You are on page 1of 14

Yang di-Pertuan Agong (YDPA, Jawi: ‫ )يڠ دڤرتوان اڬوڠ‬atau lebih penuh Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi
bagi ketua negara Malaysia yang mengamalkan pemerintahan beraja dilantik yang
menonjol daripada beberapa bentuk monarki lain di dunia: konsep raja yang dipilih
dipercayai berakar daripad kerajaan-kerajaan Srivijaya dan Ayutthaya abad ke-7 yang
ketika itu raja dipilih dari negeri-negeri kota di Srivijaya.
Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang
di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan.
Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa pelaksana, secara
teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan
nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.[2]
Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa
sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat bersama Baginda dan
seseorang itu tidak terikat pada kehendak Perdana Menteri yang sebelum itu sekiranya
tiada parti yang memenangi undi majoriti. Yang di-Pertuan Agong, bagaimanapun tidak
mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan
Agong boleh menolak atau menangguhkan permohonan untuk membubarkan parlimen.
[3]
Baginda juga boleh membubarkan atau menggantung Parlimen tetapi hanya boleh
membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh menolak
undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak
membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari
pembentangan awalnya.[4]
Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi
tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2024 [5] berikutan Al-Sultan Abdullah dari
Pahang Tamat tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Sementara itu, Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kekal sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Gelaran[sunting | sunting sumber]
Gelar panggilan penuh baginda dalam bahasa Melayu adalah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Jawi: ‫كباوه دويل يڠ هما موليا رسي ڤدوک‬
‫)بݢيندا يڠ دڤرتوان أݢوڠ‬.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga bermaksud "Di bawah debu Yang Mahakuasa"
merujuk kepada bagaimana kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah debu berbanding
dengan kuasa Allah dan pemerintah selalu tunduk kepada Tuhan.[perlu rujukan]
Seri Paduka Baginda membawa gabungan perkataan "Seri", "Paduka" yang
bermaksud alas kaki atau kasut[6] dan istilah "Baginda" yang merupakan kata ganti
nama diri ketiga dalam bahasa Melayu untuk golongan raja dan para Nabi. Peristilahan
ini membawa kerendahan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dibandingkan kepada
Nabi.
Yang di-Pertuan Agong adalah istilah lama untuk ketua iaitu "Yang di-Pertuan" atau
secara harfiah bermaksud "yang bertanggungjawab" atau "yang dinaikkan
kedudukannya." "Agong" atau dalam bahasa piawai, Agung, bermaksud tertinggi dan
gelaran ini tidak berubah termasuk ejaannya kerana ia termaktub dan tersimpan di
dalam Perlembagaan.
Dalam pasport Malaysia sebelum 2010, gelaran "The Supreme Head of Malaysia" telah
digunakan dalam nota pasport versi bahasa Inggeris. Sejak penerbitan pasport e-
compliant ICAO pada tahun 2010, gelaran itu tidak diterjemahkan dan "Yang di-Pertuan
Agong of Malaysia" digunakan.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang
merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong
timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin
menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu
Pada 31 Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak
gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah
bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.
Jika menurut tempoh lama memerintah, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan
Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama
memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia
(ketika itu baginda berusia 84 tahun).
Yang kedua dalam turutan, Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam
Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat
secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman
ibni Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), yang menaiki takhta
pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia
pertama.
Raja-raja yang hadir ketika Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama
adalah:

1. Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah (Sultan Pahang; 1932–
1974)
2. Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933–1960)
3. Sultan Hisamuddin Alam Shah (Sultan Selangor; 1938–1942, 1945–1960)
4. Sultan Badlishah (Sultan Kedah; 1943–1958)
5. Sultan Ibrahim (Al-Sultan Kelantan; 1944–1960)
6. Tuanku Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis; 1945–2000)
7. Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Al-Sultan Terengganu; 1945–1979)
8. Sultan Yussuff Izzuddin Shah (Sultan Perak; 1948–1963)
9. Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor; menjadi Sultan Johor 1959–1981)
10. Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (Sultan Brunei; 1950–
1967)
Pemilihan[sunting | sunting sumber]
Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini
digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu. Apabila
menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik
sebagai Pemangku dalam negeri tersebut. Yang di-Pertuan Agong yang baharu mesti
dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual
Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.
Jika berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-
Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu
dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu.[7]
Giliran Negeri[sunting | sunting sumber]
Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini
kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan dengan konsep moden
berasaskan perlembagaan.
Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran
ketua negara.
Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang
dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri
Sembilan, Selangor dan Pahang manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
ialah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu, Pulau
Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah yang tidak beraja adalah tidak berpeluang
walaupun boleh diwakili dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja tahunan.
Penggiliran asal adalah seperti berikut, yang mengikut kekananan tempoh
pemerintahan Raja-Raja Negeri ketika dipilih, tetapi atas urusan-urusan tertentu di
dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu seperti penolakan dan sebagainya, sistem
penggiliran berlaku rombakan dan diputuskan ke dalam sistem penggiliran pertama
yang sembilan.
Istana Negara, Jalan Duta kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia
1. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
2. Sultan Selangor
3. Raja Perlis
4. Sultan Terengganu
5. Sultan Kedah
6. Sultan Kelantan
7. Sultan Pahang
8. Sultan Johor
9. Sultan Perak
Kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan dipilih, tetapi peraturan
itu tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi
Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
ke-9 pada 1994.
Selepas itu senarai yang penggiliran baharu disusun semula dan tidak lagi mengikut
kekananan tempoh pemerintahan Raja-Raja Negeri. Senarai yang digunapakai
sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih
menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini (1957-1994) mengikut Jadual Ketiga
Perlembagaan Persekutuan.
Susunan tersebut ialah:
1. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
2. Sultan Selangor
3. Raja Perlis
4. Sultan Terengganu
5. Sultan Kedah
6. Sultan Kelantan
7. Sultan Pahang
8. Sultan Johor
9. Sultan Perak
Dengan penolakan Brunei masuknya ke Malaysia pada tahun 1963, hanya peraturan 9
negeri diraja Semenanjung Malaysia telah dibuat layak untuk dipilih untuk tahta.
Sekiranya ia diterima sebagai kerajaan diraja, Sultan Brunei akan diberikan hak untuk
bertanding sebagai Yang di-Pertuan Agong oleh Persidangan.
Walau bagamanapun, penggiliran ini masih tertakluk kepada perkenan dan undi rahsia
ketika Mesyuarat Pemilihan Majlis Raja-Raja.
Bagi pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16, terdapat sedikit analisis penggiliran
seterusnya berikutan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengalami masalah
kesihatan, jika Baginda menolak, maka Sultan Johor, Sultan Ibrahim akan mengambil
alih takhta tersebut dan sekiranya Baginda juga menolak, baharulah Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan ditabalkan menjadi SPB Yang di-Pertuan
Agong ke-16.[8]
Faktor pemilihan[sunting | sunting sumber]
Tengkolok Diraja yang menjadi salah satu alat kebesaran bagi Yang di-Pertuan Agong
Perlembagaan Persekutan memperuntukkan bahawa seseorang Raja adalah layak
dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali tiga sebab berikut;[9]

1. Raja itu belum dewasa;


2. Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa Baginda
tidak berhasrat dipilih; atau
3. Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah
tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong
disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab
lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima orang Raja.
Walau bagaimanapun, pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem
kekananan dan penggiliran yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang akan
dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti
bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Syarat yang akan diambil kira ialah:

1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;


2. Baginda berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong;
3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental;
4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong
selama dua penggal berturut-turut.
Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada
aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa
pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda
telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan
kematangannya terhadap cara pemerintahan.

Majlis Raja-Raja pertama selepas pembentukan Malaysia terdiri daripada :

Persidangan Raja-raja Pertama

Tajuk Raja-raja Negeri

Yang di-Pertuan Besar Negeri


Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Sembilan

Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah

Raja Perlis Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

Sultan Terengganu Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Sultan Kedah Sultan Badlishah

Sultan Kelantan Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhammad IV


Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah

Sultan Johor Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim

Sultan Perak Sultan Yussuff Izzuddin Shah

Proses pemilihan[sunting | sunting sumber]


Apabila terdapat kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja
maklum perlunya pemilihan yang baharu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih
dahulu akan menyembah syarat kepada setiap Raja bagi memohon perkenan sama
ada Baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, Raja-raja yang tidak berhasrat dipilih
hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir sekali dalam senarai pencalonan pada
masa itu.
Di bawah kategori kelayakan seorang Raja atau Sultan dilantik sebagai Yang di-
Pertuan Agong, hanya Raja-Raja yang boleh dipilih selepas baginda memberi perkenan
untuk dipilih. Pada masa yang sama, hanya Raja-Raja yang boleh mengundi dan jika
seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja lain
hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai proksi. Yang di-Pertua
Negeri mahupun pemangku Raja tidak boleh ikut hadir. Dalam Mesyuarat Pemilihan itu,
hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis
Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.
Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan membekalkan sekeping
kertas undi kepada setiap Raja. Setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama
ada Raja yang pada giliran tersebut (satu nama sahaja) sesuai atau tidak sesuai dipilih
sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pemilihan dibuat secara undi sulit dan kertas undi
yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama.
Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan
Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Baginda.[10]
Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang
di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong lazimnya akan dipilih untuk
mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi
undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan dengan mencalonkan
nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.
Proses hanya akan selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-
Pertuan Agong.
Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan
memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun. Sebaik sahaja keputusan undian
diumumkan semua kertas undi akan dimusnahkan di hadapan Raja-Raja.
Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan
menghantar surat mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan
Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mengeluarkan
kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong.[7]
Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh
menjalankan fungsi rasmi selepas menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat
di hadapan Majlis Raja-raja dan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Mahkamah
Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis
Raja-raja sebagai saksi-saksi.[7]
Kebaikan sistem[sunting | sunting sumber]
Hanya yang terpilih sahaja boleh dipilih iaitu menurut darah keturunan (monarki) tetapi
di dalamnya tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi iaitu pemilihan
secara moden.
Keunikan tradisi ini bermula sejak tahun 1957, kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan
Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.
Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, sistem pelantikan rajanya
tidaklah seunik di Malaysia, ini kerana sistem beraja England datang dari satu keluarga
sahaja. Uniknya di Malaysia, pemilihan ketua negara datang dari kalangan sepuluh
orang Raja yang memerintah Negeri-negeri Melayu.
Peranan[sunting | sunting sumber]
Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia Bahagian IV Bab 1:
32.

1. Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar
Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala
orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun
prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas
yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
2. Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi
keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-
Pertuan Agong.
3. Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima
tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat
yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja
atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah
berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.
4. Peruntukan Bahagian I dan Ill Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi pemilihan
dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja
terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang
di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga
kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua
agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak,
dan Wilayah Persekutuan.[11] Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara[12].

Istana Negara, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong


Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam
kerajaan termasuklah[13]:

1. Melantik seorang Perdana Menteri


2. Menangguhkan pembubaran parlimen
3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan
membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.
Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kerajaan persekutuan dalam pentadbiran raja.
Walau bagaimanapun, dengan beberapa pengecualian, baginda terikat untuk
menggunakan kuasa ini atas nasihat Kabinet atau seorang menteri yang bertindak di
bawah kuasa umum Kabinet. Oleh itu, secara amalinya, kebanyakan kerja harian
pentadbiran yang sebenarnya dilakukan oleh Kabinet.
Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong khususnya untuk melantik Perdana Menteri,
membubarkan Parlimen, dan memanggil mesyuarat dengan Majlis Raja-Raja "bagi
membincangkan keistimewaan, kedudukan, penghormatan dan kedaulatan Raja-Raja
Melayu." Di bawah Sistem Westminster, Yang di-Pertuan Agong dijangka melantik
Perdana Menteri yang mempunyai keyakinan majoriti Dewan Rakyat Parlimen yang
dipilih. Sekiranya Perdana Menteri tidak boleh diterima ramai, dia boleh dipaksa turun
oleh undi tidak percaya, yang memerlukan Yang di-Pertuan Agong membubarkan
Parlimen atas nasihat Perdana Menteri, atau menolak untuk membubarkan Parlimen
dan melantik orang lain sebagai Perdana Menteri. Secara konvensional, Perdana
Menteri adalah ketua parti dengan majoriti di Parlimen. Ini menjadikan Perdana Menteri
Malaysia yang dilantik baginda adalah daripada Barisan Nasional (dahulunya dikenali
sebagai Perikatan) dari kemerdekaan pada tahun 1957 hinggalah 2018, ketika Pakatan
Harapan mengambil alih.
Yang di-Pertuan Agong akan memperbaharui lantikan seorang Perdana Menteri setiap
kali selepas pilihan raya sehinggalah menteri itu memutuskan untuk meletak jawatan
atau kehilangan majoriti dalam pilihan raya. Setiap kali Perdana Menteri memilih untuk
membubarkan Parlimen, beliau haruslah mengadakan satu pilihan raya umum. Yang di-
Pertuan Agong boleh memilih untuk menolak permintaan Perdana Menteri untuk
membubarkan Parlimen memandangkan ini adalah salah satu kuasa budi bicaranya.
Istana[sunting | sunting sumber]
Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong ialah Istana Negara yang terletak di Jalan
Duta di ibu kota Kuala Lumpur. Ia telah siap dibina pada tahun 2011. Istana
Negara lama pula telah diubah menjadi muzium diraja. Kediaman lain termasuk istana
singgah, Istana Melawati di pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya. Ia juga
merupakan tempat mesyuarat Majlis Raja-raja (Melayu: Majlis Raja-raja), yang juga
untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.
Pelantikan[sunting | sunting sumber]

Pekarangan Istana Negara di Jalan Istana,


kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 1957 hingga 2011. Sejak tahun 2011,
Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta akan bersemayam di Istana Negara di Jalan
Duta yang lebih besar.
Yang di-Pertuan Agong melantik banyak pemegang jawatan tinggi Persekutuan di
bawah terma Perlembagaan dan pelbagai Akta yang diluluskan oleh Parlimen.
Perlembagaan menubuhkan prosedur bagi pelantikan sedemikian.
Majlis Menteri-menteri (Kabinet)[sunting | sunting sumber]

 Perdana Menteri sebagai Pengerusi Kabinet, mengikut budi bicara baginda


daripada kalangan anggota yang dipilih Dewan Rakyat dan memiliki sokongan
majoriti Dewan - biasanya pemimpin parti atau gabungan.
 Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, yang bertindak
atas nasihat Perdana Menteri.
 Ketua Setiausaha Negara sebagai Setiausaha Kabinet, yang bertindak atas nasihat
Perdana Menteri.
Suruhanjaya dan jawatankuasa[sunting | sunting sumber]
 Suruhanjaya Pilihan Raya, atas nasihat Majlis Raja-Raja.
 Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, selepas berunding
dengan Ketua Hakim Negara
 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengikut budi bicaranya, selepas menimbangkan
nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Hakim[sunting | sunting sumber]

 Ketua Hakim Negara Malaysia, atas nasihat Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja.
 Hakim Besar Malaya, atas nasihat Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja.
 Hakim Besar Sabah dan Sarawak, atas nasihat Perdana Menteri dan Majlis Raja-
Raja.
Senator[sunting | sunting sumber]
Yang di-Pertuan Agong melantik 44 orang ahli Dewan Negara.
Yang di-Pertua Negeri[sunting | sunting sumber]
Yang di-Pertuan Agong melantik Yang di-Pertua Negeri bagi negeri Pulau Pinang,
Melaka, Sabah dan Sarawak, mengikut budi bicaranya, setelah mempertimbangkan
nasihat Ketua Menteri negeri.
Yang di-Pertuan Agong juga melantik Datuk Bandar dan Majlis Bandaraya Kuala
Lumpur, yang merupakan Wilayah Persekutuan.
Ketua Agama Islam[sunting | sunting sumber]
Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Islam di empat buah negeri yang
diperintah oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik, di tiga buah Wilayah Persekutuan,
serta di negeri sendiri. Dalam peranan ini, beliau dinasihatkan oleh Majlis Hal Ehwal
Islam Negara di setiap Negeri.
Yang di-Pertuan Agong melantik pengerusi dan ahli-ahli setiap majlis. Beliau juga
melantik Mufti Negeri di setiap negeri tersebut. Terdapat satu Majlis Hal Ehwal Islam
yang mempunyai bidang kuasa untuk ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Majlis ini juga
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tugas sebagai Pemerintah Tertinggi[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
Selaras dengan Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Oleh itu, beliau adalah
pegawai tertinggi dalam rantaian ketenteraan.
Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Yang di-Pertuan Agong
melantik Panglima Angkatan Tentera, atas nasihat Majlis Angkatan Tentera. Baginda
juga melantik ketua-ketua perkhidmatan bagi ketiga-tiga cabang tentera.
Hari Keputeraan Baginda[sunting | sunting sumber]
Di dalam Akta Hari Kelepasan 1951, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
hendaklah dijadikan sebagai sebahagian daripada Hari Kelepasan Persekutuan.
Lazimnya, Hari Keputeraan ini disambut pada Sabtu pertama bulan Jun setiap tahun
sebagai hari sambutan rasmi. Selepas pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang
di-Pertuan Agong pada tahun 2017, tarikh ulang tahun rasmi telah dipinda dua kali,
pertamanya dipinda kepada Sabtu terakhir bulan Julai,[14] dan kemudian pada Sabtu
kedua selepas Hari Merdeka.[15] Pindaan ini akan berkuat kuasa di bawah pemerintahan
Sultan Muhammad V hingga 2019. Di bawah pemerintahan Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in
Billah, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong sekali lagi telah dipinda pada 2020 ke
hari Isnin pertama, Jun setiap tahun sehingga tamat tempoh pemerintahan Baginda,[1]
Tamat kuasa[sunting | sunting sumber]
Yang di-Pertuan Agong akan tamat kuasanya apabila tempoh pemerintahan baginda
tamat, baginda mangkat, meletak jawatan atau dilucutkan jawatan sama ada peringkat
Persekutuan atau negeri baginda.
Baginda juga hendaklah berhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong apabila
baginda dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di
dalam Mahkamah Khas. Walau bagaimanapun, tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh
dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat
peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.
Ketidakbolehan[sunting | sunting sumber]
Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Perkara 34 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Perkara ini menjelaskan had-had bagi Yang di-Pertuan Agong
(dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh menggantikan baginda)
apabila bertakhta di peringkat persekutuan:

1. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja


Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.
2. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang
mempunyai saraan. (Turut terpakai bagi Raja Permaisuri Agong)
3. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa
perusahaan komersial. (Turut terpakai bagi Raja Permaisuri Agong)
4. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen (gaji)
yang dibayar kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan
Perlembagaan Negeri itu atau peruntukan mana-mana undang-undang Negeri.
5. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja,
meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas hari, kecuali semasa
lawatan rasmi ke suatu negara lain.
Fasal 1 juga menetapkan bahawa tiada apa-apa yang boleh menghalang Yang di-
Pertuan Agong daripada menjalankan kuasanya sebagai Raja Negeri bagi meminda
Perlembagaan Negeri itu; atau bagi melantik seorang Pemangku Raja atau anggota
Majlis Pemangku Raja sebagai ganti mana-mana Pemangku Raja atau anggota Majlis
Pemangku Raja yang telah mati atau yang tidak berupaya.[16]
Senarai Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-
Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

Panji peribadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong


Senarai Yang Dipertuan Agong Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga
diistilahkan sebagai Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan ialah seorang
raja yang menjalankan fungsi dan mempunyai keistimewaan Yang di-Pertuan Agong
selama kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong dan selama tempoh
semasa Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menjalankan fungsi jawatannya kerana
sakit, tidak ada di dalam Persekutuan atau kerana apa-apa sebab lain (ibarat
pemangku bagi negara lain). Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertuan Agong
tidak boleh menjalankan fungsi itu semasa Yang di-Pertuan Agong tidak berdaya atau
tidak ada di dalam Persekutuan dalam tempoh kurang lima belas hari, melainkan jika
Timbalan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah perlu atau sesuai untuk
menjalankan fungsi itu.[16]
Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa adalah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dari
Perak sejak 31 Januari 2019.[16]
Pemilihan[sunting | sunting sumber]
Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh
lima tahun, atau jika dipilih dalam tempoh pertengahan pemerintahan seseorang Yang
di-Pertuan Agong, maka tempohnya adalah baki penggal tersebut. Majlis Raja-Raja
hendaklah menawarkan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang
layak dipilih, iaitu Raja yang pertama sekali berhak ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan
Agong tetapi tidak diipilih.[16]
Baginda juga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang
ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja, dan hendaklah
berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.
Perkara 33 Perlembagaan Malaysia juga menyatakan jika dalam tempoh perkhidmatan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong itu berlakunya kekosongan dalam jawatan Yang di-
Pertuan Agong, maka tempoh jawatannya hendaklah tamat apabila kekosongan itu
diisi. Tambahan pula, Majlis Raja-Raja tidak boleh memilih seorang Timbalan Yang di-
Pertuan Agong semasa jawatan Yang di-Pertuan Agong masih kosong.
Sekiranya ketiadaan Yang di-Pertuan Agong di dalam negara dan, pada masa yang
sama, jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kosong atau berlakunya
ketidakupayaan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sama ada gering atau mangkat,
Parlimen boleh melalui undang-undang khas yang harus diluluskan Majlis Raja-Raja
membuat peruntukan supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh salah
seorang Raja.[16]
Senarai Yang Dipertuan Agong[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Senarai Yang di-Pertuan Agong
Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]
Raja-raja berikut telah berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong: [17]

Memegang
No. Nama Negeri Keputeraan Kemangkatan
Jawatan

Sultan Hisamuddin Selangor 31 Ogos 1957 – 1 1 September


1 13 Mei 1898
Alam Shah* April 1960 1960 (umur 62)

Tuanku Syed Putra Perlis 14 April 1960 – 1 25 November 16 April


2
Jamalullail* September 1960 1920 2000 (umur 79)

21 September
Sultan Ismail Terengganu 20 September
3 1960 – 20 24 Januari 1907
Nasiruddin Shah* 1979 (umur 72)
September 1965

21 September 1965
Sultan Abdul Halim Kedah 28 November 11 September
4 – 20 September
Mu’adzam Shah* 1927 2017 (umur 89)
1970

21 September
Kelantan 29 Mac
5 Sultan Yahya Petra* 1970 – 20 10 Disember 1917
1979 (umur 61)
September 1975

Sultan Haji Ahmad Pahang Darul 21 September


22 Mei
6 Shah Al-Musta’in 1975 – 29 Mac 24 Oktober 1930
Makmur 2019 (umur 88)
Billah* 1979

Tuanku Ja’afar Pemerintahan Negeri 26 April 1979 – 25 27 Disember


7 19 Julai 1922
1
Sembilan April 1984 2008 (umur 86)

Sultan Azlan Perak Darul 26 April 1984 – 25 28 Mei


8 19 April 1928
Muhibbuddin Shah* Ridzuan April 1989 2014 (umur 86)

Tuanku Negeri 26 April 1989 – 25 27 Disember


9 19 Julai 1922
Ja’afar* Pemerintahan 2 Sembilan April 1994 2008 (umur 86)
Memegang
No. Nama Negeri Keputeraan Kemangkatan
Jawatan

Sultan Salahuddin Selangor 26 April 1994 – 25 21 November


10 8 Mac 1926
Abdul Aziz Shah* April 1999 2001 (umur 75)

Sultan Mizan Zainal Terengganu 26 April 1999 – 12 22 Januari


11
Abidin Pemerintahan 1 Disember 2001 1962 (umur 62)

Sultan Mizan Zainal Terengganu 13 Disember 2001 – 22 Januari


12
Abidin* Pemerintahan 2 12 Disember 2006 1962 (umur 62)

Sultan Abdul Halim Kedah 13 Disember 2006 – 28 November 11 September


13
Mu’adzam Shah* 12 Disember 2011 1927 2017 (umur 89)

Sultan Muhammad Kelantan 13 Disember 2011 – 6 Oktober


14
V* 12 Disember 2016 1969 (umur 54)

Sultan Nazrin Perak Darul 13 Disember 2016 – 27 November


15 Muizzuddin
Ridzuan 31 Januari 2019 1956 (umur 67)
Shah Pemerintahan 1

Sultan Nazrin Perak Darul 31 Januari 2019 – 27 November


16 Muizzuddin
Ridzuan 31 Januari 2024 1956 (umur 67)
Shah Pemerintahan 2

Sultan Nazrin Perak Darul 31 Januari 2024 - 27 November


17 Muizzuddin
Ridzuan kini 1956 (umur 67)
Shah Pemerintahan 3

You might also like