You are on page 1of 2

Bunga (Jawi: ‫ ; بوڠا‬kata ganda: bunga-bungaan ‫بوڠاءن‬-‫ )بوڠا‬atau kembang (Jawi: ‫ )کمبڠ‬ialah

struktur pembiakan untuk tumbuh-tumbuhan dalam divisi Angiosperma. Bunga mengandungi


organ-organ yang menghasilkan biji-biji benih tumbuhan yang baharu melalui pembiakan. Untuk
tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan keturunan yang berikut, dan
bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara
luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang
menjadi buah yang mengandungi biji-biji ini.

Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi
bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek
cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]


Perkataan bunga dijejak daripada akar bahasa Proto-Austronesia *buŋa yang sama
maksudnya. Kata-kata seasal daripada akar ini termasuk vony dalam bahasa
Malagasi dan bungey dalam bahasa Rejang.[1] Perkataan bunga turut dilanjutkan makna kepada
corak atau tanda yang timbul dihasilkan sesuatu benda seperti bunga api.[2][3]

Perkataan kembang dipinjamkan daripada kata Jawa: ꦏꦼꦩ꧀ꦧꦁ , translit. kembang.[3]

Anatomi bunga[sunting | sunting sumber]


Organ-organ yang berlainan dalam tumbuhan berbunga menghasilkan dua
jenis spora pembiakan, iaitu debunga (spora jantan) dan ovul (spora betina). Bagaimanapun,
kedua-dua jenis spora ini berada bersama-sama dalam strobilus (iaitu sekumpulan sporofil yang
kelihatan seakan-akan kon) bisporangiat (terdiri daripada mikrosporofil dan megasporofil) yang
merupakan bunga yang tipikal.

Bunga dianggap sebagai jenis daun yang terubah suai.[4] Buku-buku pada ruas yang pendek
menghasilkan struktur-struktur yang dapat diubah suai untuk menjadi daun. Pada dasarnya,
sebuah struktur bunga terbentuk pada tunas terubah suai atau paksi yang
mempunyai meristem apeks yang tidak bertumbuh secara berterusan. Tangkai
digelarkan pedikel, dan hujungnya mempunyai torus atau pudung. Bahagian-bahagian bunga
diatur dalam bentuk sepusar di sekeliling torus. Terdapat empat bahagian atau sepusar yang
utama (bermula daripada bawah bungga atau buku terendah naik ke atas) seperti berikut:

 kaliks – kelopak yang luar; biasanya, ini berwarna hijau, tetapi kelihatan seolah-olah kelopak
dalam sebilangan spesies;
 korola – semua ranggi; biasanya nipis, lembut dan berwarna-warni untuk menarik serangga
supaya dapat membantu proses pendebungan.
 androesium (daripada bahasa Yunani andros oikia: rumah lelaki) – terdiri daripada satu
atau dua sepusar stamen, dengan setiap stamen merupakan sebatang filamen yang
mempunyai anter pada hujungnya untuk menghasilkan debunga. Debunga
mengandungi gamet jantan.
 ginesium (daripada bahasa Yunani gynaikos oikia: rumah perempuan) – terdiri daripada
satu atau lebih pistil. Karpel ialah organ pembiakan betina yang mengandungi ovari serta
ovul-ovul yang mengandungi gamet betina. Sebatang pistil mungkin terdiri daripada satu
karpel yang tunggal atau sebilangan karpel yang digabungkan bersama-sama untuk
menjadikan satu pistil bagi setiap bunga (bunga yang sebegini
digelarkan apokarpa). Stigma, iaitu bahagian hujung pistil yang lekit, ialah penerima
debunga. Stil, iaitu tangkai yang menyangga stigma, menjadi laluan untuk penumbuhan tiub
debunga dari butir-butir debunga yang terlekat pada stigma ke ovul, dan membawa bahan-
bahan pembiakan.
Tulip - androesium dan ginesium
Penyimpangan daripada p

You might also like