You are on page 1of 1

1.Apa pandangan anda mengenai pembudayaan KBAT di sekolah anda.

Untuk menjayakan pembudayaan KBAT di sekolah, inisiatif pertama yang dilakukan


adalah memastikan penerapan KBAT dalam PdP. Guru-guru mengamalkan
kepelbagaian strategi dan kaedah PdP supaya pemikiran kritikal, analitikal, penaakulan,
penyelesaian masalah dan kemahiran-kemahiran aras tinggi yang lain dapat dilatih di
dalam bilik darjah.

Di SJKC Pandan, integrasi teknologi dalam PdP amat berjaya kerana setiap bilik darjah
dilengkapi dengan komputer dan Smartboard. yang membolehkan akses maklumat
yang luar, menarik serta interaktif.

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) juga merupakan tumpuan utama


sekolah dalam usaha pembudayaan KBAT. LDP dan PLC dirancang dan dijalankan
supaya guru sentiasa bersedia dan bermotivasi untuk mewujudkan PdP KBAT.

Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya, pembudayaan KBAT masih boleh


dipertingkatan dengan kerjasama antara pemimpin sekolah, guru dan PIBK

2. Bagaimana anda boleh membuat penambahbaikan terhadap pembudayaan


KBAT di sekolah anda?

Untuk memastikan pembudayaan KBAT boleh dijalankan dengan lancar dan mencapai
kejayaan, pemimpin sekolah perlu peka terhahap perkembangan pendidikan semasa
dan menyampaikan maklumat serta pengetahuan kepada semua guru. Aktiviti PLC
harus dijalankan dan pemimpin sekolah perlu bekerjasama dengan semua guru untuk
berkongsi idea dan pandangan bagi menghasilkan program KBAT yang berkualiti dan
berkesan.

Di samping itu, infrastruktur dan kemudahan sekolah perlu sentiasa dipelihara dan
dinaiktarafkan. Hal ini kerana, suasana bilik darjah yang kondusif memainkan peranan
yang penting dalam mencapai PdP berunsurkan KBAT.

You might also like