You are on page 1of 8

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

SAINS SUKAN 966/1 : STPM 2024

TAJUK AMALI : PENGURUSAN PERKHEMAHAN

: 28 – 30 NOVEMBER 2023
TARIKH DAN HARI AMALI
(SELASA-KHAMIS)

NAMA CALON MOHD DINIE BIN ABD MOMEN


:

NO. KAD PENGENALAN CALON : 050515-12-0577

ANGKA GILIRAN CALON : SE0162 / -

SMK. TAUN GUSI


NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : PETI SURAT 81, 89158
KOTA BELUD, SABAH

NAMA GURU PENILAI : JAKLIN BIN EMPOL

MARKAH
TANDATANGAN GURU PENILAI :

45

TARIKH LAPORAN DIHANTAR :


No Kad Pengenalan : 050515-12-0577 No Angka Giliran : SE 0162 / -

1. PERSEDIAAN 10 MARKAH

1.1 Pembentukan Ahli Jawatankuasa


Penganjuran Perkhemahan Sains Sukan sesi 2023/2024 dimulakan dengan aktiviti melantik Ahli
Jawatankuasa (AJK) Perkhemahan yang dibimbing oleh Cikgu Jaklin Empol. Hanya AJK utama
sahaja dibentuk pada perbincangan kali pertama. AJK induk yang terpilih adalah seperti berikut:
 Pengerusi :Mohd Dinie Bin Abd Momen
 Naib pengerusi :Nurul Natasha Binti Adlin
 Setiausaha :Michelle Jean Abin
 Penolong Setiausaha :Mohammad Nursyahmi Bin Salmi
 Bendahari :Amirah Sakinah Binti Abdul Mumin
 Penolong Bendahari :Nurshahila Binti Lamjad

1.2 Penyediaan Kertas Kerja


Apabila ahli jawatankuasa induk telah dilantik, kami telah berbincang bersama-sama guru
penyelaras iaitu Cikgu Jaklin Empol dalam membuat perancangan berkenaan kertas kerja yang
akan diusulkan kepada pihak sekolah untuk diluluskan. Perbincangan tersebut diadakan secara
terbuka iaitu melibatkan semua pelajar tingkatan 6 Sains Sukan Semester 1. Setelah berjaya
memperoleh kelulusan daripada pihak sekolah, kami membuat permohonan ke Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Belud bagi memperoleh kelulusan mengadakan aktiviti di luar kawasan
sekolah.

1.3 Mesyuarat Pertama


Pada mesyuarat yang pertama, kami membahagikan setiap pelajar kepada ahli jawatankuasa kecil
bagi memberi peluang kepada setiap pelajar untuk bertugas dalam jawatankuasa yang telah
disenaraikan. Kami melakukan perbincangan ini secara terbuka dengan melibatkan semua ahli
agar semua ahli akan peka dengan tugasan sendiri dan rakan-rakan yang lain. Kami telah
menyenaraikan perkara-perkara yang harus dilakukan oleh setiap ahli jawatankuasa dan bila
perlaksanaan harus dijalankan.

1.4 Mesyuarat Kedua


Setelah tarikh perkhemahan ditetapkan pada 28-30 November 2023. Mesyuarat kedua telah
diadakan untuk membincangkan tentang beberapa perkara antaranya menu makanan, kos
perbelanjaan perkhemahan, sumber kewangan, sewaan bas, peralatan perkhemahaan. Pada masa
ini pelajar turut dibahagikan kepada 10 kumpulan. Pengerusi telah mengarahkan semua ketua
untuk membuat perbincangan bersama kumpulan dan ahli jawatankuasa masing-masing.
Perbincangan berkenaan penempatan khemah pelajar telah turut dilaksanakan. Pelajar telah
memilih sendiri ahli yang akan berada di dalam khemah yang sama bagi mendapatkan keselesaan
masing-masing.

1.5 Mesyuarat Ketiga


Pada mesyuarat yang ketiga, pengerusi membuat senarai semak keatas tugas setiap AJK bagi
memastikan tanggungjawab yang diberi telah dilaksanakan. Pembelian keperluan perkhemahan
turut dilaksanakan selepas mesyuarat terakhir ini.

1
No Kad Pengenalan : 050515-12-0577 No Angka Giliran : SE 0162 / -

2. PELAKSANAAN 15 MARKAH

2.1 Pergerakan ke Lokasi Perkhemahan


Peserta perkhemahan diminta berkumpul di balai seri sekolah pada jam 6.50 pagi sebelum
memulakan perjalanan ke tapak perkhemahan di Lingkubang. Pengetua telah memberikan sedikit
taklimat kepada semua peserta perkhemahan. Doa memohon pengurusan dipermudahkan dibaca
oleh Mohd Afif Bin Ahmad Jaidin. Setelah bacaan doa selesai rombongan memulakan perjalanan
ke tapak perkhemahan sekitar jam 8.30 pagi.

2.2 Ketibaan di Lokasi Perkhemahan


Rombongan tiba di kawasan tapak perkhemahan Lingkubang sekitar jam 10.00 pagi. Kami
mengangkat semua barang daripada kereta sewa dan menyusun barang tersebut di tapak
perkhemahan. Seterusnya, kami mendengar taklimat daripada guru bertugas di dewan terbuka
yang disediakan.

2.3 Pelaksanaan Aktiviti


2.3.1 Hari Pertama
Peserta perkhemahan diarahkan oleh cikgu untuk mendirikan khemah dan membuat gajet
ampaian baju menggunakan bambu dan kayu. Sekitar jam 2.00 petang semua peserta diminta
masuk ke dalam kumpulan masing - masing bagi aktiviti seterusnya iaitu ‘Ice Breaking’. Dalam
aktiviti tersebut peserta diminta untuk mencari nama kumpulan dan sorakan kumpulan sekaligus
bermain permainan ‘jump-jump together’ dan ‘telefon rosak. Selanjutnya, aktiviti diteruskan
iaitu aktiviti futsal pada jam 4.30-6.00 petang kami bermain futsal untuk mengisi aktiviti
pengurusan sukan. Kemudian jam 8.00 malam aktiviti yang terakhir adalah kembara malam
yang mempunyai 6 stesen dan dibantu oleh beberapa fasilitator.

2.3.2 Hari Kedua


Pada hari seterusnya,semua peserta bangun awal untuk melakukan senamrobik pada jam 6.00 pagi
hingga jam 6.30 pagi yang diketuai oleh AJK yang bertugas. Aktiviti diteruskan lagi iaitu laluan
berhalangan pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari yang mempunyai 10 stesen.
Selesai aktiviti tersebut, kami menyambung semula perlawanan futsal yang tidak sempat
dihabiskan pada hari pertama pada jam 12.00 tengahari sehingga jam 1.00 petang.

Selanjutnya,aktiviti ‘orienteering’ diteruskan lagi pada jam 2.00 petang sehingga jam 4.00 petang.
Pelbagai cabaran yang diharungi semasa melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti diteruskan lagi iaitu
gajet & ikatan dan masakan rimba. Bagi aktiviti gajet, mereka diarahkan untuk membuat
beberapa gajet antaranya rak kasut dan meja menggunakan bambu. Manakala bagi aktiviti
masakan rimba, kami disediakan pelbagai bahan memasak seperti beras, terung, ikan, telur, ubi,
bawang, halia dan jagung yang perlu dimasak menggunakan cara tersendiri tanpa menggunakan
bahan lain selain yang disediakan oleh AJK masakan rimba.

Tamat aktiviti berpangkalan, kami memulakan latihan untuk aktiviti malam kebudayaan sekitar
jam 9.00 malam sehingga 10.00 malam mengikut tema yang diberikan pada setiap kumpulan.
Aktiviti malam kebudayaan dimulakan pada jam 10.00 malam sehingga jam 12.00 malam
sebanyak 10 kumpulan menampilkan persembahan masing-masing mengikut tema yang
diberikan.

2.3.3 Hari Ketiga

2
No Kad Pengenalan : 050515-12-0577 No Angka Giliran : SE 0162 / -

Kami memulakan hari terakhir perkhemahan dengan aktiviti senamrobik menggunakan 2 lagu
pada jam 6.00 pagi sehingga jam 6.30 pagi. Seterusnya, kami mula mengemas khemah dan barang
barang perkhemahan bermula jam 7.00 pagi seingga jam 9.00 pagi.
2.4 Penutupan Perkhemahan
Semasa penutupan perkhemahan beberapa orang guru telah menyampaikan sedikit ucapan sambil
mengucapkan tahniah kepada semua peserta perkhemahan diatas kejayaan melaksanakan
perkhemahan ini. Upacara penyampaian hadiah telah dijalankan oleh AJK yang bertugas bagi
menyampaikan hadiah kepada setiap kumpulan pemenang bagi setiap aktiviti yang dijalankan
selama 3 hari 2 malam perkhemahan. Hadiah turut disampaikan kepada peserta terbaik
perkhemahan mengikut sekolah dan peserta terbaik keseluruhan. Hadiah penghargaan turut
disampaikan kepada fasilitator yang bertungkus lumus membantu peserta sepanjang
perkhemahan. Penutupan perkhemahan ditamatkan dengan mengambil gambar bersama sekolah.

2.5 Keberangkatan Pulang


Rombngan perkhemahan memulakan perjalanan pulang dari tapak perkhemahan Lingkubang ke
S.M.K Taun Gusi sekitar jam 10.00 pagi dan tiba di S.M.K Taun Gusi pada jam 12.00 tengahari.

3
No Kad Pengenalan : 050515-12-0577 No Angka Giliran : SE 0162 / -

3. PELAPORAN 20 MARKAH

3.1 Ringkasan butiran perkhemahan

Tarikh Pelaksanaan : 28 Nov. – 30 Nov. 2023


Hari Pelaksanaan : Selesa - Khamis
Jangkamasa : 3 Hari 2 Malam
Lokasi : Koperasi Pelancongan Tagal Lingkubang, Kota Belud
Jumlah Peserta : 23 Orang
Jumlah Guru : 3 Orang

3.2 Program/aktiviti yang telah dilaksanakan


3.2.1 Hari Pertama

Peserta memasang khemah Peserta membuat ampaian baju

Aktiviti ‘ice breaking dilaksanakan Peserta bersedia untuk melakukan aktiviti


Kembara malam

Aktiviti pertandigan futsal berkumpulan


4
No Kad Pengenalan : 050515-12-0577 No Angka Giliran : SE 0162 / -

3.2.2 Hari Kedua

Senamrobik bersama AJK bertugas Aktiviti merentas halangan

Meneruskan aktiviti futsal Aktiviti ‘orienteering’ dilaksanakan

Aktiviti masakan rimba Aktiviti gajet& ikatan

Aktiviti malam kebudayaan

5
No Kad Pengenalan : 050515-12-0577 No Angka Giliran : SE 0162 / -

3.2.3 Hari Ketiga

Senamrobik pada hari terakhir Peserta mengemas khemah


Bersama AJK bertugas

Peserta mengutip sampah Sedikit ucapan daripada cikgu

Penyampaian hadiah peserta terbaik Penyampaian hadiah peserta terbaik


Lelaki mengikut sekolah Perempuan mengikut sekolah

6
No Kad Pengenalan : 050515-12-0577 No Angka Giliran : SE 0162 / -

Penyampaian hadiah berkumpulan Sesi bergambar


3.3 Laporan kewangan

SUMBER
BIL. RM BIL. PERBELANJAAN RM
PENDAPATAN
1. Sumbangan Individu RM240 1. Sewaan Bas 4 X RM 250 x 2 RM 1000
2. Sumbangan Sekolah RM1000 2. Perbelanjaan Dapur RM 695.00
3. Sumbangan Ahli RM1380 3. Yuran Masuk RM8.5 x 23 RM 195.50
4. Baki sumbangan RM180 4. Sewaan Dapur RM 50.00
5. Kutipan yuran RM150 5. Sewaan Kerusi RM 30.00
semester 3
6. Sewaan Dewan RM 50.00
7. Bahan Masakan Rimba RM 20.00
JUMLAH RM2950 JUMLAH RM2040.50
BAKI PERBELANJAAN : RM909.50
Ulasan: Peruntukan perkhemahan mencukupi dan pengurusan kewangan dalam keaadan yang
cekap.

3.4 Kelebihan/kekuatan perkhemahan


i) Tidak berlaku pergaduhan
ii) Pengurusan kewangan yang cekap
iii) Semua Ajk bertugas mengikut tanggungjawab yang diberi
iv) Peralatan perkhemahan yang mencukupi
v) Kerjasama antara Ajk

3.5 Kelemahan/kekurangan perkhemahan


i) Pengurusan masa yang kurang cekap
ii) Kebersihan yang kurang memuaskan
iii) Kereta sewa tidak mencukupi

3.6 Cadangan memperbaiki kelemahan


i) Memastikan tentatif aktiviti diikuti mengikut masa
ii) Menubuhkan AJK kebersihan
iii) Memastikan bilangan kereta sewa mencukupi sebelum hari perkhemahan

3.7 Refleksi kendiri


Positif
i) Membentuk sikap berdikari dalam diri
ii) Mempelajari lebih banyak kemahiran perkhemahan
iii) Mengenal lebih banyak orang
iv) Dapat bersosial dengan orang berlainan bangsa

Negatif
i) Memberikan sedikit kesan kepada kesihatan
ii) Kurang mendapat rehat yang cukup

3.8 Kesimpulan
Kesimpulannya, aktiviti perkhemahan ini memberi banyak manfaat kepada diri saya. Aktiviti
perkhemahan ini membantu untuk menguatkan lagi diri dan minda saya untuk menghadapi
pelbagai cabaran yang mendatang. Disamping itu,aktiviti ini turut membantu saya untuk lebih
memahami subjek berkenaan sains suakan.

You might also like