You are on page 1of 1

Tarikh:

Rujukan:

MEMO
MEMO PEMAKLUMAN UNTUK MEMATUHI SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH SYARIKAT

Merujuk kepada perkara di atas, bermula 1 hari bulan Januari 2024 pihak syarikat telah mewajibkan
setiap pekerja untuk memakai baju syarikat setiap hari tanpa gagal . Pihak syarikat juga mewajibkan
pekerja untuk memakai vest keselamatan dan kasut keselamatan semasa bekerja.

2. Semua pekerja juga diingatkan untuk bergambar di lapangan setiap pagi sebelum pukul 8
pagi . Pihak syarikat juga ingin menegaskan bahawa kebersihan di lapangan dan tempat kerja adalah
tanggungjawab bersama . Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat diatas boleh menyebabkan gaji
pekerja ditolak sebanyak RM50 .

3. Pihak syarikat juga telah bersetuju untuk memberikan 4 helai baju kerja dan 2 helai vest
keselamatan kepada setiap pekerja . Diharapkan setiap pekerja dapat menjaganya dengan baik.
Sekiranya baju atau vest keselamatan tersebut telah rosak atau hilang , pekerja boleh memaklumkan
kepada pihak syarikat. Sekian terima kasih.

Yang benar,

________________
Eksekutif Operasi

AKUAN PENERIMAAN
Saya dengan ini mengakui dan memahami kandungan di atas.

………………………………..
Nama:________________________
Tarikh:________________________

You might also like