You are on page 1of 36

Selamat Kembali Bertugas…

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada warga Pendidikan yang telah memulakan
tugas dengan cemerlang, tidak kira dalam apa
keadaan dan di mana jua lokasi berada

#pendidikanmanusiawi
“Untuk membangunkan Malaysia MADANI,
pendidikan ialah titik mulanya. Berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan
manusiawi merupakan agenda utama KPM.”

#pendidikanmanusiawi
#menerajuiperubahan
Amanat Tahun Baharu 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia

3 Segmen Utama
1 2 3
Peruntukan Perbelanjaan Fokus Strategik Amanat untuk
Pendidikan 2024 Kementerian Pendidikan Warga Pendidikan
Tahun 2024

#pendidikanmanusiawi
Peruntukan Perbelanjaan
Kementerian Pendidikan

#pendidikanmanusiawi
Peruntukan Perbelanjaan 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia

PERUNTUKAN
DILULUSKAN
RM58.73 B

1 2 3 4 5

Pembinaan sekolah Perbelanjaan


Menaik taraf Penyelenggaraan Bantuan
dan prasekolah baharu mengurus
sekolah daif sekolah persekolahan
.
#pendidikanmanusiawi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025 merupakan pelan perubahan besar
kepada sistem pendidikan yang mengandungi visi,
inovasi dan memberi kesan positif yang berpanjangan

#pendidikanmanusiawi
Amanat Tahun Baharu 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia

Memperkukuh Dasar Pendidikan Inklusif


1
Memperkasakan Dasar Pendidikan
5 2 Digital

Fokus Strategik Memperluas Dasar Pendidikan


3 STEM, STEAM dan TVET

Memartabatkan Bahasa Melayu,


4 Memperkukuh Bahasa Inggeris
Membangunkan Kurikulum
5 Persekolahan 2027
#pendidikanmanusiawi
FOKUS STRATEGIK 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia

FOKUS PERTAMA:
MEMPERKUKUH DASAR
PENDIDIKAN INKLUSIF
Tumpuan untuk mengurangkan kadar keciciran murid dan
memastikan golongan orang kurang Upaya (OKU), golongan B40,
orang asli dan peribumi serta kanak-kanak tanpa dokumen turut
menerima pendidikan sama seperti murid yang lain
#pendidikanmanusiawi
Cinta ialah makam tertinggi dalam pendidikan.
Dengan cintalah, kita mahu murid mencintai ilmu,
terus membesar sebagai seorang yang sentiasa
mahu belajar, dan memahami bahawa pendidikan
bukanlah tentang penghujungnya semata-mata,
tetapi proses berterusan mengejar ilmu.

#pendidikanmanusiawi
Kualiti pendidikan tidak hanya
menekankan kepada keupayaan
membaca, menulis dan mengira
semata-mata, tetapi juga perlu
menekankan kepada manusiawi

#pendidikanmanusiawi
PELUASAN BANTUAN BKP DAN KWAPM
(INISIATIF BELANJAWAN 2024)
Kumpulan Wang
Biasiswa Kecil
Amanah Pelajar
Persekutuan (BKP)
Miskin (KWAPM)

Peluasan kepada murid


Peluasan syarat
daripada keluarga kategori
kriteria pendapatan
miskin tegar sehingga
ibu bapa daripada
Tingkatan 3 berbanding
RM1,500 kepada
sehingga Tingkatan 1 sebelum
RM2,589
ini

Peluasan syarat ini akan


Dianggarkan seramai 1,193,858
memberi peluang
murid akan menerima manfaat
kepada anggaran
bantuan ini dengan implikasi
tambahan 35,000 lagi
kewangan sebanyak
murid daripada keluarga
RM139,578,700
miskin
#pendidikanmanusiawi
Sistem pendidikan terbaik menyediakan pendidikan
yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa
mengira etnik, tempat atau latar belakang
sosioekonomi

#pendidikanmanusiawi
Peluasan sekolah K9 dan K11
merupakan komitmen KPM dalam
memastikan anak-anak yang
tinggal di pinggir bandar,
pedalaman dan pulau mendapat
akses pendidikan serta
mengurangkan kadar keciciran

Peluasan sekolah K9 dan K11


selari dengan matlamat
Sustainable Development Goal
(SDG) 4.0
#pendidikanmanusiawi
Peluang Pendidikan Berdasarkan Minat,
Bakat dan Keperluan

Kementerian sentiasa memberi peluang kepada murid untuk memperkembang bakat

Sistem pendidikan negara menyediakan pelbagai jenis


sekolah seperti Sekolah Sukan, Sekolah Seni dan
Sekolah Pendidikan Khas mengikut keperluan dan
kecenderungan murid
#pendidikanmanusiawi
Peluang Pendidikan Melalui
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Konsep SBJK diperkenalkan bawah Dasar Pendidikan Wajib

Peluasan Program SBJK ke negeri Sabah di daerah Kota Kinabalu pada


23 Oktober 2023.
Pengambilan murid di program SBJK Kota Kinabalu Sabah ini memberi
fokus kepada kanak-kanak yang tercicir berpanjangan daripada keluarga
miskin tegar dan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri.
#pendidikanmanusiawi
FOKUS STRATEGIK 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia

FOKUS KEDUA:
MEMPERKASAKAN DASAR
PENDIDIKAN DIGITAL
Sistem pendidikan kita tidak boleh lagi berada dalam
acuan yang sama. Sistem pendidikan kita perlu relevan
dengan arus perubahan dunia dan generasi millennial
#pendidikanmanusiawi
Peluncuran DPD merupakan deklarasi rasmi komitmen
KPM dalam mentransformasikan sistem pendidikan
negara, di samping mencerminkan sinergi dengan
agenda pendigitalan yang sedang giat dilaksanakan oleh
pihak Kerajaan

#pendidikanmanusiawi
Kejayaan Pelantar Digital Educational
Learning Initiative Malaysia (DELIMa)

• Pengiktirafan Recognition of
Excellence 2023 daripada 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG)
OpenGovAsia, juga Special dan 16 buah Sektor Sumber dan
Mention: The Inter-Agency Award Teknologi Pendidikan (SSTP) di
oleh GovInsider seluruh Jabatan Pendidikan Negeri
sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre
• Pengiktirafan Learning Pioneer
Country Award 2024-2025 of Excellence – COE) giat dilaksanakan
daripada pihak UNICEF
#pendidikanmanusiawi
FOKUS STRATEGIK 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia

FOKUS KETIGA:
MEMPERLUAS DASAR
PENDIDIKAN STEM, STEAM DAN
TVET
KPM komited melahirkan murid berliterasi STEM dan membentuk bakat yang
adaptif selaras dengan Dasar Pendidikan Digital, Dasar Sains, Teknologi dan
Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat
(4IR) Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)
#pendidikanmanusiawi
Pemerkasaan STEM

Langkah strategik mewujudkan


Jawatankuasa Pemandu Pendidikan Menambah baik infrastruktur
STEM dan Jawatankuasa Teknikal dan infostruktur yang
Pendidikan STEM untuk menyelaras menyokong pendidikan
inisiatif dan kerjasama strategik merentasi STEM. Perancangan awal
kementerian, bahagian, Jabatan juga adalah melibatkan
Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat peluasan hab STEM
Pendidikan Daerah (PPD), sekolah dan
swasta
#pendidikanmanusiawi
Pemerkasaan STEAM

▪ Penerapan minat bermula seawal pendidikan


prasekolah dan sekolah rendah melalui
pendidikan STEAM (Science (Sains),
Technology (Teknologi), Engineering
(Kejuruteraan), Art (Seni) dan Mathematic
(Matematik)

▪ Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-


Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
Sekolah swasta yang berprestasi baik
sebagai rakan strategik

#pendidikanmanusiawi
Pemerkasaan TVET

▪ Meningkatkan keupayaan institusi dan


sistem TVET agar terus kekal kompetitif
dan menepati kehendak pasaran

▪ Meningkatkan kualiti dan penyampaian


program TVET melalui Kolej Vokasional
(KV) di seluruh negara

▪ Memastikan KV bukan sebagai pilihan


kedua atau pilihan alternatif

#pendidikanmanusiawi
FOKUS STRATEGIK 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia

FOKUS KEEMPAT:
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
Tanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu menjadi peranan dan
tanggungjawab semua pihak. KPM memastikan bahasa Melayu menjadi
tonggak kepada proses pembentukan negara bangsa dan terus kekal
sebagai bahasa ilmu, bahasa intelektual, bahasa sastera serta juga
bahasa pentadbiran
#pendidikanmanusiawi
Memartabatkan Bahasa Melayu

Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka dan


Kebangsaan pada 22 Disember 2023 oleh Institut Pendidikan Guru Kampus
Dewan Bahasa dan Pustaka menunjukkan Bahasa Melayu (IPGKBM)
KPM berjaya mencapai skala 5 untuk skop menjadi peneraju dalam
tahap penggunaan bahasa bagi maksud merangka pelan tindakan yang
rasmi, iaitu, penulisan dokumen perjanjian, mantap bagi meningkatkan kualiti
nota pembentangan, dokumen edaran serta penggunaan BM dalam kalangan
paparan dan peragaan warga pendidikan

#pendidikanmanusiawi
Memperkukuh Bahasa Inggeris

Professional Upskilling for English Language Pelaksanaan Highly Immersive Program


Teachers (Pro-ELT), Enhance (ProELT) (HIP) memastikan murid dapat menguasai
merupakan inisiatif peningkatan tahap Bahasa Inggeris dengan baik
penguasaan bahasa Inggeris guru bahasa HIP adalah satu inisiatif dengan
Inggeris mengikut standard piawaian pendekatan menyeluruh (Whole School
antarabangsa Common European Framework Approach) yang merangkumi komponen
of Reference (CEFR) Dalam dan Luar Kelas

#pendidikanmanusiawi
FOKUS STRATEGIK 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia

FOKUS KELIMA:
MEMBANGUNKAN KURIKULUM
PERSEKOLAHAN 2027
Kualiti pengajaran merupakan wahana paling berkesan untuk
mentransformasikan pendidikan rendah dan menengah, seterusnya
meningkatkan keberhasilan murid

#pendidikanmanusiawi
Kurikulum Persekolahan 2027

Kualiti pengajaran merupakan wahana paling


berkesan untuk mentransformasikan
pendidikan rendah dan menengah,
seterusnya meningkatkan keberhasilan murid

❖KPM beriltizam untuk meningkatkan kualiti


pengajaran di sekolah dengan memperkukuh
amalan terbaik sedia ada
❖Sekolah sebagai tempat yang paling
membahagiakan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan agar dapat
menyemai rasa cinta murid terhadap pendidikan
#pendidikanmanusiawi
Pembelajaran Bersepadu merupakan satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang menghubung kait dan
menggabungjalinkan kandungan, kemahiran
dan nilai dari pelbagai disiplin ilmu.
Pembelajaran Bersepadu menyediakan murid
dengan satu pengalaman pembelajaran yang
menyeluruh, bermakna dan berkait rapat
dengan dunia sebenar

#pendidikanmanusiawi
Penyusunan kurikulum persekolahan 2027
mengikut tahap umur memastikan
pembelajaran disesuaikan dengan peringkat
kognitif dan emosi murid untuk memastikan
pengalaman pembelajaran yang lebih
berkesan untuk pendekatan pendidikan yang
lebih inklusif. Penekanan terhadap literasi
dan numerasi melalui 'checkpoint' pada
setiap peringkat memastikan setiap murid
mencapai penguasaan asas

#pendidikanmanusiawi
Kurikulum Persekolahan 2027 memfokuskan
kepada keterangkuman untuk menyemai nilai
kepelbagaian dan penerimaan dalam komuniti
pendidikan. Pendekatan ini bukan sahaja
mendidik murid dari segi akademik tetapi juga
membentuk karakter dan membangunkan
pemahaman dan empati mereka terhadap
orang lain dalam memupuk masyarakat yang
lebih inklusif dan harmoni

#pendidikanmanusiawi
Pembentukan Karakter bermatlamat untuk
melahirkan insan yang memiliki sahsiah
unggul. Sahsiah unggul merujuk kepada
insan beradab yang akan mempamerkan
semangat jati diri yang mampan serta mampu
mendepani sebarang cabaran dalam
kehidupan

#pendidikanmanusiawi
Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 – 2025
Pelaksanaan PPPM 2013-2025 yang memasuki gelombang
ketiga, menyaksikan perubahan telah berlaku pada setiap
peringkat, daripada penggubal dasar sehinggalah kepada
pelaksana di sekolah

Kita bersedia untuk memenuhi aspirasi nasional dan global untuk


membentuk sistem pendidikan yang relevan dan signifikan. Jelajah
Masa Depan Pendidikan Negara akan dilaksanakan bagi mendapatkan
cadangan dan pandangan semua pihak berkepentingan

#pendidikanmanusiawi
Amanat untuk
Warga Pendidikan

#pendidikanmanusiawi
Amanat Untuk Warga Pendidikan dan
Pihak Berkepentingan
Genap setahun saya diberikan mandat dan kepercayaan menerajui KPM, kita
telah berjaya melalui fasa yang menuntut kebijaksanaan dan kewajaran
dalam menggunakan sumber sedia ada secara optimum untuk memastikan
murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera

Kepada semua.. Kepada semua... Kepada...


pendidik dan pemimpin pegawai di Kementerian, Ibu Bapa, Komuniti dan
pendidikan JPN dan PPD Sektor Swasta
Jadilah pemikir dan pemimpin Libatkan diri dalam program dan
Pertingkatkan usaha untuk
perubahan yang dapat memberi aktiviti sarana ibu bapa untuk
menambah pengetahuan dan
sokongan dan bantuan kepada pihak mewujudkan pemuafakatan
kemahiran, terutamanya dalam
pelaksana dan sekolah yang paling antara ibu bapa, sekolah dan
mempelbagaikan strategi
memerlukan. komuniti dan dalam apa jua
pengajaran dan pembelajaran.
aktiviti pendidikan di sekolah
untuk faedah anak-anak kita.

#pendidikanmanusiawi
Terima Kasih

#pendidikanmanusiawi

You might also like