You are on page 1of 24

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA

KIT

PELIBATAN
IBU BAPA
DAN
KOMUNITI
(PIBK)
KATA ALUA N
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bagi pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, saya merakamkan


ucapan tahniah dan syabas atas penghasilan Kit Panduan Pelibatan
Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) ini.

Penyediaan pendidikan berkuaIiti kepada semua murid di Malaysia


merupakan tanggungjawab bersama antara ibu bapa, sekolah dan
komuniti. Pendidikan awal bermula di rumah, diberi penekanan di
sekolah dan pengukuhan amalannya di rumah. Peranan ibu bapa dan
komuniti sebagai rakan strategik perlu dimantapkan dan
diperkasakan bagi membantu pihak sekolah. Kesediaan dan
keterlibatan semua pihak perlu untuk mencapai aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, nilai dan etika serta identiti nasional sebagaimana yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.

Oleh itu, keterlibatan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat


Pendidikan Daerah (PPD),ibu bapa dan komuniti amat digalakkan
untuk menjalin kerjasama yang utuh dengan pihak sekolah dalam
mewujudkan ekosistem pembelajaran yang lebih luas dan
meningkatkan kualiti pendidikan dan pengalaman pembelajaran
murid. Sikap kepedulian yang positif ibu bapa dan komuniti di dalam
sekolah akan membantu pihak sekolah meningkatkan perkembangan
dan pertumbuhan murid dalam pelbagai aspek seperti akademik,
aktiviti kokurikulum, sahsiah dan disiplin.

Akhir kata, diharapkan dengan adanya Kit Panduan PIBK ini dapat
dijadikan panduan dan rujukan semua pihak khususnya JPN,PPD
,pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti dalam
memperkasakan pelibatan dan peranan semua pihak bagi
memartabatkan sistem pendidikan di negara ini.

Sekian, terima kasih

SHAARI BIN OSMAN


ISI
KANDUNGAN

Pengenalan 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 2

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(Pppm) 2013-2025 3

Konsep PIBK 4

Perbezaan Antara PIBG, PIBK Dan KSIB 5

Fokus Utama PIBK 6

Peranan Dan Tanggungjawab 7

Surat-surat Pekeliling / surat Siaran 8

Penutup 9
2

PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia sedang berubah daripada sistem


sekolah kepada sistem pembelajaran yang mengupayakan
pelibatan ibu bapa dan komuniti supaya setiap murid dapat
menikmati persekitaran pembelajaran yang paling sesuai dan
berkesan.

Sistem pembelajaran mengiktiraf bahawa pembelajaran bukan


hanya berlaku di dalam lingkungan sekolah, tetapi ia juga boleh
berlaku di luar sekolah sama ada di rumah atau dalam komuniti.
Sekolah mesti berupaya untuk menyediakan persekitaran yang
kondusif melalui jalinan yang positif antara sekolah dengan ibu
bapa dan komuniti.

Pelaksanaan PIBK direalisasikan di bawah inisiatif #62: Peluasan


Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Ekosistem
Sekolah seperti mana diilhamkan di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang menekankan
kepada kemenjadian murid selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

Anjakan ke 9 dalam PPPM 2013 – 2025 memberikan penekanan


terhadap kepentingan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak
swasta dalam memperkasakan sekolah.

Pelibatan semua pihak berkepentingan ini diharapkan akan


menjadikan sekolah lebih berkualiti, berupaya merealisasikan
aspirasi murid secara khususnya dan kemenjadian Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara amnya.
3

FA L S A FA H
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
(FPK)

Konsep PIBK ini diwujudkan selaras dengan


penyataan FPK yang berbunyi :

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
4

PELAN PEMBANGUNAN
P E N D I D I KA N M A L AYS I A
( P P P M ) 2 01 3 - 2 02 5

PPPM 2013-2025 telah dilancarkan pada 6 September 2013.


Fokus dalam PPPM 2013-2025 ini mengandungi :

3.1. Transformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam


tempoh 13 tahun

G e l o mb a ng 1 Gelom bang 2
(2013-2015) (2016-2020)
Mengubah sistem Memacu
dengan menyokong peningkatan sistem
guru dan
memberikan
tumpuan kepada
kemahiran utama

G e l o mb a ng 3
(2021-2025)
Menganjak ke arah
kecemerlangan
melalui peningkatan
keluwesan operasi.
5

3.2 Lima Aspirasi sistem pendidikan

3.2.1. Akses - 100% enrolmen merentas semua peringkat


pendidikan daripada pra sekolah hingga menengah atas
menjelang trahun 2020.

3.2.2. Kualiti – Negara dalam kelompok sepertiga teratas


dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan
PISA dalam tempoh 15 tahun

3.2.3. Ekuiti – 50% pengurangan dalam jurang pencapaian


(bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang
tahun 2020

3.2.4. Perpaduan - Sistem pendidikan yang menawarkan


perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak
dengan menghargai pengalaman.

3.2.5. Kecekapan - Sistem yang memaksimumkan


keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.
4

3.3 Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid


untuk berupaya bersaing diperingkat global

3.3.1. 3.3.2.
Pengetahuan Kemahiran
berfikir

3.3.3. 3.3.4.
Kemahiran Kemahiran
memimpin dwibahasa

3.3.5. 3.3.6.
Etika dan Identiti
kerohanian nasional
5

3.4 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem


pendidikan negara

Anjakan 1 Menyediakan kesamarataan akses kepada


pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

Anjakan 2 Memastikan setiap murid menguasai kemahiran


dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
dan digalakkan mempelajari Bahasa tambahan.

Anjakan 3 Melahirkan rakyat yang menghayati nilai

Anjakan 4 Menstransformasikan profesion keguruan


menjadi profesion pilihan

Anjakan 5 Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi


ditempatkan di setiap sekolah

Anjakan 6 Mengupayakan JPN,PPD dan Sekolah untuk


menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.

Anjakan 7 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti


pembelajaran di Malaysia

Anjakan 8 Mentransformasikan kebolehan dan keupayaan


penyampaian kementerian

Anjakan 9 Bekerjasama dengan ibu bapa,


komuniti dan sektor swasta secara
meluas.
Anjakan 10 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit.

Anjakan 11 Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggung-


jawaban awam secara langsung.
6

3.5 Inisiatif #62: Peluasan Pelaksanaan pelibatan Ibu Bapa dan


Komuniti dalam Ekosistem Sekolah

Anjakan 9 : Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor


swasta secara meluas

3.5.1 Hasrat dan rasional inisiatif

3.5.1.1 Pelibatan ibu bapa dan komuniti secara aktif akan meningkatkan
proses pembelajaran, keberhasilan murid dan prestasi sekolah.

3.5.1.2 Pelibatan ibu bapa dan komuniti secara aktif dalam


pembangunan sahsiah dan disiplin murid.

3.5.2 Keberhasilan / outcomes

3.5.2.1 Peningkatan pelibatan secara sukarela ibu bapa dalam


menyumbangkan idea, kepakaran dan kemahiran serta
membantu pihak sekolah dalam melaksanakan semua aktiviti
PIBG/sekolah yang memberi impak tinggi kepada sekolah dan
murid.

3.5.2.2 Ibu bapa terlibat langsung atau tidak langsung dalam


membantu pihak sekolah dari segi pembangunan sahsiah dan
disiplin murid di sekolah dan di luar waktu persekolahan.

KPI 1 : Peratus sekolah yang mendapat skor pelibatan ibu


bapa secara sukarela sebanyak 50% dan ke atas dalam
aktiviti PIBG/Sekolah

KPI 2 : Peratus sekolah yang mendapat skor purata kehadiran


ibu bapa dalam 5 aktiviti sebanyak 65% dan ke atas.
7

3.5.3 Kerjasama sekolah dengan ibu bapa 3.5.5 Sarana Ibu Bapa

3.5.3.1 Mempunyai tanggung jawab yang Empat elemen


dikongsi bersama antara ibu bapa penting:
dan guru bagi memastikan
pembelajaran berkualiti untuk murid. 1
Penyediaan
3.5.3.2 Meningkatkan kesedaran ibu bapa suasana
dalam membantu pembelajaran pembelajaran
murid di rumah
3.5.3.3 Memperluaskan peranan ibu bapa
sebagai rakan
meningkatkan
sekolah dalam
keberhasilan
2
Interaksi
anak-anak mereka
sosial
dengan anak
3.5.4 Kerjasama sekolah dengan
komuniti:

3.5.4.1 Mendapat kerjasama secara sukarela


daripada pertubuhan dalam
3
komuniti untuk menyediakan Komunikasi
pelbagai perkhidmatan dan dengan anak
memberi manfaat kepada sekolah
setempat

3.5.4.2 Menggalakkan pelibatan


dalam pertubuhan dan aktiviti
murid
4
komuniti serta mendapat pengajaran Sokongan
penting melalui proses tersebut. akademik
8

3.5.6 Sarana sekolah

Enam elemen yang menyokong pembelajaran

3.5.6.1 3.5.6.2
Iklim Komunikasi
sekolah berkesan

3.5.6.3 3.5.6.4
Sokongan Tanggung-
terhadap jawab
kejayaan bersama
murid

3.5.6.5 3.5.6.6
Keputusan Kerjasama
bersama dengan
komuniti

Sekolah mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima


kehadiran dan sumbangan/ kepakaran ibu bapa dan komuniti
(Dasar Buka Pintu)
9

KO N S E P P I B K

4.1 Pembudayaan amalan kasih sayang,


kegembiraan, hormat menghormati dan
inginkan kejayaan dalam kalangan semua
murid sekolah.

4.2 Keterlibatan dan kebersamaan antara ibu


bapa,komuniti dan sekolah dalam usaha
membangunkan kemenjadian murid.

4.3 Membudayakan semangat sukarelawan yang


tinggi dalam kalangan ibu bapa, komuniti,
korporat dan masyarakat dalam semua aktiviti /
program di sekolah.
10

P E R B E Z AA N A N TA R A
P I B G , P I B K DA N KS I B

Persatuan Ibu Bapa dan Pelibatan Ibu Bapa dan Kumpulan Sokongan Ibu
Guru (PIBG) Komuniti (PIBK) Bapa (KSIB)

• Ditubuhkan di sekolah di • Jawatankuasa yang •Biro yang ditubuhkan di


bawah Akta Pendidikan dibentuk di bawah struktur bawah PIBG
1996 (Akta 550), pentadbiran sekolah •Inisiatif #62 di bawah
Bahagian II – Penubuhan • Inisiatif #62 di bawah Anjakan 9 Pelan
Persatuan Ibubapa dan Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan
Guru : 4. Penubuhan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Persatuan Ibu Bapa – Guru Malaysia (PPPM) 2013 - 2025
2013 – 2025

• Kawalan oleh Pendaftar • Diurus oleh pihak sekolah • Dikelolakan oleh PIBG
Sekolah • Pengetua / Guru Besar dengan seliaan dari pihak
• Diketuai oleh YDP sebagai Pengerusi sekolah
• PGB sebagai ex-officio / • Diketuai oleh Ketua Biro
Penasihat

Keahlian : Keahlian : Keahlian :

• Semua ibu bapa / penjaga • Guru-guru Penolong • Ibu bapa / penjaga murid
/ Ahli yang tidak ada anak Kanan dan guru-guru sesebuah sekolah, komuniti
di sekolah tersebut (Ahli yang diyakini perlu berada luar, alumni, individu yang
Bersekutu) dalam JK, PIBG, Komuniti, tidak ada anak di sekolah
• AJK dipilih / dilantik awam, swasta tetapi berminat untuk
dalam Mesyuarat Agung • AJK dilantik oleh membantu
• Semua Guru pentadbir sekolah
• AJK dilantik dalam
kalangan ahli
11

F O KU S U TA M A P I B K

6.1 Pembangunan Akademik

6.1.1 Pelibatan ibu bapa dalam penyediaan Bahan Bantu


Mengajar (BBM) kelas abad ke – 21.

6.1.2 Membantu menyediakan alat pembelajaran yang


menarik dan kreatif

6.1.3 Pelibatan dalam Biro Akademik Sekolah

6.1.4 Kumpulan sokongan belajar di rumah dan di sekolah

6.1.5 Pelibatan ibu bapa sebagai membantu guru di dalam


kelas sekiranya diperlukan oleh pihak sekolah
(Sukarelawan dalam kelas)

6.2 Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Murid

6.2.1 Pelibatan ibu bapa dalam program pembangunan


sahsiah dan disiplin murid (Ibu bapa sebagai role
model)

6.2.2 Pemuafakatan komuniti bagi menangani isu disiplin


seperti buli, gangsterisme dan dadah di sekolah

6.2.3 Membangunkan pemilihan kerjaya murid

6.2.4 Menerapkan semangat patriotik dalam kalangan murid

6.2.5 Keselamatan murid


12

6.3 Pembangunan Kokurikulum dan Sukan

6.3.1 Pelibatan ibu bapa sebagai jurulatih / mentor


dalam bidang kokurikulum dan sukan

6.3.2 Ibu bapa memberikan bimbingan / sokongan


kepada murid atau menyumbangkan sumbangan
material

6.3.3 Mendapatkan penajaan bagi bidang ko-kurikulum


/sukan

6.4 Pembangunan Infrastruktur

6.4.1 Pelibatan ibu bapa dalam menyumbangkan


kemahiran / kepakaran / material

6.4.2 Menyumbangkan kemudahan dan infrastruktur


sekolah

6.4.3 Kemudahan dan keceriaan bilik darjah

6.4.4 Kemudahan ICT dan jaringan pintar di sekolah


13

P E R A N A N DA N
TA N G G U N G JAWA B

7.1 Pegawai Meja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

7.1.1 Menetapkan dasar dan halatuju Inisiatif Pelibatan Ibu


Bapa dan Komuniti (PIBK)

7.1.2 Menetapkan struktur jawatankuasa PIBK di semua


peringkat

7.1.3 Menyediakan Kamus PIBK dan menetapkan KPI Inisiatif


PIBK

7.1.4 Melantik dan memantau pelaksanaan program dan


aktiviti oleh KPIBKK

7.1.5 Merancang dan menyelaras program PIBK peringkat


kebangsaan

7.2 Pegawai Meja Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

7.2.1 Melaksanakan dasar dan halatuju Inisiatif Pelibatan Ibu


Bapa dan Komuniti (PIBK) di peringkat negeri

7.2.2 Memantau pencapaian KPI Inisiatif PIBK

7.2.3 Melantik dan memantau pelaksanaan program dan


aktiviti oleh KPIBKN

7.2.4 Merancang dan menyelaras program PIBK peringkat


negeri

7.2.5 Menyebarkan maklumat berkaitan PIBK kepada semua


PPD dan sekolah
14

7.3 Pegawai Meja Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

7.3.1 Melaksanakan dasar dan halatuju Inisiatif Pelibatan


Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) di peringkat daerah

7.3.2 Memantau pencapaian KPI Inisiatif PIBK

7.3.3 Melantik dan memantau pelaksanaan program dan


aktiviti oleh KPIBKD

7.3.4 Merancang dan menyelaras program PIBK


peringkat daerah

7.3.5 Memastikan sekolah membuat pengisian data


dalam sistem e-Sarana

7.3.6 Melaksanakan bimbingan dan intervensi kepada


sekolah yang tidak mencapai KPI

7.3.7 Menyebarkan maklumat berkaitan PIBK kepada


semua sekolah
15

7.4 Pengetua dan Guru Besar

7.4.1 Melaksanakan dasar dan halatuju Inisiatif Pelibatan Ibu


Bapa dan Komuniti (PIBK) di sekolah

7.4.2 Menubuhkan Jawatankuasa PIBK di peringkat sekolah

7.4.3 Memastikan KPI Inisiatif PIBK dicapai

7.4.4 Merancang dan menyelaras program PIBK peringkat


sekolah dengan kerjasama PIBG

7.4.5 Memastikan sekolah membuat pengisian data dalam


Sistem e-Sarana

7.4.6 Melaksanakan bimbingan dan intervensi bagi sekolah


yang tidak mencapai KPI

7.4.7 Menyebarkan maklumat berkaitan PIBK kepada warga


sekolah, ibu bapa dan komuniti

7.4.8 Membina jaringan dan jalinan dengan komuniti bagi


pelaksanaan program PIBK

7.4.9 Mengamalkan enam elemen penting dalam Sarana


Sekolah dalam usaha meningkatkan serta memantapkan
pelibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah iaitu iklim
sekolah yang baik, komunikasi berkesan, sokongan
terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama,
keputusan bersama dan kerjasama dengan komuniti.
16

7.5 Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti (KPIBKK / KPIBKN


/ KPIBKD)

7.5.1 Membantu PIBG yang memerlukan bimbingan dalam pelaksanaan


PIBK di sekolah

7.5.2 Membina jaringan antara PIBG sekolah-sekolah

7.5.3 Membina jalinan kerjasama antara komuniti, NGO, agensi awam


dan swasta dalam dan luar negara

Mematuhi dan akur pada Akta Pendidikan 1996 dan SPI Bil. 4
7.5.4 /2004 Perlembagaan PIBG

Mendapat khidmat nasihat dan kelulusan setiap program yang


7.5.5 hendak dilaksanakan di peringkat sekolah / PPD / JPN / KPM

7.6 Yang DiPertua PIBG (YDP)

7.6.1 Meningkatkan pelibatan ibu bapa dan komuniti secara sukarela


dalam semua program PIBG dan sekolah

7.6.2 Meningkatkan kesedaran ibu bapa dan komuniti untuk memberi


sumbangan kepada sekolah

7.6.3 Menjadi penghubung antara ibu bapa/ penjaga dan komuniti


dengan pihak sekolah

7.6.4 Memperkasakan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ( KSIB) bagi


membantu pihak sekolah dalam aspek akademik, sahsiah dan
kokurikulum

7.6.5 Mengupayakan rangkaian rakan strategik PIBG bagi membantu


pihak sekolah.

7.6.6 Mematuhi SPI Bil.4 /2004 Perlembagaan PIBG dan SPI Bil.5 /2001
batasan Kuasa PIBG Di Sekolah
17

7.7 Ibu Bapa / Penjaga

7.7.1 Membantu pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti di sekolah

7.7.2 Melibatkan diri secara aktif dan sukarela dalam menjayakan aktiviti
di sekolah

7.7.3 Menyumbangkan kepakaran, perkongsian idea dan kemahiran


bagi membantu pihak sekolah .

7.8 Komuniti (Alumni/Lembaga Pengelola Sekolah (LPS)/Agensi


Awam/Agensi Swasta)

7.8.1 Menyumbangkan idea, kepakaran dan kemahiran dalam


membantu pihak sekolah dari segi penganjuran dan penyelarasan
program.

7.8.2 Membantu PIBG dari segi penganjuran aktiviti dan program dalam
memastikan tanggungjawab sosial syarikat atau agensi
dimanfaatkan.

7.8.3 Membantu PIBG dalam menyediakan pelan strategik yang


komprehensif bagi memastikan modus operandi komuniti sejajar
dengan perancangan PIBG agar pihak yang berkepentingan lebih
proaktif dalam membantu pihak sekolah.
18

S U R AT- S U R AT
PEKELILING/
S U R AT S I A R A N

8.1 SPI Bil.5 /2001 Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa


dan Guru (PIBG) Di Sekolah

8.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4 /2004 Perlembagaan


PIBG

8.3 SPI Bil 1/2018 Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa /


Penjaga dan Komuniti sebagai Sukarelawan dalam
Kelas (SdK)

8.4 SPI Bil 3 / 2018

8.4.1 Garis Panduan Sekolah Milik Masyarakat,

8.4.2 Garis Panduan Pelibatan Sektor Swasta di Sekolah


Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Kementerian Pendidikan Malaysia,

8.4.3 Garis Panduan Penjanaan dana masyarakat atau


crowdfunding secara data talian (online) Sekolah
Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Kementerian Pendidikan Malaysia .
19

PENUTUP

Semoga kit PIBK ini dapat menjadi panduan


dan rujukan semua pihak dalam
memperkasakan pelibatan dan peranan
untuk memartabatkan sistem pendidikan di
negara ini. Sokongan serta keterlibatan
semua pihak adalah perlu bagi memastikan
hasrat PPPM 2013-2025 iaitu sekolah
berkualiti dan kemenjadian murid tercapai.

You might also like