You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Belaga


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jalan Dian Ding
96900 Belaga, Sarawak
Tel : 086 - 461330
Faks : 086 - 461464
E-mel: ppdkbel@yahoo.com

Rujukan kami : PPDBEL.SPR.100-11/1/1


Tarikh : 11 Mei 2021

Semua
Pengetua,
Guru Besar
Daerah Belaga

Tuan,
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM ZIARAH PERIHATIN DAN eSPORT SEMPENA
SAMBUTAN HARI GURU PERINGAT NEGERI SARAWAK KALI KE 50 TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya surat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Baram, Sektor Pengurusan
Sekolah ruj : JPS(W)PPDBRM/153/07/08/01/02/Jld. 2 ( ) bertarikh 30 April 2021 berhubung
perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa gabungan yang terdiri daripada Pejabat Pendidikan Daerah
Miri, Subis dan Baram akan menjadi tuan rumah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri
Sarawak pada 21 hingga 27 jun 2021. Oleh ini, pihak penganjur telah menjemput setiap PPD di
Sarawak untuk menyertai dua program dalam bentuk rakaman video seperti yang terdapat dalam
kertas kerja yang dilampirkan.

3. Sehubungan dengan itu, pihak PPD Belaga mengalu-alukan setiap sekolah di daerah Belaga
menyertai program tersebut dan seterusnya memeriahkan lagi Sambutan hari Guru Peringkat
Negeri Sarawak tahun 2021. Sekiranya terdapat mana-mana sekolah yang sudah bersedia, sila
hantar video rakaman kepada PPD Belaga pada atau sebelum 21 Mei 2021.

4. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan dengan kejohanan ini sila berhubung dengan
En. Junis Ngerung, Penolong PPD di Unit Pembangunan Bakat di bawah Sektor Pembangunan
Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Belaga di talian 013-5937411 / 086-461330.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID 19 ”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

[ UGAT WAN @ JALONG WAN ]


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Belaga
96900 Belaga

s.k. Fail Hari Guru

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


‟FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH”

You might also like