You are on page 1of 9

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA

PANDUAN BAGI PERMOHONAN


VERIFIKASI KELENGKAPAN PETROLEUM

1. PENDAHULUAN

1.1 Merujuk kepada Seksyen 28, Akta Petroleum (Langkah-Langkah


Keselamatan) 1984 menyatakan;

28(1)(a) Mana-mana kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas,


bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagianya
yang digunakan atau maksud untuk digunakan berkaitan
penstoran, pengendalian, pengangkutan dan penggunaan petroleum
tidak boleh digunakan atau dijual atau ditawar untuk dijual melainkan jika
apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur
dan pepasangan atau mana-mana diluluskan.

1.2 Kelengkapan, alat, loji dan pepasangan petroleum yang memerlukan


verifikasi hanya terpakai bagi pemasangan pada;
a) Talian paip direkabentuk mengikut
a. ANSI/ASME B 31.4;
b. ANSI/ASME B 31.8;
c. MS930; atau
d. Mana-mana talian paip yang memerlukan kebenaran untuk
pemasangan (PTI)
b) Kelengkapan silinder gas petroleum cecair domestik.

1.3 Berikut adalah senarai yang memerlukan verifikasi daripada Jabatan;


a) Kelengkapan
- Injap (valve)
- Meter
- Muncung (Nozzle)
- Pam (Pump)
- Saring (Strainer)
- Pengatur (Regulator)
- Tolok (Gauge)

b) Alat
- Pengesan Kebocoran (Leak Detector)
- Peranti Pencegahan Berlebihan (Overfill Protection)
- Pemancar (Transmitter)
- Penggerak (Actuator)

c) Loji
- Lengan beban/Punggah (Loading Arm)

d) Pepasangan
- Gandingan (Coupling)
- Hos (Hose)
- Tiub (Tube)
- Belos Pengembangan (Expansion Bellow)

2. TAFSIRAN

"Kelengkapan" ertinya benda berfungsi seperti injap, meter, muncung, pam,


saring, pengatur, tolok yang digunakan dalam talian paip petroleum;

"Alat" ertinya peranti mekanikal, elektrik, elektronik atau gabungan dengan tujuan
tertentu seperti pengesan kebocoran, peranti pencegahan berlebihan yang
digunakan dalam talian paip petroleum;
"Pepasangan" ertinya sesuatu perkara dalam paip atau tiub yang digunakan
sebagai penyambung seperti gandingan, hos, atau tiub tetapi tidak termasuk item
berfungsi sebagai alat yang digunakan dalam talian paip petroleum;

“Loji” termasuklah apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat atau peralatan,


apa- apa komponennya dan apa-apa jua yang dipasangkan, disambungkan atau
diperlengkapkan padanya;

“Makmal Yang Diiktiraf” ertinya makmal yang mendapat pengiktirafan


antarabangsa seperti Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM), Institusi
Akreditasi Makmal Antarabangsa (ILAC) dan sebagainya.

“Badan Kuasa Memeriksa” adalah merujuk kepada Jadual 4, Peraturan-


Peraturan (Dandang Stim dan Pengandung Tekanan Tak Berapi) Kilang Dan
Jentera 1970.

3. OBJEKTIF

Panduan ini disediakan untuk rujukan pelanggan semasa membuat


permohonan verifikasi kelengkapan, alat, loji dan pepasangan petroleum. Hal
ini bagi memastikan pelanggan mendapat panduan yang tepat dan jelas untuk
pengisian permohonan.

4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

4.1 Pemohon hendaklah berdaftar dengan sistem MyKKP di URL:


http://mykkp.dosh.gov.my

4.2 Bagi kelengkapan, alat, loji dan pepasangan petroleum untuk kegunaan
domestik hendaklah mempunyai surat perlantikan agen daripada
pembuat dan telah menjalani pengujian di Malaysia di makmal yang
diiktiraf.

4.3 Pemohon hanya dibenarkan membuat satu permohonan untuk satu


model kelengkapan, alat, loji dan pepasangan petroleum.
4.4 Bagi permohonan kelengkapan, alat, loji dan pepasangan petroleum
yang direkabentuk, dibina dan diuji berdasarkan dibuat khas (custom
made) hendaklah menyenaraikan nombor siri kelengkapan, alat, loji dan
pepasangan petroleum tersebut.

4.5 Sijil verifikasi hanya sah laku selama 3 tahun.

5. PANDUAN MENGISI BUTIRAN PERMOHONAN

5.1 Butiran Permohonan

i) Maklumat Pemohon

BUTIRAN NOTA PENERANGAN

Nama Pemohon* Nama syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya


Syarikat Malaysia (SSM).
Alamat Pemohon* Alamat surat menyurat pemohon.

Pegawai Yang Kakitangan yang mengetahui dengan jelas berkenaan


Boleh Dihubungi* permohonan ini dan akan dihubungi oleh pegawai JKKP
yang memproses
Nombor Telefon* Nombor telefon orang yang boleh dihubungi.

E-mel* E-mel orang yang boleh dihubungi.

ii) Maklumat Peralatan Petroleum

BUTIRAN NOTA PENERANGAN

Kategori* Pemohon boleh memilih seperti berikut:

1.Kelengkapan
- Injap (Valve)
- Meter
- Muncung (Nozzle)
- Pam (Pump)
- Saring (Strainer)
- Pengatur (Regulator)
- Tolok (Gauge)
2.Alat
- Pengesan Kebocoran (leak detector)
- Peranti Pencegahan Berlebihan (Overfill Protection)
- Pemancar (Transmitter)
- Penggerak (Actuator)

3. Loji
-Lengan beban (Loading Arm)

4.Pepasangan
- Gandingan (Coupling)
- Hos (Hose)
- Tiub (Tube)
- Belos Pengembangan (Expansion Bellow)

Kod Reka Bentuk Sila nyatakan kod reka bentuk kelengkapan, alat, loji
Kelengkapan* dan pepasangan petroleum yang dimohon verifikasi.

Boleh ditambah (+) jika terdapat lebih satu kod.

Model* Pemohon hanya dibenarkan membuat satu


permohonan untuk satu model kelengkapan, alat, loji
dan pepasangan petroleum.
Jenama*

Nama Pembuat*

Alamat Pembuat*

Media*

Nama Makmal
Ujian*
Dinyatakan dengan jelas seperti di dalam sijil ujian
Alamat Makmal
Ujian*

Nombor Sijil Ujian*

Tarikh Sijil
Dikeluarkan*

iii) Dokumen Sokongan (Dokumen ini perlu dimuat naik dalam format
PDF)
BUTIRAN NOTA PENERANGAN

Pelan terperinci Perlu menunjukkan lukisan reka bentuk berserta


kelengkapan dimensi yang jelas.
tersebut*
Sila rujuk Lampiran 1.

Spesifikasi teknikal Perlu dinyatakan dengan jelas nama, bahan, standard


dan katalog serta lain-lain maklumat teknikal bagi kelengkapan,
kelengkapan, alat, alat, loji dan pepasangan petroleum yang dimohon
loji dan verifikasi.
pepasangan
petroleum * Katalog menunjukkan dengan jelas nama, model dan
jenama kelengkapan, alat, loji dan pepasangan
petroleum yang dimohon verifikasi.

Contoh spesifikasi teknikal.

Sijil dan laporan Sijil tersebut adalah jenis Certificate of Conformity


ujian dari makmal Product daripada Makmal Yang Diiktiraf. Pembuktian
penguji yang pengiktirafan Makmal tersebut hendaklah dilampirkan.
diiktiraf, laporan
hendaklah
berdasarkan Untuk injap yang direkabentuk berdasarkan ASME
kepada kod reka
B16.34, laporan terperinci yang merangkumi ujian dan
bentuk yang
bahan perlu mengikut kod rekabentuk tersebut. Laporan
digunakan
tersebut perlu diendors oleh pemilik atau Badan Kuasa
Memeriksa.
Bagi kelengkapan dan pepasangan silinder GPC bagi
kegunaan domestik, laporan ujian tersebut adalah
daripada pihak SIRIM.

Sijil dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris perlu


ditunjukkan dengan jelas perkara berikut-
i. Kod reka bentuk yang digunakan
ii. Nama Kelengkapan
iii. Model
iv. Jenama
v. No.siri sijil
vi. Nama dan alamat pembuat
vii. Media
viii. Nama dan alamat makmal ujian
ix. No.sijil ujian
x. Tarikh sijil dikeluarkan
xi. Tarikh sijil tamat tempoh (jika ada)

Manual operasi Manual ini perlu mengandungi perkara keselamatan


kelengkapan* dan kesihatan pekerjaan, namun tidak terhad kepada
perkara berikut;

i. Part of description
ii. Handling
iii. Storage
iv. Installation
v. Operation
vi. Inspection
vii. Maintenance

Surat perlantikan Surat yang dikeluarkan oleh pembuat kepada pemohon


sebagai agen dari yang menjelaskan perlantikan sebagai agen untuk
pembuat (hanya kelengkapan, alat, loji dan pepasangan petroleum yang
bagi permohonan dimohon verifikasi.
kelengkapan
petroleum bagi
kegunaan
domestik)

iv) Perakuan dan hantar

Pemohon perlu membuat pengesahan bahawa maklumat dan dokumen


yang terkandung di dalam permohonan adalah benar.
Pihak Jabatan boleh menolak permohonan sekiranya maklumat dan
dokumen yang diberikan tidak lengkap atau palsu.

6. PERMOHONAN

6.1 Permohonan perlu dibuat melalui sistem permohonan atas talian,


Sistem Kawal Urus Dokumen yang boleh diakses melalui Sistem Single
Sign On (SSO) di (https://mykkp.dosh.gov.my)>menu MySKUD.

6.2 Pemohon diminta untuk menanda (highlight) perincian penting seperti


model, nombor siri, kod rekabentuk dan kaitan di antara setiap lampiran
dokumen sokongan bagi kelengkapan, alat, loji dan pepasangan
petroleum yang dimohon verifikasi untuk memudahkan pegawai
memproses permohonan.

7. KADAR BAYARAN
Tiada pembayaran dikenakan bagi permohonan Verifikasi Kelengkapan
Petroleum.

8. PIAGAM PELANGGAN

Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK dan pemohon perlu


mengemukakan permohonan semula dengan menggunakan permohonan yang
terdahulu.

Permohonan yang dikemukakan berserta dokumen yang lengkap akan diproses


dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

Seksyen Verifikasi Rekabentuk, Pengiktirafan & Persijilan


Bahagian Keselamatan Petroleum
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
5 Mei 2021
LAMPIRAN 1

Pastikan model dinyatakan


dengan jelas

You might also like