You are on page 1of 22

PENGENALAN KEPADA

AKAUN DEPOSIT
Unit Akaun Deposit, Rahsia, Bank dan AKB
Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

1
KANDUNGAN

1. Pengenalan
i. Takrifan Deposit
ii. Jenis-jenis Deposit
2. Pengwujudan & Penutupan Akaun Deposit
3. Peranan & Tanggungjawab Pegawai Pengawal – Terimaan & Bayaran
4. Pengendalian Akaun Deposit
5. Sijil Pengesahan Baki & Penyata Penyesuaian
6. Kesimpulan

2
PENGENALAN - TAKRIFAN DEPOSIT

 Merupakan jaminan/cagaran yang dipegang oleh kerajaan untuk tujuan


melindungi kerajaan / orang awam dan juga untuk memastikan pembekal
/individu melaksanakan tanggungjawab sehingga selesai.
Contoh : Wang Jaminan Pelaksanaan – melindungi kerajaan supaya
kontraktor melaksanakan tugas sehingga siap.
 Diterima dengan maksud tertentu mengikut undang-undang / perjanjian
 Perlu dibayar balik apabila maksud telah dicapai.
Contoh : Deposit Cagaran Sewa Bangunan

3
PENGENALAN – PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara 97, Perlembagaan Persekutuan


- Segala hasil atau wang yang bagaimanapun didapatkan atau diterima
dengan apa cara pun mestilah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan bagi Persekutuan atau Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri.

Perkara 104(3), Perlembagaan Persekutuan


- Tiada apa-apa wang boleh dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan
kecuali mengikut cara yang diperuntukkan undang-undang

4
PENGENALAN - KUMPULANWANG DISATUKAN
(KWDS)

5
PENGENALAN - JENIS AKAUN DEPOSIT

▪ Terbahagi kepada dua (2) jenis deposit :


Deposit Pelarasan
Deposit Am
Deposit yang diterima bagi
Deposit yang diterima bagi
tempoh tertentu (sementara)
maksud yang khusus dan
sebelum pelarasan ke
jelas
sesuatu kod dibuat.

One to many
One to one One to many
1) Pembatalan Bayaran EFT
1) Deposit Bayaran Cagaran 1) Deposit Cagaran Sewa
875538
Hospital (Warganegara Bangunan 879505
2) Akaun Terimaan Tidak
Malaysia) 876303 2) Deposit Cagaran Kantin
Diperuntukkan (ATTD)
2) Deposit Pampasan 877716 879504
875501 – SPP 18/2001

6
PENGWUJUDAN AKAUN DEPOSIT

▪ Kemukakan surat permohonan kepada Seksyen Perakaunan Amanah, JANM


untuk kelulusan serta mendapatkan kod Akaun Deposit. Surat permohonan
hendaklah menyatakan dengan jelas perkara-perkara berikut;
1. Tujuan Akaun Deposit
2. Punca Kuasa Menerima dan Menyimpan Deposit
3. Penggunaan Deposit
4. Tempoh Penggunaan Akaun Deposit (jika ada)
5. Pegawai yang bertanggungjawab ke atas pengendalian Akaun Deposit

 JANM (BPOPA) akan mewujudkan satu kod deposit dan Kementerian/Jabatan


boleh terus menggunakan Akaun Deposit yang telah diwujudkan.
7
PENUTUPAN AKAUN DEPOSIT

 Sebelum penutupan sesuatu akaun deposit, pastikan:


 Telah mencapai maksudnya;
 Tiada lagi terimaan (deposit) bagi tujuan yang sama;
 Berbaki sifar diperingkat PTJ/semua PTJ;
 Menyediakan Penyata Terimaan dan Bayaran (PTB) berbaki sifar (Khas untuk
Akaun Terimaan Tidak Diperuntukan – ATTD) - SPP 18/2001

 Mengemukakan surat dan pengesahan baki akaun deposit telah berbaki sifar
kepada JANM.
 Bagi ATTD, PTB perlu dikemukakan kepada JANM dan Perbendaharaan.
8
PERANAN & TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
PENGAWAL

 Terimaan (AP60-AP91) termasuk;


 tanggungjawab pemungut
 kuasa memungut
 urusan pengeluaran resit
 merekod pungutan
 simpan selamat daftar/buku resit
 Bayaran (AP92-AP94)
 bertanggungjawab sepenuhnya ke atas betulnya semua perbelanjaan
yang dilakukan berkenaan akaun deposit itu.

9
PENGENDALIAN AKAUN DEPOSIT

Penyelenggaraan Buku Rekod (AP95)


▪ Memastikan tugas – tugas penyelenggaraan buku daftar/vot amanah diurus
dengan cekap dan dan berkesan termasuklah PTJ dibawahnya.

Pengesahan dan Penyesuaian Akaun (AP143)


▪ Pastikan semua PTJ kemukakan Sijil Pengesahan Baki dan Penyata
Penyesuaian bulanan untuk tujuan penyatuan diperingkat pusat.
▪ Mengesahkan baki Akaun Deposit (Lejar) dengan laporan bulanan Jabatan
Akauntan Negara Malaysia.

10
PENGENDALIAN AKAUN DEPOSIT

AP156 - Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab atas penyelenggaraan


betul akaun deposit dibawah jagaannya.
▪ Akaun Deposit hendaklah dibuka mengikut jenis deposit yang diterima.
<Lejar>
▪ Jika sekiranya banyak bilangan deposit yang sama jenisnya diterima rekod
kecil hendaklah disenggara bagi tiap-tiap deposit. <Lejar Subsidiari>

11
PENGENDALIAN AKAUN DEPOSIT

AP157 (a) – Apabila sesuatu deposit diterima Resit Rasmi hendaklah diberi
kepada pendeposit. Pendeposit hendaklah dinasihatkan supaya menyimpan resit
rasmi itu kerana ia dikehendaki menyerahkannya apabila deposit diambil balik.

AP157 (b) – Bagi terimaan deposit yang dibuat secara potongan daripada Baucar
Bayaran, resit rasmi tidak perlu dikeluarkan kepada pendeposit.

▪ Bagaimana jika resit hilang ?

12
PENGENDALIAN AKAUN DEPOSIT

AP158 – Tanggungjawab Pegawai Pengawal Atas Pemulangan Deposit


a) Apabila seseorang hendak mengambil balik sesuatu deposit/sebahagian
sesuatu deposit Pegawai Pengawal mestilah berpuas hati bahawa :
i. Orang itu berhak menerima wang itu; dan
ii. Amaun itu sebenarnya ada dalam deposit setelah merujuk kepada lejar
deposit.

13
PENGENDALIAN AKAUN DEPOSIT

AP158 – Tanggungjawab Pegawai Pengawal Atas Pemulangan Deposit


b) Baucar bagi bayaran balik deposit hendaklah menyebut nombor dan tarikh
resit tiap-tiap deposit itu diterima. Resit Rasmi asal hendaklah dikembarkan
jika ada. Jika resit asal hilang, Pegawai Pengawal di atas budi bicaranya, jika
difikirkan perlu, boleh mengkehendaki agar surat akuan sumpah dibuat dan
dikemukakan. Nombor resit dan tarikh pengeluaran dan pejabat yang
mengeluarkannya hendaklah dinyatakan dalam ringkasan bayaran bulanan.
AP Pindaan Bil 2Tahun 2012

14
PENGENDALIAN AKAUN DEPOSIT

AP158 – Tanggungjawab Pegawai Pengawal Atas Pemulangan Deposit


c) Deposit tidak boleh dipulangkan balik di sesuatu pejabat lain dari pejabat
deposit itu diterima melainkan :
 Kebenaran daripada pejabat yang menerima diperolehi
 Pemberitahuan mengenai pembayaran dan pelarasan pembayaran
dihantar ke pejabat yang menerima deposit itu.
 Pegawai yang memperakui sesuatu perintah pindah atau baucar jurnal
berkenaan dengan wang itu adalah tanggungjawab sedemikian juga.

15
PENGENDALIAN AKAUN DEPOSIT

AP159 – Baki Deposit Tahunan


 Baki rekod kecil hendaklah dijumlahkan dan disamakan dengan akaun utama
setiap bulan.
 Senarai baki pendeposit hendaklah disediakan pada setiap suku tahun dan
dihantar pada bulan berikutnya.
 Senarai bagi tahun berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun hendaklah dihantar
pada / sebelum 31 Mac tahun berikutnya kepada Akauntan Negara, Akauntan
Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) dan Ketua Audit Negara.

AP161(b) – Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab membayar wang bagi


apa-apa pelarasan yang mungkin diperlukan kerana kesilapan butir-butir atau
kerana salah bayar.
16
PENGENDALIAN AKAUN DEPOSIT

AP162 – DepositYang Tidak Dituntut Hendaklah Diwartakan


▪ Jika tiada sebab-sebab khas pada sebaliknya, deposit yang tidak dituntut
selepas tempoh 12 bulan dari tarikh deposit boleh dikembalikan hendaklah
diberitahu dalam Warta Kerajaan.
▪ Jika deposit itu masih tidak dituntut dalam masa tiga (3) bulan selepas
pemberitahuan itu maka ia hendaklah dikredit kepada hasil.
LAMPIRAN W (Rujuk dalam Arahan Perbendaharaan).
Catatan : Debit Akaun Deposit xxx
Kredit Hasil - Wang Tidak Dituntut (81302) xxx

17
PENGENDALIAN AKAUN DEPOSIT

AP163 – Tanggungjawab Pegawai Perakaunan


▪ Jika Akauntan Negara, Akauntan Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS), Akauntan
Negeri/ Bendahari Negeri berpendapat bahawa Pegawai Pengawal tidak
menjalankan kewajipannya dengan secukupnya ia hendaklah melaporkan
perkara itu kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

18
PENGENDALIAN AKAUN DEPOSIT

Jika terdapat tuntutan balik Wang Deposit yang telah dilaraskan ke Akaun Hasil, ianya
hendaklah dicajkan kepada vot bayaran balik hasil (B11) dengan menyediakan baucar
bayaran dan kepilkan salinan jurnal beserta salinan warta kerajaan/C330/P.Pemungut.
AP87 – Pulangan Balik Hasil
a) Hasil boleh dipulangkan balik oleh Pemungut tanpa kebenaran selanjutnya jika :
i. Hasil itu telah dipungut dengan sepatutnya dan dibenarkan dalam undang-undang.
ii. Hasil itu telah terlebih pungut/tersalah pungut tidak melebihi RM1,000.00.
b) Sehingga ke amaun RM25,000 - kebenaran Pegawai Pengawal.
Melebihi RM25,000 - kebenaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai
Kewangan Negeri.
19
SIJIL PENGESAHAN BAKI & PENYATA
PENYESUAIAN

Pengesahan Baki & Penyesuaian Akaun Deposit


▪ Setiap bulan, Kementerian/Jabatan PERLU sediakan Sijil Pengesahan Baki
(SPB).
▪ Jika baki Deposit di Lejar BERBEZA dengan Laporan Terperinci Amanah,
Kementerian/Jabatan perlu sediakan Penyata Penyesuaian.
▪ Baki Lejar perlu disokong dengan Senarai Baki Pendeposit (SBP).

20
CARTA ALIRAN PENYEDIAAN SIJIL PENGESAHAN BAKI

Terima Laporan Bulanan Amanah


( C350) setiap bulan

Ada beza
Semak dengan Buku Akaun Amanah/ Deposit

Nyatakan
dalam Sijil
Tiada beza
Pengesahan
Baki ada
perbezaan
Nyatakan dalam Sijil Pengesahan Baki
Peringkat
tiada perbezaan
PTJ
Sediakan
Penyata
Penyesuaian

Tandatangan Sijil Pengesahan Baki

Kemukakan kepada Pejabat Perakaunan /


Ibu Pejabat Jabatan

Sediakan Sijil Pengesahan Baki Peringkat Pusat berdasarkan


Peringkat Laporan A441
Ibu Pejabat

Kemukakan kepada Pejabat Perakaunan dan BPOPA

21
KESIMPULAN

▪ Terima Wang Deposit


▪ Keluarkan Resit Kew. 38
▪ Daftar Deposit / Lejer Deposit
▪ Sediakan Penyata Pemungut / Baucar Bayaran
▪ Hantar Wang & Penyata Pemungut Ke Bank JANM
▪ Terima Flimsi Dari JANM
▪ Semak Flimsi
▪ Buat Sijil Pengesahan Baki / Penyata Penyesuaian / Senarai Baki Pendeposit
▪ Hantar Penyesuaian / Pendeposit Ke Ibu Pejabat dan Pejabat Perakaunan serta
BPOPA.
22

You might also like