You are on page 1of 3

LAPORAN TERKINI BERHUBUNG SURAT PENJELASAN KETIDAKSELARASAN DI DALAM AKAUN PIBG SK

SIOL KANAN OLEH PUAN AGATA ANAK NGAWANG (BENDAHARI PERSATUAN IBU BAPA & GURU)
SK SIOL KANAN, KUCHING

Surat daripada YPD PIBG SK Siol Kanan No Rujukan : SKSK.100-13/1/4 ( ) bertarikh 3 Ogos 2023
adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, saya sebagai penasihat PIBG ingin memaklumkan bahawa suami kepada Pn.
Agata anak Ngawang telah menyerahkan semula sejumlah RM 16,550.00 wang kutipan PIBG bagi tahun
bermula tahun 2020 sehingga 2022 yang tidak dibank in ke dalam akaun PIBG sekolah. Penyerahan ini
telah dibuat pada 4 September 2023 (Isnin) jam 7.35 malam di Pejabat Guru Besar SK Siol Kanan.

En. Stevie Anak Socret (Suami kepada Pn. Agata anak Ngawang) telah hadir untuk menyerahkan wang
sejumlah RM16,550.00 kepada Bendahari Baharu PIBG dan SU PIBG dan disaksikan oleh Guru Besar

Wang sejumlah RM 16,550.00 telah dibank in terus ke akaun CIMB PIBG jam 8.30 malam disaksikan oleh
Guru Besar pada 4 September 2023
Surat Akuan Penerimaan Wang

Resit bank in ke akaun PIBG berjumlah RM16,550.00 pada 4 September 2023


Laporan disediakan oleh :

(ISMAIL BIN HJ. IBRAHIM)


Guru Besar
SK Siol Kanan

Tarikh : 5 September 2023

You might also like