You are on page 1of 2

IKLAN JAWATAN KOSONG

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ditubuhkan melalui Akta Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia 1999 adalah merupakan sebuah Institusi Hak Asasi Manusia
Kebangsaan (NHRI) yang dipertanggungjawab untuk memupuk kesedaran dan melindungi
hak asasi manusia di Malaysia. SUHAKAM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang
berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Tanggagaji : RM1,352.00 dan elaun tambahan sebanyak RM765.00 sebulan

Taraf Jawatan : Tetap (Tidak Berpencen)

Lokasi Pejabat : Pejabat Sarawak

Kelayakan : i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf


setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

ii) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan


Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

iii) Berupaya bekerja dalam satu pasukan di bawah pengawasan


yang minimum; dan

iv) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai


pengalaman dalam pemfailan, dan pengurusan masa yang baik.

Kekosongan Jawatan : 1 kekosongan


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Pembantu Tadbir di Pejabat Sarawak adalah bertanggungjawab, antara lain seperti berikut:

1) Membantu dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan operasi dan program;


2) Melaksanakan tugasan perkeranian dan operasi Pejabat Sarawak;
3) Membuat persediaan untuk mesyuarat serta memastikan bilik mesyuarat berada dalam keadaan
baik;
4) Membuat salinan dan penyediaan dokumen untuk tujuan mesyuarat dan lain-lain program;
5) Menguruskan sistem pemfailan, rekod penerimaan aduan dan sebagainya; dan
6) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh penyelia mahupun Suruhanjaya dari semasa ke
semasa.

CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri
beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, sekeping gambar
berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 15 November 2023 (Rabu) kepada:
Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(Untuk Perhatian: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang
mengemukakan CV serta sijil yang lengkap akan dipertimbangkan.

You might also like