You are on page 1of 17

KUASA AUTONOMI TERHADAP ISU ROYALTI MINYAK SARAWAK:

PENUBUHAN PETROS SEBAGAI PLATFORM DALAM

MEMPERJUANGKAN HAK DAN MASA DEPAN SARAWAK

1. PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG

Sumber semulajadi khususnya industri minyak dan gas asli adalah antara

penyumbang besar terhadap ekonomi Malaysia sehingga kepada 40 peratus. Namun

jika dilihat kepada aspek peratusan sumbangan industri minyak dan gas asli sudah

tentunya dari empat negeri khususnya dari Kelantan, Terengganu, Sabah dan

Sarawak.

Sarawak secara umumnya adalah antara penyumbang terbesar di dalam industri

sumber minyak dan gas asli dan boleh dikatakan antara negeri yang terbesar dari

Semenanjung Malaysia sendiri.

Penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) pada 4 Julai 2017 telah

mengubah sejarah industri cari gali minyak negara, khususnya Sarawak. PETROS

boleh dikatakan tonggak bagi kerajaan Sarawak di dalam memperluaskan penjanaan

pendapatan negeri tersebut bahkan mampu menjadi penyumbang terbesar di dalam

sektor pembangunan infrastruktur serta mengtransformasikan ekonomi Sarawak

secara keseluruhannya dalam mencapai status sebagai negeri maju menjelang 2030.

Penubuhan PETROS juga dianggap sebagai satu pencapaian yang besar bagi kerajaan

Sarawak dan menganggap ia adalah sebahagian daripada rancangan Sarawak di dalam

menuntut hak keistimewaannya pada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang terlihat

telah dicemari dan terhakis serta tidak adil terutamanya dari segi penurunan kuasa

yang dilaksanakan sebelum ini.

1
Sebelum menyertai Malaysia, Sarawak telah diserahkan oleh Charles Vyner

Brooke kepada Empayar British sejak pada tahun 1946 sehingga 1963.

Walaubagaimanapun, kemajuan Sarawak dapat dilihat semasa pemerintahan Brooke

sebelum pendudukan tentera Jepun (1941-1945) terutamanya di dalam industri

pengeluaran getah dan minyak mentah. Institusi-institusi perkhidmatan awam

Sarawak juga dilihat sebagai institusi yang boleh dianggap moden apabila James

Brooke memperkenalkan sistem pentadbiran seperti mana yang diamalkan di Eropah

namun selepas penyerahan Sarawak kepada Empayar British, sistem pentadbiran

mengalami perubahan, namun dengan lebih sistematik. Kekayan sumber minyak

Sarawak ditemui pada sekitar tahun 1910 di Miri oleh syarikat Shell Oilfield Limited

dan Shell kemudiannya diberi konsesi pada tahun 1958 untuk cari gali di seluruh

Sarawak.1 Sistem tersebut telah memberi kuasa dan kebenaran syarikat Shell di dalam

sektor cari gali minyak dan gas di seluruh kawasan Sarawak.

Selepas pembentukan Malaysia gabungan antara Persekutuan Tanah Melayu,

Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963, peralihan pemerintahan dan

pentadbiran mula difokuskan kepada kerajaan persekutuan. Konsep faderalisme

sebenarnya telah wujud sejak penggabungan negeri di Tanah Melayu dalam merangka

perlembagaan. Sudah tentunya terselit konsep faderalisme yang memperlihatkan

elemen tersebut di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan apabila

setiap negeri di Tanah Melayu bersatu, perlu ada sebuat kerajaan pusat yang kukuh

untuk tadbir urus negara, namun hendaklah adanya kerajaan negeri mengekalkan ciri-

ciri khas serta kedudukan raja-raja Melayu serta kedaulatannya di negeri masing-

masing.

1
Council Negri Debate, Fourth Meeting of the First Session of the Third Council Negri Kuching, 7, 8
dan 9 Mei 1958, hlm. 28-29.

2
Namun selepas Singapura (1963-1965), Sabah dan Sarawak menyertai

Persekutuan Tanah Melayu dalam pembentukan Malaysia, kuasa pentadbiran juga

turut berubah. Perubahan boleh dilihat yang mana segala urusan pentadbiran dan

kuasa dalam membentuk dasar perundangan serta penentuan dalam sektor

pembahagian di dalam hasil pemberian dana, percukaian serta sosial ekonomi rakyat

turut ditentukan oleh kerajaan persekutuan. MA63 yang melibatkan kepentingan

Sarawak serta pengenalan warta Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) oleh

Kerajaan Persekutuan hasil daripada satu perjanjian melalui Ketua Menteri Sarawak

sekaligus telah meletakkan sistem konsesi yang diamalkan oleh kerajaan Sarawak

sebelum ini tidak dilaksanakan lagi. Melalui warta tersebut, Sarawak telah menerima

5% royalti minyak.2 Makanya, di bawah akta tersebut telah menetapkan bahawasanya

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang telah diperbadankan dibawah Akta

Syarikat 1965 (Akta125) diberi hak, kuasa serta keistemewaan eksekutif di dalam

aktiviti cari gali minyak di pesisir dalam mahupun luar Malaysia 3, termasuklah

Sarawak secara umumnya. Oridnen Perlombongan Minyak 1958 Perlembagaan

Sarawak (OMO) berkuatkuasa pada 1 Julai 2018 dan sekaligus memperkasakan kawal

seliaan di dalam industri galian sumber asli Sarawak. Perlesenan dan permit bagi

aktiviti perlombongan dan cari gali oleh mana-mana badan syarikat luar harus

mendapatkan kebenaran dari kerajaan Sarawak. Oleh hal yang demikian, PETRONAS

sudah tentunya mengalami kesukaran akibat daripada penguatkuasaan kuasa OMO

yang telah dibuat. Semakan status hak keistemewaan eksekutif di dalam PDA 1974

terus dibuat oleh PETRONAS dan sekaligus membawa prosiding ini ke Makhamah

Persekutuan namun ditolak.

2
Thean H. L. Eugene., Scope for Improvement Malaysia's Oil and Gas Sector, July 2013, Research
for Social Advancement, hlm. 18. www.refsa.org.
3
Undang-undang Malaysia, Akta 144 Akta Kemajuan Petroliam 1974, hlm. 5.

3
Isu royalti mula timbul apabila dibangkitkan oleh ahli-ahli politik pada tahun

2008. Keadaan ini juga telah membuatkan kerajaan Sarawak mula mengorak langkah

dengan tuntutan peratusan % royalti yang lebih besar. 4 Sarawak adalah kubu terkuat

BN dan sentiasa dianggap sebagai faktor penentu kemenangan di dalam pilihan raya.

Berbalik kepada persoalan yang timbul mengenai isu dari segi aspek pembangunan

Sarawak, kemenangan besar BN adalah hasil dari kemenangan majoriti dari Sarawak

namun apa yang dilihat oleh pembangkang bahawasanya Sarawak hanyalah boneka

dan alat yang dilabelkan sendiri oleh BN sebagai fixed deposit. Kemenangan yang

dicapai oleh BN tidak memperlihatkan keuntungan kepada Sarawak. Pembangunan di

Sarawak dianggap perlahan dan kadar kemiskinan juga amat tinggi berbanding

dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Namun hakikatnya pembangkang hanya

melihat dari skop perbandingan yang singkat terutamanya membandingkan antara

Sarawak dan beberapa negeri maju seperti Pulau Pinang dan Selangor khususnya.

Adalah tidak adil membandingkan antara negeri-negeri di Semenanjung kerana jika

dilihat bahawa saiz Sarawak dengan gabungan negeri-negeri lain hampir sama.

Dengan berbekalkan alasan pembangunan di Sarawak mundur namun antara negeri

yang telah banyak menyumbang kepada penjanaan pendapatan negara melalui hasil

sumber asli minyak dan gas asli, adalah tidak adil menerima layanan dari kerajaan

Persekutuan pimpinan BN. Justeru itu, telah bangkitnya isu royalti sumber asli

terutamanya minyak dan gas asli Sarawak yang memperlihatkan keadaan Sarawak

jauh lebih mundur dari segi infrastruktur jika dibandingkan di Semenanjung, dan

4
Yeoh et al., Case Study: Malaysia Shifting Alliances Based On Subnational Petroleum Revenue
Sharing, 2021. Resourcegovernance.Org. Accessed December 15.
https://resourcegovernance.org/sites/default/files/documents/malaysia-case-study.pdf, halaman 53.

4
terlihat bahawa hasil keuntungan dari sektor pengeluaran minyak Sarawak digunakan

untuk pembangunan di Semenanjung.5

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Perbincangan mengenai kuasa autonomi kerajaan Sarawak dan sekaligus

dalam kehangatan perdebatan mengenai isu royalti minyak sehingga tertubuhnya

PETROS sebagai peranan dalam menyelesaikan permasalahan kedudukan sebenar di

dalam penjanaan pendapatan kadar keuntungan merujuk kepada hasil royalti minyak

yang seharusnya dituntut oleh kerajaan Sarawak. Penelitian perlaksanaan Perjanjian

Malaysia 1963 (MA63) dan kesan perwartaan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA

1974) terhadap Sarawak selepas menyertai Malaysia.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

i.) Adakah penubuhan PETROS releven dalam menyelesaikan isu hak

cari gali sumber minyak dan gas asli Sarawak?

ii.) Apakah kuasa sebenar yang ada pada kerajaan Sarawak dan tuntutan

royalti minyak serta kawalan perlaksanaan aktiviti industri cari gali

hasil sumber asli di Sarawak selepas penubuhan PETROS?

iii.) Apakah kesan faderalisme di dalam aspek perlaksanaan dasar

pengurusan sistem pentadbiran kerajaan Persekutuan di dalam

perlaksanaan MA63 dan PDA1974 di Sarawak?

5
Chin, J. ‘The 1963 Malaysia Agreement (MA63): Sabah And Sarawak and the Politics of Historical
Grievances’ in S. Lemiere (ed), Minorities Matter: Malaysian Politics and People (Singapore:
ISEASYusuf Ishak Institute, 2019, hlm. 78.

5
iv.) Kesan campur tangan politik dan kerajaan Negeri Sarawak?

v.) Tanggapan rakyat Sarawak terhadap PETROS?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN -SENARAIKAN

i.) Manafaat penubuhan PETROS terhadap Sarawak khususnya bagi

rakyat dan masa depan ekonomi Sarawak.

ii.) Mengenalpasti dalam memperlihatkan kuasa autonomi kerajaan

Sarawak di dalam kawalan terhadap aktiviti cari gali Syarikat selepas

penubuhan PETROS.

iii.) Meneliti kesan perlaksanaan MA63 dan PDA1974 di Sarawak yang

disebabkan oleh faktor elemen faderalisme di dalam pentadbiran

kerajaan persekutuan.

iv.) Perubahan dasar perlaksanaan terhadap isu pembayaran dan hak

terhadap royalti sumber asli Sarawak dengan campur tangan politik

yang sering dibawa oleh ahli politik.

v.) Respon rakyat Sarawak terhadap PETROS.

1.5 SKOP KAJIAN

Skop kajian tertumpu kepada isu royalti minyak yang dibangkitkan bukan

sahaja di peringkat nasional malah di dalam politik dalaman Sarawak sendiri.

6
Disebabkan telah bangkitnya isu royalti minyak, kerajaan Sarawak mula menubuhkan

PETROS sebagai sebuah badan syarikat seratus peratus milik kerajaan Sarawak yang

bergiat aktif dalam industri cari gali minyak dan gas asli di Sarawak. Keberkesanan

dalam penubuhan PETROS sekaligus dikaji untuk memperlihatkan kelebihan

penubuhannya terutamanya mendapatkan keuntungan bahagian yang lebih adil serta

meneliti kuasa autonomi kerajaan Sarawak dalam memperjuangkan hak terutamanya

dari segi persoalan mengenai royalti sumber asli minyak dan gas justeru

memperlihatkan keadaan dimana kedudukan sebenar kerajaan Persekutuan dalam

menghadapi tuntutan dari kerajaan Sarawak.

Walaubagaimanapun, kajian ini juga akan memperlihatkan sejarah awal

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang melibatkan kepentingan Sarawak serta

pengenalan warta Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) oleh Kerajaan

Persekutuan dan bagaimana ia mempengaruhi struktur sistem hak cari gali Sarawak

dan agihan keuntungan dari pengeluaran minyak dan gas sehingga membuatkan

Sarawak bertekat untuk menubuhkan PETROS, syarikat milik kerajaan negeri seratus

peratus adalah milik sepenuhnya memperjuangkan hak autonomi di dalam industri

cari gali sumber semulajadi minyak dan gas. Sepertimana yang diketahui bahawa

sistem pentadbiran Malaysia adalah berdasarkan sistem persekutuan yang mana kuasa

pentadbiran negara akan tertumpu kepada kerajaan Persekutuan. Meninjau kepada

sejarah penggalian di Sarawak, Syarikat Shell Oilfields Limited adalah syarikat cari

gali minyak yang pertama mempunyai konsesi minyak seluruh benua Sarawak sejak

tahun 1958 namun telah dihampuskan setelah perlaksanaan PDA1974 di Sarawak

meletakkan PETRONAS di dalam kedudukan istimewa dalam hak cari gali minyak

dan gas.

7
Isu hak autonomi Sarawak mula dibangkitkan pada tahun 2008 dan

diperdebatkan ketika Kempen Pilihanraya Umum ke -14 (PRU-14). Jika diamatikan

dengan jelas, persoalannya adalah mengenai aspek pembangunan Sarawak dilihat

amat jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung dan sudah

tentunya isu ini sememangnya akan menjadi satu senjata bagi ahli politik terutamanya

dari parti pembangkang dalam mengecam kedudukan parti Barisan Nasional (BN)

yang pada ketika itu menjadi parti pemerintah yang sentiasa tiada lawannya

memenangi hati rakyat. Soal kebangkitan bayaran pampasan mahupun jumlah

tunggakan royalti minyak yang seharusnya dibayar seperti yang dijanjikan di dalam

MA63 adalah antara faktor isu yang menjadi perkaitan dengan tuntutan hak autonomi

yang diperjuangkan oleh ahli politik di Sarawak.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini adalah untuk menilai dan membincangkan tentang

tuntutan mengenai kuasa autonomi kerajaan Sarawak dalam isu royalti minyak yang

telah dibangkitkan di dalam ruangan kancah politik negara khususnya di Sarawak

sehingga tertubuhnya PETROS yang dianggap sebagai satu jalan penyelesaian di

dalam konflik persoalan isu royalti minyak.

2. SOROTAN KARYA

2.1 KAJIAN LITERATUR

Kajian ini dipilih adalah berdasarkan isu royalti minyak yang sering

dibangkitkan di media massa dan sehingga kini belum ada penyelesaian mahupun

masih di dalam proses tuntutan yang dibuat oleh kerajaan Sarawak kepada kerajaan

8
Persekutuan. Berdasarkan dengan skop pemerhatian media massa dan juga dari

penganalisis-penganalisis politik negara, Sarawak dilihat sebagai modal tajuk utama

di dalam perbahasan mengenai isu Perjanjian MA63 yang mana telah membangkitkan

mengenai soal hak keistimewaan Sarawak terutamanya di dalam soal tuntutan royalti

minyak yang seharusnya wajar dibayar oleh PETRONAS. Seperti mana yang telah

diperbincangkan sebelumnya, PETRONAS adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan

dan dilantik oleh kerajaan sebagai badan tunggal di dalam setiap urusan industri cari

gali minyak dan gas negara.

2.2 KAJIAN LEPAS

Beberapa kajian akedemik seperti mana yang telah dibuat oleh Atar et al.

(2018) banyak meliputi isu yang melibatkan PETRONAS dengan kerajaan Sarawak

terutamanya di dalam isu perolehan hasil royalti minyak dan gas serta perbezaan

amalan antara sistem konsesi dan Kontrak Perkongsian Pengeluaran atau Production

Sharing Contract (PSC). Isu yang dibangkitkan di dalam artikal tersebut telah

menerangkan mengenai penggunaan akta PDA 1974 dan sebagaimana penubuhan

PETRONAS di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang memberikan hak, kuasa

dan keistemewaan eksekutif dalam mengeksploitasikan kawalan keatas industri cari

gali petroleum dan gas asli negara di bawah peruntukan PDA1974 (Akta 144). 6

Kerajaan memperlihatkan bahawa kuasa di dalam sebarang keputusan dasar adalah

suatu ciri institusi yang amat penting dan melalui PETRONAS sebagai badan yang

mewakili segala keputusan dibuat oleh kerajaan.(Yeoh et al., 2021)7


6
Atar, S., Tang Abdullah, A. R., & Bala, B., Petronas dan Hasil Royalti Minyak dan Gas Sarawak
dalam Sistem Perkongsian Pengeluaran (1974–1990): Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage,
Archaeology and History), Vol. 3(2), 2018. Https://Jurcon.Ums.Edu.My/Ojums/Index.Php/JBA/.
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/
7
Yeoh et al., Case Study: Malaysia Shifting Alliances Based On Subnational Petroleum Revenue
Sharing, 2021.

9
Namun setelah beberapa isu yang diutarakan berkenaan dengan % peratusan

royalti dilihat tidak relevan oleh Sarawak, tuntutan demi tuntutan dibuat dengan

terkaitnya isu mengenai MA63. Tuntutan dibuat pada tahun 2014 oleh Dewan

Undangan Negeri Sarawak sebanyak 20% telah mencetuskan pandangan bahawa

sumber pendapatan daripada sumber asli negeri tersebut sepatutnya diberi kepada

Sarawak untuk pembangunan ekonomi. Pendebatan antara parti politik Sarawak yang

melibatkan kedua-dua belah pihak pembangkang dengan penyokong kerajaan dan

Persekutuan mengenai isu royalti minyak. Maka jelaslah bahawa kerjasama antara

parti pembangkang dan penyokong kerajaan jika ia melibatkan isu yang berkaitan

dengan kuasa autonomi kerajaan Sarawak serta tuntutan 20% royalti minyak. Setiap

parti politik di Sarawak sama ada pembangkang mahupun penyokong BN meletakkan

janji 20% tuntutan royalti minyak dan ini juga telah terrlihat jelas bahawa Parti

Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang boleh dianggap antara parti dominen di

Sarawak turut menyuarakan pendapat dan sokongan terhadap perkara tersebut. (Yeoh

et al., 2021)8 Tuntutan tersebut dilakukan adalah kerana kerajaan Sarawak

menganggap bahawa seharusnya dibuat memandangkan Sarawak adalah negeri yang

telah banyak menyumbang hasil pendapatan tertinggi negara terutamanya dari segi

pengeluaran hasil minyak mentah dan seterusnya mampu menjana pendapatan tinggi

dari segi ekonomi negara keseluruhannya. Namun kerajaan Persekutuan dianggap

tidak berlaku adil di dalam aspek pengagihan pendapatan serta bantuan infrastruktur

di Sarawak.

Sebagaimana pengkajian mengfokuskan tentang kedudukan autonomi yang

berkaitan dengan isu royalti minyak Sarawak, kajian lepas mengenai konsep

faderalisme kerajaan Persekutuan juga turut diambil kira. Setiap perkaitan tentang

kuasa yang dimiliki oleh kerajaan Persekutuan terhadap Sarawak juga turut dikaji.
8
Yeoh et al., 2021. hlm. 56

10
Sepertimana yang telah diutarakan oleh Salleh et al. (2019), Constitutional Asymmetry

in Malaysia: A case study of Sabah and Sarawak yang membincangkan tentang

pembahagian kuasa kerajaan negeri dan status berbanding dengan negeri-negeri di

Malaysia dan sudah tentunya menyentuh tentang perjanjian MA63 mengenai hak

keistimewaan kedua-dua negeri dalam menyentuh hal-hal seperti perundangan,

pembahagian kuasa perlembagaan, pemusatan kuasa dan pengasingan kuasa

kerajaan.9

Berdasarkan ilmiah akedemik dan artikal kajian tersebut, jelaslah dengan

melihat skop luaran yang mana telah mempengaruhi keputusan kerajaan Sarawak

dalam melakukan sesuatu perihal dengan penubuhan PETROS. Sudah tentunya

matlamat awal penubuhan PETROS untuk menjadi pemangkin dan penggerak

kerajaan Sarawak di dalam mencapai visi Sarawak maju menjelang 2030 demi

kebajikan rakyat Sarawak khasnya.

Walaubagaimanapun, perjuangan dalam proses menyuarakan hak

keistimewaan di dalam MA63 tetap tidak akan dilupakan ketika dibawah pentadbiran

Ketua Menteri Sarawak yang pada ketika itu diterajui oleh Pehin Sri Adenan Satem.

Kelantangan dan keberanian Adenan turut disambut baik walaupun dari parti

pembangkang dalam mengusulkan penelitian semula terhadap MA63. Adenan turut

memetik perihal mengenai pembayaran royalti minyak dan jaminan kedudukan warga

Sarawak di dalam sektor perkhidmatan pekerjaan di dalam PETRONAS.10

Oleh hal yang demikian, sifat kelantangan dan usul yang disuarakan oleh

Adenan tidak terhenti dan perjuangan beliau juga telah disambut oleh Datuk Patinggi

Abang Haji Abdul Rahman Zohari, atau lebih dikenali sebagai Abang Jo, Premier

9
Budaya Politik Federal: Memikirkan Faderalisme Malaysia dari Perspektif Normatif: Jebat
Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 48 (2). August, 2021. Tajudin, et. al.,
hlm. 138-163.
10
Yeoh et al., 2021. hlm. 57

11
Sarawak. PETROS adalah satunya bukti kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang

Jo mengambil serius dalam memperjuangkan hak Bumi Kenyalang dan memperoleh

manafaat terhadap sumber semulajadi terutamanya minyak dan gas untuk

pembangunan Sarawak dan warganya.

Berdasarkan kajian lepas yang sedia ada, pelbagai artikal penulisan ilmiah

banyak tertumpu kepada Perjanjian MA63 dan PDA 1974 sekaligus kedudukan

PETRONAS sebagai peneraju utama di dalam sektor industri cari gali. Namun

PETROS secara umumnya adalah perkara baru dan masih terdapat kekurangan bahan

penulisan mengenainya. Walaubagaimanapun, catitan di media massa telah banyak

meliputi perkembangan berita mengenai PETROS dan usaha kerajaan Sarawak dalam

memperkembangkan kawalan sepenuhnya di dalam industri sektor minyak dan gas

asli di Sarawak.

3. METODOLOGI

3.1 METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan ini adalah berdasarkan dengan metode kajian lapangan iaitu

dengan penggunaan kaedah kuantitatif bagi soal selidik untuk mengenalpasti respon

dari rakyat Sarawak khususnya.

Kajian perpustakaan yang lebih kepada penggunaan kaedah kualitatif dalam

bentuk penyiasatan bukan statistik juga gunakan untuk tujuan mengenalpasti kajian

dalam memperkembangkan penjelasan mengenai perihal dalam menghuraikan sesuatu

perkara yang berkaitan dengan isu tersebut dengan menggunakan sumber yang lebih

bersifat primer serta disokong oleh beberapa sumber sekunder hasil dari penyelidikan

kajian yang dijalankan. Sumber sekunder akan lebih kepada kajian jurnal, artikal serta

akhbar sebagai sumber yang boleh menyokong dan dipercayai sebagai rujukan kajian.

12
3.2 PENGUMPULAN DATA

i.) KAJIAN LAPANGAN

Kaedah kauntitaitf adalah berdasarkan kajian instrumen berbentuk soal selidik

akan digunakan bagi mengenalpasti respon rakyat Sarawak terhadap isu royalti

sumber asli minyak dan gas asli dan sejauh manakah kesedaran serta penerimaan

rakyat mengenai penubuhan dan matlamat kerajaan Sarawak di dalam penubuhan

PETROS.

Soal selidik yang akan digunakan bagi mengenalpasti demografi responden.

Pekerjaan, jentina dan umur responden mahupun lokasi kawasan juga turut diambil

kira bagi menentukan sejauh mana tanggapan rakyat terhadap matlamat kerajaan

Sarawak dalam memperjuangkan hak terutamanya di dalam isu royalti sumber asli

minyak dan gas asli untuk masa depan rakyat Sarawak serta matlamat PETROS dalam

hal sedemikian. Setiap maklumat yang diperolehi juga akan mengkaji pandangan

rakyat Sarawak terhadap PETROS dan apakah relevan ia ditubuhkan.

Dengan adanya teknologi jalur lebar serta rangkaian aplikasi Google form

khususnya mampu menjimatkan kos serta masa di dalam penyediaan dan penyebaran

bahan soal selidik secara digital.

ii.) KAJIAN PERPUSTAKAAN

Kajian perpustakaan akan digunakan dan ia akan lebih menumpukan dari

aspek hasil pengumpulan maklumat secara bertulis yang merupakan data-data dari

dokumen-dokumen yang diterbitkan melalui akhbar, dokumen rasmi kerajaan, artikal

kajian mahupun jurnal secara saintifik. Penggunaan kaedah kualitatif secara primer

13
dan sekunder akan turut digunakan bagi menyokong setiap rujukan kajian yang

dibuat. Setiap kajian lepas meliputi dari segi aspek yang berkaitan dengan

penyelidikan tentang penubuhan Malaysia serta hubung kaitnya dengan MA63 dan

PDA1974 serta pelbagai artikal mengenai PETROS.

3.3 KAEDAH PENGANALISISAN DATA

Program Statistic Package for Sosial Science (SPSS) digunakan bagi

menganalisis maklumat data-data yang diperoleh secara discriptif dari responden. Ia

akan memudahkan pengkaji menganalisis data-data tersebut dalam mendapatkan

keputusan penyelidikan. Data-data tersebut diperoleh melalui sumber dari

maklumbalas soal selidik responden-responden warga Sarawak sahaja.

3.4 BATASAN KAJIAN

Kajian akan dijalankan khusus hanya melibatkan warga Sarawak sahaja

sebagai responden melalui kaedah kajian lapangan dalam bentuk Google form.

Penggunaan aplikasi berformatkan Google form dipilih kerana ia memudahkan

penyaluran bahan soal selidik kepada warga Sarawak dan dilihat sebagai satu saluran

platform capaian sesawang yang lebih efektif dan menjimatkan masa serta kos jika

dibandingkan dengan cara yang berorientasikan secara tradisional menyalurkan bahan

soal selidik secara bersemuka . Kedudukan demographi kawasan juga menyukarkan

penyaluran bahan soal selidik yang banyak melibatkan kos pengangkutan dan

mengambil masa yang lama untuk diagihkan dan dikembalikan semula oleh

responden. Sudah tentunya akan menyukarkan responden untuk bekerjasama dalam

pengisian bahan soal selidik yang telah diagihkan.

14
i. BIBLIOGRAFI

 Atar, S., Tang Abdullah, A. R., & Bala, B., Petronas dan Hasil Royalti Minyak

dan Gas Sarawak dalam Sistem Perkongsian Pengeluaran (1974–1990): Jurnal

Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), Vol. 3(2), 2018.

https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/

 Council Negri Debate, Fourth Meeting of the First Session of the Third Council

Negri Kuching, 7, 8 dan 9 Mei 1958, hlm. 28-29.

 Eugene Thean Hock Lee, Scope for Improvement Malaysia's Oil and Gas Sector,

Research for Social Advancement, 2013, hlm. 18. www.refsa.org.

 Chin, J., The 1963 Malaysia Agreement (MA63): Sabah And Sarawak and the

Politics of Historical Grievances’ in S. Lemiere (ed), Minorities Matter:

Malaysian Politics and People, Singapore: ISEASYusuf Ishak Institute, 2019,

hlm. 75-92.

 Tajudin, et. al., Budaya Politik Federal: Memikirkan Faderalisme Malaysia dari

Perspektif Normatif: Jebat Malaysian Journal of History, Politics & Strategic

Studies, Vol. 48 (2). 2021, hlm. 138-163.

 Undang-undang Malaysia, Akta 144 Akta Kemajuan Petroliam 1974, hlm. 5.

15
 Yeoh et al., Case Study: Malaysia Shifting Alliances Based On Subnational

Petroleum Revenue Sharing, 2021.

Resourcegovernance.Org. Accessed December 15.

https://resourcegovernance.org/sites/default/files/documents/malaysia-case-study.pdf.

16
17

You might also like