You are on page 1of 2

_____________________________________________________________________________________

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PROGRAM WORLD SCOUT JOTA-JOTI 2023


SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUNAK

1. Penyertaan ini hanya terbuka kepada semua ahli-ahli pengakap sekolah-sekolah daerah
Kunak dan Kumpulan-kumpulan Pengakap Daerah yang telah berdaftar dengan Persekutuan
Pengakap Malaysia bagi tahun 2023/2024.
2. Setiap sekolah / kumpulan boleh menghantar peserta tidak melebihi 50 orang peserta dan 5
orang guru pemimpin. Jika terdapat lebih peserta yang berminat, permohonan untuk
menambah kuota perlu diajukan kepada pihak penganjur untuk dipertimbangkan.
3. Semua kumpulan / peserta perlu berada di dalam program seperti ketetapan masa dan jam
berikut :
21 Oktober 2023 ( Sabtu ) : 7:30 Pagi ( Pendaftaran )
8:00 Pagi - 4:30 Ptg ( Aktiviti JOTA-JOTI )
5:00 Petang ( Bersurai / Balik )

22 Oktober 2023 ( Ahad ) : 7:30 Pagi - 10:00 Pagi ( Aktiviti JOTA-JOTI )


10:30 Pagi ( Majlis Penutupan Program )
11:30 Pagi ( Bersurai / Balik )
4. Semua peserta perlu membawa keperluan peralatan tulis semasa program ini dijalankan (
Pen, Pensil, Buku Log, Tali-temali, dan lain-lain jika perlu )
5. Surat Kebenaran ibubapa/penjaga perlu ditunjukkan dan disertakan bersama dengan borang
penyertaan semasa pendaftaran / lapor diri.
6. Pakaian sepanjang aktiviti ini dijalankan, semua ahli dimestikan memakai Uniform Pengakap
yang lengkap. ( Jika tiada dibenarkan menggunakan T Shirt dan Skaf Pengakap ).
7. YURAN PENYERTAAN ialah sebanyak RM30.00 ( Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja )
bagi setiap peserta termasuk Guru Pemimpin yang terlibat. Yuran ini bagi menampung kos :
i. Yuran Sijil Penyertaan Peserta : RM2.00
ii. Lencana / Badge JOTA-JOTI : RM 5.00
iii. Makan dan Minum peserta / guru pemimpin : RM23.00 ( sarapan, makan tengah
hari, minum petang )
8. Semua peserta diwajibkan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan bagi melayakkan
menerima Sijil dan Lencana Aktiviti JOTA-JOTI 2023. Kegagalan hadir pada setiap aktiviti
akan menyebabkan Sijil dan Lencana Aktiviti tidak dapat diserahkan kerana kurang
pencapaian sepanjang aktiviti.
9. Setiap sekolah / kumpulan DIWAJIBKAN menghantar sekurang-kurangnya 2 orang Guru
Pemimpin.
10. Borang penyertaan ( Manual ) serta YURAN Penyertaan boleh dihantar kepada urusetia
selewat-lewatnya pada 21 Oktober 2023 ( Semasa Pendaftaran ).
_____________________________________________________________________________________

11. Penarikan diri selepas penyertaan disahkan adalah dibenarkan, namun Yuran Penyertaan
tidak akan dikembalikan. Pihak penganjur dibenarkan menggantikan peserta yang menarik
diri.

TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN / GURU PENGIRING

SEBELUM MELAPOR DIRI


1. Memastikan semua peserta dalam kumpulan masing-masing membuat persiapan yang
diperlukan ( Peralatan, pakaian, dan lain-lain )
2. Memastikan Surat Kebenaran Ibubapa/Penjaga telah diperolehi dan di bawa bersama
semasa sesi pendaftaran.
3. Hadir dalam sesi taklimat pada 21 Oktober 2023 (Surat Jemputan akan diberikan kemudian).
4. Menghubungi urusetia terlebih dahulu jika memerlukan sebarang bantuan sebelum dan
semasa aktiviti dilaksanakan.

SEMASA PROGRAM DILAKSANAKAN


1. Semua guru pengiring / guru pemimpin dikehendaki berada di kawasan kem bagi memantau
peserta masing-masing ( terpulang pada pihak sekolah / kumpulan - Shif bertugas )
2. Tidak dibenarkan keluar masuk kawasan kem tanpa pengetahuan Urusetia.
3. Melaporkan kepada Urusetia segala masalah yang dihadapi peserta bagi tujuan bantuan dan
penyelesaian.
4. Berbincang dengan Urusetia berkaitan keperluan-keperluan yang dikehendaki sepanjang
kem berjalan.
5. Memastikan peserta masing-masing mematuhi peraturan kem.
6. Memastikan barang-barang berharga milik peserta disimpan di tempat yang selamat.

SELEPAS PROGRAM DILAKSANAKAN


1. Memastikan barang-barang serta peralatan masing-masing di bawa balik.
2. Memastikan peserta ( murid-murid ) tiba selamat ke kediaman masing-masing. Memastikan
ibubapa / penjaga mengambil semua peserta di bawah jagaan masing-masing.

You might also like