You are on page 1of 1

CONTOH KES JENAYAH TERKINI

Suri rumah rugi hampir RM100,000 diperdaya 'parcel scam'


(Disember 20, 2022 @ 7:46pm)
bhnews@bh.com.my

KUANTAN: Seorang suri rumah kerugian RM98,999 akibat terpedaya dengan penipuan
kiriman bungkusan tidak wujud atau 'parcel scam'.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pada September lalu,
mangsa berusia 40-an berkenalan dengan suspek melalui media sosial.

Menurut mangsa, selepas berkenalan beberapa hari, suspek memaklumkan menghantar


hadiah sebagai tanda persahabatan kepada mangsa.

"Mangsa menerima pesanan ringkas daripada syarikat penghantaran barang yang


memaklumkan bungkusan yang dikirimkan kepada mangsa disekat kerana mengandungi
barangan berharga dan wang tunai.

"Berikutan itu, mangsa diminta membuat bayaran untuk melepaskan bungkusan terbabit.

"Mangsa kemudiannya membuat bayaran sebanyak RM98,999 dengan 14 kali transaksi


dengan empat akaun bank yang berbeza

atas alasan bayaran itu adalah untuk pelepasan cukai, bayaran cukai SST, bayaran
pengisytiharan harta, bayaran sijil antikeganasan dan bayaran pemindahan eksklusif.

"Mangsa membuat bayaran itu menggunakan wang simpanan hasil perniagaan suaminya,"
katanya dalam kenyataan.

Dalam kes terbabit, Ramli menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan
kenalan melalui media sosial.

Katanya, jangan mudah terpedaya dengan tawaran bungkusan dan panggilan telefon, mesej
dan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atau syarikat penghantaran yang
menyatakan ada menerima parcel yang memerlukan bayaran dilakukan untuk membolehkan
bungkusan itu dihantar ke alamat mangsa.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya jangan sesekali membenarkan akaun bank digunakan
orang lain atau menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) kepada pihak lain untuk
digunakan bagi apa saja urusan," katanya.

You might also like