You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SMKLB 700-10/5/3( )


Tarikh : 04 November 2023

Pengarah
Petrosains, The Discovery Centre
Petronas Twin Tower,
Level 4, Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS

Dengan segala hormatnya perkara diatas di rujuk.

2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke
Petrosains. Pihak sekolah memilih tempat tuan kerana ingin memberi pengalaman baru kepada murid-murid
tentang keajaiban sains dalam kehidupan seharian.

3. Sehubungan dengan perkara di atas adalah butiran lawatan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 14 Disember 2023


Hari : Khamis
Nama Kumpulan : LeBest Terengganu
Nama Guru Pengiring : Noor Hafifah bt Nordin
No. Tel : 013-9665164
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Jumlah Murid : 62 orang murid (Tingkatan 1,2,3 & 4) & 10 orang guru pengiring

4. Semoga lawatan ini dapat menambah minat murid-murid terutamanya dalam subjek sains
melalui pengalaman mereka ke tempat tuan.

Sekian.

“ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

FIFAH
(Noor Hafifah bt Nordin)
Setiusaha
Lawatan Interaktif
SMK Lembah Bidong

You might also like