You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN HUSSEIN ONN

JALAN DUA ,KAMPUNG PANDAN,


55100 KUALA LUMPUR
Tel /Faks: 03-92842316 Emel :wba0005@moe.edu.my

No. Ruj : SKTHO/media(1)24


Tarikh : 9 Januari 2024

Kepada,
Jawatankuasa PIBG SKTHO

Melalui,
Guru Besar,
SK Tun Hussein Onn,
Jalan 2, Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PENGHAWA DINGIN BILIK MEDIA SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah berhasrat untuk menaik taraf
Bilik Media supaya bilik tersebut dapat digunakan oleh warga SKTHO dalam keadaan yang selesa.

2. Sehubungan itu, dengan rasa rendah diri kami ingin memohon sumbangan untuk memasang
penghawa dingin sebanyak dua unit di bilik tersebut.

3. Butiran kos adalah seperti berikut:

BIL. PERKARA HARGA SEUNIT UNIT JUMLAH


1 Penghawa dingin 1.5 hp RM 1,500 2 RM 3,000
JUMLAH KESELURUHAN RM 3,000

4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………….
(AMIRAH ATHIRAH BINTI MOHD ALIAS)
Penyelaras Bilik Media,
SK Tun Hussein Onn.

You might also like