You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Kuala Kebulu


Pejabat Pendidikan Daerah Tatau / Sebauh Kod Sekolah : YBB9108
Telefon : Tiada
Jalan Kampung Dagang Emel : ybb9108@moe.gov.my
97200 Tatau, Sarawak skkualakebulu@gmail.com

Ruj. Kami : SKKK.200-10/1/1 ( 01)


Tarikh : 25 Januari 2024

Kepada,
Tuai rumah Ulin anak Kapar.

Tuan,
Pemberitahuan Pihak Sarawak Forestry Bintulu untuk Menangkap Buaya berhampiran SK Kuala Kebulu

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Sarawak Forestry Bintulu ingin menangkap buaya yang berhampiran dengan
SK Kuala Kebulu. Tarikh yang dibincangkan bersama dengan Pihak Sarawak Forestry Bintulu ialah seperti berikut :
Tarikh : 1 Februari 2024 hingga 8 Februari 2024
Tempat : SK Kuala Kebulu

3. Untuk makluman pihak Tuan, Pihak sekolah telah melaporkan perkara ini kepada Sarawak Forestry Bintulu
kerana buaya tersebut telah berada berdekatan dengan sekolah. Hal ini akan membahayakan murid-murid sekolah yang
akan menggunakan sungai di sekolah.

3. Sehubungan itu, kami memohon agar pihak tuan bekerjasama dengan pihak sekolah dan juga pihak Sarawak
Forestry Bintulu untuk menangkap buaya tersebut.

4. Oleh itu, kami berharap agar pihak tuan bersama-sama menjayakan perkara tersebut. Sekian Terima Kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

...............................................................
[ ENCIK JIMBUN ANAK BARENDAK ]
GURU BESAR,
SK KUALA KEBULU, PPD TATAU/SEBAUH.

“BERILTIZAM BERWAWASAN”

You might also like