You are on page 1of 39

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/350991191

PERANCANGAN FIZIKAL KONTEMPORARI: BAB 7 PERANCANGAN TAPAK

Book · April 2021

CITATIONS READS

0 2,298

2 authors:

Halmi Zainol Hasnizam Ab Dulhamid


Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi Mara, Malaysia, Perak
80 PUBLICATIONS 127 CITATIONS 15 PUBLICATIONS 11 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Halmi Zainol on 20 April 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PERANCANGAN FIZIKAL
KONTEMPORARI

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 1 5/3/2018 3:51:24 PM


PERANCANGAN FIZIKAL
KONTEMPORARI

HALMI ZAINOL
HASNIZAM AB DULHAMID

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 3 5/3/2018 3:51:24 PM


© Penerbit UiTM, UiTM 2018

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit UiTM,
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
E-mel: penerbit@salam.uitm.edu.my

Penerbit UiTM adalah anggota


MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Dicetak di Malaysia oleh :

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 4 5/3/2018 3:51:24 PM


Perancangan Bab 7
Tapak

pendahuluan

Perancangan alam sekitar bermula daripada perkara asas di dalam proses


membuat keputusan bagi semua pembangunan tapak. Kualiti alam sekitar
dan sumber semulajadi perlu dipelihara supaya ia dapat mengimbangi
aktiviti pembangunan dan persekitaran bagi memenuhi permintaan dan
kepuasan masyarakat. Proses perancangan yang akan dan telah dilaksanakan
adalah merujuk kepadaperancangan tapak. Umumnya, objektif utama di
dalam mendalami proses perancangan tapak adalah untuk mengenal pasti
kepentingan perancangan tapak dalam pembangunan guna tanah, memahami
perancangan tapak dalam pembangunan guna tanah untuk menjadikan
sesebuah tempat itu lebih menarik dan mewujudkan identiti tersendiri
atau daya tarikan sesebuah kawasan dan mengenal pasti tentang prinsip
dan proses yang perlu diambil kira dalam memilih dan menentukan lokasi
pembangunan serta perletakan komponen pembangunan.

Topik ini menjelaskan bahawa setiap keputusan yang dibuat terhadap


aktiviti guna tanah adalah peringkat paling penting, ini kerana setiap
aktiviti yang dilaksanakan perlu dipantau dan dikawal supaya keputusan
yang dibuat tidak akan menjejaskan kualiti alam sekitar serta pengguna.
Perlaksanaan pembangunan yang tidak mengikut perundangan dan peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa boleh memberikan kesan yang
tidak baik kepada sumber semulajadi seperti hutan dan kualiti alam sekitar.
Di samping itu, di dalam perancangan tapak dan perancangan aktiviti guna
tanah, ia secara tidak langsung melibatkan pelbagai bentuk bidang serta
kepakaran yang bertujuan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan setiap
permasalahan yang timbul semasa pembangunan dijalankan.

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 275 5/3/2018 3:51:45 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

KEPENTINGAN PERANCANGAN TAPAK

Istilah perancangan tapak dalam bidang perancangan bandar adalah ‘satu


proses bagi menyusun atur aktiviti pembangunan guna tanah bagi mencapai
matlamat dan objektif utama pembangunan yang telah digariskan’. Menurut
Lynch dan Hack (1984), perancangan tapak dapat dijelaskan sebagai
‘seni di dalam menyusun atur struktur atau ruang tanah, membentuk dan
menyediakan ruang pembangunan, dengan menekankan aspek seni bina
dan perancangan bandar’.

Perancangan tapak juga adalah merujuk kepada proses menentukan


perletakan lokasi elemen dan aktiviti berdasarkan kepada masa dan ruang
yang dimiliki. Selain daripada menyusun atur aktiviti pembangunan guna
tanah, perancangan tapak juga adalah bertujuan untuk menjadikan sesebuah
kawasan tersebut mempunyai nilai-nilai estetik yang menarik di samping
memberi nilai tambah kepada keadaan persekitaran, fungsi serta daya
tarikan.

Ke semua faktor ini akan menjadikan kawasan yang dimajukan lebih


mementingkan aspek kualiti persekitaran dan mempengaruhi cara hidup
pengguna di kawasan tersebut.

Secara umumnya, perancangan tapak akan mengambil kira beberapa


faktor atau aspek utama sebelum sesuatu projek dilaksanakan dan di antara
aspek tersebut adalah seperti analisis tapak kajian yang merangkumi analisis
guna tanah semasa dan analisis guna tanah sekitar, analisis kecerunan dan
kontur, pengumpulan data (data primer dan data sekunder), penggredanserta
kerja-kerja tanah.

Inventori tapak yang lengkap akan menghasilkan sebuah analisis tapak


yang baik sebagai langkah dan persediaan awal kepada perancangan tapak,
proses merencana dan mereka bentuk sebuah bandar. Analisis tapak secara
tidak langsung melibatkan beberapa kaedah utama seperti penyelidikan,
analisis dan sintesis. Ke semua kaedah tersebut adalah berkait rapat dengan
proses penyediaan data-data serta maklumat berkaitan pembangunan dan
kawasan tertentu yang dilihat berpotensi untuk dibangunkan. Lynch dan
Hack (1984), menjelaskan bahawa perancangan tapak adalah peringkat
paling penting dan kritikal di dalam proses perancangan serta perlaksanaan

276

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 276 5/3/2018 3:51:45 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

aktiviti guna tanah. Proses ini mengambil kira tentang faktor utama yang
mempengaruhi kepada kesesuaian perletakan lokasi di dalam sesebuah pelan
tataatur, fungsi sesebuah kawasan yang lebih efektif di samping mengambil
kira faktor guna tanah persekitarannya. Guna tanah persekitaran adalah
elemen yamg mampu memberi pengaruh terhadap pembangunan pada masa
akan datang dari aspek peluang, permintaan, penawaran dan sebagainya.

DEFINISI PERANCANGAN TAPAK

Perancangan tapak merupakan proses dalam menentukan aktiviti guna


tanah ke atas sesebuah kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan dan
bagaimana cara dilaksanakan serta jumlah kos adalah bergantung kepada
pengurusan projek tersebut. Perancangan tapakadalah merujuk kepada:

‘satu seni di dalam menyusun atur elemen persekitaran luaran


bagi menyokong aktiviti harian manusia’. Proses ini melibatkan
perbagai bidang seperti senibina, jurutera, senibina landskap,
perancang bandar dan sebagainya’.
Lynch dan Hack, 1984.

Perkataan seni dalam definisi perancangan tapak adalah merujuk


kepada ‘kreativiti’ dan ‘keunikan’ dalam menyediakan konsep pembangunan
supaya ia lebih menarik, menekankan elemen kepelbagaian dalam menyusun
atur dan perletakan aktiviti serta penggunaan ruang yang sistematik. Setiap
ruang yang dimiliki untuk sesuatu aktiviti pembangunan perlu diguna pakai
sepenuhnya agar perancangan yang dilaksanakan menekakankan prinsip-
prinsip asas pembangunan.

Seseorang juru rancang bandar mempunyai tanggungjawab dalam


memastikan ke setiap pembangunan pada masa akan datang perlu
mengetengahkan konsep dan idea baharu serta membentuk cara dan identiti
tersendiri yang secara tidak langsung akan membentuk imej yang menarik
serta kelainan sesebuah kawasan sepertimana yang diterapkan di Putrajaya,
Menara Berkembar Petronas, Menara Dubai dan lain-lain bangunan
pencakar langit terkemuka dunia.

277

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 277 5/3/2018 3:51:45 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

Selain elemen seni perlu diterapkan dalam pembangunan guna tanah,


faktor lain yang perlu diambil kira adalah faktor persekitaran luaran; yang
berfungsi untuk memastikan elemen sumber semulajadi dan faktor bentuk
muka bumi (kecerunan) bersesuaian dengan aktiviti luar yang dicadangkan
dan mempunyai nilai-nilai estetik yang menarik.

Faktor terakhir yang terlibat dalam seni perancangan tapak, adalah


persekitaran luaran yangmenjadi kunci kepada perancangan tapak dan
pembangunan guna tanah. Faktor persekitaran luaran adalah merujuk kepada
sesuatu elemen pembangunan buatan manusia seperti jalan raya, bangunan,
taman rekreasi untuk kegunaan masyarakat dan memenuhi permintaan
masyarakat. Kesemua elemen yang dinyatakan adalah berdasarkan kepada
kreativiti dan idea manusia dalam mereka bentuk dan mendapat kebenaran
serta kelulusan oleh pihak berwajib (pihak berkuasa tempatan, swasta dan
lain-lain). Selain itu, elemen-elemen tersebut tidak akan wujud dengan
sendirinya sekiranya ia tidak dirancang dengan lebih teliti dan sistematik.

Kerancakan aktiviti pembangunan guna tanah adalah disebabkan


oleh faktor permintaan pasaran yang tinggi terhadap sesuatu elemen
pembangunan seperti perumahan, pusat komersial, kawasan rekreasi dan
sebagainya. Kesemua jenis aktiviti pembangunan ini disediakan adalah
untuk memenuhi permintaan dan menawarkan minat dan keinginan
komuniti. Hasil gabungan antara elemen seni dan faktor persekitaran
luarandi dalam perancangan tapak, setiap aktiviti yang dirancang adalah
bertujuan bagi menyokong aktiviti harian manusiaseharian seperti bekerja,
berehat, berekreasi dan sebagainya. Aktiviti harian manusia boleh berlaku di
kawasan lapang, tasik, hutan dan kawasan pusat bandar; bergantung kepada
jenis aktiviti yang dilakukan. Kesesuaian jenis aktiviti yang dilakukan
adalah bergantung kepada faktor persekitaran fizikal yang selesa, kondusif
dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, tujuan utama pembangunan guna tanah adalah


untuk meningkatkan dan membentuk sebuah pemandangan, imej yang lebih
menarik dan seterusnya menawarkan pelbagai aktiviti bagi menyokong
cara dan corak kehidupan semasa masyarakat, keperluan dan keinginan
masyarakat. Selain itu, pembangunan guna tanah secara tidak langsung akan
menggalakkan aktiviti ekonomi dengan kemasukan pelabur asing untuk
melabur bagi sama-sama membangunkan kawasan baharu sebagai tarikan
baharu kepada masyarakat bagi melakukan aktiviti pada masa lapang.

278

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 278 5/3/2018 3:51:45 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

Rajah 7.1: Putrajaya Pusat Pentabiran Kerajaan


Sumber: https://farm3.staticflickr.com/2810/9118067148_90edf564f4_b.jpg.Akses
26.5.2017.

Elemen ‘seni’: kreatif dan moden yang diterapkan dalam reka bentuk
bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya.

Menurut Lagro (2008), struktur perletakan, susun atur elemen dan


perancangan aktiviti guna tanah adalah melibatkan gabungan antara tiga
dimensi utama iaitu ruang, kesesuaian dan masa. Justeru itu, perancangan
tapak adalah melibatkan pemilihan tentang di mana kawasan yang sesuai
dan tidak sesuai untuk dibangunkan. Perancangan tapak yang mapan dan
sistematik adalah dengan melindungi dan mengekalkan keaslian alam
sekitar dan sumber semulajadi; merupakan langkah dalam mengurangkan
kesan bahaya dan tahap pencemaran terhadap alam sekitar akibat daripada
aktiviti pembangunan yang dijalankan. Secara umumnya, perancangan
tapak adalah proses mempraktikkan antara elemen seni dan sains. ‘Seni’
ialah bagaimana untuk mereka bentuk bangunan, di mana kesesuaian
perletakan lokasi terhadap elemen yang akan dilaksanakan dan ‘Sains’
adalah bagaimana untuk mengaplikasikan ruang dan peluang yang ada untuk
mencapai matlamat dan objektif pembangunan yang telah digariskan pada
awalnya. Di samping itu, perancangan tapak adalah lebih kepada proses
mengadaptasi elemen seni,iaitu dengan bertujuan untuk merancang sesebuah
kawasan dengan penuh aktiviti serta memiliki nilai estetik:

279

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 279 5/3/2018 3:51:45 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

1. Menjadikan sebuah kawasan lebih menarik dan mempunyai nilai


tambah melalui:

(a) Faktor persekitaran yang menarik ia secara tidak langsung akan


memberi kepuasan dan keselesaan kepada masyarakat dan
pengguna;

(b) Kepelbagaian elemen landskap di dalam kawasan pembangunan


akan membentuk elemen dan karakter tersendiri seperti
keharmonian, keindahan dan memiliki kualiti pada tahap yang
terbaik

2. Pengekalan habitat semulajadi dalam usaha untuk mewujudkan


suasana yang lebih selesa dan menarik pengekalan dan pemelihaaran
flora dan fauna di dalam kawasan persekitaran semulajadi sebagai
aset kepada pembangunan pada masa akan datang. Pengekalan boleh
memberikan impka kepada persekitaran untuk:

(a) Membentuk imej atau identiti ‘sense of place’ - sebagai tarikan


utama kepada masyarakat serta kemasukan pelabur asing.

(b) Mengekalkan persekitaran semulajadi daripada sebarang bentuk


pencemaran dan bahaya semasa pembangunan dilaksanakan;
seperti tanah runtuh, hakisan tanah, banjir kilat dan pencemaran.

3. Kemahiran Profesional:menekankan aspek aturan aktiviti harian


manusia, pembentukan bentuk topografi, perancangan sistem saliran,
penyediaan kemudahan aksesibiliti,cuaca persekitarandan kajiselidik -
adalah salah satu cara atau kaedah bagi mencapai keputusan di dalam
pembangunan:

(a) Mencapai matlamat dan objektif pembangunan,

(b) Memenuhi keperluan pentadbiran bagi merealisasikan


permintaan di pasaran,

280

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 280 5/3/2018 3:51:45 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

(c) Mematuhi prinsip-prinsip serta garispanduan perancangan


pembangunan guna tanah sepertimana yang telah ditetapkan
oleh pihak berkuasa tempatan

Setiap tapak pembangunan guna tanah yang wujud samaada buatan


manusia atau semulajadi mempunyai keunikan yang hampir sama, saling
berkait rapat dengan aktiviti yang dirancang. Pemilihan lokasi tapak
pembangunan serta jenis aktiviti guna tanah adalah bergantung kepada
keupayaan tapak atau kawasan tersebut untuk dimajukan dengan pelbagai
aktiviti. Apabila aktiviti pembangunan guna tanah diluluskan, proses
seterusnya adalah menentukan kos pembangunan yang akan dikeluarkan
dengan mengambil kira beberapa faktor seperti masa dan sumber yang
akan digunakan. Justeru itu, perancang bandar akan memulakan proses
menganalisis dan mengenal pasti pengguna pada masa akan datang bagi
memenuhi permintaan pasaran dan kepuasan masyarakat.

Perancangan guna tanah secara umumnya melibatkan proses mereka


bentuk dan membina bangunan, jalan, laluan pejalan kaki dan lain-lain
struktur bangunan. Kesesuaian pemilihan tapak dan jenis pembangunan
adalah bergantung kepada pemahaman dan kekuatan pembangunan
sediada di sekitar tapak pembangunan. Sekiranya keadaan pembangunan
persekitaran tidak dianalisis dan dikenal pasti sepenuhnya, ia secara tidak
langsung akan memberi kesan kepada faktor ekonomi, cara hidup sosial
masyarakat dan kemusnahan kepada ekologi serta ekosistem semulajadi.

Menurut Russ (2002), analisis tapak adalah peringkat paling penting di


dalam proses perancangan dan mereka bentuk. Tujuan utama perancangan
tapak adalah:

1. Pengumpulan atau mendapatkan data utama kajian:

(a) Data yang diperoleh daripada kaji selidik tapak, maklumbalas


responden, tinjauan awal tapak, laporan tahunan, buletin dan
data-data yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan;

(b) Mengenal pasti potensi serta halangan terhadap pembangunan


yang akan dilaksanakan ke atas tapak berkaitan. Adakah
pembangunan hartanah sekitar tapak akan memberi kesan positif

281

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 281 5/3/2018 3:51:45 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

atau sebarang bentuk ancaman kepada cadangan pembangunan


yang telah dibuat?

2. Membuat penilaian ke atas tapak mengikut kesesuaian pembangunan


yang dicadangkan:

(a) Mengenal pasti jenis pembangunan yang sesuai ke atas kawasan


kajian. Adakah tapak kajian lebih kondusif dan bersesuaian
dengan pembangunan yang dicadangkan?

(b) Kajian pasaran – permintaan terhadap aktiviti pembangunan


guna tanah seperti perumahan, pusat bandar, kawasan rekreasi
dan industri.

(c) Mengkaji kesesuaian bentuk muka bumi (analisis kecerunan),


faktor alam sekitar dan pembangunan kawasan sekitar.

3. Mengenal pasti keperluan maklumat tambahan terhadap kajian yang


dilaksanakan melalui Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA), Kajian Kesan
Lalulintas (TIA), Kajian Kesan Sosial (SIA) – jika berkaitan dengan
kajian yang dijalankan.

4. Memahami dengan lebih terperinci tentang keperluan pentadbiran ke


atas permohonan pembangunan seperti proses kelulusan dan permit
bangunan:

(a) Dokumen oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti Kebenaran


Merancang yang tertakluk di dalam Seksyen 21, Akta 172,
Perancangan Bandar Dan Desa 1976.

(b) Pelan Pembangunan – Rancangan Struktur, Rancangan


Tempatan, Dasar serta Polisi Pembangunan.

(c) Garis panduan piawaian perancangan pembangunan guna tanah.

282

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 282 5/3/2018 3:51:45 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

Rajah 7.2: Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan Daerah


Sumber: PLANMalaysia@Perak (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
Negeri Perak, 2015.

Kaedah Pengumpulan Data

Data dapat dikumpul dengan pelbagai cara dan kaedah, namun ia


bergantung kepada jenis kajian yang dijalankan. Kategori data - dua jenis
yang penting dalam perancangan tapak dan pembangunan aktiviti guna
tanah.

Data Sekunder - Data jenis ini boleh diperoleh daripada data sedia
ada seperti buku, jurnal, pelan, laporan teknikal dan lain-lain. Data ini
merupakan data yang telah diolah oleh pihak tertentu mengikut kesesuaian
kajian yang dijalankan.

Data Primer - Dalam mendapatkan data jenis ini, ia memerlukan


penghayatan dan pengetahuan yang luas tentang elemen persekitaran
semulajadi dan sistem budaya lokasi kajian. Pemahaman dan pengetahuan
dalam perlaksanaan pembangunan yang dicadangkan adalah perlu
mengambil kira pembangunan yang berada di sekitar tapak kajian.
Perancangan pembangunan guna tanah pada masa akan datang perlu
mengambilkira keadaan pembangunan semasa.

Analisis tapak yang lengkap dan jelas adalah dengan mengenal pasti isu
dan masalah supaya tapak yang dipilih boleh dibangunkan dengan pelbagai
jenis aktiviti guna tanah. Perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam
analisis tapak adalah faktor pemilihan lokasi; kesesuaian perletakan lokasi

283

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 283 5/3/2018 3:51:45 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

pembangunan yang dicadangkan. Lokasi dalam perancangan tapak adalah


merujuk kepada hubungan antara projek yang dicadangkan dengan komuniti
setempat. Sebagai contoh, pembangunan kawasan pusat bandar akan
mengambil kira tentang akses ke tapak kajian dan aliran trafik yang lancar
(tiada berlaku atau kurang kesesakan), menaik taraf landskap atau perabot
jalan supaya lebih selesa dan selamat untuk digunakan. Namun demikian,
ia berbeza dengan projek pembangunan perumahan. Projek perumahan
lebih menekankan kepada aspek perletakan lokasi kemudahan masyarakat
seperti surau, dewan orang ramai, jarak unit kediaman dengan sekolah,
perkhidmatan kerajaan, tempat kerja, pusat membeli belah, kawasan rekreasi
untuk kegunaan pada masa lapang (Russ, 2002).

PROSES PERANCANGAN TAPAK

Perancangan tapak adalah proses untuk mengenal pasti bentuk atau


kaedah yang bersesuaian yang akan digunakan dalam membangunkan dan
merancang sesebuah kawasan, menentukan program yang bersesuaian dan
menilai keupayaan tapak untuk sesuatu aktiviti pembangunan. Walaupun
keputusan kelulusan pembangunan telah diberikan dan kerja tanah telah
mula dilakukan, setiap program tersebut masih boleh diubah berdasarkan
kepada kesan atau impak yang wujud akibat daripada perlaksanaan projek
tersebut. Lynch dan Hack (1984), menjelaskan bahawa, perancangan tapak
merupakan proses mengorganisasi atau penyesuaian antara faktor elemen
persekitaran fizikal dengan tingkah laku manusia. Ia melibatkan penentuan
lokasi perletakan, kualiti pembangunan yang dilaksanakan, tanah atau
kawasan, aktiviti dan hidupan liar atau semulajadi.

Perancangan dan mereka bentuk sesebuah pembangunan merupakan


satu proses, di mana ia mengikut susunan yang bersesuaian untuk
setiap tindakan dan program yang dicadangkan. Dalam perancangan
tapak, ia melibatkan pelbagai disiplin dalam menyelesaikan masalah
terhadap pembangunan, alam sekitar dan sebagainya; antara bidang yang
terlibat adalah arkitek, arkitek landskap, jurutera dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat atau idea terhadap proses mereka
bentuk perancangan tapak di dalam pembangunan tanah, Simonds (1961)
dan James (2008) menggariskan idea berkaitan dengan proses perancangan
tapak. Menurut Lynch dan Hack (1984), terdapat lapan (8) peringkat utama

284

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 284 5/3/2018 3:51:45 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

dalam kitaran proses perancangan tapak, di antaranya ialah (Rujuk Rajah


7.3).

Mengena lpasti isu dan masalah yang wujud

Menentukan program dan menganalisis tapak dan pengguna

Proses mereka bentuk pelan skematik dan anggaran kos pembinaan

Penyediaan pelan pembangunan yang terperinci dan kos sebenar pembangunan

Penyediaan dokumen kontrak

Pembidaan dan pemberian kontrak

Perlaksanaan projek

Pengurusan dan pemantauan

Rajah 7.3: Langkah Peringkat Utama di dalam Proses Perancangan


Sumber: Lynch dan Hack, 1984.

Perancangan tapak dilihat dapat membentuk corak dan fungsi


kepada setiap elemen seperti ruang dan masa, seterusnya ia akan menjadi
subjek berterusan kepada perubahan dan pengurusan pada masa akan datang.
Hasil teknikal daripada perancangan tapak adalah seperti:

1. Pelan topografi – analisis tapak (menentukan darjah kecerunan yang


bersesuaian/penstrukturan semula permukaan tanah untuk disesuaikan
dengan pembangunan) seperti perumahan, komersial, kawasan
rekreasi, industri, sosial fasiliti dan kawasan lapang,

285

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 285 5/3/2018 3:51:45 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

2. Tatatur penyediaan kemudahan utiliti – jalan raya, sistem saliran,


bekalan elektrik, bekalan air,

3. Lokasi kaji selidik – pembangunan guna tanah semasa dan guna tanah
sekitar (potensi dan pengaruh kepada tapak kajian),

4. Pelan landskap – penyediaan pelan landskap (lembut dan kejur) yang


berperanan sebagai hiasan di kawasan pembangunan – di samping
mewujudkan lebih banyak kawasan hijau bagi menyeimbangkan
antara pembangunan dengan alam sekitar; seterusnya menawarkan
lebih banyak ruang untuk aktiviti manusia semasa masa lapang,

5. Lakaran – penjanaan idea baharu – pembentukan konsep, lokasi,


penyediaan tema pembangunan bagi menampilkan imej tersendiri
bagi sesebuah kawasan.

6. Diagram – Seni di dalam menyusun atur dan penentuan perletakan


lokasi komponen pembangunan; melibatkan kemahiran di dalam
menyusun atur supaya setiap elemen yang disediakan berada pada
lokasi yang terbaik dan sesuai untuk digunakan oleh masyarakat.

286

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 286 5/3/2018 3:51:45 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

Kaji semula
Mengenal pasti
Masalah

Inventori/Analisis
Pengguna Tapak Kaji semula

Program

Kaji semula

Merekabentuk Pelan
Skematik

Penyediaan Pelan
Tata atur

Kaji semula
Dokumen
Kontrak

Bidaan dan
Kontrak

Perlaksanaan

Pemantauan dan
Selenggara

Rajah 7.4: Proses Perancangan Tapak dalam Pembangunan Guna Tanah


Sumber: Lynch dan Hack, 1984.

287

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 287 5/3/2018 3:51:46 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

Perancangan tapak dan proses mereka bentuk adalah proses pelbagai


peringkat (rujuk Rajah 7.5). James (2008) mendefiniskan perancangan tapak
dan proses mereka bentuk adalah seperti berikut:

Penentuan Pemilihan Tapak


Program Projek
Kaji semula
Kaji semula

Inventori Tapak Inventori Tapak Inventori Tapak


(Faktor Fizikal) (Faktor Biologi) (Faktor Budaya)

Kaji semula Kaji semula

Analisis
Tapak

Pembentukan
Pelan Konsep

Pembentukan
Pembangunan

Penyediaan
Dokumen
Pembangunan

Perlaksanaan
Projek

Rajah 7.5 Proses Reka Bentuk Perancangan Tapak


Sumber: James,Rajah
2008. 7.5: Proses Reka Bentuk Perancangan Tapak
Sumber: James, 2008.

288

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 288 5/3/2018 3:51:46 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

Selain itu, menurut Simonds (1961) terdapat enam fasa utama dalam
proses perancangan tapak yang diguna pakai oleh arkitek, landskap arkitek
dan jurutera. Berikut adalah proses yang telah digariskan (rujuk rajah 7.6):

PENTAULIAHAN PENYELIDIKAN ANALISIS SINTESIS PEMBINAAN OPERASI

Definisi Site/User Dokumen Pemeriksaan


Penyelidkan Skematik
Masalah Program Kontrak /Penilaian

Kaji selidik Peluang Konsep Lukisan


Alternatif
Pengumupan Halangan Kaji Semula Kontrak
Data
Program Reka bentuk Spesifikasi
Pembangunan Lengkap
Penerimaan

Rajah 7.6: Proses Perancangan Tapak


Sumber: Simonds, 1961.

PERINGKAT PENYEDIAAN PERANCANGAN TAPAK

Pra Projek

Secara umumnya, dalam pembangunan tanah, klien atau pemohon akan


menentukan projek perancangan tapak. Klien atau pemohon terdiri
daripada pelbagai kategori dan di antaranya adalah seperti individu atau
orang perseorangan, perkongsian, badan korporat, kerajaan persekutuan,
kerajaan negeri atau kerajaan tempatan. Dalam situasi tertentu, klienbebas
untuk memilih firma atau agensi berdasarkan kepada pengalaman dan
reputasi sesebuah organisasi, bidang kepakaran dan perancangan tempoh
perlaksanaan program yang cepat. Pada dasarnya, apabila sesebuah
organisasi telah dipilih oleh klien kontrak akan dikeluarkan untuk
perkhidmatan kepakaran yang diperlukan dan menjelaskan skop tugas yang
akan dilakukan ke atas projek tersebut. Kandungan kontrak perkhidmatan
adalah meliputi aspek skop perkhidmatan, jadual perjalanan perlaksanaan
dan jadual bayaran dan peruntukan keseluruhan projek.

289

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 289 5/3/2018 3:51:46 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

1. Program

(a) Objektif projek dan keperluan penyediaan adalah termasuk


perancangan aktiviti, penentuan kawasan bersesuaian bagi
menentukan perletakan lokasi setiap aktiviti dan ruang atau
fungsi bagi setiap aktiviti yang disediakan.

(b) Lebih fokus terhadap proses analisis dan mereka bentuk aktiviti
seperti perumahan, rekreasi, pelancongan, pemuliharaan,
pembangunan semula dan pengurusan kawasan semulajadi atau
sumber budaya.

(c) Dibangunkan oleh klien itu sendiri atau dengan bantuan daripada
pihak perunding dengan bidang kepakaran yang luas.

(d) Membuat penilaian tentang analisis dan kajian permintaan


masyarakat dan analisis.

(e) Objektif klien dan keperluan daripada projek:


(i) Pengguna utama,
(ii) Ciri-ciri istimewa atau kelebihan projek,
(iii) Rupa bentuk; dan
(iv) Peruntukan untuk penyediaan komponen pembangunan
projek akan datang

Antara sebahagian rupa bentuk pembangunan guna tanah – menyusun


atur elemen pembangunan, elemen hiasan sebagai daya tarikan dan
keselesaan pengguna / masyarakat.

290

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 290 5/3/2018 3:51:46 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

PENILAIAN TAPAK

Pemilihan Tapak

Pembangunan tanah berlaku di dalam dua cara atau keadaan – di


mana ‘clients have a site and choose a program to develop on that site’,
atau ‘clients have a program of intended uses and need a site for those
uses’(Lynch dan Hack, 1984). Bagi setiap tanah yang berada di dalam dan di
luar bandar, ianya mempunyai karakter yang berbeza-beza seperti perbezaan
saiz @ keluasan yang berbeza, rupa bentuk dan konteks. Pemilihan tapak
melibatkan proses mengenal pasti dan menilai tapak; tapak yang terbaik
akan dipilih untuk pembangunan yang dirancang.

Inventori Tapak

Secara keseluruhannya, inventori tapak merupakan proses mengumpul


data-data utama di kawasan kajian. Inventori tapak lebih menjelaskan
dengan terperinci tentang keadaan sebenar kawasan kajian berkaitan dengan
program yang akan dijalankan dari aspek potensi guna tanah semasa, guna
tanah sekitar (pembangunan sediada). Inventori tapak akan menghasilkan
tiga pelan penting di dalam analisis tapak, iaitu pelan faktor fizikal, faktor
biologi dan faktor sosial atau budaya (Rujuk Jadual 1.1). Selain itu,
inventori tapak adalah peringkat paling penting di dalam mengenal pasti
dan memahami tentang karakter sesebuah tapak; dan hubungkait antara
faktor fizikal, biologi, dan budaya di dalam tapak kajian serta pembangunan
sekitar serta landskap.

291

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 291 5/3/2018 3:51:46 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

Jadual 7.1: Contoh Kategori Karakter Yang Boleh di Plot Pada Pelan
Analisis Tapak

Kategori Sub-Kategori Attribut / Faktor

Fizikal Tanah Kapasiti, Kesuburan Tanah


Topografi Keasidan (pH), & Kestabilan
Kecerunan & Aspek
Hydrologi Permukaan sistem saliran
Geologi Struktur Tanah
Keadaan di bawah tanah

Cuaca Pancaran Matahari


& Arah Tiupan Angin
Biologikal Tumbuhan Komuniti Tumbuhan
Spesis Contoh
Spesis pokok luar biasa
Hidupan Liar Spesis hidupan liar yang
terancam dan merbahaya
Budaya Guna tanah Guna tanah Utama
Aktiviti Guna tanah Utama
Perundangan Sempadan politik
Pemilikan tanah
Peraturan guna tanah
Sekatan
pembangunan guna tanah
Utiliti Tapak pelupusan, perparitan,
elektrik, gas dan air
Sirkulasi Peranan jalan raya
(contoh: jalan utama dan
jalan pengumpul) dan
Traffic Volume
Sejarah Bangunan and Mercu tanda
Tapak Arkeologi
Pemandangan Jarak penglihatan,
Kualiti penglihatan,
bau dan habuk

Sumber: Lagro, 2008

292

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 292 5/3/2018 3:51:46 PM


Sejarah Bangunan and Mercu tanda
Tapak Arkeologi
Pemandangan Jarak penglihatan,
Kualiti penglihatan,
bau dan habuk
Sumber: Lagro, 2008
Bab 7: Perancangan Tapak

Faktor
Fizikal

Faktor
Biologikal

Faktor
Budaya

Kesesuaian
Aktiviti Gunatanah

Rajah 7.7 7.7:


Rajah Hubungan antara
Hubungan Faktor
antara FaktorAnalisis KesesuaianAktiviti
Analisis Kesesuaian Aktiviti Guna
Guna Tanah
Tanah
Sumber: Lagro, 2008. Sumber: Lagro, 2008.

Analisis Tapak

Analisis tapak merupakan rumusan yang menjelaskan tentang


kesesuaian tapak kajian untuk perancangan pembangunan akan datang.
Kepelbagaian faktor atau sifat dalam analisis tapak (fizikal, biologi
dan budaya) akan mempengaruhi kepada kesesuaian perletakan serta
pertimbangan di dalam membuat perancangan sesuatu projek. Maklumat
analisis tapak mengandungi pelan inventori tapak yang boleh membentuk
satu atau lebih pelan pembangunan guna tanah mengikut kesesuaian dan
keupayaan tanah (Rujuk Rajah 7.5). Keupayaan tapak untuk sesuatu projek
adalah bergantung kepada aset dan liabiliti atau dalam erti kata lain peluang
dan halangan. Aset (peluang) berkaitan dengan tapak kajian iaitu merujuk

293

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 293 5/3/2018 3:51:46 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

kepada keunikan atau sumber semulajadi yang perlu dilindungi. Aset ini
dapat meningkatkan kualiti tapak, ‘sense of place’di peringkat wilayah
atau masyarakat.

Di samping itu, halangan tapak meliputi aspek pencemaran bahan


kimia yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian. Analisis tapak akan
membantu dalam memastikan faktor persekitaran di kawasan tersebut perlu
dibaik pulih, dan mengemukakan langkah pencegahan yang perlu diambil
bagi melindungi hartanah sedia ada yang berhampiran dengan tapak kajian
daripada sebarang bentuk pencemaran, dan mengenal pasti jenis bangunan
dan kemudahan infrastruktur yang boleh digunakan atau di kitar semula
(Platt & Curran, 2003).

Analisis tapak juga mengambil kira aspek kekangan perundangan


yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti zon guna tanah dan kawalan
pembangunan guna tanah. Kriteria tapak yang berpotensi tinggi boleh
mempengaruhi kepada jenis pembangunan yang akan dijalankan dan secara
tidak langsung membantu pihak perancang untuk membuat keputusan yang
terbaik terhadap pembangunan guna tanah pada masa akan datang tanpa
memberi kesan negatif kepada kualiti persekitaran serta cara hidup sosial
masyarakat.

Selain itu, analisis potensi dan halangan tapak adalah penting untuk
menentukan kawasan yang sesuai untuk pembangunan tanah dan proses
mereka bentuk. Potensi dan halangan tapak juga dapat menjelaskan tentang
kaitan tapak dengan faktor bio-fizikal dan faktor sosio-budaya. Hasil analisis
tapak dapat digunakan untuk melantik profesion lain yang selari dengan
perancang, bagi bersama-sama merancang dan melaksanakan pembangunan
guna tanah, proses bagi mengurangkan serta mengatasi impak daripada
pembangunan yang dilaksanakan (Rujuk Rajah 7.8).

294

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 294 5/3/2018 3:51:46 PM


membantu pihak perancang untuk membuat keputusan yang terbaik terhadap pembangunan gunatanah
pada masa akan datang tanpa memberi kesan negatif kepada kualiti persekitaran serta cara hidup sosial
masyarakat.

Selain itu, analisis potensi dan halangan tapak adalah penting untuk menentukan kawasan yang
sesuai untuk pembangunan tanah dan proses merekabentuk. Potensi dan halangan tapak juga dapat
menjelaskan tentang kaitan tapak dengan faktor bio-fizikal dan faktor sosio-budaya. Hasil analisis tapak
dapat digunakan untuk melantik profesion lain yang selari dengan perancang, bagi bersama-sama
merancang dan melaksanakan pembangunan gunatanah, proses Bbagi mengurangkan serta mengatasi
ab 7: Perancangan Tapak
impak daripada pembangunan yang dilaksanakan (Rujuk Rajah 7.8).

Perundangan Perancangan
(Ketelitian) (Penilaian Pelan Tapak
Kajian )

Analisis Arkitek
Tanah Estet
Tapak Lanskap
(Pembangunan
Tanah) (Perancangan
Tapak )

Jurutera Arkitek
(Pemulihan Alam Sekitar) (Rekabentuk Bangunan)

RajahRajah
7.8 Keperluan Maklumat
7.8: Keperluan Bagi Profesion
Maklumat Lain Dalam
Bagi Profesion Proses
Lain Pembangunan
dalam Proses Guna Tanah
Sumber: James, 2008.
Pembangunan Guna Tanah
Sumber: James, 2008.

PROSES MEREKA BENTUK

Pembentukan Pelan Konsep

Pelan konsep merupakan satu proses menilai, membuat perbandingan


dan mengkaji keupayaan tapak untuk pembangunan. Pembentukan pelan
konsep, merupakan proses yang dilakukan ke atas tapak cadangan mengikut
program yang telah ditetapkan. Pembentukan program yang mapan dan
sistematik adalah berdasarkan kepada keunikan dan keadaan tapak cadangan.
Sebagai contoh faktor topografi, cuaca dan hidrologi merupakan elemen
persekitaran yang paling penting di dalam proses mereka bentuk. Faktor
budaya termasuk elemen sejarah dan keunikan seni bina juga dilihat penting
dalam menentukan reka bentuk pembangunan yang akan dilaksanakan.

Pelan konsep secara umumnya merupakan ‘preliminary idea’


untuk menaiktaraf aktiviti guna tanah dan proses mengorganisasi elemen
komponen pembangunan yang dicadangkan ke atas tapak cadangan. Konsep
pelan, melibatkan penyediaan dan perancangan program guna tanah yang
disediakan dalam bentuk diagram. Laluan pejalan kaki dan aksessibiliti dapat

295

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 295 5/3/2018 3:51:46 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

ditunjukkan dalam pelan dengan menggunakan anak panah, manakala guna


tanah utama atau zon pembangunan digambarkan melalui bentuk bulatan.
Berdasarkan kepada program pembangunan, reka bentuk pembangunan akan
disertai dengan pelan utama, keratan rentas, pelan perspektif 3-Dimensi dan
menjelaskan bagaimana ke setiap elemen pembangunan yang dicadangkan
saling berkait rapat dan mempunyai peranan tersendiri. Berikut adalah
perkara asas di dalam pelan konsep beserta komponen pembangunan yang
perlu disediakan di dalam pelan konsep:

1. Menunjukan maklumat asas tentang susunan ruang dan lokasi terhadap


cadangan komponen pembangunan guna tanah,

2. Merangkumi maklumat tentang fungsi dan hubungan bagi setiap


elemen yang dicadangkan,

3. Menyediakan rangka kerja utama berkaitan dengan pengagihan,


organisasi dan menyusun atur elemen pembangunan,

4. Mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan; jenis


komponen pembangunan (guna tanah utama),

5. Titik permulaan atau pergerakan, sistem sirkulasi/corak lalulintas,

6. Kemudahan utiliti dan infrastrutkur seperti TNB, kawasan lapang,

7. Mengenal pasti dan menentukan kawasan yang tidak boleh


dibangunkan seperti kawasan banjir, rizab hutan, rizab sungai dan
kawasan berkecerunan tinggi,

8. Terdapat faktor utama mengapa pelan konsep perlu disediakan sebelum


penyediaan pelan tatatur terperinci iaitu:

(a) Pelan konsep dapat disediakan dengan lebih mudah dan


tanpa skala dengan jelas berkenaan susun atur komponen
pembangunan.

(b) Lebih efektif, walaupun persembahan pelan berada di dalam


skala yang kecil.

296

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 296 5/3/2018 3:51:46 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

9. Penyediaan ruang pejalan kaki, akses dan ameniti, tempat letak


kenderaan, dan bangunan perkhidmatan merupakan kunci penting
dalam menyusun atur elemen pembangunan. Ke semua elemen ini
berkait rapat dengan kawasan yang menawarkan penyediaan elemen
landskap lembut dan kejur.

10. Lakaran serta imej dapat memberi gambaran awal sebelum prosiding
pelan terperinci dilakukan.

Pelan Konsep – Lukisan Grafik

Pelan konsep menjelaskan maklumat melalui grafik bersama teks/


justifikasi kepada elemen pembangunan dan seterusnya melibatkan tiga jenis
objek geometri iaitu poligon, garisan dan point (Rujuk Jadual 1.2). Nota
tanda juga digunakan dalam pembentukan pelan konsep bagi menjelaskan
maklumat yang berkaitan dengan elemen pembangunan yang dicadangkan.

Jadual 7.2: Contoh Elemen Cadangan dan Sedia Ada dalam Bentuk Grafik
di dalam Pelan Konsep

Kategori Komponen Utama


Kawasan Lapang Kawasan Rekreasi Aktif
Kawasan Rekreasi Pasif
Kawasan Konservasi
Kemudahsampaian Jalan dan pintu masuk
Zon menurunkan penumpang
Tempat Letak Kereta
Kawasan perkhidmatan pemunggahan
barang
Laluan Pejalan Kaki Siar kaki
Pintu masuk bangunan
dan tapak aktiviti
Plaza dan pusat tumpuan lain
Lain-lain Sirkulasi Laluan sikal
Stesen transit @
hentian bas awam
Bangunan @ aktiviti Pelbagai guna
Utiliti Penyediaan paip air
Tapak pelupusan sisa pepejal
Pemandangan Pemandangan yang menarik dari tapak

Sumber: James, 2008.

297

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 297 5/3/2018 3:51:46 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

Zon Pembangunan

Dalam pelan konsep, elemen guna tanah utama yang dicadangkan


dapat digambarkan dalam bentuk zon atau ‘bubbles’. Selain itu, pelan konsep
dapat menunjukkan elemen cadangan pembangunan melalui pecahan zon
dan sempadan aktiviti guna tanah, lokasi perletakan bangunan, corak serta
reka bentuk sistem jalan raya. Selepas penyediaan pelan konsep, cadangan
pembangunan guna tanah akan masuk fasa seterusnya iaitu mereka bentuk
pembangunan sepertimana yang terdapat dalam proses perancangan, di
mana zon atau ‘development pods’ akan dipecahkan kepada bentuk yang
lebih kecil mengikut saiz kawasan dan kawasan tersebut akan direka bentuk
dengan lukisan yang lebih terperinci (Rujuk Rajah 7.9, 7.10 dan 7.12).

Perancangan yang sistematik dan pendekatan analitikal dalam


penyediaan pelan konsep berupaya untuk menghasilkan sebuah
pembangunan dan aktiviti guna tanah yang lebih berkualiti, selesa dan
selamat serta mempertahankan keputusan yang dibuat terhadap perancangan
tapak.

298

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 298 5/3/2018 3:51:46 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

Rajah 7.9: Pelan Konsep Cadangan Penggunaan Ruang


Sumber: Gene, 1988.
Rajah 7.9 Pelan Konsep Cadangan Pengunaan Ruang
Sumber: Gene, 1988.

299

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 299 5/3/2018 3:51:46 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

Rajah 7.10 Contoh Penyediaan Pelan konsep dengan Pengagihan Zon dan Ruang Aktiviti Gu
Rajah 7.10: Contoh Penyediaan Pelan konsep dengan Pengagihan Zon
Tanah
Sumber: Gene, 1988. dan Ruang Aktiviti Guna Tanah
Sumber: Gene, 1988.

300

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 300 5/3/2018 3:51:47 PM


Rajah 7.10 Contoh Penyediaan Pelan konsep dengan Pengagihan Zon dan Ruang Ak
Tanah
Sumber: Gene, 1988. Bab 7: Perancangan Tapak

Rajah 7.11: Pembentukan Pelan Konsep


Sumber: Gene, 1988.

Rajah 7.12 menunjukan pembentukan Pelan Konsep yang melibatkan


pembahagian aktiviti guna tanah berdasarkan ‘bubbles’ atau zon yang kecil
dan komponen pembangunan yang lebih terperinci. Secara keseluruhannya,
rajah di atas menunjukkan tentang kesesuaian perletakan lokasi dan zon
cadangan pembangunan, pelan konsep juga menjelaskan bahawan kawasan
lapang tidak akan dibangunkan dengan sebarang jenis aktiviti pembangunan.

301

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 301 5/3/2018 3:51:47 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

PEMBENTUKAN PELAN KONSEP

Projek/Program Matlamat Komuniti Kesesuaian Tapak


Aktiviti atau guna tanah Rumah mampu milik Faktor dalaman (on-site)
(e.g perumahan, Keselamatan dan (e.g on-site natural and
komersial, industri, kesihatan awam cultural features, potensi
kawasan rekreasi dan Penggunaan tenaga yang dan peluang)
pusat bandar), efisyen Faktor luaran (off-site)
Sirkulasi jalan raya, Perlindungan sumber (e.g mercu tanda, utiliti,
Kawasan lapang (e.g semulajadi (Protect pengangkutan dan guna
kawasan pemeliharaan, natural) dan tanah)
penyediaan kawasan Mempromosikan multi-
lapang) modal sistem
pengangkutan
‘development of local
economy’

PENGETAHUAN, KEMAHIRAN AND NILAI


(Contoh: Design Theory, Graphic Communication, Professional Ethics)

PELAN KONSEP
(Alternatif A, Alternatif B)

Rajah 7.12: Penyediaan Pelan Konsep Mengambil kira Program, Matlamat


Komuniti dan Kesesuaian Tapak
Sumber: James, 2008.

Pelan Skematik

Pelan skematik atau ‘final draft layoutdesign’ dihasilkan adalah


kesinambungan daripada penghasilan pelan konsep seperti yang dinyatakan
dalam proses perancangan tapak. Namun demikian, terdapat beberapa
perubahan dan pertambahan kriteria dalam pelan skematik berbanding pelan
konsep dan di antaranya ialah menggunakan skala yang tepat, dimensi dan
percubaan tepat terhadap pengguna/elemen utama termasuk susun atur
bangunan dan sistem infrastruktur seperti sirkulasi jalan, bekalan elektrik
dan sebagainya.

302

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 302 5/3/2018 3:51:47 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

Perkara paling penting dalam dokumen ini adalah penggunaan skala


yang tepat, komponen program dan tapak yang terperinci dan menyokong
kepada menaiktaraf fungsi tapak.

Kesesuaian tapak atau susun atur bangunan dalam pelan tata atur
adalah berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi semasa kajian
kemungkinan.Peringkat analisis tapak paling penting untuk memastikan
setiap program dan matlamat pembangunan dapat dicapai seperti mana yang
telah dinyatakan di peringkat awal kajian iaitu pelan konsep.

Selain itu, dokumen ini juga menyediakan dimensi kepada susun atur
program dan komponen pembangunan; ia perlu selari dengan matlamat dan
objektif yang disediakan oleh klienserta memenuhi keperluan perundangan
yang telah ditetapkan.

Pelan Tata atur Pembangunan

Pelan konsep atau pelan konsep guna tanah pada dasarnya adalah
proses organisasi cadangan kegunaan tapak. Dengan itu, pembentukan pelan
pembangunan induk atau pelan tapak adalah menjelaskan tentang keadaan
tapak pada masa akan datang. Maklumat terperinci tentang struktur dan
dimensi bangunan, dapat dijelaskan dalam pelan bangunan (Rujuk Rajah
7.13).

303

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 303 5/3/2018 3:51:47 PM


Pelan Tatatur Pembangunan

Pelan konsep atau pelan konsep gunatanah pada dasarnya adalah proses organisasi ca
kegunaan tapak. Dengan itu, pembentukan pelan pembangunan induk atau pelan tapak
menjelaskan tentang keadaan tapak pada masa akan datang. Maklumat terperinci tentang stru
dimensi bangunan,
Perancangan dapat
Fizikal K dijelaskan di dalam pelan bangunan(Rujuk Rajah 7.13)
ontemporari

Pelan KonsepTanah
Akhir

Pelan
Pembangunan
Induk

Pelan
Bangunan


Rajah 7.13: Pelan Induk UtamaDi Dalam Pelan Bangunan
Rajah 7.13: Pelan Induk Utama dalam Pelan Bangunan
Sumber: James, 2001. Sumber: James, 2001.

Pelan tataturadalah pelan terperinci yang perlu disediakan sebagai langkah akhir untuk din
PelanPihak
diluluskan oleh tata atur adalah Tempatan.
Berkuasa pelan terperinci
Selainyang
itu, perlu
pelandisediakan sebagai
tataturadalah sebagai dokumen tera
proseslangkah akhir untuk
merekabentuk dinilai
aktiviti danpembangunan
dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa
gunatanah denganTempatan.
mengambil kira keperluan
Selain itu, pelan tata atur adalah sebagai dokumen terakhir bagi proses
mereka bentuk aktiviti dan pembangunan guna tanah dengan mengambil
kira keperluan teknikal yang bersesuaian untuk memastikan ia mematuhi
keperluan perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Menurut Chapin dan Kaiser (1985), matlamat utama kerajaan tempatan


adalah untuk melindungi keinginan masyarakat. Pihak berwajib perlu
berusaha untuk merealisasikan matlamat pembangunan di dalam empat
kaedah utama, antaranya ialah:

304

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 304 5/3/2018 3:51:47 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

1. Pelaburan awam - pengangkutan dan sistem utiliti dan infrastruktur,


taman dan kawasan lapang,

2. Perundangan – zon dan pecah sempadan, kod bangunan,.

3. Insentif – percukaian, zon tambahan; dan

4. Perancangan Guna Tanah – Pelan komprehensif, pelan menaiktaraf


aktiviti guna tanah.

Secara keseluruhannya, pelan dan polisi adalah untuk menentukan jika,


bila, di mana dan bagaimana pembangunan guna tanah akan dilaksanakan.

Dokumen Perlaksanaan Pembangunan

Peringkat terakhir dalam proses perancangan tapak adalah


perlaksanaan projek. Perlaksanaan projek merupakan proses untuk
mengubah pembangunan tapak atau pelan baik pulih aktiviti guna tanah
dalam bentuk sebenar.

Selain itu, penyediaan dokumen pembangunan perlu disertakan


bersama lukisan atau pelan terperinci beserta justifikasi terperinci berkaitan
elemen pembangunan. Dokumen pembangunan yang lengkap dinyatakan
dengan jelas tentang anggaran kos projek yang akan dijalankan dan
seterusnya digunakan bagi membida projek berkenaan. Pada dasarnya,
dokumen pembangunan akan disertakan bersama pelan pembangunan
termasuk pelan bahagian (section plan), pelan ketinggian (elevation plan)
dan dilampirkan bersama justifikasi atau spesifikasi pembangunan.

Penyediaan dokumen pembangunan mestilah memenuhi perkara yang


terdapat di dalam senarai semak yang telah disediakan; yang bertujuan bagi
memudahkan urusan penyerahan permohonan sebelum kelulusan diberikan
kepada kontraktor yang membida projek tersebut. Menurut pihak berkuasa
tempatan iaitu Unit Pusat Setempat (OSC), dokumen utama yang perlu
disediakan bagi mendapatkan proses kelulusan adalah seperti berikut:

1. Pelan Tata atur, mereka bentuk dengan meletakkan garis sempadan


pembangunan, bangunan, jalan raya, kawasan tempat letak kereta,
laluan pejalan kaki, kemudahan utiliti dan lain-lain elemen berkaitan,

305

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 305 5/3/2018 3:51:47 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

2. Laporan Cadangan Pembangunan (LCP) adalah dokumen tambahan


semasa proses penyerahan pelan permohonan. LCP adalah laporan
bertulis yang menjelaskan dengan terperinci tentang komponen
pembangunan, matlamat, serta objektif pembangunan; dan

3. Laporan teknikal iaitu laporan analisis tapak (kecuraman - penggredan),


pelan topografi dan lain-lain)

Selain itu, tujuan penyediaan dokumen pembangunan adalah untuk


memastikan perlaksanaan projek mengikut keputusan serta syarat-syarat
yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tempatan. Apabila dokumen telah
siap dan keperluan kewangan serta kelulusan diperoleh oleh kontraktor,
maka dengan itu, projek boleh dilaksanakan.

PERLAKSANAAN PROJEK

Kelulusan pembinaan atau kerja tanah dan proses pemantauan di tapak


pembinaan adalah peringkat paling penting, namun ia adalah proses yang
berbeza. Pemantauan di tapak pembinaan adalah tanggungjawab kontraktor
utama dan sub-kontraktor yang terlibat dengan projek pembangunan.
Kontraktor akan menyelia dan memantau projek secara terus di tapak yang
berkemungkinan melibatkan pergerakan tanah, pemansuhan bangunan sedia
ada, jalan raya dan struktur binaan lain.

Pereka bentuk projek sama ada arkitek, arkitek landskap atau jurutera
adalah berkhidmat untuk klienbukan untuk kontraktor. Pihak perunding
akan melindungi keinginan pemilik berdasarkan kepada dokumen kontrak
yang telah disediakan. Pihak pentadbiran yang menilai kontrak projek perlu
memastikan setiap projek yang dilaksanakan perlu disiapkan mengikut apa
yang telah ditetapkan di dalam dokumen pembangunan.

Peringkat perlaksanaan adalah bergantung kepada lokasi dan skop


projek, kelulusan dan permit bangunan yang diperlukan oleh agensi
kerajaan tempatan di peringkat negeri atau wilayah dan peringkat negara.
Akhir sekali, cadangan pembangunan guna tanah mestilah bergantung dan
mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam dokumen yang diluluskan.
Pembangunan projek yang dicadangkan seharusnya bersesuaian dengan
keadaan dan inventori tapak.

306

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 306 5/3/2018 3:51:47 PM


Bab 7: Perancangan Tapak

Analisis tapak merupakan peringkat paling penting untuk menyokong


dan menguatkan dokumen projek pembangunan. Bagi menjamin kejayaan
dalam perlaksanaan projek, pelan pembangunan perlu memenuhi kepuasan
dan keperluan program. Walau bagaimanapun, perlu bertindakbalas terhadap
ciri-ciri fizikal, biologi dan budaya. Justeru itu, pelan pembangunan
perlu memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat dan seterusnya
mengurangkan kesan kepada persekitaran.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, setiap tapak mempunyai identiti dan keunikan


tersendiri dari aspek fizikal, biologi dan budaya. Namun demikian,
sesetengah attribute yang diambil kira dalam aspek berkenaan terhad kepada
keadaan tapak untuk kegunaan tertentu. Perancangan tapak dilakukan oleh
profesion yang berkelayakan untuk mempelbagaikan aktiviti pembangunan
guna tanah dalam memastikan ke semua ruang dan kawasan yang berpotensi
digunakan sebaik mungkin agar lebih berfungsi, mewujudkan nilai estetik
dan persekitaran yang mapan. Pembinaan bangunan, laluan pejalan kaki
atau struktur lain, pembangunan tapak yang mapan adalah melibatkan proses
menaiktaraf dan membaikpulih kemudahan infrastruktur ekologi tapak.

Projek pembangunan tanah pada amnya terbahagi kepada tiga


kategori utama iaitu projek tanpa bangunan seperti kawasan rekreasi,
taman dan kawasan hijau; projek dengan satu jenis bangunan iaitu
seperti projek pembangunan perumahan, industri dan projek melibatkan
satu dan lebih banyak bangunan seperti perancangan pusat bandar dan
pembangunan bercampur. Ketiga-tiga projek ini mempunyai kelebihan
dan implikasi tersendiri terhadap kawasan cadangan. Dengan skala
perlaksanaan projek yang tinggi, secara tidak langsung akan mempengaruhi
kepada peningkatan nilai hartanah, peningkatan terhadap pembangunan
(perumahan), menaiktaraf fungsi serta keadaan persekitaran menjadi lebih
baik dan meningkatkan kualiti hidup manusia. Selain itu, peringkat mereka
bentuk merupakan peringkat asas yang kritikal bagi sesuatu projek yang
dicadangkan. Falsafah bagi cadangan dan pembangunan perlu ada. Reka
bentuk yang baik dapat direalisasikan dengan sempurna apabila kesan jangka
pendek dan jangka panjang apabila sesuatu projek yang dilaksanakan dapat
diatasi. Keperluan reka bentuk dan perancangan pembangunan adalah untuk

307

Perancangan Fizikal Kontemporari.indd 307 5/3/2018 3:51:47 PM


Perancangan Fizikal Kontemporari

kepentingan masyarakat sejagat dengan mengambil kira kepentingan alam


sekitar berbanding dengan keuntungan semata-mata.

308

Perancangan Fizikal
View publication statsKontemporari.indd 308 5/3/2018 3:51:47 PM

You might also like