You are on page 1of 8

SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2 2021

Bahagian A (15 Markah)

1. Berikan tiga cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian negara. (3m)

i. Persediaan menghadapi perubahan iklim 1m


ii. Perluasan amalan mesra alam 1m
iii. Pengurusan bahan sampingan atau buangan 1m
iv. Pengurusan sumber manusia yang berkualiti 1m
v. Penghasilan produk makanan yang halal dan selamat 1m

2. Nyatakan empat Inisiatif Pembaharuan Strategik di bawah Model Ekonomi Baru yang
dilancarkan pada tahun 2010. (4m)

i. Memulihkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara. 1m


ii. Membangunkan tenaga kerja tempatan berkualiti dan mengurangkan kebergantungan
kepada pekerja asing. 1m
iii. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing . 1m
iv. Mengukuhkan perkhidmatan sektor awam. 1m
v. Membina infrastuktur bagi membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan 1m

3. Jelaskan dua langkah yang dijalankan oleh kerajaan dalam mensejahterakan kehidupan
rakyat. (4m)

i Meningkatkan pendapatan rakyat/taraf hidup luar bandar. 1m


Melalui usaha bantuan kepada petani, pengusaha IKS dan nelayan 1m

ii Memperluaskan perkhidmatan awam. 1m


Pelbagai kemudahan awam telah disediakan seperti kemudahan pendidikan bagi
melahirkan modal insan yang berkualiti/ perkhidmatan kaunter yang lebih cekap/ dan
kemudahan kesihatan untuk memberi rawatan yang terbaik kepada rakyat. 1m

iii Membanteras jenayah. 1m


Mewujudkan keamanan dan keselamatan yang terjamin supaya rakyat berasa selamat
dalam menjalankan tugas harian dan kehidupan mereka. 1m
iv Menyediakan persekitaran yang bersih dan kurang pencemaran. 1m
Penguatkuasaan telah dijalankan bagi memastikan alam sekitar bebas dari pencemaran
yang akan menjejaskan kesihatan rakyat 1m

v Menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap dan moden. 1m


Pelbagai kemudahan asas telah ditambah dan diperbaiki dari semasa ke semasa seperti
jalan raya, elektrik, dan air untuk kemudahan rakyat di bandar dan luar bandar. 1m

vi Menyediakan peluang pekerjaan yang luas dan upah yang tinggi. 1m


Kerajaan sedaya upaya untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan dengan
menarik pelabur dalam dan luar negeri untuk melabur di Malaysia 1m

4. Empat sifat utama yang diperlukan setiap murid untuk bersaing pada peringkat global
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2012 – 2025 (4m)

i. Pengetahuan 1m
ii. Kemahiran Berfikir 1m
iii. Kemahiran Memimpin 1m
iv. Kemahiran Dwibahasa 1m
v. Beretika dan beragama 1m
vi. Beridentiti Kebangsaan 1m
Bahagian B (20 markah)

Soalan 5
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan peratus perubahan kuantiti buangan terjadual yang diuruskan mengikut
negeri terpilih antara tahun 2011 dengan tahun 2012 dan antara tahun 2012 dengan tahun
2013 di Malaysia.

Jawapan : GRAF BAR POSITIF NEGATIF / GRAF BAR SONGSANG

MALAYSIA : PERATUS PERUBAHAN KUANTITI BUANGAN TERJADUAL


YANG DIURUSKAN MENGIKUT NEGERI TERPILIH ANTARA TAHUN
2011 DENGAN 2012 DAN ANTARA TAHUN 2012 DENGAN TAHUN 2013

Kuantiti Buangan Terjadual (tan metrik) Peratus Perubahan (%)


Negeri
2011 2012 2013 2011-2012 2012-2013
Terengganu 302 641 357 094 413 273 17.99 15.73

Pulau Pinang 194 279 146 637 138 690 -24.52 -5.42

Selangor 212 247 219 981 231 562 3.64 5.26

Sabah 7 054 5 380 8 315 -23.73 54.55

Perlis 1 932 2 503 1 433 29.55 -42.75

Kelantan 1 877 2 013 1 910 7.25 -5.12

( Disesuaikan daripada Kompendium Perangkaan Alam Sekitar 2014,


Jabatan Perangkaan Malaysia, Disember 2014)
Soalan 6
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan di negeri-negeri terpilih dan
pola jumlah Pertubuhan Peladang Kawasan dari tahun 2014 hingga tahun 2016 di Malaysia.

Jawapan : GRAF GABUNG (BAR KOMPAUN DAN GRAF GARIS)

MALAYSIA: BILANGAN AHLI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN


DI NEGERI-NEGERI TERPILIH DAN POLA JUMLAH PERTUBUHAN
PELADANG KAWASAN DARII TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2016

Tahun
Bilangan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (orang)
Negeri
2014 2015 2016
Johor 91 909 94 716 101 890
Pahang 59 526 59 951 62 869
Kedah 53 467 52 707 54 949
Terengganu 37 897 39 632 41 700

Jumlah Pertubuhan
Peladang Kawasan 86 86 86
(buah)

(Disesuaikan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang, 2017)


Bahagian C (25 markah)
Soalan 7
Kelestarian permainan tradisional atau permainan rakyat perlu dikekalkan untuk generasi akan
datang. Namun begitu, permainan sebegini semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Jelaskan
pernyataan ini.

Pengenalan:
Permainan tradisional seperti congkak, gasing, wau, galah panjang, batu seremban dan ting-
ting bulan, mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, ia semakin
dipinggirkan.
Bil Idea Huraian
A Kepentingan melestarikan permainan tradisional
1 Mempertahankan seni warisan • Generasi hari ini dapat memahami dan
bangsa mengetahui sumber permainan tradisional
• Merupakan medium hiburan nenek moyang
kita
• Berbangga mempunyai nilai warisan lama
• Melambangkan identiti dan jati diri sesuatu
bangsa
• Menjadikan aset budaya sesuatu bangsa

2 Mengeratkan silaturrahim • Mementingkan semangat berpasukan dan


bertolak ansur semasa bermain
• Kebanyakan permainan tradisional ini
(congak, gasing, batu seremban, cari cucu)
dimainkan secara berpasangan atau
berkumpulan
• Mewujudkan persefahaman seterusnya
mengukuhkan ikatan persaudaraan
• Mewujudkan perpaduan dan kemesraan antara
kaum.
3 Mengisi masa lapang dengan aktiviti • Masa senggang remaja dapat diisi dengan
yang bermanfaat aktiviti yang dapat mencerdaskan minda dan
mencergaskan anggota badan semasa bermain
• Permainan ini bebas daripada elemen
keganasan dan menyeronokkan
• Membentuk disiplin diri yang tinggi melalui
peraturan, permainan yang perlu dipatuhi
• Mengurangkan gejala sosial
4 Melahirkan generasi yang kreatif dan • Ada sesetengah permainan tradisional ini telah
inovatif diubah suai dan dimodenkan dari segi
peralatan dan peraturannya
• Menghasilkan peralatan/ perkakasan yang
lebih menarik dan senang dibawa ke merata
tempat
• Penampilan baru ini merangsang daya
kreativiti dan inovasi dalam permainan
tradisional
B Faktor dipinggirkan
5 Tiada pendedahan • Generasi hari ini tidak didedahkan dengan cara
bermain permainan tradisional(tidak tahu cara
bermain)
• Tiada tujuk ajar daripada ibu bapa atau
generasi yang lebih tua
• Sikap generasi baru tidak ingin mencuba
6 Persaingan daripada permainan • Pelbagai permaian moden yang menarik di
moden pasaran ( sahibba, catur, tenis, permainan
video)
• Permainan moden dianggap lebih mencabar,
lasak dan lebih berprestij
• Permaian moden lebih disukai kerana
dianggap sesuatu yang baru dan sentiasa
diperbaharui
7 Tiada nilai komersial • Permainan tradisional tidak menguntungkan
berbanding permainan moden seperti bola
sepak, tenis dan golf.
• Permainan moden dapat menjana pendapatan
lumayan
• Tiada penaja untuk mengetengahkan
permainan ini kecuali sepak takraw
8 Hubungan kemasyarakatan yang • Hal ini kerana kebanyakan permainan ini
semakin longgar memerlukan sekumpulan orang untuk bermain
• Kekurangan ahli untuk bermain terutama di
kawasan bandar
• Masyarakat tidak mengenali jiran dan kini
lebih suka berkurung di rumah daripada
bergaul dengan jiran tetangga
9 Kurang tenaga pakar untuk membuat • Untuk membuat wau misalnya kita perlukan
peralatan permainan kepakaran dan kemahiran baik dari segi
mencari bahan ataupun membuat permainan
tersebut
• Untuk membuat congkak dan gasing seseorang
memerlukan kayu yang bermutu
• Kesilapan dalam memilih bahan atau membuat
alat permainan tersebut menyebabkan
permainan seperti wau, tidak melayang di
udara
Kesimpulan
Permainan tradisional merupakan pusaka bangsa yang harus diketengahkan oleh negara demi
mencorakkan Malaysia dengan pelbagai permainan rakyat. Usaha-usaha untuk
mengetengahkan harus dirancang oleh pelbagai pihak termasuk kalangan ibu bapa.
Kombinasi Jawapan : 2+3 / 3+2
Soalan 8
Penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan semua
warganegara Malaysia. Jelaskan

Pengenalan
Rukun Negara merupakan ideologi yang dibentuk bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang
mengamalkan nilai-nilai mulia.

Kepentingan Penghayatan dan Huraian


Pengamalan

1. Membentuk perpaduan rakyat ⚫ Menjadi panduan kepada rakyat pelbagai kaum


untuk membentuk perpaduan yang lebih erat
⚫ Menjadikan Rukun Negara sebagai pegangan
untuk hidup bersama secara harmoni
⚫ Mewujudkan perasaan saling menghormati
dan bertolak ansur
⚫ Bekerjasama dalam menghadapi cabaran

2. Membentuk jiwa patriotik ⚫ Mendidik rakyat Malaysia supaya mepunyai


semangat patriotik yang tebal dan kental
⚫ Melahirkan rakyat yang sanggup berkorban
mempertahankan kedaulatan negara
⚫ Mengutamakan kepentingan negara
berbanding kepentingan peribadi dan
kelompok tertentu
⚫ Memelihara keamanan dan kemakmuran
negara

3. Membentuk rakyat berintegriti ⚫ Membentuk jiwa tenang dan keutuhan rohani


dan budi pekerti yang luhur
⚫ Mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan,
berdisiplin dan berakhlak
⚫ Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan serta
Kesopanan dan Kesusilaan boleh membentuk
rakyat berintegriti

4. Mencipta sebuah masyarakat ⚫ Setiap orang adalah sama taraf di sisi undang-
yang adil undang / perlembagaan
⚫ Setiap anggota masyarakat mempunyai
peluang yang sama seperti diperuntukkan oleh
perlembagaan
⚫ Bebas memiliki kekayaan dan bebas daripada
penghambaan dan penindasan pihak yang lain
5. Memelihara cara hidup ⚫ Kebebasan rakyat dijamin oleh perlembagaan
demokratik ⚫ Rakyat mengamalkan sistem demokrasi bagi
menentukan kerajaan
⚫ Pilihan raya dijalankan secara telus dan bebas
bagi memilih kerajaan
⚫ Mahkamah bertanggungjawab menyelesaikan
pertikaian bagi memelihara hak rakyat

6. Membentuk rasa penghormatan ⚫ Menghayati cita-cita dan prinsip perlembagaan


terhadap perlembagaan ⚫ Rakyat memahami, menerima, mematuhi dan
mempertahankan perlembagaan
⚫ Melahirkan semangat mendaulatkan
perlembagaan daripada dipermainkan pihak
tertentu
⚫ Rakyat berkeyakinan dan berkepercayaan
tinggi terhadap sistem pemerintahan negara

7. Membentuk masyarakat yang ⚫ Menyedari wujudnya kepelbagaian dan


liberal meraikan kepelbagaian tersebut
⚫ Masyarakat Malaysia bebas mengamalkan
budaya dan adat resam
⚫ Bertolak ansur dalam aspek tersebut
⚫ Kepelbagaian tersebut mempunyai hikmah
kewangan sebagai produk pelancongan

Kesimpulan
Rukun Negara perlu difahami, dihayati dan ditunjukkan dalam bentuk tindakan supaya
keamanan dan kesejahteraan negara dapat dicapai

Kombinasi idea : 5 + 0

You might also like