You are on page 1of 3

SMK RAJA TUN UDA, JALAN TENGAH, BAYAN LEPAS, PULAU

PINANG.

KERTAS KERJA

Program Modul Galus


MATEMATIK SPM

ANJURAN :
PANITIA MATEMATIK
TAHUN 2018
1.0 Pendahuluan

Dalam menuju kecemerlangan, pelajar-pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya sama


ada dari segi akhlak, akademik, ko-kurikulum dan sebagainya. Kejayaan pelajar-pelajar
dalam bidang akademik diukur daripada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam
khususnya SPM 2018. Bagi mencapai matlamat tersebut, bimbingan ke arah
peperiksaan perlu diberi perhatian serius untuk semua pelajar yang cemerlang
sederhana dan lemah.

Untuk meningkatkan peratusan lulus dalam subjek Matematik, maka pelajar yang ada
harapan untuk lulus kami cuba dekati. Menyedari hakikat inilah maka pihak Panitia
Matematik telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program galus bagi membantu
pelajar-pelajar lemah ini menghadapi peperiksaan SPM 2018.

2.0 Rasional

Meningkatkan keupayaan murid dalam menjawab yang berkesan dan efektif untuk
lulus.

3.0 Objektif

Program ini pelajar dapat : Fokus kepada soalan-soalan yang mudah untuk di jawab dan
soalan-soalan yang lazim seperti graf yang mana pelajar boleh lulus.

4.0 Sasaran

Pelajar Tingkatan 5 yang mendapat markah 15 – 30 dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2017.

5.0 Maklumat Pelaksanaan

Tarikh : September 2018

Hari : Hari Persekolahan

Masa : Waktu Anjal.

Tempat : Kelas yang terpilih.


7.0 Jawatan kuasa Kerja

AHLI JAWATAN KUASA TUGASAN

1. En. Noorizal bin Mohamed - menyediakan modul galus


2. Pn.Noor Intan Zuraidah bt. Zuraidah - menyediakan dan memperbanyakkan
3. Cik Siti Noor Maria Binti Sheikh modul
Abd. Latiff - membimbing pelajar dalam
4. Pn Junaida Beevi menjawab soalan modul ini.
5. Pn Rohani Binti Abdul Razak
6. En Mahadi

8.0 Anggaran Perbelanjaan.

Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1. Modul Galus 104 x RM 3.00 RM 312.00

9.0 Penutup

Ketepatan dalam menjawab soalan yang berfokus ini akan dapat membantu para pelajar
lulus dalam subjek Matematik SPM 2018.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh

NOORIZAL BIN MOHAMED


Ketua Panitia Matematik
SMK Raja Tun Uda,
Bayan Lepas, Pulau Pinang

You might also like