You are on page 1of 6

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG

KERTAS KERJA
PENYELENGGARAAN, BAIK PULIH DAN NAIK TARAF
SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG

1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Lembah Subang terletak dalam daerah Petaling Utama,


Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan pada 01 Januari 2004. Sekolah ini terletak di kawasan
bandar dan mempunyai empat blok bangunan yang terdiri dari pejabat pentadbiran, bilik
guru, bilik darjah, bilik-bilik khas pembelajaran, bilik mesyuarat, perpustakaan, tandas serta
kantin dan satu bangunan prasekolah.Diterajui oleh seorang Guru Besar Bersama 4 orang
Penolong Kanan serta barisan guru seramai 64 orang dan kakitangan pejabat seramai 4
orang.

Selaras dengan usia yang hampir 2 abad serta kedudukannya di kawasan rendah,
infrastruktur sekolah ini menjadi rosak terutamanya tapak perhimpunan sekolah dan bilik
darjah. Selain itu masalah bumbung bocor serta tingkap menyebabkan air hujan masuk
ke bilik-bilik khas pembelajaran apabila hujan turun. Pihak sekolah serta PIBG tidak mampu
menampung kos yang tinggi untuk membaiki dan membaik pulih infrastruktur menyebabkan
kerosakan semakin lama menjadi semakin teruk dan sangat membahayakan keselamatan
murid.

2.0 MATLAMAT

Meningkatkan keberkesanan kemenjadian murid secara menyeluruh dengan penyediaan


frasarana yang kondusif dan berteknologi.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi keselesaan kepada murid dan guru semasa sesi pengajaran dan
Pembelajaran berlaku di dalam kelas.

3.2 Menaik taraf keseluruhan kelas, bilik-bilik khas dan bangunan bagi tujuan
keselamatan dan keselesaan murid.

3.3 Menyediakan sistem siaraya berpusat untuk keseluruhan sekolah agar


Penyampaian maklumat penting kepada seluruh warga sekolah pada satu
satu masa menjadi lebih berkesan dan efektif.

3.4 Baik pulih padang sekolah bagi membolehkan semua murid menjalani aktiviti
Pendidikan Jasmani serta sukan dengan lebih selesa dan selamat.

1
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG

4.0 IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

4.1 Aspek keselamatan murid dan guru tidak terjamin merujuk kepada keadaan
simen lantai di bilik darjah pecah dan mengakibatkan berlubang.

4.2 Tapak perhimpunan berlumut dan boleh menyebabkan licin dan dikhuatiri
berbahaya kepada murid sekolah.

4.3 Sesetengah padang sekolah terdapat tempat yang berlecak dan perlu
ditanam rumput dan akan menyebabkan kecederaan pada murid.

5.0 PERINCIAN PROJEK

BIL PERKARA KETERANGAN


1 Bilik Darjah Simen lantai bilik darjah pecah dan berlubang

2 Tapak Perhimpunan Lantai tapak perhimpunan berlumut dan berair

3 Padang Sekolah Berlecak dan berpasir

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Penasihat : Pn. Fazliyaton Binti Mohamed Sharif (Guru Besar)


Pengerusi : En. Mohd Azli Bin Jamaasim (YDP PIBG)
Timb. Pengerusi : En. Mohd Nasir Bin Jamaluddin (NYDP PIBG)
Setiausaha : Pn. Aina Fadhlin Syahmina Binti Abas
Bendahari : Cik Che Ku Nur Syauqina Adlin Binti Che Ku Mohamad Rafee

Ahli Jawatankuasa : Semua AJK PIBG


: Semua Guru SKLS

7.0 ANGGARAN KOS PROJEK

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN

1 Lantai Bilik Darjah RM 10,000.00

2 Tapak Perhimpunan RM 25,000.00

3 Padang Sekolah RM 15,000.00

JUMLAH RM 50,000.00

2
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG

8.0 PENUTUP

Bersama ini disertakan lampiran berkaitan untuk makluman dan tindakan pihak
tuan. Diharapkan projek penyelenggaraan baik pulih ini memberi kesan kepada
kemenjadian dan keselesaan murid secara menyeluruh dalam proses menuju
pembelajaran abad ke 21 ini.

Kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari pihak Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan
dalam pelbagai bentuk samada material atau kewangan. Sumbangan kewangan
dalam bentuk tunai atau cek boleh disalurkan ke akaun PIBG SK LEMBAH SUBANG,
NO AKAUN: 562357502835 (Maybank). Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima
kasih atas kerjasama serta sokongan dan sumbangan dari pihak Dato’/ Datin/ Tuan/
Puan demi kejayaan projek ini.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

………………………………………………. ……………………………………………….

(MOHD AZLI BIN JAMAASIM)


(AINA FADHLIN SYAHMINA BINTI ABAS)

Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG

SK Lembah Subang SK Lembah Subang

Disahkan oleh,

……………………………………………….

(FAZLIYATON BINTI MOHAMED SHARIF)

Guru Besar

SK Lembah Subang

3
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG

LAMPIRAN

GAMBAR TAPAK PERHIMPUNAN

4
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG

GAMBAR BILIK DARJAH

5
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG

GAMBAR PADANG SEKOLAH

You might also like