You are on page 1of 20

TAJUK SISTEM PENGORGANISASIAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti reka bentuk organisasi, proses pengorganisasian, konsep pengorganisasian dan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kaedah yang digunakan bagi mengumpulkan data kuantitatif adalah menggunakan kaedah soal selidik. Penyelidik telah menyediakan 20 sempel boring soal selidik kepada 20 orang responden. Manakala data kualitatif dipungut mengggunakan kaedah temu bual, rakaman dan pemerhatian. Data kajian menunjukkan Majlis Peperiksaan Malaysia telah melaksanakan proses pengorganisasian yang sistematik Data juga menunujukkan pemimpin tertinggi MPM menggunakan gaya kepimpinan demokratik. Reka bentuk yang digunakan oleh MPM ialah mengikut penjabatan fungsian yang mempunyai pelbagai jenis penjabatan dalam setiap organisasi. Konsep pengorganisasian MPM ialah berkonsepkan organisasi yang berautoriti, bertanggungjawab dan berakauntabiliti. Dengan ini, Majlis Peperiksaan Malaysia mampu berdiri teguh sebagai sebuah organisasi yang Berjaya.

1.0

PENGENALAN Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah dipilih sebagai fokus kajian ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980. Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. MPM mempunyai visi dan misi tersendiri yang dirangka oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia. Antara visi MPM ialah menjadi badan pentaksiran yang menjanakan pentaksiran jitu yang dapat mengukur potensi seseorang insan secara holistic bersesuaian dengan nilai dan norma murni sejagat menjelang tahun 2025.

Manakala

misi

Majlis

Peperiksaan

Malaysia

adalah

untuk

membangunkandan mengurus pelbagai bentuk pentaksiran yang menyumbang kepada pembagunan modal insan yang berwibawa, versatile dan berdaya maju. Objektif MPM pula adalah seperti yang berikut:

a) Mendaftarkan calon bagi peperiksaan/ujian STPM dan MUET dengan cekap b) Menyediakan kertas peperiksaan/ujian yang jitu, sah, boleh dipercayai, saksama, dan adil bagi peperiksaan/ujian STPM, MUET dan Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI), Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI), Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP), Shariah Registered Financial Planner Capstone (Shariah RFP Capstone), dan Shariah Registered Financial Planner Adhoc (Shariah RFP Adhoc) c) Mentadbirkan peperiksaan/ujian STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, Malaysian Information Technology Professional Examination (MITPE), Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, dan Shariah RFP Adhoc dengan cekap dan adil d) Mengeluarkan keputusan peperiksaan/ujian STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, MITPE, Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, dan Shariah RFP Adhoc yang standardnya diiktiraf oleh institusi penerima lulusan

e) Menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan dan spesifikasi ujian yang lengkap dan sesuai bagi peperiksaan/ujian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET) Aktiviti yang dilaksanakan oleh MPM dalam mengendalikan peperiksaan adalah seperti yang berikut: a) Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan b) Mengkaji, peperiksaan c) Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan d) Menyelaraskan pendaftaran calon peperiksaan e) Menyelaraskan pengendalian peperiksaan dan pemarkahan skrip jawapan calon f) Memproses dan menyemak keputusan peperiksaan g) Menetapkan standard kertas dan mata pelajaran serta menganugerahkan keputusan peperiksaan h) Mentafahus rayuan calon tentang keputusan peperiksaan i) Melatih kakitangan Urus Setia dan penjawat yang dilantik oleh MPM j) Mengkaji dan menyelidik perilaku calon dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peperiksaan mengemaskinikan, dan menggubal sukatan pelajaran

Majlis dan Keanggotaan MPM merujuk kepada perkara 4(1) dalam Akta MPM membuat peruntukan bahawa Majlis hendaklah terdiri daripada ahli-ahli berikut.

Naib Canselor universiti tempatan

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Lima orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

Majlis Peperiksaan Malaysia yang kini dianggotai oleh seramai 28 orang ahli itu bertanggungjawab dalam menentukan dasar MPM dengan persetujuan YB Menteri Pelajaran Malaysia berhubung dengan peperiksaan yang dikendalikannya. Pengerusi Majlis dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Naib Canselor universiti untuk tempoh selama tiga tahun.

2.0

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk : 2.1 Mengenal pasti reka bentuk yang digunakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 2.2 2.3 Mengenal pasti proses pengorganisasian Majlis Peperiksaan Malaysia Mengenal pasti konsep pengorganisasian yang digunakan oleh Majlis Peperisaan Malaysia.

2.4

Mengenal pasti gaya kepimpinan tertinggi Majlis Peperiksaan Malaysia.

3.0

Latar Belakang Kajian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di

bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980

Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaanpeperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES). Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selain itu, penubuhan MPM juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan prauniversiti, iaitu tingkatan enam. Sejak MPM ditubuhkan, bidang tugas MPM yang pada mulanya hanya mengendalikan peperiksaan STPM telah diperluas. Pada tahun 1999, MPM telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Malaysian University English Test (MUET). Ujian ini wajib diduduki oleh semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Mulai tahun 2003, MPM telah diamanahkan untuk mengendalikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi anggota perkhidmatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) sehingga peperiksaan ini dimansuhkan pada 1 Januari 2011. Di samping itu, MPM juga telah mengendalikan Malaysian Information Technology Examination (MITPE) bagi pihak Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn. Bhd. (METEOR).

Rajah 1: Lokasi Majlis Peperiksaan Malaysia

MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL PERSIARAN 1 BANDAR BARU SELAYANG 68100 BATU CAVES SELANGOR DARUL EHSAN

4.0

Kaedah Kajian Dalam membuat kajian ini,penyelidik telah menggunakan beberapa kaedah kajian bagi memudahkan pengumpulan data yang diambil dapat diseragamkan.

4.1 Borang Soal Selidik Borang soal selidik adalah satu kertas yang mempunyai beberapa set soalan yang perlu dijawab oleh responden yang terlibat. Ini bagi penyelidik mendapatkan maklumat dan data tentang organisasi ini.Penyelidik telah menggunakan seramai 20 orang responden bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik ini. Para responden terdiri daripada pelbagai jawatan dalam organisasi ini samada pekerja bawahan hingga pekerja atasan.

4.2 Temu Bual Kaedah ini digunakan oleh penyelidik supaya penyelidik sendiri dapat bersemuka dengan orang- orang penting dalam organisasi ini bagi mendapatkan maklumat dan data yang lebih terperinci dan tepat. Dalam kaedah ini,penyelidik telah menebual En. Khawari Bin Idris iaitu Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia bagi mendapatkan data tentang organisasi ini untuk dimasukkan dalam kajian ini.

4.3 Pemerhatian Penyelidik telah pergi sendiri ke bangunan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di Selayang Baru untuk menjalankan kaedah kajian ini. Penyelidik telah berjalan di dalam bangunan tersebut untuk memerhatikan maklumat-maklumat tambahan pada dinding-dinding bangunan dan papan maklumat. Maklumat tambahan yang didapati dalam kaedah ini adalah seperti visi, misi dan lain- lain.

5.0

Dapatan Kajian 5.1 REKA BENTUK ORGANISASI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(MPM).

Berdasarkan carta organisasi di bawah, reka bentuk organisasi MPM ialah struktur fungsian. CARTA ORGANISASI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

KETUA EKSEKUTIF Puan Maziyan Binti Hamzah

1) BAHAGIAN PENGENDALIAN PTKTIMBALAN KETUA SSM & ELCT 2 EKSEKUTIF Adnan Husin

1) BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN TIMBALAN KETUA DASAR PEPERIKSAAN EKSEKUTIF 1 Suhana Binti Saidina Ali

2) BAHAGIAN PENGURUSAN PERSONEL DAN PENTADBIRAN Norqaily

2) BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Ishak Hamzah

3) BAHAGIAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN STPM & MUET Hajjah Zarinah Binti Md Shahar

3) BAHAGIAN SAINS DAN MATEMATIK Ahmad Khairul

4) BAHAGIAN SAINS

5.1.1

RASIONAL PEMILIHAN STRUKTUR FUNGSIAN Majlis Peperiksaan Malaysia merupakan sebuah organisasi yang merupakan

badan berkanun. MPM mempunyai ramai pekerja dan seramai 28 ahli tertinggi yang bertanggungjawab dalam menentukan dasar MPM. Oleh itu reka bentuk yang digunakan oleh MPM adalah struktur fungsian. Struktur fungsian sesuai diguna pakai bagi sesebuah organisasi yang besar dan luas. Oleh itu, sumber organisasi dapat digunakan dengan cekap dan teratur. Pengkhususan kerja juga boleh dilakukan dengan berkesan kerana setiap individu mempunyai kemahiran yang tersendiri. Dengan ini kawalan serta penyeliaan terhadap semua aktiviti dalam setiap jabatan mudah dilaksanakan.

a) Reka Bentuk Organisasi Jadual 1: Mengenalpasti Reka bentuk Organisasi YA 1 2 Adakah organisasi ini mengawalkan pembahagian kerja? Adakah organisasi memberi kebajikan sosial kepada pekerja seperti kenaikan pangkat atau kenaikan gaji? 3 4 Perlukah pekerja dikelompokan mengikut tugas yang khusus? Adakah organisasi menjalankan perniagaan 20 multinasional yang mempunyai pelbagai jenis produk yang di keluarkan? 5 6 7 Adakah organisasi dibentuk apabila mempunyai projek yang khas untuk dilakukan? Adakah bekerja dalam pasukan memerlukan matlamat yang sama? Adakah organisasi ini menjalankan berdasarkan projek yang apabila selesai suatu projek maka mereka akan beralih ke projek lain? 8 9 Adakah organisasi ini menjalankan tugas yang spesifik? Adakah organisasi mengamalkan organisasi tanpa sepadan yang melakukan organisasi yang tidak berstruktur? 17 7 3 13 5 15 17 3 15 5 20 20 15 TIDAK 5

Berdasarkan jadual 1, dapatan kajian melaui soal selidik adalah bertujuan untuk mengetahui tentang apakah reka bentuk organisasi yang digunakan oleh

(MPM). Terdapat beberapa kriteria yang menunjangi reka bentuk organisasi. Oleh hal yang demikian, terdapat pengawalan pembahagian kerja, hal ini boleh dibuktikan dengan 15 orang responden bersetuju dan 5 orang responden tidak bersetuju bahawa organisasi ini menggunakan sistem fungsian dalam pembahagian kerja.Seterusnya, dapatan kajian membuktikan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa segala kebajikan sosial pekerja dalam organisasi ini dititik berat oleh majikan. Kesemua responden menyatakan YA. Oleh itu, dapat diketahui oleh penyelidik bahawa para pekerja berpuas hati dengan kebajikan social yang di berikan oleh organisasi ini. Seperti kenaikan pangkat mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh organisasi. Bagi soalan ketiga pula keseluruhan responden menyatakan YA bahawa pekerja telah dikelompokan mengikut tugasan yang telah dikhususkan kerana organisasi ini adalah struktur fungsian. Soalan yang keempat pula seeramai 20 orang responden menyatakan TIDAK dan seluruh responden. Hal ini kerana MPM tidak pernah menjalankan perniagaan multinasional yang diperdagagangkan diluar Negara. MPM hanyalah mengelola segala yang berkaitan peperiksaan MUET DAN STPM dan beberapa peperiksaan yang bukan akademik. Soalan yang kelima seramai 15 orang responden menyata YA dan seramai 5 orang menyatakan TIDAK. Hal ini kerana (MPM) memang akan menubuhkan pasukan bagi melaksanakan sesuatu projek khas. Sebagai contoh penukaran system pembelajaran STPM daripada system terminal kepada modular yang bermula kepada calon STPM 2012/2013. Majoriti bagi soalan yang ke enam ialah seramai 17 responden menyatakan YA dan selebihnya TIDAK. Ini menunjukkan MPM akan menubuhkan satu pasukan yang khas apabila projek yang hendak dilaksanakan mempunyai matlamat yang berkaitan peperiksaan STPM dan MUET. Bagi soalan yang ke tujuh pula seramai 5 responden YA dan seramai 15 orang responden menyatakan TIDAK. Hal ini kerana MPM hanya mengelola peperiksaan STPM dan MUET sahaja dan tidak ada projek lain selain daripada itu. Soalan yang kelapan pula ialah seramai 17 orang responden menyatakan YA dan selebihnya TIDAK. MPM memang menjalankan kerja yang spesifik sahaja sebagai contoh jika bahagian kewangan hanya akan menjalankan kerja kewangan sahaja. Dan yang terakhir ialah seramai 17 responden menyatakan

TIDAK dan 3 orang YA. Ini menunjukkan bahawa segala permasalahan yang berlaku dalam sesuatu jabatan hendaklah diselesaikan oleh pakar jabatan itu dan bukan oleh jabatan lain kerana hanya jabatan itu yang ketahui tentang halhal jabatan mereka.

5.2

PROSES PENGORGANISASIAN analisis data yang telah dikumpul, berikut adalah proses

Berdasarkan

pengorganisasian MPM. 5.2.1 Penentuan Objektif

WSetiap organisasi mempunyai matlamat tersendiri. Matlamat MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu . Bagi memastikan matlamat organisasi tercapai, MPM juga perlu mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan antaranya: a) Mendaftarkan calon bagi peperiksaan/ujian STPM dan MUET dengan cekap b) Menyediakan kertas peperiksaan/ujian yang jitu, sah, boleh dipercayai, saksama, dan adil bagi peperiksaan/ujian STPM, MUET dan Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI), Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI), Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP), Shariah Registered Financial Planner Capstone (Shariah RFP Capstone), dan Shariah Registered Financial Planner Adhoc (Shariah RFP Adhoc) c) Mentadbirkan peperiksaan/ujian STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, Malaysian Information Technology Professional Examination (MITPE), Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, dan Shariah RFP Adhoc dengan cekap dan adil d) Mengeluarkan keputusan peperiksaan/ujian STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, MITPE, Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, dan Shariah RFP Adhoc yang standardnya diiktiraf oleh institusi penerima lulusan

Objektif tersebut telah ditetapkan oleh majlis tertinggi MPM bagi memastikan organisasi bergerak seiring dalam mencapai matlamat organisasi.

5.2.2

Mengenal pasti Aktiviti Bagi memastikan matlamat MPM iaitu untuk mengelolakan

peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan tersebut dicapai, majlis tertinggi MPM telah mengenalpasti aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh MPM iaitu: a) Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan b) Mengkaji, peperiksaan c) Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan d) Menyelaraskan pendaftaran calon peperiksaan e) Menyelaraskan pengendalian peperiksaan dan pemarkahan skrip jawapan calon f) Memproses dan menyemak keputusan peperiksaan g) Menetapkan standard kertas dan mata pelajaran serta menganugerahkan keputusan peperiksaan h) Mentafahus rayuan calon tentang keputusan peperiksaan i) Melatih kakitangan Urus Setia dan penjawat yang dilantik oleh MPM j) Mengkaji dan menyelidik perilaku calon dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peperiksaan mengemaskinikan, dan menggubal sukatan pelajaran

5.2.3

Pengelasan Aktiviti

Setelah aktiviti dikenal pasti, proses pengelasan telah dibuat oleh MPM mengikut pengkhususan yang telah ditetapkan oleh ahli majlis tertinggi MPM. Contohnya bagi pekerja yang mempunyai kemahiran dalam akauntan akan ditempatkan dibahagian kewangan yang akan melaksanakan tugas-tugas mengenai kewangan MPM.

5.2.4

Pengelompokan aktiviti Setelah mengelaskan aktiviti kepada kakitangan MPM yang telah ditetapkan

oleh majlis tertinggi MPM. Aktiviti pengelomokan telah dilaksanakan kepada setiap penjabatan bagi mengalakan perselisihan aktiviti berlaku.

5.2.5 `

Pengagihan Tugas Bagi memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar mengikut aktiviti yang

telah ditugaskan kepada pekerja oleh pihak atasan MPM. Mereka akan dipantau dan akan dipastikan oleh pihak atasan MPM bagi melaksanakan aktiviti yang telah ditetapkan kepada pekerja berjalan dengan teratur dan mengikut kualiti yang telah ditetapkan oleh MPM kepada pekerja.

b)

Proses Pengorganisasian

Jadual di bawah menunjukkan hasil soal selidik yang dijalankan untuk mengetahui proses pengorganisasian MPM. YA 1 Adakah organisasi mempunyai matlamat serta 20 menetukan objektif organisasi? 2 Adakah organisasi mengenalpasti aktiviti 20 sebelum melakukan tugas? 3 Adakah organisasi mengelaskan aktiviti bagi 20 setiap pekerja? 4 Adakah organisasi menjalankan 20 TIDAK -

pengelompokan aktiviti kepada pekerja? 5 Adakah organisasi memastikan pengagihan 20 tugas kepada pekerja? -

Majlis

Peperiksaan

Malaysia

telah

melaksanakan

segala

proses

penorganisasian yang telah ditetapkan oleh pihak atasan MPM. Dapatan kajian, hasil daripada borang soal selidik yang telah diberikan kepada 20 orang kakitangan MPM telah membuktikan bahawa proses pengorganisasian telah dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak MPM. Pada soalan pertama sebanyak 20 responden telah mengatakan YA bahawa organisasi mempunyai matlamat serta menentukan objektif organisasi. Pada soalan kedua pula, seramai 20 orang responden telah mengatakan YA bahawa organisasi telah mengenalpasti aktiviti sebelum melakukan tugas bagi mengelakkan pembaziran sumber. Manakala, pada soalan ketiga seramai 20 orang responden telah mengatakan YA bahawa k,organisasi telah melaksanakan pengelasan aktiviti setiap pekerja bagi memastikan sumber digunakan dengan cekap. Pada soalan keempat, seramai 20 orang responden telah mengatakan YA bahawa organisasi telah menjalankan pengelompokan aktiviti kepada pekerja supaya pekerja dapat mengenalpasti arahan ketua mereka. Pada soalan kelima, seramai 20 orang responden telah mengatakan YA bahawa organisasi talah melaksanakan dan memastikan pengagihan tugas kepada pekerja supaya pekerja lebih jelas dengan tugas mereka. Kesimpulannya, MPM telah melaksanakan segala proses pengorganisasian yang telah ditetapkan oleh pihak atasan MPM.

5.3 Konsep Pengorganisasian Jadual di bawah menunjukkan hasil soal selidik yang dijalankan untuk mengetahui konsep pengorganisasian yang digunakan oleh MPM. No. 1. 2. 3. Perkara Adakah semakin tinggi jawatan seseorang dalam organisasi semakin besar kuasa? Adakah pekerja menjalankan tanggugjawab diberikan oleh pihak atasan dilaksanakan dengan sempurna? Adakah pengurusan atasan bersikap akauntabiliti iaitu mengambil tindakan ke atas tanggungjawab yang diberikan 4. 5. 6. 7. kepadanya? Adakah setiap keputusan yang dibuat diputuskan oleh pihak atasan sahaja? Adakah organisasi ini meluaskan kuasa kepada pengurus bawahan untuk membuat sesetengah keputusan? Adakah pengurus memberi kuasa kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam satu tugas? Adakah staf bawahan mempunyai hak untuk memberi pendapat kepada pengurusan atasan? 11 16 8 20 9 4 12 Ya 17 20 20 Tidak 3

Hasil soal selidik telah memberi soalan soal selidik ini kepada 20 orang pekerja di MPM. Hasil soal selidik tersebut mendapati seramai 17 orang yang menjawab Ya dan hanya 3 orang menjawab Tidak pada soalan semakin tinggi jawatan seseorang dalam organisasi semakin besar kuasa. Soalan kedua menanyakan tentang adakah pekerja menjalankan tanggujawab yang diberikan oleh pihak atasan dilaksankab dengan sempurna secara kseseluruhannya iaitu seramai 20 orang menjawab Ya. Seterusnya, seramai 20 orang responden menjawab Ya pada soalan pengurursan atasan bersikap akauntabiliti. Pada soalan keempat berkaitan keputusan yang dibuat diputuskan oleh pihak atasan sahaja seramai 11 orang menjawab Ya dan 9 orang menjawab tidak. Soalan kelima pula berkaitan organisasi meluaskan kuasa kepada pengurus bawahan untuk membuat sesetengah keputusan seramai 16 orang menjawab Ya dan 4 orang mejawab tidak. Seterusnya, soalan keenam pengurus memberi kuasa kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam satu tugas hanya 8 orang menjawab Ya dan seramai 12 orang menjawab tidak. Soalan terakhir,berkaitan

staf bawahan mempunyai hak untuk memberi pendapat, secara keseluruhannya iaitu seramai 20 orang menjawab Ya. Manakala, hasil temu bual berkaitan konsep pengorganisasian yang dijalankan oleh MPM ialah bersifat autoruti dalam pemberian arahan. Semakin besar jawatan semakin besar autoriti yang dimliki. Tetapi autoriti tersebut hanya terhad kepda jabatan yang diketuai sahaja. Seandainya, hendak memberi arahan kepada jabatan yang lain mestilah melalui ketua jabatan yang lain. Sebagai contoh, ketua jabatan keewangan ingin memberi arahan kepada pekerja bahagiaan sumber manusia, mesti melalui ketua jabatan sumber manusia. 5.4 Gaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi Organisasi

Jadual di bawah menunjukkan hasil soal selidik yang dijalankan untuk mengetahui jenis gaya kepimpinan tertinggi yang digunakan oleh MPM. NO 1 keputusan. PERKARA Adakah pengurus berkuasa penuh dalam membuat semua YA 2 TIDAK 18

Adakah pengurus ini mengamalkan komunikasi dua hala antara pemimmpin dengan pekerja dalam membuat sesuatu keputusan.

20

Adakah para pekerja diberi kebebasan untuk membuat segala keputusan tanpa ada halangan daripada pihak pemimpin.

17

Adakah pengurus ini melakukan pertukaran gaya kepimpinan mengikut situasi.

18

Adakah gaya kepimpinan yang digunakan pada masa ini perlu dikekalkan pada masa akan datang demi kebaikan organisasi.

20

Bagi soal selidik mengenai gaya kepimpinan pemimpin tertinggi organisasi Majlis Peperiksaan Malaysia. Pada soalan yang pertama,penyelidik menanyakan soalan untuk mengetahui adakah organisasi in mengunakan gaya kepimpinan

autokrasi.Hasilnya penyelidik mendapati para responden ramai yang memilih TIDAK iaitu 18 orang daripada YA yang hanya 2 orang kepada persoalan ini. Pada persoalan kedua,soalan ini bertujuan untuk mengetahui gaya kepimpinan demokrasi yang mempunyai komunikasi dua hala.hasilnya,kesemua para responden memilih YA untuk persoalan ini. Soalan ketiga, penyelidik ingin mengetahui adakah organisasi ini memberi kebebasan penuh kepada para pekerja dalam membuat semua keputusan atau lebih mudah dikenali sebagai gaya kepimpinan laissez-faire. Hasilnya,seramai 17 orang responden mengatakan TIDAK dan 3 responden mengatakan YA kepada persoalan ini. Pada soalan keempat,ia bertujuan untuk penyelidik mengetahui adakah organisasi ini menggunakan gaya kepimpinan kontigensi iaitu pengamalan kepimpinan mengikut situasi tertentu. Hasilnya,seramai 18 orang responden mengatakan YA manakala selabihnya mengatakan TIDAK kepada persoalan ini. Bagi soalan terakhir,ianya hanya sekadar bertujuan untuk mengetahui sejauh mana tahap kepuasan para pekerja dalam organisasi ini terhadap gaya kepimpinan yang digunakan pada masa ini.Hasilnya,kesemua responden berpuas hati dengan gaya kepimpinan yang digunakan organisasi pada masa ini iaitu gaya kepimpinan demokrasi yang memberi peluang kepada para pekerja bawahan berkomunikasi dengan pihak atasan dalam membincang permasalahan yang berlaku.Inilah factor mengapa kesemua mereka berpuas hati dengan gaya kepimpinan yang diguna pakai pemimpin tertinggi organisasi ini.

You might also like