You are on page 1of 10

TAKRIFAN PENGANGKUTAN

Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang


membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke
satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh
berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan
biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagiaan
bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-
lain. Antara pembahagiaan yang biasa ialah seperti
pengangkutan darat, pengangkutan air dan
pengangkutan udara. Contoh-contoh pengangkutan ialah
kapal terbang, kapal, kereta dan kereta api.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan
MASALAH PENGANGKUTAN

Masalah pengangkutan awam di Malaysia sering menjadi isu


yang tidak pernah selesai. Sudah tentu rakyat Malaysia
menginginkan satu sistem pengangkutan yang lancar dan
kurang bermasalah. Walaupun kita sering membaca begitu
banyak tulisan berkenaan huraian masalah pengangkutan di
Malaysia tetapi isu ini masih berlanjutan sehingga kini.
Masalah pengangkutan awam di Malaysia ini antara lain telah
menyumbang kepada masalah-masalah yang berikut:

1. Masalah kesesakan lalulintas.


Masalah ini sering berlaku di awal pagi semasa rakyat
bergerak ke tempat kerja dan juga sebelah petang semasa
pulang dari tempat kerja ke rumah masing-masing. Keadaan
ini semakin parah bila berlaku kemalangan atau kerosakan
kenderaan di jalan raya dan juga dalam kes-kes tertentu seperti
tanda isyarat (traffic light) tidak berfungsi.

2. Berlaku pencemaran udara.


Terlalu banyak kenderaan di jalanraya akan melepaskan asap
yang banyak. Ini akan menjejaskan kesihatan dan juga alam
sekitar kita.

3. Berlaku pencemaran bunyi.


Jumlah kenderaan yang begitu banyak, ditambah dengan tebiat
sesetengah pemilik kereta yang suka mengubahsui exzos
kenderaan menyebabkan pencemaran bunyi menjadi masalah
pengangkutan awam yang semakin serius di Malaysia. Dari
aspek ini semua jenis pengangkutan termasuk pengangkutan
darat, laut dan udara menyumbang kepada masalah ini.
Pencemaran bunyi ini memberi kesan kepada kesihatan fizikal
dan mental penduduk yang tinggal di sekitar kawasan yang
terlibat.
4. Masalah kemalangan jalan raya.
Setiap hari kita melihat berlaku berita kemalangan jalanraya di
Malaysia. Statistik menunjukan bahawa jumlah kes
kemalangan jalanraya belum menunjukkan penurunan yang
drastik. Masalah ini sering berlaku kerana sikap pemandu
yang cuai dan tidak berhati-hati, kurang sabar, situasi fizikal
pemandu yang tidak boleh begitu sesuai memandu seperti
kurang sihat dan mengantuk serta penyalahgunaan dadah.
Kemalangan jalanraya juga mungkin berlaku jika kenderaan
yang digunakan tidak diselengara dengan baik dan teratur.

5. Masalah berkaitan kesihatan.


Jika kita pernah menaiki pengangkutan awam di Malaysia,
kita sering melihat kondisi bus yang kurang bersih atau tidak
diselengara dengan baik. Ini tentu akan menyumbang kepada
masalah kesihatan. Pihak berwajib dan orang ramai patut
berkerjasama untuk memantau keadaan ini sepanjang masa.
Sumber : http://www.pendidikanmalaysia.com/2016/11/
masalah-sistem-pengangkutan-malaysia.html

CADANGAN MENGATASI
MASALAH PENGANGKUTAN

Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan


masalah pengangkutan awam ialah

1. Penapis asap /Catalytic converter


Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh
pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan
minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan.
Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan
asap yang tidak mencemarkan udara.

2. Kempen Berkongsi Kereta


Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu
puncak, kerajaan boleh menggalakkan kempen berkongsi
kereta sebagaimana yang dijalankan di negara Singapura.

3. Kursus pemanduan berhemah


Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya
memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh
itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh
mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus
pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran
tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan
penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.
4. Kempen Alam Sekitar
Bagi melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran
udara, kempen berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menganjurkan
Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar
Sedunia pada tahun 2012.

5. Penggunaan petrol tanpa plumbum


Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan
kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.
Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara
terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,
Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Sumber : http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/03/
cadangan-mengurangkan-masalah.html
JADUAL KERJA

BIL. TARIKH AKTIVITI


1. 16/8/2021 - Menerima soalan dan panduan tugasan Kerja Lapangan
( Isnin) Geografi Tingkatan 2 2021.
- Taklimat berkaitan kerja lapangan disampaikan oleh
Puan Che Wirdawaty Binti Che Seman.
- Guru subjek menerangkan cara penulisan bahagian
perancangan:
 Jadual kerja
 Objektif kajian
 Kaedah kajian
- Guru subjek menerangkan proses penyediaan borang
soal selidik.
2. 18/8/2021 - Mula menulis bahagian perancangan:
(Rabu)  Jadual kerja
 Objektif kajian
 Kaedah kajian
- Guru subjek memberikan contoh borang soal selidik
melalui media WhatsApp kelas.
3. 19/8/2021 - Guru subjek menerangkan cara penulisan bahagian
(Khamis) proses awal:
 Takrifan pengangkutan
 Masalah pengangkutan
 Cadangan menangani masalah pengangkutan
- Guru subjek menerangkan sebahagian proses akhir :
 Konsep pengangkutan
 Jadual
 Graf
4. 21/8/2021 - Melayari internet untuk mencari maklumat secara
(Sabtu) terperinci mengenai takrifan pengangkutan, masalah
pengangkutan dan cadangan menangani masalah
pengangkutan.
- Mula menulis bahagian proses awal:
 Takrifan pengangkutan
5. 22/8/2021 - Menyediakan borang soal selidik.
(Ahad) - Mengedarkan borang soal selidik kepada 10 orang
responden di kawasan Taman Ampangan, Seremban,
Negeri Sembilan.
- Mengumpul maklum balas borang soal selidik.
- Membuat analisis terhadap maklum balas borang soal
selidik.
6. 23/8/2021 - Menyambung semula menulis bahagian proses awal:
(Isnin)  Masalah pengangkutan
 Cara menangani masalah pengangkutan
7. 25/8/2021 - Mula membuat bahagian proses akhir :
(Rabu)  Jadual
 Graf
8. 28/8/2021 - Menyambung semula menulis bahagian proses akhir :
(Sabtu)  Konsep pengangkutan
9. 30/8/2021 - Guru subjek menerangkan cara penulisan bahagian
(Isnin) akhir :
 Jenis pengangkutan
 Masalah pengangkutan
- Membuat pembetulan pada graf
10. 1/9/2021 - Menyambung semula menulis bahagian proses akhir :
(Rabu)  Jenis pengangkutan
 Masalah pengangkutan
11. 2/9/2021 - Guru subjek menerangkan cara penulisan proses akhir :
(Khamis)  Langkah mengatasi masalah pengangkutan
 Sumber rujukan
12. 6/9/2021 - Menyambung semula menulis bahagian proses akhir
(Isnin)  Langkah mengatasi masalah pengangkutan
 Sumber rujukan
13. 8/9/2021 - Melengkapkan jadual kerja.
(Rabu) - Mengemas kini tugasan Geografi Tingkatan 2 dan
menghantar hasil tugasan kepada guru subjek.

JENIS KENDERAAN YANG


DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK
TAMAN AMPANGAN, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN

JENIS KENDERAAN BILANGAN


Kereta 10
Motosikal 4
Basikal 2
Grab 2
Van 1
Jumlah 19
SUMBER : Borang soal selidik
SUMBER RUJUKAN
BUKU
 Hisyam Azman Mohamad Khairun, 2017. Buku
Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM. Kuala Lumpur :
Era Visi Sdn.Bhd.

INTERNET
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan

 http://www.pendidikanmalaysia.com/2016/11/
masalah-sistem-pengangkutan-malaysia.html

 http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/03/
cadangan-mengurangkan-masalah.html

You might also like