You are on page 1of 2

Peraturan-Peraturan Yang Diperuntukkan

Syarikat pemasang lif dikehendaki mendapat kelulusan dari Jabatan ini bagi setiap pemasangan
lif seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Kilang dan Jentera, 1967, di bawah Peraturan-
peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.

Tujuan

Risalah ini dikeluarkan bagi menunjuk arah kepada pemohon untuk mengetahui tatacara
kelulusan pemasangan lif dikeluarkan supaya pemasangan lif tersebut adalah selamat kepada
pengguna. Jabatan ini memastikan supaya rekabentuk dan pemasangan lif ini mematuhi
kehendak-kehendak Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan
Jentera, 1970.

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon yang hendak mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pemasangan lif hendaklah
mempunyai kelayakan seperti berikut :-

Berdaftar dengan jabatan ini sebagai Syarikat Memasang dan Menyelenggara Lif, Eskalator
dan Dumbwaiter.

Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) Orang-orang Kompeten yang masih aktif dengan
syarikat tersebut dan diiktiraf oleh jabatan ini.

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi tujuan mendapat kelulusan pemasangan lif, pemunya atau syarikat pemasang lif hendaklah
mengemukakan kepada Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera, dua (2) salinan dokumen-dokumen
yang berikut:-

Data-data terperinci dan ukuran-ukuran lif seperti yang dikehendaki di Jadual Pertama dalam
Akta ini.

Lukisan pelan yang lengkap dan menunjukkan butir-butir dan saiz siap yang berikut :-

i. Saiz dan kedudukan lubang lif


ii. Butir-butir mengenai litup lubang lif
iii. Saiz, kedudukan, bilangan dan jenis pintu lataran
iv. Saiz dan kedudukan bilik jentera berkaitan dengan lubang lif
v. Peruntukan laluan ke bilik jentera
vi. Peruntukan bagi gantian udara dan jika boleh, cahaya semulajadi bilik jentera
vii. Bilangan tingkat yang dilayan oleh lif
viii. Tinggi antara setiap tingkat lataran
ix. Bilangan pintu masuk
x. Jumlah ruang atas
xi. Ketinggian bilik jentera
xii. Kedalaman lubang pit

Sijil-sijil atau perakuan yang dikeluarkan oleh pembuat lif berkenaan:-

xiii. Perakuan menyatakan bahawa lif itu telah direkabentuk dan dibina menurut peraturan-
peraturan ini setakat mana peruntukan-peruntukan ini dipakai baginya.
xiv. Perakuan menyatakan bahawa rekabentuk giar keselamatan dan rekabentuk penampan
jenis minyak telah berjaya dalam ujian-ujian, termasuk ujian laju lampau di bawah beban
kontrak penuh.
xv. Perakuan menyatakan bahawa tebatan bagi bahagian-bahagian letrik semua pengawal
pesawat mengunci pintu lataran, pesawat merentikan kereta lif pada hujung perjalanan,
suis get, suis-suis pintu kereta lif, dan pesawat kendalian yang lain dan yang
seumpamanya telah berjaya dalam ujian, dengan menggunakan voltan arus ulang alik
sama dengan sepuluh kali voltan kerja, dengan voltan maksima dua ribu voltan selama
tidak kurang daripada satu minit apabila dikenakan :-Perakuan menyatakan garis pusat,
binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali pengantung.
a. Di antara bahagian hidup dengan kotak-kotak atau rangka bina dengan semua
litar-litar tertutup
b. Di antara terminal-terminal utama atau bahagian-bahagian yang bersamaan
dengan semua litar terbuka
c. Di antara mana-mana bahagian litar hidup atau litar-litar berasinganiv Perakuan
menyatakan garis pusat, binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali pengantung.
xvi. Perakuan menyatakan garis pusat, binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali
pengantung.

You might also like