You are on page 1of 3

PERTANDINGAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KLANG

(MSSD) PASCA COVID 19 2021


SUKAN OLAHRAGA (MODIFIED EVENT)

TARIKH PELAKSANAAN - 23/8/2021-10/9/2021

ANJURAN : UPBM, PPD KLANG

DISEDIAKAN OLEH :

PTPS OLAHRAGA MSSD

PERTANDINGAN SUKAN OLAHRAGA (MODIFIED EVENT)


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KLANG (MSSD)
PASCA COVID 19, 2021
1.0 PENDAHULUAN
Pendamik COVID19 yang mengancam kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia telah menukar
corak pelaksanaan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah ,daerah,negeri dan negara.
2.0 KONSEP
Bertujuan untuk memastikan murid sekolah rendah dan sekolah menengah tidak ketinggalan dalam
mendapat markah yang menepati sasaran minimum PAJSK 2021, MSSD mencadangkan supaya
aktiviti sedia ada diubah-suai kepada aktivit-aktivit yang menepati Standard Operating Prosedur
Perintah Kawalan Pergerakan [ SOP PKP ]

3.0 OBJEKTIF
4.1 1. Memberi peluang kepada murid mewakili sekolah, daerah, negeri dan peringkat
kebangsaan.
4.2 2. Mewujudkan satu pertandingan supaya atlit olahraga dapat bertanding

4.0 PELAKSANAAN
4.1 Tarikh : 23/8/2021-10/9/2021
4.2 Tempat : Kediaman masing-masing

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Sekolah Rendah: Bawah 12 Tahun Lelaki dan Perempuan
5.2 Sekolah Menengah: Bawah 15 dan 18 Tahun Lelaki dan Perempuan

6.0 STRUKTUR KEJOHANAN

6.1 PERATURAN PERTANDINGAN


6.1.1 Mengikut format Peraturan Am MSSS,MSSM ,Peraturan Olahraga MSSM dan
Garis Panduan Perlaksanaan Acara (Dilampirkan)
6.1.2 Pendaftaran Peserta dan Acara
6.1.2,1 Setiap peserta boleh daftar SATU acara sahaja
6.1.2.2 Setiap acara boleh didaftarkan TIGA orang peserta sahaja.

6.2 ACARA DAN KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN


LELAKI PEREMPUAN
BIL 18 15 12 18 15 12
ACARA
TKB TKB TKB TKB TKB TKB
01 Standing Broad Jump* X X X X X X
02 Forward Throw* X X X X X X
5 kg 4 kg 2.72 kg 3 kg 3 kg 2.72kg
03 Sargent Jump* X X X X X X
04 Standing Triple Jump* X X - X X -
05 Merejam Lembing* X X - X X -
700 g 600g 500g 500g
* Rujuk garis panduan perlaksanaan acara

6.3 STRATEGI PELAKSANAAN PERTANDINGAN


6.3.1 Strategi Perlaksanaan Pertandingan
6.3.1.1 Hanya dapat dilaksanakan jika boleh bersemuka. Jika tidak dilaksanakan
di kediaman masing-masing
6.3.1.2 Pertandingan dijalankan di sekolah atlit masing-masing
6.3.1.3 Dihasilkan secara rakaman video bagi setiap cubaan termasuk proses
ukuran
6.3.1.4 Rakaman video dilakukan bagi setiap lontaran/lompatan secara
berasingan dan hantar video cubaan yang terbaik sahaja.
6.3.1.5 Video lompatan/ lontaran mesti merakam keseluruhan lakuan
pergerakan lontaran atau lompatan termasuk mendarat (landing)
6.3.1.6 Pegawai 1: Menanda kawasan mendarat ditunjukkan dalam video
6.3.1.7 Pegawai 2: Mencatat ukuran di board dan video menunjukkan dengan
jelas(closeup) ukuran diambil
6.3.1.8 Catatan Rasmi perlu dirakam (video) untuk semakan
6.3.1.9 Salinan keputusan yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar perlu
dihantar kepada pengelola
6.3.1.10 Panel akan mengesahkan pemenang tempat Pertama / Kedua/ Ketiga
6.3.1.11 SOP Pertandingan mengikut SOP KPM/KKM/KBS

6.4 JADUAL PELAKSANAAN PERTANDINGAN (TBC)


6.4.1 23/8/2021-10/9/2021.Tarikh Akhir Hantaran Video akan pada 10/9/2021

6.5 HADIAH
6.5.1 Sijil Pemenang tempat pertama hingga ke lima bagi setiap acara dan Sijil
Penyertaan bagi yang menyertai.
6.5.2 Pingat Emas, Perak dan Gangsa (Tempat ke 3 hingga ke 5) bagi setiap acara

6.6 PANEL JAWATANKUASA TEKNIKAL/KEPUTUSAN


6.6.1 Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM)/Daerah Pengelola
6.6.1.1 Menyelaras berkaitan keputusan pertandingan

7.0 PENUTUP
Pertandingan yang diubahsuai ini hanya dapat dilaksanakan jika dapat bersemuka kerana ia
melibatkan alatan dan peraturan teknikal yang berbeza bagi setiap acara.Perlaksanaan pertandingan
ini memerlukan kawalan keselamatan yang tinggi dan diawasi oleh pegawai/guru-guru yang
bertauliah.Oleh itu jika tidak dapat bersemuka cadangan yang diberi tidak dapat dilaksanakan.Sama-
samalah kita berdoa agar Covid 19 dapat kita atasi dan kehidupan rakyat Malaysia kembali normal.
.
Disediakan oleh
PTPS OLAHRAGA MSSD KLANG

You might also like