You are on page 1of 1

v Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap Penuturnya

Dalam abad ke-21, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam
penggunaan bahasa ibunda. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau
perasaan malu menebal dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa
ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Oleh yang demikian, bagi
bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang
oleh penuturnya. Jadi , abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan terhadap
sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan
mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan
lebih selesa bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak mahu
menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak ‘kisah’ terhadap bahasa
ibunda. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti
perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea,
mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitulah apabila ada
seminar atau pembentangan walaupun di dalam dewan ada seorang bukan
rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Justeru,
permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu
ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 agar bahasa Melayu tidak
dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku
Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan, bahawa
bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang
oleh penuturnya. Yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat kepentingan dan
kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Jadi, yang tidak
dapat dinafikan ialah hakikat kepentingannya dan kesesuaian bahasa Inggeris
sebagai bahasa antarabangsa.

Abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi
persaingan dengan bahasa Inggeris tetapi tidaklah keadaan ini menjadi satu
cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu. Oleh yang
demikian sikap rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan dan kemampuan
bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu
kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan
sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak
menggunakan bahasa Inggeris. Ironisnya, langkah ini tidak akan timbul keadaan
bahasa Melayu tergugat oleh bahasa Inggeris.

You might also like