You are on page 1of 11

KAJIAN KES

TENTANG SISTEM
PENGANGKUTAN
DI KAWASAN
PARIT SEMARANG,
BATU PAHAT,
JOHOR
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 Tajuk Kajian
2 Jadual Kerja
3 Objektif Kajian
4 Penentuan Kaedah Kajian
5 Konsep sistem pengangkutan
6 Jadual masalah pengangkutan yang dihadapi oleh
penduduk di kampung Parit Semarang, Batu Pahat
7 Graf Bar masalah pengangkutan di kampung Parit
Semarang
8 Mentafsir Graf Bar
9 5 masalah pengangkutan di kampung Parit
Semarang, Batu Pahat
10 3 cadangan penambahbaikan masalah
pengangkutan di Kampung Parit Semarang, Batu
Pahat
11 Rujukan
JADUAL KERJA

HARI TARIKH AKTIVITI


Hari 1 3/10/2017  Menerima soalan dan panduan rubric bagi
Selasa pelaksanaan kajian kes daripada guru matapelajaran
geografi.
 Tajuk bagi kajian kes tentang sistem pengangkutan di
kawasan______________________.
 Berbincang dengan guru mengenai bentuk-bentuk
pelaksanaan.
 Membina borang soal selidik
Hari 2 4/10/2017  Mencari bahan dan rujukan di pusat sumber sekolah.
Rabu  Mengedarkan borang soal selidik kepada responden
di_______________, dari rumah ke rumah secara
berkumpulan.
Hari 3 5/10/2017  Membuat perancangan iaitu menulis tajuk kajian,
Khamis jadual kerja, objektif kajian, dan penetapan kaedah
kajian.
 Mencari rujukan tentang maksud pengangkutan di
pusat computer secara berkumpulan.
 Menulis konsep dan takrifan sistem pengangkutan.
Hari 4

Hari 5

*** HARI 4 DAN HARI SELANJUTNYA AKAN DI ISI BERSAMA SAMA CIKGU
AZLINI DI DALAM KELAS. PASTIKAN MENGGUNA TULISAN TANGAN.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Menyatakan dan menghuraikan konsep dan takrifan system pengangkutan beserta


contoh. Contohnya pengangkutan yang saya pilih ialah pengangkutan darat seperti
motosikal, kereta, lori dan bas.
2. Membina jadual dan graf tentang masalah pengangkutan di
______________________, Batu Pahat, Johor.
3. Mengenal pasti dan menghuraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di
_______________________.
4. Mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di
_________________________.

PENENTUAN KAEDAH KAJIAN

Beberapa kaedah kajian telah dilakukan ketika menjalankan kajian kes system pengangkutan
di ______________ seperti:

1. Borang soal selidik


Saya telah membuat borangg soal selidik dan mengedarkan sebanyak _____ orang
responden di ___________________.
2. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadapt masalah system pengangkutan di
__________________________.
KONSEP SISTEM PENGANGKUTAN

Berdasarkan Wikipedia, pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa


seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang
jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada
beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara
pembahagian yang biasa ialah pengangkutan darat, pengangkutan laut dan pengangkutan
udara.
Oleh itu, sistem pengangkutan dapat memudahkan pergerakan seseorang atau sesuatu
dari satu tempat ke satu tempat yang lain pada jarak yang jauh mahupuun dekat.
Contohnya, sistem pengangkutan yang terdapat di __________________________
adalah kereta, motosikal dan lori sahaja.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan
JADUAL MASALAH PENGANGKUTAN YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK DI
_________________________________.

BIL MASALAH PENGANGKUTAN BILANGAN RESPONDEN

1 Kerosakan jalan 17

2 Peningkatan penggunaan kenderaan 16

3 Pencemaran udara dari asap kenderaan 13

4 Kesesakan lalu lintas 8

5 Kemalangan 7

JUMLAH 61

*****CONTOH (BILANGAN BERDASARKAN BORANG SOAL SELIDIK)

GRAF BAR MASALAH PENGANGKUTAN DI _________________________

***Pakai kertas Graf kalau boleh


MENTAFSIR GRAF

Graf Bar disebelah menunjukkan masalah pengangkutan di kampung ___________.


Terdapat banyak masalah yang berlaku di kampung ini. Masalah yang paling banyak berlaku
ialah masalah pencemaran udara dan asap kenderaan iaitu disoking seramai 14 orang
responden. Hal ini kerana, kenderaan keluar masuk kampung ini bertujuaan untuk mengambil
kelapa sawit ke kilang menimbang sawit. Asap yang dikeluarkan lori menyebabkan
pencemaran udara berlaku di kampung ini. Lori yang berulang alik menyebabkan asap
banyak dikeluarkan dan menyebabkan pencemaran udara. Hal ini juga boleh menyebabkan
kerosakan jalan kerana lori ulang alik melalui jalan yang sama.

Masalah kedua tertinggi ialah peningkatan penggunaan kenderaan (16 responden).


Hal ini kerana, jumlah penduduk kampung semakin meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu,
mereka kebanyakkannya membeli kenderaan secara persendirian.

Seterusnya, masalah ketiga tertinggi ialah masalah kesesakan lalu lintas. Hal ini
kerana, penambahan kenderaan semakin meningkat. Tambahan lagi, pada musim perayaan
atau majlis kenduri kendara seperti majlis perkahwinan.

Masalah keempat tertinggi pula ialah masalah kemalangan. Hal ini disebabkan jalan
yang sempit menyebabkan kenderaan akan bergesel satu sama lain. Selain itu juga, jalan yang
kecil menyebabkan kereta yang bertembung dengan lori akan menyukarkan lalu lintas. Kereta
berkemungkinan besar akan bergesel dengan badan lori.

Masalah yang paling sedikit ialah kerosakan jalan. Berdasarkan pemerhatian saya,
kesesakan jalan merupakan masalah yang juga berlaku di kampung __________________.
Hal ini disebabkan kenderaan – kenderaan berat seperti lori banyak memasuki kampung ini
bagi tujuan yang relevan sebagai contoh mengambil dan mengangkut hasil pertanian seperti
buah kepala sawit untuk dibawa ke kilang penimbang kelapa sawit.. Selain itu, lori berat juga
memasuki kawasan kampung dengan membawah tanah bagi tujuan menambaj kawasan atau
kerja kerja pembangunan rumah. Disebabkan kenderaan berat yang memasuki kampung ini,
maka ia menyebabkan kerosakan jalan yang menyebabkan ketidakselesaan pemandu
menggunakan jalan raya sehingga boleh menyebabkan kerosakan kenderaan atau
kemalangan.

**** PASTIKAN SUSUNAN MASALAH BERDASARKAN GRAF ANDA. SUSUNAN


AKAN BERUBAH MENGIKUT GRAF ANDA MANA SATU MASALAH PALING
TINGGI.
LAPORAN AKHIR

1. Masalah pengangkutan di ____________________________.


i) Berdasarkan pemerhatian saya, kerosakan jalan adalah masalah yang
paling utama berlaku di ________________________. Hal ini disebabkan
kenderaan – kenderaan berat seperti lori banyak memasuki kampung ini
bagi tujuan yang relevan sebagai contoh mengambil dan mengangkut hasil
pertanian seperti buah kepala sawit untuk dibawa ke kilang penimbang
kelapa sawit.. Selain itu, lori berat juga memasuki kawasan kampung
dengan membawah tanah bagi tujuan menambaj kawasan atau kerja kerja
pembangunan rumah. Disebabkan kenderaan berat yang memasuki
kampung ini, maka ia menyebabkan kerosakan jalan yang menyebabkan
ketidakselesaan pemandu menggunakan jalan raya sehingga boleh
menyebabkan kerosakan kenderaan atau kemalangan.
ii) Peningkatan penggunaan kenderaan

Melalui borang soal selidik dan graf bar yang telah saya jalankan, masalah
peningkatan penggunaan kenderaan merupakan diantara masalah
pengangkutan di kampung ________________________. Hal ini kerana, ,
jumlah penduduk kampung semakin meningkat dari masa ke semasa. Oleh
itu, mereka kebanyakkannya membeli kenderaan secara persendirian untuk
menghantar anak ataupun ke tempat kerja. Selalunya, sekitar pukul 6.00
pagi hingga 8.00 pagi adalah waktu dimana kenderaan banyak yang keluar
seperti motor dan kereta kerana pada waktu ini mereka akan ke tempat
kerja ataupun menghantar anak anak ke sekolah.

iii) Pencemaran udara dari asap kenderaan


Melalui rujukan serta pemerhatian saya, pencemaran udara merupakan
masalah yang tidak selalu berlaku, tetapi hanya seketika sahaja berlaku
dalam satu masa. Hal ini kerana, kenderaan berat seperti lori dan bajak
memasuki kampung ini pada suatu ketika dan menyebabkan kenderaan ini
membebaskan asap seperti karbon monoksida, plumbum dan nitrus oksida
yang boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku dan memudaratkan
kesihatan kepada penduduk kampung. Sebagai contoh, lori membawa
masuk tanah atau batu bata bagi tujuan perumahan dan bajak pula akan
masuk bagi tujuan memperbesarkan parit atau meratakan tanah. Akibat
dari pada ini, asap yang banyak dibebaskan dan menyebabkan pencemaran
udara di kampung ini.
iv) Kesesakkan lalu lintas
Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan, kesesakan lalu
bukan merupakan masalah yang bukan sering berlaku di kampung
__________ ini dan hanya dalam suatu masa sahaja berlaku. Ini kerana,
penambahan kenderaan yang semakin meningkat. Sebagai contoh, semasa
musim perayaaan atau semasa hari kenduri perkahwinan yang diadakan di
kampung ini menyebabkan kesesakan. Kenderaan yang ke kenduri kahwin
akan memberhentikan kenderaan mereka di bahu bahu jalan untuk pergi ke
kenduri kahwin tersebut. Jalan di kampung yag sempit ini menyebabkan
menjadi bertambah sempit dan menyukarkan kenderaan lain untuk
meneruskan perjalanan mereka,
v) Kemalangan

Berdasarkan pemerhatian saya, kemalangan merupakan masalah


pengangkutan yang paling sedikit berlaku di ____________________. Hal
ini kerana, kebijaksanaan pemandu memandu kenderaan mereka dengan
berhemah dan berwaspada. Walaubagaimanapun, pada suatu ketika
kemalangan juga pernah berlaku seperti kenderaan motosikal, ini kerana
jalan yang rosak dan berlubang menyebabkan motosikal terbabas dan
melibatkan kemalangan dan terbabas.
2. 3 cadangan penambahbaikan masalah pengangkutan di ________________________

i) Membuat aduan tentang masalah pengangkutan di ____________________.


Pada pendapat saya, masalah pengangkutan seperti kerosakan jalan dan
kemalangan boleh diatasi dengan membuat aduan kepada pihak berkenaan.
Contohnya, pihak JKK kampung perlu bekerjasama dengan pihak Jabatan Kerja
Raya (JKR) dengan membuat aduan terhadap masalah yang dihadapi di kampung
_______________. Jadi, pihak JKR perlu mengambil tindakan yang sewajarnya
seperti penyelengaraan jalan seperti menampal jalan yang berlubang atau
memperbesarkan lajan agar masalah di kampung ini dapat dibendung dengan
kadar segera. Hal ini membolehkan masalah seperti kesesakan dan kemalangan
jalan di kampung ________________ dapat dibendung.
ii) Mengadakan kempen kesedaran alam sekitar
Alam sekitar amatlah penting untuk dijaga semua penduduk di kampung ini
mahupun di seluruh Malaysia. Kempen kesedaran seperti Cintailah Alam Sekitar
dan program mesra alam perlulah diberi sambutan oleh masyarakat sejagat
terutamanya di kampung ________________. JKK kampung dan semua
penduduk perlu mengambil langkah yang relevan seperti mengadakan kempen
kesedaran setiap hujung bulan bagi memberikan kesedaran betapa pentingnya
alam sekitar kepada kita. Pembebasan asap yang berlebihan dari kenderaan berat
seperti lori perlu diatasi supaya tidak berlakunya pencemaran udara atau penyakit.
Sebagai contoh kempen kesihatan juga boleh dilakukan. Pihak Jabatan Kesihatan
boleh bekerjasana bersama JKK kampung untuk menyebarkan risalah mengenai
bahayanya asap kenderaan berat secara berlebihan yang boleh menyebabkan
penyakit. Oleh itu penduduk kampung juga disyorkan untuk memakai mask atau
kata lain memakai penutup hidung dan mulut bagi mengelak sakit. Selain itu,
kempen yang dapat dilakukan juga adalah kempen keselamatan jalan raya, dimana
risalah juga bolehlah disebarkan kepada penduduk kampung. Sebagai contoh,
pihak JPJ bolehlah menyebarkan risalah salah laku yang boleh menyebabkan
kemalangan. Sebagai contoh membawa motosikal melebihi had laju di kawasan
kampung. Secara tidak langsung, kempen ini akan membolehkan masalah yang di
hadapi di ________________ dapat dicegah dan diatasi secara efektif. Semua
pihak haruslah memaikan peranan mereka agar kempen ini berjaya dilakukan.
iii) Kuatkuasa Undang undang
Pada pendapat saya, kemalangan jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya
memandu secara berhemah dan bertanggungjawab. Oleh it, undang undang jalan
raya perlu juga dilakukan di kawasan kampung. Sebagai contoh, pihak polis
bolehlah untuk sentiasa mengawasi kenderaan keluar masuk kampung ini agar
mereka lebih berhati hati dan berhemah ketika memandu. Selain itu juga,
kerosakan jalan dapat dielakkan apabila lori yang membawa muatan lebih
selalunya akan cemas apabila terserempak dengan pihak polis. Maka mereka akan
membawa muatan dengan mengikut undang undang muatan yang diluluskan.
Masalah dapat diatasi di kampung ini dan membolehkan semua penduduk
kampung membawa kenderaan dengan selesa dan selamat.
RUJUKAN

1. Buku Teks
 Latifah Binti Mahfod, Shamsiah Binti Ahmad, 2013, Geografi Tingkatan 2,
Kuala Lumpur, Percetakan Sasbadi Sdn. Bhd

2. Buku Rujukan
 JIKA ADA

3. Internet
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan
 http://www.ohdunia.my/2016/07/artikel-mencadangkan-penambahbaikan-
sistem-pengangkutan.html
 https://amirthaqif.blogspot.my/2013/04/85-cadangan-mengurangkan-
masalah.html
 https://www.mysumber.com/pt3-geo-bahan-tugasan-2.html
 http://www.ohdunia.my/2016/07/geografi-pt3-2016-masalah-masalah-
pengangkutan-awam-di-malaysia.html
 https://www.mysumber.com/pt3-geo-bahan-tugasan-3.html

You might also like