You are on page 1of 2

Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu

Belakangan ini, pada abad ke-21 beberapa gejala yang amat membimbangkan
berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik
telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah,
bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang
paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi
satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa
Melayu. Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan
segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau
berkumandang lagi.

Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis


atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program,
sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam
mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara pada peringkat
awal menggunakan bahasa Melayu. Namun, perkara yang sebaliknya telah
berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir, pengacara
mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya
majoritinya berbangsa Melayu.

Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa
iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara
dalam pertuturan mereka. Mengikut Nik Safiah Karim, [2004], ada kalanya dua
bahasa ini berselang-seli ,iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat
dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah “ Saya mengambil keputusan untuk
pergi, then I thought I should consult my father.” Begitulah dengan penggunaan
perkataan yang lain iaitu “ Dalam hal ini you paling best.” “How are you
today..harap OKlah.”Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana
rancangan atau program televisyen pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan
ini tidak dibendung, sudah tentu memberi impak atau cabaran yang besar
kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka cukup


membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan
kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon
bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan, mereka menggunakan
bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof Dr. Hashim Hj.
Musa, kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut
peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah
dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi
pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini ,
terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar
sms.
Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum (assalamualaikum),
w’lam (wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal
(mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti
sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah
diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana).
Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh
merosakkan keteraturan,kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana
menjejas sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan
ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi,
yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi sedikit
oleh pengguna bahasanya.

You might also like