You are on page 1of 1

5.

0 KESIMPULAN

Imam al-Ghazali tidak hanya menggunakan pemikiran akal yang tajam yang telah di
anugerahkan oleh beliau sahaja tetapi beliau menjadikan sumber kekal iaitu al-Quran dan
hadis sebagai pagangan kuat beliau dalam mengetengahkan ilmu pengetahuan falsafah beliau.
Bagi beliau, umat islam wajib menjadikan al-Quran sebagai panduan tetap terhadap sesuatu
perkara yang ingin dilakukan walaupun ilmu pengetahuan berdasarkan fikiran yang difikirkan
itu logik dan sangat munasabah.

Natiljahnya, imam al-Ghazali merupakan seorang cendekiawan islam abad ke-11,


meninggalkan warisan intelektual yang mendalam untuk tradisi keilmuan islam. Karyanya
yang terkenal, ‘Ihya Ulum al-Din’, tidak hanya menpunyai aspek aspek spritualitas, tetapi
juga memberikan sumbangan penting terhadap etika, morallitas, dan pendidikan islam.
Kontrikbusinya membawa dampak jangka panjang dengan memperkuatkan pondasi nilai-
nilai moral dalam pendidikan dan memainkan peran kunci dalam menggabungkan ilmu
agama dengan ilmu pengetahuan.

Beliau juga seorang yang gigih dalam menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Beliau telah memberi sumbangan yang besar dalam tamaddun ilmu. Karya-karyanya menjadi
rujukan sehingga ke hari ini. Seharusnya kita semua ingat bahawa kaedah-kaedah pengajaran
yang diamalkan di seluruh dunia kini adalah berpunca daripada al-Quran dan Sunnah. Daya
pemikiran dan falsafah yang diketengahkan oleh al- Ghazali untuk panduan umat islam amat
menarik para ilmuan islam baik sezaman dengan beliau atau selepasnya. Kehebatan al-
Ghazali juga sangat dikagumi bukan sahaja oleh parailmuan islam tetapi juga oleh orientalis
barat dan penulis-penulis barat. Mereka banyak menulis tentang keunggulan pemikiran yang
dibawa oleh al-Ghazali.

Antaranya ialah Cara De Vaus, J.Wensik dan Obbermana merupakan orientalis barat yang
sangat tertarik dengan teori falsafah Al-Ghazali. Walau bagaimanapun, golongan yang sering
mengikut perkembangan Al-Ghazali ini, sentiasa memberi pandangan dan idea yang
berlainan antara satu sama lain termasuklah B.B. McDonald yang menyifatkan kehebatan Al-
Ghazali sebagai seorang tokoh yang terkenal di dalam dunia ilmuan islam sehingga filosof
terkenal Perancis iaitu Pascal menjadikan Al-Ghazali, sebagai tempat rujukan utama dalam
falsafahnya.

You might also like