You are on page 1of 1

MPTN.TR.700-2/7/2 Jld.

6 (59)
9 Oktober 2023
23 Rabiulawal 1445H
Pengarah
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu,
Tingkat 1, Bangunan Marina,
Duyong Marina & Resort Pulau Duyong,
21300 Kuala Terengganu
TERENGGANU

YBrs.Tuan,

PERMOHONAN BAGI MENGHANTAR PASUKAN PROMOSI SEMPENA PROGRAM


KENALI TAMAN NEGERI TERENGGANU – NORTH CHAPTER

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu


(MPTN) akan menganjurkan Program Kenali Taman Negeri Terengganu – North Chapter
2023. Program tersebut adalah merupakan satu siri jelajah motosikal berkuasa tinggi
beserta pasukan promosi dalam mempromosikan Taman-Taman Negeri Terengganu di
Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

3. Sehubungan dengan itu, Pentadbiran ini memohon jasa baik pihak YBrs.Tuan agar
dapat menghantar satu (1) pasukan promosi untuk turut serta di sepanjang program ini
sebagaimana aturcara yang dilampirkan. Untuk makluman YBrs.Tuan segala kos penginapan
dan pengangkutan adalah di bawah tanggungan jabatan pihak YBrs.Tuan jua.

4. Oleh yang demikian, pohon perhatian dan pertimbangan Ybrs.Tuan berkaitan


perkara di atas bagi diambil perjalanan seterusnya. Kerjasama yang diberikan amat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA”


“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(SHAHRIZ BIN AHMAD LAILI)


Ketua Penolong Pengarah
b.p Pengarah
Majlis Pengurusan Taman Negeri
TERENGGANU

You might also like