You are on page 1of 1

MAKLUM BALAS JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

KEPADA PEJABAT YANG BERHORMAT MENTERI KERJA RAYA

ULASAN TERHADAP ARTIKEL DI AKHBAR BERITA HARIAN


PADA 12 JUN 2023 (ISNIN)

TAJUK AKHBAR : ANWAR ARAH PROJEK KECIL SELIAAN


JKR DISERAH KE JABATAN LAIN

1. Jabatan ini menyambut baik saranan supaya projek infrastruktur kecil diberikan
pelepasan untuk dilaksanakan sendiri oleh Kementerian Pelanggan. Contohnya
skop membaiki kerosakan kecil sekolah, klinik , parit kecil dan pembaikan pagar
yang tidak melibatkan aspek teknikal yang kompleks serta aspek keselamatan
pembinaan. Ianya juga sejajar dengan arahan di dalam AP 182 dimana
Kementerian/Jabatan/ Agensi (KJA) boleh melaksanakan sendiri kerja-kerja
penyenggaraan membaiki kerosakan kecil yang tidak melibatkan struktur
bangunan atau kerja elektrik yang bernilai tidak melebihi RM 200,000 dengan
mematuhi semua peraturan yang berkuatkuasa.

2. Pelaksanaan projek-projek ini juga mengambil kira keupayaan pihak KJA. Jabatan
juga mengucapkan terima kasih diatas keperhatinan YAB Perdana Menteri dan
berharap agar projek-projek yang diberikan pelepasan dilaksanakan dengan
lancar mengikut amalan terbaik kejuruteraan dan peraturan-peraturan semasa
yang berkuat kuasa.

Jabatan Kerja Raya Malaysia


12 Jun 2023

You might also like