You are on page 1of 1

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Pulau Pinang


LITERASI BAHASA (BMMB1124)

Nama:RIFQI BIN ROSLAN


Kumpulan Akademik:Pengajian Melayu 4
e-pembelajaran:Minggu 4
Tarikh & Masa Laksana:7/2/2024
(wajib dinyatakan pada setiap kali selepas latihan dilaksanakan
dan dihantar ke GC)
Tajuk: TAJUK 3: PENGUASAAN LITERASI (LITERASI

MEMBACA DAN MENULIS)

Murid-murid yang mempunyai tahap bacaan yang rendah majoritinya dari


golongan keluarga B40.Hal ini dapat dilihat melalui kualiti pendidikan yang kurang
berkualiti kerana ibu bapa tidak mampu untuk mengajar anak-anak mereka sebelum
usia memasuki persekolahan.Perkara ini dipengaruhi oleh faktor kemiskinan ibu
bapa dan tahap pendidikan ibu bapa yang rendah.Kebanyakan murid yang lemah
dalam membaca juga merupakan daripada golongan Cina dan India kerana mereka
tidak faham apa yang dibaca.
Sama seperti kemahiran membaca,murid yang mempunyai tahap menulis
yang rendah ialah daripada golongan keluarga B40 dan terdiri daripada kaum Cina
dan India.Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang kompleks dan melibatkan
pergerakan tangan dan jari yang menyukarkan murid-murid untuk menguasai
kemahiran menulis ini.Ibu bapa murid B40 yang tidak berusaha dalam membimbing
anak-anak mereka bagi menguasai kemahiran menulis menyebabkan murid lambat
untuk menguasai kemahiran menulis.
Faktor-faktor yang dapat mempengaruhi tahap kemahiran membaca murid-
murid ialah faktor kecerdasan diri Kecerdasan dan kebolehan membaca saling
berkait antara satu sama lain di mana seorang individu yang mempunyai kecerdasan
yang tinggi selalunya berpeluang memahami bahan yang dibaca jika dibandingkan
dengan pelajar yang lemah..
Faktor-faktor bagi kemahiran menulis pula ialah faktor fizikal Melibatkan
pendengaran dan penglihatan. Ketidakupayaan pelajar itu mendengar dengan baik
dan jelas mungkin boleh menggagalkannya membuat diskriminasi bunyi kata dan
teks keseluruhannya.

You might also like