You are on page 1of 4

Penyakit Berkaitan Sistem Respirasi Manusia

Disediakan oleh : Wafa’ Binti Sabaruddin

Asma
Pengenalan

Asma ialah penyakit halangan pernafasan akibat daripada keradangan tiub tiub bronkiol.

Pesakit asma lazimnya mengalami pernafasan bersiul iaitu akan mengeluarkan bunyi desiran (wheezing)
semasa bernafas.

Salah satu faktor yang menyebabkan asma ialah udara.

Punca

(bahan cemar dalam udara)

Kebakaran hutan
Asap rokok

Pembakaran
terbuka
Ekzos
kenderaan Jerebu,
debu,debunga
Simptom

Sesak dada
Sukar
bernafas
Sesak nafas
Semput
Batuk

Bagaimana Asma Terjadi & Kesan Terhadap Sistem Respirasi

Saluran Pernafasan pesakit asma ialah sensitif. Asma terjadi apabila otot dinding bronkiol mengecut.
Keadaan ini menyebabkan dinding bronkiol bengkak dan menebal (ke dalam) dan menghasilkan bendalir
pekat (mukus). Hal ini menyebabkan bukaan tiub bronkiol menjadi kecil serta laluan udara menjadi
sempit.

Laluan udara yang sempit menyukarkan udara untuk masuk ke alveolus bagi melakukan sistem respirasi.
Sistem respirasi yang kurang cekap mengurangkan penghasilan tenaga. Oleh sebab itu, seseorang yang
menghidap penyakit asma akan berasa cepat letih dan semput selepas berlari atau melakukun aktiviti-
aktiviti aktif.

Bronkiol pesakit asma

Bronkiol normal
Cara mencegah dan mengatasi penyakit asma.

1. Sekiranya mempunyai simptom - simptom asma, segera berjumpa dengan doktor untuk
mendapatkan nasihat dan rawatan sebelum asma menjadi lebih teruk

2. Elakkan diri daripada menghisap rokok atau berada dekat dengan individu yang menghisap
rokok.

3. Mengelakkan faktor penyebab sebanyak mungkin. Individu yang mempunyai asma perlulah
menghadkan aktiviti luar/memakai pelitup muka semasa berada di luar bagi mengelak terdedah
kepada habuk atau gas gas berbahaya.

4. Sentiasa membawa ubat yang diberikan oleh doktor terutama apabila ke tempat yang boleh
menimbulkan serangan sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengelakkan pengsan.

Penggunaan alat sedut (inhaler) membantu seseorang pesakit asma bernafas

Bahan atau ubat yang terkandung dalam inhaler seperti vatoline akan disedut masuk ke saluran
pernafasan dan akan mengembangkan (meluaskan) saluran pernafasan yang sempit dan membolehkan
udara masuk.

vatoline

saluran pernafasan

mengembangkan saluran pernafasan

membolehkan oksigen masuk


Rujukan :-

Buku Teks Sains Tingkatan 3, Buku Teks Biologi Tingkatan 4, Buku Sains (Pelangi) Tingkatan 1.2.2

http://www.myhealth.gov.my/asma/

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Penyakit_asma

https://prn.usm.myindex.php/publications/magazines/dewan-kosmik567-asma-danrawatannya-
bahagian-1-ogos-1999

https://youtu.be/loj4AqZTJ8E

https://youtu.be/Tx-mJ6t_5Bk

https://youtu.be/30yEDaWLLk

https://youtu.be/TGTB_ilRTil

Asma tidak boleh dirawat tetapi boleh dicegah

Asma tidak berlaku sepanjang masa tetapi


serangan asma akan berlaku sekiranya pesakit
terdedah kepada simptom.

Perokok pasif akan mengalami penyakit / kesan.


yang sama seperti perokok aktif

You might also like