You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PEMURNIAN
TAPAK PERKHEMAHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LOK HENG
KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMURNIAN TAPAK PERKHEMAHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LOK HENG

1.0 Pendahuluan

SK Fellda Lok Heng telah bercadang untuk memurnikan tanah di hadapan sekolah sebagai sebuah tapak
perkhemahan bagi unit beruniform sekolah. Pembangunan ini adalah bertujuan untuk menyediakan
kawasan bagi melakukan aktiviti kokurikulum di kalangan murid. Dengan adanya tapak perkhemahan ini
murid-murid dapat menjalankan aktiviti dengan selesa dan bersesuaian dengan aktiviti yang hendak
dijalankan. Besar harapan pihak kami agar pembangunan tapak perkhemahan ini dapat direalisasikan bagi
memenuhi keperluan aktiviti murid.

2.0 Latar Belakang


2.1 Pembersihan tapak cadangan.
2.2 Meratakan tanah tapak cadangan.
2.3 Membina pagar di sekeliling tapak cadangan.
2.4 Membina fasiliti untuk kegunaan aktiviti murid.

3.0 Objektif
3.1 Bagi menyediakan tapak perkhemahan sekolah
3.2 Memudahkan segala aktiviti kokurikulum dijalankan
3.3 Menjadikan murid seronok melakukan aktiviti di tapak yang bersesuaian
3.4 Melahirkan murid dan guru yang aktif dalam aktiviti kokurikulum sekolah

4.0 Perancangan Pembangunan

JANGKA PENDEK (FASA 1) JANGKA PANJANG (FASA 2)


Permulaan mengediakan perkara asas bagi Meneruskan lagi pembangunan keperluan aktiviti
memastikan tapak cadangan dapat digunakan seperti:
- Pembersihan tapak - Tapak mendirikan khemah
- Membina pagar - Fasiliti aktiviti laluan berhalangan
- Memastikan keselamatan tapak terjamin - Kemudahan air dan elektrik
- Pondok pemantau
5.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kos (RM)


1. Pembersihan 1000.00
2. Proses meratakan tanah tapak cadangan 2000.00
3. Membina pagar keliling tapak cadangan 8000.00
4. Pembangunan fasiliti 8000.00
5. Utiliti air dan elektrik 1000.00
Jumlah keseluruhan 20000.00

6.0 Sumber kewangan

- Kutipan sumbangan

7.0 Gambar dan plan tapak


Rujuk lampiran
8.0 Jawatankuasa Pelaksana
PENGERUSI
En. Mohamad Nor bin Misran (Guru Besar)
TIM.PENGERUSI
En. Zulkifli Bin Jusoh (Penolong Kanan KOKUM)
En. Hazmi bin Abdullah (Penolong Kanan HEM)
PENYELARAS
En. Amier Shakirin bin Mohd Sharif
SETIAUSAHA
Mohd Izwan Bin Juwahir
BENDAHARI
En. Mohd Zulfa’iz bin Mohd Nor

AJK dana sumbangan Pn. Samayah binti Ibrahim


En. Badrul Helmi bin Saadon
AJK penyelaras pembangunan dan kerja naik taraf En. Md. Fauzi bin Md. Tahir
En. Ariff bin Hamidon
AJK peralatan dan bahan En. Amier Shakirin bin Mohd Sharif
Mohd Izwan Bin Juwahir
AJK pembangunan dan gerak kerja Semua Guru
Pekerja Swasta

9.0 Gambar dan plan tapak


Rujuk lampiran
10.0 Penutup
Besar harapan pihak sekolah agar dapat menjayakan program pembangunan tapak perkhemahan Sekolah
Kebangsaan Felda Lok Heng dengan jayanya. Semoga dengan usaha kecil ini dapat meningkatkan lagi
semagat murid dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. Segala sumbangan dari segi dana,
tenaga mahupun wang ringgit, pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

…………………………………….. ……………………………………..
Mohd Izwan bin Juwahir
Setiausaha Program Pembangunan Tapak Perkhemahan
SK Felda Lok Heng
Lampiran

You might also like