahami lebih mendalam tentang
faktor jenis guna tanah di kawasan kajian, iaitu bentuk muka bumi, kemudahan
infrastruktur dan peluang pekerjaan.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai kesan-kesan guna
tanah di kawasan kajian ini iaitu pencemaran dan peningkatan suhu. Berdasarkan
kajian ini, saya turut dapat mengenal pasti cadangan yang efektif bagi mengatasi kesan
tersebut.

RUJUKAN
1. Hisham Azman bin Ibrahim, (2017). Geografi Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Era
Visi Sdn. Bhd.
2. http://www.mysumber.com/pt3-geografi-2017-peta-lakar.html
3. http://www.googlemap.com
4. MJC City Development – Skyvilla Chic Urban Living

8
9
10
11

You might also like