You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PENYERTAAN :
KEJOHANAN OLAHRAGA SAECA-BJSS ATHLETICS CHAMPIONSHIP 2022

PASUKAN :
BUKIT JARUM SELECTIONS
SK BUKIT JARUM, 17050 PASIR MAS

TARIKH :
1 – 5 DISEMBER 2022

1
KERTAS KERJA

KEJOHANAN OLAHRAGA SAECA-BJSS ATHLETICS CHAMPIONSHIP 2022

BUKIT JARUM SELECTIONS

1.0 PENDAHULUAN

Penganjuran sukan yang berterusan merupakan satu langkah proaktif dalam


mengekalkan kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit olahraga secara konsisten.
Melalui penyertaan dalam kejohanan seumpama ini atlit yang terlibat dapat
mengekalkan momentum kecergasan mereka seterusnya mencapai peningkatan
catatan dan pencapaian mereka.

Kejohanan olahraga SAECA-BJSS Athletics Championship 2022, merupakan satu


kejohanan olahraga peringkat tinggi bertaraf kebangsaan. Penganjuran ini adalah
kerjasama antara KPM (SSBJ) dan Innotex System Corporation Sdn. Bhd yang turut
memporomosikan kempen ‘Bebas Merokok’.Ianya merupakan satu penganjuran yang
berimpak besar dan langkah terbaik dalam memperbanyakkan bilangan untuk atlit
bawah umur di dalam negara. Selain dapat melahirkan atlit pelapis yang berkualiti,
ianya dilihat dapat memberi pendedahan peringkat kebangsaan kepada atlit terlibat.
Penyertaan atlit-atlit di bawah Pasukan Bukit Jarum Selections merupakan satu usaha
ke arah melahirkan atlit yang mampu bersaing di peringkat negeri dan antarabangsa.

2.0 MATLAMAT

Melalui matlamat dasar jangka masa panjang, penyertaan dalam kejohanan ini
diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam sukan
olahraga. Selain itu juga, ianya diharapkan dapat menjadi medium pendedahan bagi
atlit untuk diketengahkan dalam kejohanan balapan dan padang di peringkat MSSD,
MSSK sehinggalah MSSM.

3.0 OBJEKTIF

Objektif kejohanan ini adalah :-

1. Memberi pendedahan kepada atlit kepada kejohanan peringkat kebangsaan.

2
2. Melahirkan atlit yang berkualiti tinggi dan berdaya saing ke peringkat MSSD,
MSSK, MSSM mahupun antarabangsa.
3. Mengesan dan memilih atlit yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili
sekolah, daerah, negeri mahupun antarabangsa.
4. Menanam “winning attitude” dalam jiwa atlit.
5. Melahirkan murid yang berdisiplin dan berketerampilan.

4.0 MAKLUMAT KEJOHANAN

Tarikh : 2 hingga 4 Disember 2022


Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tempat : Stadium Mini, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

5.0 KONTIJEN

BJ Selections diwakili oleh 4 guru pengiring dan 9 atlit. (sebagaimaan dilampirkan)

6.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


Makan dan Minum
1 Peserta ( 9 orang X RM 16.00 X 5 Hari) RM 720.00
Pegawai (4 orang X RM 24.00 X 5 Hari) RM 480.00
2 Pendaftaran RM 190.00
3 Pakaian Atlit ( 9 orang X RM 65.00 ) RM 585.00
4 Penginapan -Triple AiRich Maktok Homestay, Kg Malaysia Tambahan RM 920.00
( RM 230 X 4 Hari )
JUMLAH RM 2895.00

7.0 PENUTUP

3
Semoga penyertaan dalam kejohanan ini mencapai objektif yang ditetapkan
seterusnya dapat mencungkil dan melahirkan atlit yang mampu bersaing di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

........................................ ........................................
Cik Norizan bt Othman Pn. Hajah Zurita bt
Jusoh
(Pengurus Pasukan BJ Selections) (PK Ko SK Bukit
Jarum)

REFLEKSI / GAMBAR KEJOHANAN

You might also like