You are on page 1of 7

Pengenalan

Pengurusan tapak (site management) adalah satu elemen penting dalam


pembinaan bangunan (building construction). Isu ini memainkan peranan yang
penting sebagai pemangkin dalam merealisasikan apa yang tersirat dalam kertaskertas perancangan pembinaan. Dengan pengurusan yang jitu dan padu, hasil yang
memuaskan pasti dapat dicapai.

Pengurus projek merupakan individu yang dilantik dan diberi kuasa untuk
mencorakkan atau mengendalikan sesebuah tapak bina mengikut konsepnya yang
tersendiri tanpa menjejaskan kualiti kerja malahan meningkatkan lagi kualiti kerja
tersebut.

Dalam apa jua bidang, isu pengurusan tidak lagi dipandang remeh terutama
hal yang melibatkan orang awam atau masyarakat. Di mana secara tidak langsung
kebajikan masyarakat akan dapat dipupuk dan terpelihara keharmoniannya. Sistem
pengurusan tapak yang berkualiti akan dapat meningkatkan mutu dan produktiviti
kerja dan pada masa yang sama juga ianya dapat mengurangkan kos pembinaan.

Pengurusan tapak yang baik dapat mengurangkan pembaziran bahan


mentah, tenaga kerja dan masa semasa kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti di tapak
bina, ianya perlu dilaksanakan mengikut jadual perancangan (time schedule) yang
telah ditetapkan, di mana tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya
kelewatan. Kelewatan akan menjejaskan keseluruhan program atau tempoh untuk
menyiapkan sesuatu projek boleh menyebabkan kerugian dan matlamat tidak dapat
dicapai. Di sinilah perancangan, pengawalan dan pengurusan yang sistematik
diperlukan.

1.0 Kerja pembinaan bangunan dan penyeliaannya

Definasi

Projek

Pembangunan yang berbentuk hartanah, industri perlombongan atau


pelancongan, kemudahan dan infrastruktur serta pembangunan
kawasan perindustrian.

Pegawai Penguasa

Pengurus Besar

Pengurus Projek

Pengurus Kanan Perumahan, Pengurus Bahagian Perumahan Komersial,


Pengurus Bahagian Pembangunan Industri

Juru Perunding

Arkitek, Juruukur Bahan, Juruukur Tanah & Jurutera Profesional yang


bertauliah

Pihak Berkuasa

Majlis Bandaraya, Majlis-Majlis Perbandaran dan Majlis-Majlis Daerah

Jabatan Teknikal

Jabatan Kerja Raya, Syarikat Air, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba &
Penyelamat, Indah Water Konsortium, Jabatan Pengairan dan
Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia dan Jabatan
Bandar & Desa

Saliran,
Perancang

Tanggungjawab

Pengurus Kanan Teknikal bertanggungjawab ke atas keseluruhan operasi Bahagian Perkhidmatan


Teknik serta bahagian-bahagian lain yang berkaitan dalam pembangunan projek-projek.
Pengurus Perkhidmatan Teknik akan bertanggungjawab kepada semua aktiviti-aktiviti
penyeliaan pembinaan hingga penyerahan projek siap kepada Pengurus Projek serta
mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan.
Pengurus Projek akan bertanggungjawab mengambil alih projek yang telah diserahkan oleh
Pengurus Perkhidmatan Teknik setelah siap dibina.
Jurutera Awam akan bertanggungjawab membantu Pengurus Perkhidmatan Teknik seperti
berurusan dengan Perunding-perunding dan Jabatan-jabatan Teknikal di dalam hal-hal
pembinaan projek dan juga bertanggungjawab menyelaras, memantau serta menyemak sebarang
ketidakakuran di dalam pembinaan projek.
Pengurus Rekabentuk & Ukurbahan / Jurukur Bahan akan bertanggungjawab berkaitan hal-hal
pentadbiran kontrak pembinaan.
Penolong Jurutera akan bertanggungjawab membantu Jurutera Awam menyelia kerja-kerja
pembinaan sehingga kerja-kerja penyemakan kecacatan selepas tamat tempoh kecacatan.
Jurutenik / penyelia tapak akan bertanggungjawab menyelia kerja-kerja pembinaan projek
sehingga projek siap di samping membantu Penolong Jurutera menjalankan kerja penyemakan
kecacatan selepas tamat tempoh kecacatan serta membantu pihak Jurukur Bahan menyediakan
penialaian kemajuan kerja di tapak bina.

Agihan Tugas, Kuasa dan Tanggungjawab

Pengagihan tugas adalah perlu untuk melincinka lagi perjalanan aktivitiaktiviti. Ia dikhususkan kepada pekerja di tapak binaan sama ada mahir, separuh
mahir dan tidak mahir kepada bidang tugas yang bersesuaian ke tahap yang paling
optima. Tujuan pembahagian tugas ini adalah untuk :
i.
ii.
iii.

Mengelakkan seseorang itu dibebani tugas yang keterlaluan


berbanding orang lain.
Penyerahan kerja hendaklah berdasarkan akademik, pengalaman, usia
dan jantina
Menjelaskan tugas dan mengelakkan timbul salah faham

Pembahagian tugas ini hendaklah disertakan dengan kuasa atau hak


membuat keputusan dan tindakan iaitu sebagai garis panduan kepada ahli-ahli
organisasi. Penjelasan ini adalah untuk menyedarkan mereka tentang apa jawatan
dan tugas yang diserahkan serta apa yang diharapkan oleh organisasi dan
bagaimana untuk melaksanakannya sebaik mungkin.

Komunikasi dan Perhubungan

Komunikasi yang berkesan berupaya menyalurkan pendapat, maklumat dan arahan dengan pantas dalam
pelbagai peringkat kemahiran. Untuk mencapai tahap tersebut, organisasi yang sesuai perlu diwujudkan
dan dilaksanakan. Secara dasarnya, pemilihan komunikasi ini terbahagi kepada lima iaitu :

i.

Komunikasi bertulis

Komunikasi bertulis adalah seperti pelaksanaan aturan projek, memohon data, membuat perakuan dan
bayaran serta membuat laporan bulanan dan sebagainya. Bentuk komunikasi ini biasanya mengikut
cara yang piawai seperti lukisan spesifikasi dan dokumen kontrak yang mana kerja di huraikan
dengan jelas dan ringkas. Ini bertujuan supaya penyelia dan pihak yang terlibat semasa projek siap
memahami sama ada hasil kerja adalah memuaskan atau sebaliknya. Kaedah bertulis ini perlu untuk :
a. Menyatakan mesej dalam perkataan yang jelas dan tepat.
b. Mampu menghasilkan kata-kata yang menarik untuk dibaca.
c. Mampu menyatakan dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan jelas

d. Pemilihan waktu yang sesuai iaitu penyusuanan pentadbiran yang baik untuk penyebaran
e. Menyedarkan tentang batas kemampuan dan pembarisan hanya dalam situasi-situasi yang
sesuai

ii.

Komunikasi lisan secara langsung

Komunikasi lisan secara langsung berguna apabila ia melibatkan hal peribadi, menyelesaikan masalah
dengan pantas dan berkesan serta membuat keputusan. Komunikasi ini sesuai dipraktikkan dalam
organisasi yang kecil kerana jumlah anggota yang sedikit. Ia kerap dilakukan dalam bentuk lisan atau
bersemuka, melalui telefon dan nota bertulis (cepat, cekap dan berkesan). Iaitu tidak bergantung
kepada perkataan sahaja tetapi lebih kepada interaksi spontan dan tindakan yang cepat. Komunikasi
jenis ini perlu untuk :
a.
b.
c.
d.
e.
f.

iii.

Persediaan yang teliti


Kemahiran penyampaian dan komunikasi individu yang baik
Pengetahuan yang luas
Mampu mengawal dan menjawab soalan
Kebolehpercayaan kumpulan
Galakan penyertaan dan penglibatan

Komunikasi lisan tidak langsung

Komunikasi ini terbatas keberkesanannya. Sukar untuk memeriksa individu yang mendengar mesej
dan untuk menyemak pemahaman adalah tidak praktikal. Tidak fleksibel dan tidak dapat disesuaikan
dengan mudah menurut keperluan individu.

iv.

Komunikasi visual

Kaedah melalui penglibatan adalah lebih berjaya berbanding secara pendengaran, sentuhan, hidu dan
rasa.

v.

Komunikasi melalui contoh

Komunikasi yang dimaksudkan ialah berdasarkan contoh peribadi iaitu perantaraan yang berkuasa
membuat seseorang memahami mesej, komunikasi melalui contoh boleh dilakukan dengan :
a. Cara individu berkelakuan di tempat kerja
b. Standard penjagaan dan kebersihan dalam syarikat
c. Cara bagaimana seseorang cenderung membantu orang lain memahami dan mengelak
masalah daripada timbul
d. Belajar bagaimana memahami, berkomunikasi dan mempengaruhi orang lain (komitmen)
e. Patuh pada peraturan, tatacara, system, pengendalian piawai dan amalan
f. Sikap umum yang positif dan berwaspada terhadap kualiti
g. Bagaimana mencetus keghairahan, kebanggan dan keyakinan dalam diri dan organisasi

Semua jenis komunikasi di atas perlu diseimbangkan dan boleh dilaksanakan semasa mesyuarat
yang terdiri daripada perbualan dan pertemuan ringkas kepada kepada persidangan, jawatankuasa,
kumpulan kerja dan mesyuarat projek. Untuk membentuk komunikasi yang berkesan apa yang
perlu adalah :
a.
b.
c.
d.
e.

Ringkas dan berterusan


Anggap satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
Dituju pada individu yang betul dan maksud yang tepat
Interaksi dua hala kedua-dua pihak berpeluang menyuarakan pendapat
Garis komunikasi yang jelas terhadap carta organisasi

Rujukan

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Manual Kualiti MS ISO 9001 : 2008 PMINT


Dokumen Tender atau Dokumen Kontrak
Manual Penyeliaan Pembinaan Cetakan Pertama 1998
Dokumen Pengurusan Penyeliaan Pembinaan
Prosedur Kerja : Pra Kontrak
Prosedur Kerja : Pentadbiran Kontrak
http://www.pmint.gov.my/iso/iso_prosedur/Peny_projek.pdf
http://www.treasury.gov.my/pekeliling/arkib/73-spp052012.pdf

You might also like