You are on page 1of 54

oleh :

Zamani bin Azali


Akauntan (Naziran & Pemantauan)
Bahagian Akaun, Kementerian Kerja Raya

1
Kandungan
Pengenalan – Perundangan & Am
Kuasa & Tanggungjawab
Peraturan & Penguatkuasaan
Kawalan Perbelanjaan
Prosedur Perbelanjaan
Jenis-jenis Bayaran
Kaedah / Cara Pembayaran
Prosedur / Tatacara Bayaran
Peraturan Am Pembayaran
2
PERUNDANGAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN –
PERKARA 74 DAN PERKARA 96 - 112

Perkara 97 : Semua hasil dan wang yang diterima oleh


Kerajaan hendaklah dimasukkan dalam
Kumpulanwang Disatukan:
- Persekutuan – Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan
- Negeri – Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri
 semua pemberian, tanggungan dan perbelanjaan
hendaklah dipertanggungkan kepada
Kumpulanwang ini.
 perbelanjaan selain dari perbelanjaan tertanggung
hendaklah dibentangkan di Parlimen untuk
kelulusan dalam Rang Undang-undang
Perbekalan/Rang Undang-undang perbekalan
tambahan.
PERUNDANGAN

AKTA PROSEDUR KEWANGAN 1957 ( DISEMAK 1972 )

Akta ini bersama-sama Akta Audit 1957 menyediakan


peruntukan perundangan bagi prosedur kewangan,
perakaunan harian dan pengauditan.

Seksyen 6(1)

- mempertanggungjawabkan Menteri
Kewangan secara keseluruhan ke atas
pengurusan Kewangan Persekutuan
PERUNDANGAN

SIAPAKAH PEGAWAI PERAKAUNAN?


Sek. 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 & AP 9:
“Seseorang Pegawai Yang Ada Urusan Berkenaan
Dengan Wang Awam Atau Aset Awam”
Bertanggung jawab:
(a) pungut, terima atau akaun wang awam; atau
(b) belanja / bayar apa-apa wang awam.
“…dipakai bagi Ketua Jabatan atau bagi pegawai
bawahannya yang paling rendah, apabila mereka
menguruskan wang awam”
5
PERUNDANGAN

SIAPAKAH PEGAWAI PENGAWAL?


Akta Tatacara Kewangan 1957 & AP 10:
“…pegawai yang dilantik oleh Menteri Kewangan
atau Menteri Besar atau Ketua Menteri di bawah
Seksyen 15A Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]
bagi setiap tujuan perbelanjaan yang diperuntukan
bagi mana-mana tahun kewangan dalam anggaran,
bagi mengawal, tertakluk kepada sebarang arahan
yang ditujukan oleh pihak penguatkuasa kewangan,
perbelanjaan yang dikuatkuasakan dibawah tujuan
itu, dan termasuk semua tanggungjawab Pegawai
Perakaunan”
6
PERUNDANGAN
ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP)

AP memberi penjelasan/panduan mengenai


tatacara/prosedur kewangan. Ia diperjelaskan lagi melalui
Pekeliling/Surat Perbendaharaan:
AP yang dirujuk adalah ;
AP 10 – mempertanggungjawabkan Pegawai Pengawal
mengawal peruntukan dan segala wang awam yang
dipungut, diterima, disingkir atau dilupus.

AP 11 – kuasa Pegawai Pengawal ini boleh diturunkan


kepada pegawai bahawan secara bertulis.

AP 12 – Pegawai Pengawal masih bertanggungjawab dan


boleh dipanggil ke hadapan JK Akaun Awam (PAC)
untuk memberi penjelasan teguran.

AP 13 – Pegawai Pengawal dipertanggungjawabkan ke atas


pelaksanaan/pentadbiran dan program/projek.
Pengenalan - Am
Dalam sistem perbelanjaan dan bayaran
Kem./Jab. Persekutuan dibahagi kepada 2
 Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) dan
 Jabatan Tidak Mengakaun Sendiri
(JTMS)

JANM adalah pejabat pembayar bagi JTMS.

8
Pegawai Pengawal
Bertanggungjawab mengawal terhadap
Terimaan
Perbelanjaan
Peruntukan
Barang-barang awam
Melapor

9
Peranan & Tanggungjawab
Pegawai Pengawal
Bertanggungjawab melaksanakan kewajipan
kewangan pejabat masing-masing dengan
sempurna – AP53
Dikehendaki Mengawal Perbelanjaan - AP54
Pengawasan Atas Perbelanjaan - AP57

10
Peranan & Tanggungjawab
Pegawai Pengawal
AP 92 (a)
Bertanggungjawab atas betulnya semua perbelanjaan
AP 92 (b)
Bertanggungjawab atas semua perbelanjaan tanpa
kuasa sepatutnya
AP 102 (a)
Pegawai yang mengesahkan baucer bayaran adalah
bertanggungjawab diatas kebetulan dan
ketepatannya
AP 102 (b)
Jika berlaku kehilangan akibat sesuatu perakuan yang
tidak betul pada sesuatu baucer pegawai yang 11
memperakui akan dipertanggungjawabkan
Peranan & Tanggungjawab
Pegawai Pengawal
AP 103 (a)
Mempastikan bil dan tuntutan dibayar dengan segera
dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima
AP 166 (b)
Bertanggungjawab sendiri membayar balik jika berlaku
kerugian ke atas perbelanjaan di bawah kawalannya
AP 59
Pembayaran sesuatu bil yang dikemukakan dengan
sempurna oleh seseorang bagi satu orang atau
perkhidmatan yang dibekalkan dengan suci hati kepada
kerajaan tidak boleh ditahan oleh sebab apa-apa keraguan
12
Peranan & Tanggungjawab
Pegawai Pengawal
TANGGUNG JAWAB PEGAWAI PENGAWAL DALAM
PERSEKITARAN ELEKTRONIK:
(1) Memberi Peranan kepada pegawai yang melaksanakan
tugas kewangan – secara bertulis – AP 11
(2) Menjaga keselamatan Kad Pintar dan No Pin
(3) Menentukan Had Kuasa Berbelanja (Kew.290) kepada
pegawai dengan sewajarnya – AP 11 & AP 101
(4) Mempastikan semua perbelanjaan dikawal dengan
sempurna
(5) Melakukan pusingan tugas jika ianya perlu
(6) Membuat semakan dengan dokumen asal sebelum
membuat pengesahan/perakuan

13
Peranan & Tanggungjawab
Pegawai Pengawal

TANGGUNG JAWAB PEGAWAI PENGAWAL DALAM


PERSEKITARAN ELEKTRONIK (samb.):
(7) Tidak meletakkan semua tanggungjawab kepada seorang
atau pegawai yang sama dalam melakukan semua urusan
kewangan elektronik
(8) Melaksanakan peraturan-peraturan pelaksanaan sistem
yang telah ditetapkan oleh JANM
(9) Memaklumkan kepada pihak-pihak tertentu jika terdapat
sebarang keraguan
(10) Mendapatkan khidmat nasihat dari JANM jika terdapat
kemusykilan atau pertanyaan dalam peraturan-peraturan
kewangan dan akaun
14
Kuasa & Tanggungjawab

AP 11(a)
“Kewajipan kewangan dan perakaunan bagi
pegawai-pegawai bawahan yang bekerja di
bawah seseorang Pegawai Pengawal mestilah
dinyatakan dengan jelas olehnya, dan
khususnya setakat mana mereka itu
dibenarkan menjalankan bagi pihaknya,
tugas-tugas yang menjadi tanggung
jawabnya mestilah dinyatakan dengan
bertulis”.
15
Kuasa & Tanggungjawab

AP 101
“Seseorang Pegawai Pengawal atau Pemegang Waran
Peruntukan boleh memberi kuasa secara bertulis bagi
memperakui baucar dan, dalam hal yang demikian, ia
hendaklah menghantar kepada Pegawai Pembayar
yang bertanggung jawab di Perbandaharaan nama
pegawai yang diberi kuasa berserta dengan contoh
tandatangannya di dalam persekitaran manual dan
elektronik. Pemberian kuasa ini adalah terhad dan
tidak boleh meliputi perkara-perkara yang telah
ditetapkan oleh Pegawai Pengawal sebagai tanggung
jawab Pemegang Waran Peruntukan itu sendiri”.

16
Kuasa & Tanggungjawab
AP 102(a)
“…Pegawai Pengawal atau wakilnya yang diberi kuasa adalah
memperakui…Pegawai yang memperakui adalah
bertanggung jawab bahawa:
(1) perkhidmatan / bekalan diterima dengan sempurna;
(2) harga dikenakan - ikut kontrak / skala yg diluluskan,
atau patut dan munasabah mengikut kadar semasa;
(3) kebenaran telah didapati seperti yang dinyatakan;
(4) perhitungan dan pengiraan adalah betul;
(5) penerima adalah pihak yang berhak terima bayaran;
(6) bayaran - pertanggungan yg sepatutnya kpd Program
dan Aktiviti atau Projek atau akaun yg dinyatakan;
(7) peruntukan mencukupi & tidak dipertanggungkan
bagi Maksud lain.
17
Tanggungjawab
Pegawai Pembayar
Pegawai Pembayar adalah yang sebenarnya
membelanjakan wang awam
Pegawai Pembayar hendaklah berpuas hati
sebelum sesuatu pembayaran boleh dibuat -
AP93
Mempastikan perbelanjaan tidak melebihi
peruntukan
Telah diperakui oleh Pegawai Pengawal
Potongan dibuat bagi caruman / bayaran balik
dengan sempurna.

18
Peraturan
Semua urusan pembelian dan perolehan serta
perbelanjaan kerajaan tertakluk kepada
undang-undang , peraturan dan prosedur
seperti:
Perlembagaan Malaysia
Akta Prosedur Kewangan 1957
Arahan Perbendaharaan
Pekeliling Perbendaharaan
Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
19
Penguatkuasaan
Perbendaharaan Malaysia adalah pihak
berkuasa pusat yang mengawal dan menyelia
pengurusan pembelian dan perolehan bekalan
perkhidmatan kerajaan samaada di Malaysia
atau di luar negeri (AP 166.1)

20
KAWALAN DALAMAN BELANJA & PROSES BAYARAN
•AP 58(a), AP 59, Ap 99, AP100, AP101, AP 102 & AP 103
•PP Bil. 4 / 2002, SPANM Bil. 1 / 2008 & SPP Bil. 8 / 2009

Had kuasa berbelanja yang ditetapkan dalam sistem


selaras dengan perwakilan kuasa menandatangani
baucar yang diluluskan
Pegawai yang bertukar / berhenti / bersara / tidak
bertugas – batal / tidak aktifkan capaian dalam sistem
Pegawai yang tidak bertugas – kad pintar tidak diguna
Pengasingan tugas – Pegawai Penyedia vs Pelulus
Dokumen sokongan bagi Baucar Bayaran (BB)

12
KAWALAN DALAMAN BELANJA & PROSES BAYARAN
(Samb…)
Patuhi Peraturan Kewangan
Pembayaran adalah wajar & dibuat dengan betul
Penjenisan pembayaran – rekod dengan betul
Bayaran kepada penerima yang sah
BB / dokumen sokongan – tebuk / cop “Telah Bayar”
Simpan BB – selamat, teratur & mudah dikesan
Perolehan harta modal di bawah OS 35000 – hanya
diluluskan oleh Pegawai Pengawal
AP 58(a) – hanya untuk Belanja Mengurus sahaja
Justifikasi pembayaran di bawah AP 58(a) & AP 59
12
Kawalan Perbelanjaan

Terbahagi Kepada Tiga


Peranan & Tanggungjawab Pegawai Pengawal
Penurunan Kuasa Pegawai Pengawal
Tanggungjawab Pegawai Pembayar.

23
Prosedur Perbelanjaan
Penurunan Kuasa
Penurunan Kuasa
Pembahagian Tugas
Pemeriksaan
Penyelenggaraan Rekod Perakaunan
- Daftar Bil
- Penyelenggaraan Buku Vot
- Penyelenggaraan Panjar
Pengesahan dan Penyesuaian

24
Jenis Perbelanjaan
Terbahagi Kepada Dua Jenis
Perbelanjaan Mengurus
- Perbelanjaan Bekalan - Vot B
- Perbelanjaan Tanggungan - Vot T
Perbelanjaan Pembangunan - Vot P

Vot B & P Memerlukan Kelulusan Parlimen


Vot T Kelulusan melalui Perlembagaan

25
Jenis-jenis Bayaran
 Gaji
 Bekalan dan Perkhidmatan
 Aset
 Pemberian (Grant)
 Lain-lain Perbelanjaan

26
Cara Pembayaran
Kod-kod Perakaunan – Bergantung Kepada
Kod Profil Sesebuah Kem/Jab
Vot – B10
Kod Jabatan - 231
Kod Pusat Tanggungjawab (PTJ) - 010101
Kod Pusat Tanggungjawab dan Pusat Kos
(PTJ/PK) - 010102
Program/Aktiviti - 020301
Objek - Objek Am 10000, Objek Sebagai 11000 & Objek
Lanjut – 11101.

27
Cara Pembayaran
Butir-butir Bayaran – AP 99
 Baucar disokong butir yang lengkap
 Nama seseorang pegawai kerajaan tidak boleh
ditunjukkan sebagai penerima bayaran kecuali
bayaran gaji, pendahuluan dan pinjaman atau
tuntutan persendirian
 Perakuan pegawai jika tuntutan ganti bayaran
(Kew.50 – PWR).

28
Cara Pembayaran
Butir-butir Bayaran – AP 99
 Kontrak bekalan/kerja mengikut harga kontrak
 Perakuan kerja /bekalan disempurnakan
 Baucar satu penama kecuali ada dalam kontrak
 Surat kuasa wakil/surat tadbir pusaka
 Tandatangan setiap lembaran baucar
 Pengenalan penerima / tandatangan ada saksi.

29
* Dokumen-dokumen Bayaran
 Waran Peruntukan – Kew 308
 Pesanan Tempatan – Am 75
 Baucer Bayaran - Kew 304
 Baucer Bayaran (perihal cek berganda)-
Kew.304A
 Baucer Bayaran (draf/tt) - Kew 304B
 Baucer Jurnal - Kew 306
 Baucer Kecil - Kew 50 & Kew 50A (PWR)
 Sebutharga / Kontrak
30
Prosedur / Tatacara Bayaran
Penyediaan Bayaran
 Bayaran Gaji
 Bayaran Tuntutan Perjalanan
 Bayaran Perkhidmatan & Bekalan
- Bayaran Dengan Pesanan Tempatan (Am 75)
- Bayaran Dengan Borang Inden Kerja (JKR 58)
- Bayaran Dengan Perakuan Bayaran Interim (JKR 66).

31
Prosedur / Tatacara Bayaran
Penyediaan Baucer Gaji
 Kewangan 8 (Kew.8)
 Surat Lantikan / Surat Arahan Pertukar
 Sijil Gaji Akhir ( LPC )
 Penyata Perkiraan Jika Perlu
 Penyata Tuntutan Elaun Lebih Masa
 Surat Kelulusan Sesuatu Elaun/Pemberian

32
Prosedur / Tatacara Bayaran
Penyediaan Baucer Gaji
Sijil Gaji Akhir – AP 104
Tiada Bayaran Gaji, Elaun Dan Pencen Boleh
Dibayar Kecuali Secara Pendahuluan Sehingga
Sijil Gaji Akhir Dikemukakan
Tarikh Pembayaran Gaji – AP 105
Tidak boleh dibayar sebelum 25 hari bulan
kecuali hari perayaan

33
Prosedur / Tatacara Bayaran
Tuntutan Perjalanan – AP 100
 Dikemukakan < 10 Haribulan
 Hanya Satu Tuntutan Elaun Perjalanan
Kenderaan / Tambang Pengangkutan Awam
Mengikut Bulan Perjalanan Diselesaikan (?)
 Menyatakan Tarikh, Masa, Jarak, Kadar,
Jawatan, Gaji Pokok, Jenis Tugas Dan Cara
Perjalanan Mengikut Borang Tuntutan
 Tuntutan Perjalanan Rasmi Dan Perpindahan
Diasingkan
34
Prosedur / Tatacara Bayaran

Bayaran Perkhidmatan & Bekalan


Bayaran Dengan Pesanan Tempatan (Am 75)
Bayaran Dengan Borang Inden Kerja (JKR 58)
Bayaran Dengan Perakuan Bayaran Interim
(JKR 66)

35
Prosedur/Tatacara Bayaran
Bayaran Dengan Pesanan Tempatan
Pastikan Yang Berikut:
 Pesanan Tempatan (PT) Hendaklah Lengkap
- Nama Pembekal Dengan Alamat Lengkap
- Butiran Lengkap Pada Perihal
- Amaun Dengan Angka & Perkataan
- Kod Caj Perakaunan , Pengesahan Jab. & Tarikh
- Perakuan Pembekal
- Perakuan Jabatan.

36
Prosedur / Tatacara Bayaran
Bayaran Dengan Pesanan Tempatan
 Invois Hendaklah Lengkap Seperti Berikut:
 Tarikh Invois Hendaklah Sama / Selepas Tarikh PT
 Butiran Bekalan / Perkhidmatan Hendaklah Sama
 Amaun adalah betul
 Nama Bank & Nombor Akaun Hendaklah Dicatatkan
 Disahkan Oleh Pegawai Yang Bertanggungjawab
Keatas Pesanan Tersebut
 Surat Kebenaran / Kelulusan

37
Prosedur / Tatacara Bayaran
Bayaran Perkhidmatan & Bekalan
Bayaran Dengan Borang Inden Kerja
(JKR58)
Sebelum Pembayaran Dibuat Pastikan Yang Berikut:
Borang Inden Kerja Hendaklah Lengkap
- Nama Pembekal Dengan Alamat Lengkap
- Arahan Kerja & Amaun Spt Dlm Tawaran Kerja
- Disahkan Oleh Pegawai Yang Bertanggungjawab
- Pengesahan Siap Kerja Oleh Pemborong
- Diperaku Oleh Pegawai Penyelia Kerja
38
Prosedur / Tatacara Bayaran
Bayaran Perkhidmatan & Bekalan
Bayaran Dengan Borang Inden Kerja
(JKR58)
Sekiranya Pembayaran Dibuat Lebih Dari Sekali
Salinan BIK Juga Hendaklah Dilengkapkan Dengan
Menyatakan Amaun Yang Patut Dibayar Dalam Tuntutan
Tersebut
Cara Tawaran Dibuat – Dokumen Perlu Disertakan
- Tender
- Sebut Harga
- Runding Terus (Nyatakan Cara Tawaran,
Pusingan, Undian dsb)
39
Prosedur / Tatacara Bayaran
Bayaran Perkhidmatan & Bekalan
Bayaran Dgn Borang Inden Kerja (JKR
58)
 Dokumen Lain Yang Perlu Disertakan
- Salinan Yang Disahkan Sijil Pendaftaran Pusat
Khidmat Kontraktor
- Salinan Yang Disahkan Insuran Kerja
- Salinan Yang Disahkan Jaminan Bank
- Salinan Yang Disahkan Perakuan Terima Kerja
- Dokumen-Dokumen Lain Yang Berkaitan Jika Ada

40
Prosedur / Tatacara Bayaran
Bayaran Perkhidmatan & Bekalan Bayaran
Dengan Perakuan Bayaran Interim (JKR66)
Sebelum Pembayaran Dibuat Pastikan Yang Berikut:
Satu Salinan Dokumen Kontrak Hendaklah Diserahkan
kepada Pejabat Pembayar
Perakuan Bayaran Interim – JKR 66 Hendaklah Dilengkapkan
Dengan Sempurna
-Bahagian A – Adalah Untuk Menunjukkan Bayaran & Potongan
Yang Terdahulu
-Bahagian B – Adalah Untuk Perakuan Bayaran Semasa

41
Prosedur / Tatacara Bayaran

Pembayaran Disokong Dokumen Lengkap–


AP 107
Dokumen Lengkap Perlu Dikemukakan. Jika
Tidak Bayaran Tidak Boleh Dibuat Kecuali Sistem
Bayaran Pukal

42
Prosedur / Tatacara Bayaran

Baucar Asal Hilang – AP 108


Jika baucar asal hilang, maka pegawai mesti
mengemukakan salinan baucar pejabat dan
diakui sah oleh pegawai dan memperakui
bahawa bayaran tidak dua kali

43
Prosedur / Tatacara Bayaran
Menandatangani Baucar – AP 101
1. Tandatangan Pegawai Pengawal Atau Orang Yang
Diwakilkannya Dan Contoh Tandatangan.
2. Surat Pekeliling ANM Bilangan 1 Tahun 2008
i. Nilai < RM20,000 – gred <26
ii. Nilai > RM20,000 – gred >27
iii. EFT – Had Kuasa Berbelanja oleh PTJ
3. Pegawai Yang Menandatangani Terdiri:
i. Pegawai Penjaga Peruntukan
ii . Pegawai Yang Menyemak Dan Mengesahkan
iii. Pegawai Memperakui – Pegawai Terkanan

44
Prosedur / Tatacara Bayaran
Tanggungjawab Pegawai Yang Memperakui Baucar –
AP102

Memperakui Butir Bayaran Dalam Baucar Benar


i. Bekalan/perkhidmatan Sempurna
ii. Harga Ikut Kontrak/manasabah
iii. Kebenaran Diberikan/ Kiraan Betul
iv. Penerima Sebenar/program & Aktiviti
v. Wang Mencukupi

Bertanggungjawab atas kehilangan wang awam jika perakuan salah

Pastikan syarat pelarasan, pulang balik pendahuluan dan pinjaman


dipatuhi 45
Prosedur / Tatacara Bayaran
Bil Dibayar Segera – AP 103
 Bil Dibayar Dalam Masa 14 hari
 Daftar Bil Diselenggarakan Untuk Menunjukkan
i. Tarikh Bil
ii. Amaun
iii. Perakuan Pegawai Kerja Sempurna
iv. Tarikh Baucar Disediakan
v. Tarikh Baucar Dihantar Ke Pejabat Pembayar
vi. Tarikh Cek Disediakan
 Tindakan Surcaj Dan Tatatertib Boleh Dikenakan
Jika Bil Lewat Dibayar

46
Prosedur / Tatacara Bayaran
Kaedah Perolehan
 Pembelian Runcit
 Pembelian melalui Kontrak Pusat - ePerolehan
 Pembelian melalui Sebutharga
 Pembelian melalui Tender
 Pembelian Terus
 Tender Terhad
 Tender melalui Perundingan Terus
 Pembelian Darurat

47
Peraturan Am Pembayaran
Kaedah Bayaran – AP 97
 Pembayaran Dengan Cek Berpalang
 Cek Tidak Berpalang Kepada Penerima Tanpa
Akaun Bank
 Bayaran Secara Tunai – Perlu Patuhi AP 96
 Pembayaran Dengan PWR

48
Peraturan Am Pembayaran
Kaedah Bayaran
 Bayaran Melalui Cek
 Tunai (AP 96)
 Electronic Fund Transfer (EFT)
 Sistem Bayaran Pukal
 Panjar Wang Runcit
 Bayaran Melalui Bank Deraf
 Pemindahan Telegraf (TT)
 Bayaran Melalui Baucer Jurnal
49
Peraturan Am Pembayaran
Pemeriksaan Daftar Pembayaran –
AP98(b)
 Sebulan sekali
 Pegawai yang ditukar dan yang mengganti
mesti mengesahkan daftar bayaran
 Apa-apa selisih hendaklah dilaporkan kepada
Pegawai Pengawal, JANM atau Bendahari
Negeri

50
Peraturan Am Pembayaran
Perbelanjaan Tidak Diakui – AP 107
Sesuatu bayaran hendaklah dianggap sebagai
perbelanjaan tidak diakui jika tidak ada keterangan bahawa
ia telah dilakukan, dibenarkan, dan diselesaikan dengan
sepatutnya
Pegawai Pembayar mestilah meminta kelulusan
Perbendaharaan supaya pembayaran itu dibiar
dipertanggungkan kepada akaun.
Laporan mengikut Arahan Perbendaharaan 109
hendaklah dihantar dan disertai dengan baucer
asal/salinan pejabat yang diperakukan

51
Peraturan Am Pembayaran
Bayaran Dibawah AP58(a)
Kebenaran khas adalah dikehendaki untuk membayar
baucer yang dikemukakan selepas bulan pertama
tahun kewangan yang baru mengenai pertanggungan
tahun lepas
Masih mempunyai baki vot tahun berkenaan
Memohon kelulusan Perbendaharaan sekiranya baki
vot tahun berkenaan tiada
Sijil AP 58(a) hanya diluluskan oleh Akauntan sahaja

52
Peraturan Am Pembayaran
Bayaran Dibawah AP96
Mengeluarkan Wang Dari Perbendaharaan Untuk
Dibahagi-bahagikan
Cek Atas Nama Jawatan Pegawai
Disertakan Senarai Nama Penerima
Dikembalikan Kepada Perbendaharaan Setelah Senarai
Tersebut Diperakui Terima Untuk Disimpan Bersama
Baucer Asal
Wang Yang Tidak Dapat Diserahkan Dalam Tempoh 21
Hari Hendaklah Dikembalikan Kepada Perbendaharaan

53
Sekian
Terima Kasih

Tel : 03-27714195
Fax : 03-27157506
e-Mail : zamani@anm.gov.my

54

You might also like