You are on page 1of 18

SMKA PUTRAJAYA

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 2, 2022

PENGANGKUTAN AWAM DI
PRESINT 11,PUTRAJAYA

DISEDIAKAN OLEH
NAMA:NUR IMAN ADRIANA BINTI MD HERMAN
TINGKATAN: 2 JANNATUL KHULD
GURU: PN.NORHIDAYAH BINTI LATIF
ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka surat

1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif kajian
4 Kawasan kajian
5 Kaedah kajian
6 Hasil kajian
7 Rumusan
8 Rujukan
JADUAL KERJA
Bil. Tarikh/hari Aktiviti/Perkara
1 4/11/2022[Jumaat] Mendengar taklimat daripada Ustazah
Hidayah tentang perlaksanaan kerja
lapangan Georafi
2 5/11/2022[Sabtu] Memilih kawasan kajian

3 6/11/2022[Ahad] Mengumpul maklumat tentang


kawasan kajian
4 7/11/2022[Isnin] Membuat muka depan
5 8/11/2021[Selasa] Menyediakan senarai kandungan

6 9/11/2022[Rabu] Merangka jadual kerja


7 10/11/2022[Khamis] Menulis penghargaan
8 11/11/2022[Jumaat] Menulis pendahuluan

9 12/11/2022[Sabtu] Menyatakan objektif kajian


10 13/11/2022[Ahad] Melakar peta lakar kawasan kajian
11 14/11/2022[Isnin] Mencetak borang soal selidik dan
mengedarkannya kepada responden
12 15/11/2022[Selasa] Mengadakan sesi temubual dengan 3
orang penduduk tempatan
13 16/11/2022[Rabu] Membuat jadual dan graf hasil soal
selidik
14 17/11/2022[Khamis] Mentafsir graf hasil soal selidik

15 18/11/2022[Jumaat] Menyatakan masalah pengangkutan


awam

16 19/11/2022[Sabtu] Menulis langkah-langkah


mengurangkan masalah pengangkutan
awam
17 20/11/2022[Ahad] Merumus hasil kajian dan menyata
beberapa rujukan

18 21/11/2022[Isnin] Menghantar kerja lapangan Geografi


kepada Pn.Norhidayah

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
pengharagaan kepada guru geografi saya iaitu
Pn.Hidayah kerana telah membimbing saya
menyelesaikan Kerja Lapangan Geografi ini.
Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada
kedua ibu bapa saya iaitu Norlen binti
Othman dan Md Herman bin Abd Wahab
kerana telah membantu saya untuk mencari
maklumat dan memberi kemudahan yang
sedia ada.Tidak terlupa kepada responden-
responden yang telah melibatkan diri dalam
kerja lapangan Geografi ini.

PENDAHULUAN
Saya dan rakan telah bekerjasama untuk
menjalankan kerja lapangan berkaitan tentang
pengangkutan awam . Saya membuat kajian
tentang jenis-jenis pengangkutan awam dan
masalah pengangkutan awam yang dihadapi oleh
penduduk di kawasan Presint 11,Putrajaya. Selain
itu,saya juga memberi cadangan penambahbaikan
pengangkutan awam di Presint 11,Putrajaya.
Antara sebab pemilihan kawasan kajian adalah
kawasan ini berhampiran dengan rumah saya, jadi
ia memudahkan saya untuk menjalankan kajian.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya melakukan kajian di sekitar kawasan Presint
11,Putrajaya bertujuan untuk:

 Mengenal pasti konsep pengangkutan awam.


 Menjelaskan jenis-jenis pengangkutan awam
di Presint 11,Putrajaya.
 Mengkaji dan menghuraikan masalah
pengangkutan awam di Presint 11,Putrajaya.
 Mencadangkan langkah-langkah
penambahbaikan pengangkutan awam yang
boleh dilaksanakan di Presint 11,Putrajaya.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya terletak di Presint
11,Putrajaya. Presint 11 merupakan sebuah
taman perumahan yang terletak di Putrajaya.
Kawasan ini terletak kira-kira 10 km daripada
Perbadanan Putrajaya dan mengambil masa 10
minit untuk sampai ke sana jika menaiki kereta.
Bentuk muka bumi yang terdapat di Presint 11
ialah tanah pamah dan tanah beralun.Terdapat
banyak infrastruktur yang dibangunkan Presint 11
seperti tempat beristiadat,sekolah,petempatan,
perpustakaan awam,balai polis dan sebagainya.

KAEDAH KAJIAN
(a)Kaedah Pemerhatian
-saya telah melakukan pemerhatian di sekitar Presint
11,Putrajaya untuk mengenal pasti jenis-jenis
pengangktan awam yang terdapat di kawasan ini.

(b)Kaedah Rujukan
-saya telah mendapatkan maklumat tentang konsep
awam dengan merujuk buku teks dan buku
rujukan.Selain itu,saya juga melayari internet untuk
mencari maklumat tentang masalah masalah
pengangkutan awam serta langkah-langkah
penambahbaikan pengangkutan awam dengan lebih
terperinci.

(c)Kaedah Soal Selidik


-saya telah menjalankan soal selidik dengan 15 orang
penduduk di Presint 11 untuk mengenal pasti masalah-
masalah pengangkutan awam yang dihadapi oleh
mereka.Selain itu,saya juga pendapat daripada
responden tentang langkah-langkah penambahbaikan
pengangkutan awam yang boleh dilaksanakan di
Presint 11.

KONSEP PENGANGKUTAN AWAM


Menurut wipikedia, pengangkutan awam boleh
didefinisikan sebagai sistem pengangkutan di
mana penumpang tidak menggunakan kenderaan
sendiri dan biasanya tidak diatur untuk
menawarkan perkhidmatan berjadual dalam
laluan tetap tanpa penempahan.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka pula,


pengangkutan awam merupakan sistem
pengangkutan bermotor seperti teksi,bas dan
kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai
di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang
telah ditetapkan.

JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI PRESINT


11
Daripada pemerhatian yang saya jalankan di
Presint 11, saya mendapati jenis pengangkutan
awam di kawasan ini ialah perkhidmatan bas teksi
dan perkhidmatan e-panggilan.
Perkhimatan bas di Presint 11 ialah Nadiputra.
Selain itu, penduduk di Presint 11 juga
menggunakan satu aplikasi untuk memanggil dan
juga menaiki kenderaan Grab iaitu perkhidmatan
e-panggilan.

TAFSIRAN GRAF
Graf ini menunjukkan hasil kaji selidik yang
dilakukan terhadap 15 orang penduduk di Presint
11,Putrajaya tentang jenis pengangkutan awam
yang mereka gunakan.Sebanyak 4 orang daripada
15 orang responden itu menggunakan bas
awam.Manakala hanya 2 orang sahaja yang
menggunakan perkhidmatan teksi dan 9 orang
menggunakan perkhidmatan e-panggilan untuk
pergi ke destinasi mereka.

MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI PRESINT


11,PUTRAJAYA
(a)Jangka masa menunggu yang lama
Daripada soal selidik yang saya lakukan, terdapat
8 orang responden menyatakan bahawa mereka
menghadapi masalah menunggu bas dalam jangka
masa yang lama.Biasanya bas terperangkap dalam
kesesekan lalu lintas pada waktu puncak seperti
waktu balik sekolah atau balik kerja.Penduduk
kawasan itu terpaksa menunggu lama untuk
menaiki bas.
(b)Tambang mahal
Berdasarkan data yang didapati daripada 15 orang
responden,6 orang responden menyatakan
mereka menghadapi masalah tambang
mahal.Perkhidmatan Grab biasanya sedikit mahal
kerana menggunakan kenderan yang baharu dan
perlu mengisi minyak .Penduduk di kawasan itu
terpaksa membayar tambang mahal untuk
menaiki perkhidmatan e-panggilan .
LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN
PENGANGKUTAN AWAM DI PRESINT 11
(a)Menambahkan bilangan pengangkutan awam

Melalui data soal selidik,terdapat 3 orang


responden mencadangkan menambahkan
bilangan pengangkutan awam untuk
menyelesaikan masalah menunggu pengangkutan
awam dalam jangka masa yang lama.Mereka
berpendapat bahawa syarikat pengangkutan
awam seperti syarikat bas boleh menambahkan
bilangan bas yang berulang-alik di Presint 11
supaya penumpang tidak perlu menunggu bas
dengan lama dan tidak menyukarkan penumpang
yang menggunakan perkhidmatan bas.Selain
itu,menambahkan bilangan bas juga boleh
menyelesaikan masalah bilangan penumpang
yang ramai pada waktu puncak.

(b)Mengurangkan tambang pengangkutan


Melalui data soal selidik,didapati 3 orang
responden mencadangkan agar menurunkan
harga tambang yang sedikit mahal jika perjalanan
mereka hanya beberapa kilometer sahaja.
Sesetengah pemandu grab mengambil
kesempatan untuk mendapatkan hasil tetapi
memberikan masalah kepada penumpang untuk
membayar lebih mahal berbanding jarak destinasi
yang ingin ditujui.

RUMUSAN
Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai
disiapkan,saya telah menemui beberapa dapatan
yang berkaitandengan pengangkutan awam di
Presint 11,Putrajaya.Pengangkutan awam ini telah
memudahkan pergerakan penduduk tempatan
Presint 11 ke destinasi yang ingin ditujui oleh
mereka.Walau bagaimanapun,penduduk di Pesint
11 menghadapi beberapa masalah berkaitan
pengangkutan awam seperti jangka masa
menunggu yang lama dan tambang mahal.Dalam
kerja lapangan ini saya telah mencadangkan
beberapa langkah untuk mengurangkan masalah-
masalah tersebut seperti jangka masa menunggu
yang lama dan tambang mahal.Dalam kerja
lapangan ini saya telah mencadangkan beberapa
langkah utuk mengurangkan masalah-masalah
tersebut seperti menambahkan bilangan
pengangkutan awam dan mengurangkan tambang
pengangkutan.Dengan itu,saya berharap
pengangkutan awam di Presint 11 dapat
diperbaiki dan dinaiktarafkan pada masa hadapan.
RUJUKAN
1)Buku teks
Kang Chai Yoeng,Zulkipli Bin Ismail,Rajanderan
Subramaniam, 2017, Buku Teks Geografi
Tingkatan 2.Johor Bahru:IMS Books Trading
Sdn.Bhd

(2)Orang Sumber
 Pn.Norlen binti Othman,39 tahun,No.24 Jalan
P11C/2,Putrajaya,62300
 En.Md Herman bin Abd Wahab,39
tahun,No.24 Jalan P11C/2,Putrajaya,62300

(3)Internet
 https://ms.wikipedia.org/wiki/
Pengangkutan_awam
 https://www.youtube.com/watch?v=VI-
1ShHYFHI&list=RDCMUCusKu1r6UKh2vVJCBG
n4h6g&index=3
 https://www.youtube.com/watch?
v=YB5gieqIvNE&list=RDCMUCusKu1r6UKh2vV
JCBGn4h6g&index=2
 https://www.youtube.com/watch?
v=ztHEAXCvQIw&list=RDCMUCusKu1r6UKh2v
VJCBGn4h6g&index=1
 https://www.youtube.com/watch?
v=TgsgPsQ02Ks
 https://www.permohonan.my/cadangan-
penambahbaikan-pengangkutan-awam/
 https://www.scribd.com/document/
399299648/Cadangan-Penambahbaikan-
Pengangkutan-Malaysia

You might also like