You are on page 1of 7

Bahagian Akaun JPM_20.01.

2022

TINDAKAN PINDAHAN ASET DARI PTJ DIPERTANGGUNG KEPADA PTJ


MEMBAYAR BAGI PEROLEHAN ASET TAHUN LALU SAHAJA

(PTJ Membayar perlu memproses sendiri pindahan aset dan hanya perlu
memaklumkan PTJ Tanggung)

1. Menyemak dan mengesahkan aset yang dilaporkan dalam Laporan Baki Aset
(LBA) PTJ Dipertanggung adalah milik PTJ Membayar

1.1 PTJ Membayar perlu menyemak senarai aset yang dilaporkan dalam
LBA PTJ Dipertanggung yang dilampirkan adalah milik PTJ Membayar
dan fizikal aset tersebut berada di bawah kawalan PTJ Membayar.

2. Memastikan semua pegawai yang terlibat mempunyai capaian dan had kuasa
di portal iGFMAS

2.1 Sebelum tindakan pindahan aset dilakukan, PTJ Membayar perlu


memastikan semua pegawai yang terlibat mempunyai capaian dan had
kuasa di portal iGFMAS bagi Modul Perakaunan Aset (Penyedia,
Peraku 1, Peraku 2 dan Akuan Terima).

2.2 Sekiranya tiada capaian, permohonan capaian perlu dipohon /


dikemaskini melalui Solman.

3. Mewujudkan ID Aset Baru di Modul Data Induk Aset

3.1 Capaian bagi mewujudkan ID Aset Baru (Data Induk Aset) perlu
dimohon terlebih dahulu melalui SOLMAN. Capaian hanya diberikan
selama tiga (3) hari sahaja termasuk Sabtu dan Ahad.

3.2 PTJ Membayar dikehendaki memastikan pengwujudan ID Aset Baru


bagi ID Aset sedia ada disempurnakan dalam tempoh tiga (3) hari
capaian diberikan. Sekiranya pengwujudan ID Aset Baru tidak dapat
diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari, permohonan capaian baru perlu
dikemukakan sekali lagi melalui SOLMAN.

3.3 Jumlah ID Aset Baru yang diwujudkan perlu sama banyak dengan ID
Aset sedia ada yang hendak dipindahkan (rujuk LBA PTJ Dipertanggung
yang dilampirkan).

3.4 PTJ Membayar dikehendaki membuat ‘listing’ ID Aset Sedia Ada dan ID
Aset Baru yang diwujudkan sebelah menyebelah bagi memastikan
pindahan ID Aset Sedia Ada dipindahkan ke ID Aset Baru yang tepat.
Bahagian Akaun JPM_20.01.2022

3.5 Proses mewujudkan ID Aset Baru:

3.5.1 Klik Data Induk > Aset > Pewujudan Data Induk Aset > Aset Tetap
Yang Lain
Bahagian Akaun JPM_20.01.2022

3.5.2 Memastikan data yang diisi adalah tepat. Rujuk LBA yang
dilampirkan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Kod Akaun,
Tempoh Usia Guna, Kod Item

• Kod Akaun = sama di LBA


• Kumpulan PTJ Dipertanggung hendaklah sama dengan
Kumpulan PTJ Membayar
• Vot / Dana = rujuk surat BPOPA ruj.: JANM/BPOPA.600-
1/4/1(13) bertarikh 09 November 2020

- Pegawai Pengawal Sama & Tahun Kewangan Berbeza


guna G000/P00/S00
- Pegawai Pegawal Berbeza & Tahun Kewangan Sama
guna G000/P00/S00
Bahagian Akaun JPM_20.01.2022

• Tempoh Usia Guna = baki Usia Guna pada 01.01.202X


(tahun baucar pindahan aset disediakan di portal
iGFMAS).

Sila rujuk contoh di bawah untuk tujuan pengiraan baki


Usia Guna

Contoh:

SPRM Melaka (sebagai PTJ Membayar) telah membuat


perolehan perabot pada 11/12/2018 dan perabot tersebut
mempunyai tempoh usia guna selama 10 tahun.

- Tarikh dipermodalkan = 11/12/2018


- Usia Guna (tahun/bulan) = 010/00

Kod PTJ Dipertanggung bagi perolehan perabot adalah


SPRM HQ. Oleh itu, pindahan aset perlu dibuat daripada
SPRM HQ kepada SPRM Melaka dan tarikh paling awal
pindahan aset boleh dilakukan adalah pada 01/01/2022.

- Tarikh pindahan = 01/01/2022


- Baki Usia Guna (tahun/bulan) pada 01/01/2022 =
006/11 seperti pengiraan di bawah:

11/12/2018 - 31/12/2018 1 bulan


01/01/2019 - 31/12/2019 1 tahun
01/01/2020 - 31/12/2020 1 tahun
01/01/2020 - 31/12/2021 1 tahun

tempoh susut nilai telah dicaj 3 tahun 1 bulan

Usia Guna Aset 10 tahun


tolak: tempoh susut nilai telah dicaj 3 tahun 1 bulan
Baki Usia Guna pada 01/01/2022 6 tahun 11 bulan

• Kod Item = sama di LBA


Bahagian Akaun JPM_20.01.2022

• Pastikan ID Lama Aset di Maklumat Tambahan dikunci


masuk dengan No. Pendaftaran Aset SPPA (wajib).

4. Pindahan Aset

4.1 Setelah ID Aset Baru diwujudkan, penyediaan Baucar Pindahan Aset


akan dilakukan oleh PTJ Membayar.

4.2 Di bawah Modul Perakaunan Aset > Pindahan Aset > Daftar
Pindahan Aset
Bahagian Akaun JPM_20.01.2022

• Jenis Pindahan:

- Pindahan Aset Pegawai Pegawal Sama (jika Pegawai


Pengawal PTJ Dipertanggung sama dengan Pegawai
Pengawal PTJ Membayar)

- Pindahan Aset Pegawai Pengawal Berbeza (jika


Pegawai Pengawal PTJ Dipertanggung berbeza dengan
Pegawai Pengawal PTJ Membayar)

• Perihal : “Pindahan Aset Oleh PTJ Membayar bagi pihak PTJ


Dipertanggung (Perenggan 5.3.2 MPK AA)”

• Tarikh Pindahan = 01/01/202X (jika pindahan dibuat pada tahun


2022, maka tarikh pindahan adalah 01/01/2022)

• No. Aset & Subnombor = ID Aset Sedia Ada yang hendak


dipindahkan. Klik “Enter”. Maklumat Data Induk Aset sedia ada
akan dipaparkan. Pastikan PTJ Membayar mengunci masuk ID
Aset sedia ada yang betul.

• Klik Pindahan Penuh

• Pindahan kepada No. Aset & Subnombor = Masukkan ID Aset


Baru yang diwujudkan. Klik “Enter”. Maklumat Data Induk Aset
Baru akan dipaparkan. Pastikan aset dipindahkan ke ID Aset Baru
yang tepat. Kod PTJ Dipertanggung perlu sama dengan Kod PTJ
Membayar.
Bahagian Akaun JPM_20.01.2022

• Tekan Semak Data >> Simpan >> Hantar

• Maklumkan kepada Peraku 1 untuk tujuan perakuan >> Baucar


akan disemak oleh Pejabat Perakaunan (AO) >> Peraku 2 (jika
tiada kuiri) >> Akuan Terima.

• PTJ Membayar dikehendaki memastikan proses pindahan aset


ini selesai sehingga peringkat Akuan Terima. Sekiranya Akuan
Terima tidak dibuat, baucar pindahan aset tersebut masih berstatus
40 dan belum di ‘post’.

• Cetak / Simpan dokumen dan kemukakan Salinan baucar berstatus


80 kepada Pejabat Perakaunan untuk tujuan pemantauan.

You might also like