You are on page 1of 2

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Tingkatan 3 Usaha, Puan Noor Azizah atas tunjuk ajar dan bantuan beliau bagi saya
menyiapkan produk Transmitter RC Jet ini . Ucapan yang sama ditujukan kepada kedua ibu
bapa saya iaitu Encik Mohd Shahrizan dan Puan Nafizah atas dorongan dan sokongan
mereka sehingga saya berjaya menyiapkan produk ini . Tidak lupa juga kepada sahabat
saya , iaitu Nur Auni , Syazwana dan Hidayatul Husna . Serta semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh saya menyiapkan produk
ini .

ABSTRAK

Produk Transmitter RC Jet ini dihasilkan dengan tujuan mengawal RC Jet dengan mudah ,
terkawal dan memuaskan . Pengguna RC Jet didapati menghadapi kesukaran untuk
mengawal RC Jet kerana Transmitter biasa yang digunakan tidak berfungsi dengan baik dan
memberi rasa ketidakpuasan kepada pengguna . Melalui penyelesain masalah secara
inventif , reka bentuk elektronik , reka bentuk mekanikal serta kawalan dan pengaturcaraan
dipilih untuk digabungkan bagi meghasilkan reka bentuk Transmitter RC Jet . Reka bentuk ini
membolehkan produk mengawal RC Jet dengan mudah , terkawal dan memuaskan .
Laporan ini turut memuatkan langkah-langkah menghasilkan produk . Keputusan yang
diperoleh daripada pengujian dan penilaian yang telah dijalankan membuktikan produk
mampu memenuhi objektif asal penghasilannya . Produk juga mendapat maklum balas yang
positif daripada pengguna yang telah menguji produk ini . Selain daripada itu , laporan ini
turut menyatakan cadangan penambahbaikan bagi memperbaiki kelemahan dan
memantapkan kualiti produk Transmitter RC Jet yang dihasilkan pada masa hadapan .

You might also like