You are on page 1of 84

1.

BIDANG-BIDANG UTAMA

PENGURUSAN PENGURUSAN HASIL


BELANJAWAN (PUNGUTAN/TERIMAAN)

PENGURUSAN PENGURUSAN PENGURUSAN


PERAKAUNAN ASET
KEWANGAN

PENGURUSAN PENGURUSAN
BAYARAN PEROLEHAN

KAWALAN
PENGURUSAN
1
TERIMAAN &
PUNGUTAN
KANDUNGAN
1. Pengenalan

2. Undang-undang yang berkuatkuasa

3. Jenis Terimaan dan Pungutan

4. Tatacara Terimaan dan Pungutan

5. Kawalan Terimaan dan Pungutan

6. Contoh-Contoh Dokumen Penting

7. Kajian Kes – Laporan dan teguran audit

8. Rumusan

3
B. OBJEKTIF UMUM
1. Menjelaskan dasar-dasar pengurusan terimaan dan pungutan
kerajaan, sistem dan peraturan serta arahan-arahan yang
berkuatkuasa.

2. Meningkatkan kompetensi Pengurus Sekolah dalam merancang,


mengawal dan melaksanakan terimaan dan pungutan mengikut
sistem dan arahan yang berkuatkuasa.

3. Meningkatkan akauntabiliti Pengurus Sekolah terhadap


pengurusan terimaan dan pungutan.

4
2. UNDANG-UNDANG
DAN PERATURAN
a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (disemak 1972)
b) Arahan Perbendaharaan (Pindaan Julai 2008)
c) Akta Pendidikan 1996-Peraturan-Peraturan
Pendidikan(Akaun dan Audit)2002
d) Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
(TPKPKWS)Edisi 2012

5
3.1 KONSEP

Terimaan dan Pungutan merupakan satu proses


pengendalian wang yang diterima oleh sekolah
daripada pelbagai punca mengikut undang-undang dan
peraturan-peraturan pengurusan kewangan yang
sedang berkuatkuasa.

6
3.2 TAKRIFAN ISTILAH
a) Pegawai Pengawal

Pegawai yang dilantik oleh Menteri Kewangan atau


Menteri Besar atau Ketua Menteri dibawah Seksyen 15A
Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) bagi setiap
tujuan perbelanjaan yang diperuntukkan bagi mana-
mana tahun kewangan dalam anggaran, bagi mengawal,
tertakluk kepada sebarang arahan yang ditujukan oleh
pihak penguatkuasa kewangan, perbelanjaan yang
dikuatkuasakan di bawah tujuan itu, dan termasuk
semua tanggungjawab Pegawai Perakaunan.

AP 3
7
b) Pemungut

Seorang pegawai yang oleh kerana jawatannya


atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis
atau peraturan bertulis adalah bertanggungjawab
bagi memungut wang daripada orang awam bagi
pihak kerajaan.

AP 3

8
c) Pegawai Perakaunan
Meliputi semua pegawai awam yang ditugaskan untuk;
 mengutip, menerima atau mengakaun sebarang wang
awam
 membelanja/membayar apa-apa wang awam
 menerima, menyimpan, melupus atau pengakaun
barangan awam
AP 3
Istilah ini hendaklah dipakai bagi Ketua Jabatan atau
pegawai bawahannya yang paling rendah, apabila mereka
menguruskan Wang Awam atau Aset Awam

[Sek. 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61)]


d) Perbendaharaan

Menteri Kewangan dan termasuklah pegawai di


bawah kawalan pentadbirannya atau yang telah
diturunkan kuasa untuk bertindak bagi pihaknya
atau yang dibenarkan menggunakan kuasanya di
bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61)
mengikut peruntukan Seksyen 6 atau 7 Akta
Perwakilan kuasa 1956 (Akta 358)

AP 3

10
e) Resit Rasmi

Sebarang akuan terimaan wang dari orang awam


termasuk dalam bentuk lesen, tiket, borang yang mana
amaun bayaran tetap ditulis atau dicetak padanya atau
melalui media elektronik.
AP 3

11
f) Wang Awam

Semua hasil, pinjaman, amanah dan lain-lain


wang dan semua bon, debentur dan lain-lain sekuriti apa
sahaja dikumpul atau diterima oleh kerana Persekutuan
(tidak termasuk zakat, fitrah, Baitulmal dan hasil-hasil
muslim)

[Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957(Akta61]

..dan termasuklah wang tunai dan kesetaraan


tunai serta semua instrumen kewangan kerajaan.
AP 3

12
3.3 TANGGUNGJAWAB
a) Pegawai Pengawal
Melaksanakan kewajipan kewangan Kementerian/
Jabatan dengan sempurna;

 Memungut dengan sewajarnya segala wang awam


yang patut diterima atau dibawah arahannya

 Menyimpan dengan selamat wang awam yang telah


dipungut

 Bertanggungjawab sekiranya akaun yang


dikemukakan oleh mereka atau dibawah kuasa
mereka didapati tidak betul
 Perwakilan kuasa kepada pegawai lain hendaklah
dibuat dengan arahan bertulis dan beliau secara
amnya tidak terlepas dari tanggungjawab sendiri
setelah perwakilan dibuat

 Pegawai Pengawal selaku pegawai perakaunan


ketika melaksanakan tanggungjawab kewangan
hendaklah mematuhi Piawaian Perakaunan
kerajaan, Surat Pekeliling dan Surat Arahan
Akauntan Negara Malaysia yang berkuatkuasa

AP 53
b) Pemungut

Menyimpan dengan selamat dan menggunakan


dengan sepatutnya semua Resit Rasmi

Menyimpan dan mengunci semua stok Resit Rasmi,


lesen, borang akuan terima yang lain yang belum
guna dalam stok, dengan selamat di bawah
kawalannya sendiri atau di bawah kawalan seorang
pegawai kanan yang tidak menyediakan Resit Rasmi
atau membuat pungutan

15
Memastikan ciri-ciri keselamatan dan kawalan
dalaman dalam persekitaran elektronik adalah
mencukupi dan berfungsi serta hanya pegawai yang
diberi kuasa sahaja dapat mengakses sistem dan
dokumen-dokumen kawalan

Melaksanakan terimaan secara elektronik mengikut


pekeliling yang berkuatkuasa.
AP 65

16
3.4 KEPERLUAN SISTEM
TERIMAAN DAN PUNGUTAN
a) Memastikan semua pungutan yang dipertanggung-jawab kepada
sekolah dipungut dengan sewajarnya untuk mengelak ABT.

b) Mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dan mengambil


tindakan sekiranya berlaku kehilangan, penyelewengan dan
salah guna kuasa.

c) Menghindari kehilangan dan kecurian harta sekolah(wang


tunai)

d) Meningkatkan kecekapan menguruskan terimaan dan pungutan


sekolah dengan berkesan,

17
4. JENIS-JENIS TERIMAAN

1. Sumber Kerajaan
 Bantuan Mata Pelajaran
 Bantuan Bukan Mata Pelajaran

2. Sumber Bukan Kerajaan (Wang Awam)


 Kutipan daripada murid
 Derma daripada orang awam
 Caj kemudahan sekolah
 Lain-lain

18
4.1 TERIMAAN DALAM AKAUN
KUMPULAN WANG KERAJAAN
 Pemberian Bantuan  KWAPM, SBT
Perkapita  RIMUP
 Yuran Khas  Pakaian Seragam
 Rancangan Makanan  Ops Dakwah
Tambahan (RMT)  Kem Bestari Solat
 Biasiswa Kerajaan  Ihya’ Ramadan
 Pra Sekolah  Elaun Bantuan Kelas
 Yuran Peperiksaan Pendidikan Khas
Kerajaan (MUET)  Bantuan PIBG
 Geran Pelancaran  Lain-lain bantuan
(Launching Grant) kerajaan
TERIMAAN DALAM AKAUN
KUMPULAN WANG SUWA
Bayaran-Bayaran lain
Sewa Kantin
Sewa Kedai Buku
Sewaan Harta Sekolah
Derma dan Sumbangan
Majlis Sukan Sekolah
Majalah Sekolah
Faedah bank
20
TERIMAAN DALAM AKAUN
KUMPULAN WANG ASRAMA

LPBT Asrama
Bantuan Makanan Asrama
Yuran Makan Asrama
Yuran Pendaftaran Asrama
Yuran Dobi / Pelbagai yang diluluskan
Faedah Bank

21
TATACARA TERIMAAN DAN PUNGUTAN

a) Permohonan kebenaran bertulis daripada


Pendaftar Sekolah
b) Penyediaan Surat Perwakilan Kuasa memungut
wang awam (TPKPKWS 5.4.2)
c) Resit dan Proses Pengeluaran Resit
- Resit Pejabat (RP01)
- Resit Murid (RM01)
d) Pengakaunan, penyimpanan dan perbankkan
e) Perlaporan

22
PENGURUSAN TERIMAAN
BAGI BAYARAN LAIN
 Cadangan bayaran lain perlu dibentang, dibincang
dan diputuskan di dalam Mesyuarat Agung PIBG atau
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

 Kutipan untuk PIBG – Akaun PIBG

 Kutipan wang asrama – Kumpulan Wang Asrama

23
 Kutipan lain untuk aktiviti sekolah – Kumpulan
Wang SUWA

 Kutipan majalah sekolah – Kumpulan Wang SUWA

(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2009, Surat


Pekeliling Ikhtisas Bil 14/2010 dan Surat
Edaran Bahagian Akaun 8 Mei 2009)

24
KELULUSAN PENDAFTAR
a) KUASA untuk melulus kutipan yuran di sekolah-sekolah
telah ditetapkan oleh School (General) Regulation 1951-
Peraturan 57. Peraturan tersebut memberi kuasa kepada
Pendaftar Sekolah meluluskan sebarang kutipan termasuk
jumlah dan cara kutipan yuran boleh dilaksanakan.

b) Semua jenis yuran termasuk yuran sekolah yang


dikenakan oleh sekolah-sekolah bantuan penuh terhadap
murid-murid perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan
daripada Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri

25
c) Hanya Pendaftar sahaja yang diberi kuasa
meluluskan kelulusan itu. Kuasa ini tidak
diperturunkan kepada mana-mana pegawai lain.

d) Bagi sekolah-sekolah berasrama penuh dibawah


kelolaan Pengarah Sekolah-Sekolah dan Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional dibawah kelolaan
Pengarah Pendidikan Teknik dan Vokasional, segala
jenis bayaran yang dikenakan termasuk bayaran
tambahan hendaklah terlebih dulu mendapat
kelulusan Pendaftar Besar Sekolah-Sekolah.

(Bahagian Pendaftaran Sekolah KPM)


LAMPIRAN 1-PEKELILING KPM

27
LAMPIRAN 1-PEKELILING KPM
LAMPIRAN 2-MOHON KELULUSAN PENDAFTAR

Nama / Jenis Borang

Nama & Alamat Pemohon

Tajuk / Perkara Permohonan

Jenis Yuran Yang Dipohon

Jenis Pungutan Yang Diarahkan

Tandatangan Pemohon

Tandatangan Kelulusan

29
LAMPIRAN 3-KELULUSAN PENDAFTAR

30
5.2 PERWAKILAN KUASA
a) Sebarang kewajipan perwakilan ini kepada pegawai
lain hendaklah dibuat dengan arahan bertulis.

Bagaimanapun seorang pegawai itu secara amnya


tidak terlepas daripada tanggungjawabnya sendiri
setelah perwakilan dibuat.
AP 53
Pengetua/Guru Besar hendaklah memberi kuasa
secara bertulis kepada pegawai-pegawai yang
membuat pungutan bagi pihaknya. Seorang pegawai
yang tidak diberi kuasa tidak boleh membuat
pungutan.
TPKPKWS Bil 5.4.2 & AP 69
31
LAMPIRAN 4-SURAT PERWAKILAN KUASA

Nama Sekolah

Nama & No KP Pegawai

Jawatan Pegawai

Tarikh kuat kuasa

Jenis Terimaan/Pungutan

Kelas/Tingkatan mana

T/Tangan Pemberi Kuasa

T/Tangan Penerima Kuasa

Senarai Edaran

32
LAMPIRAN 5 -SURAT PERWAKILAN KUASA

33
RESIT DAN PENGELUARAN RESIT

a) Resit Rasmi
 Resit rasmi secara manual atau elektronik mestilah
dikeluarkan sebagai akuan terima wang yang
dibayar kepada seseorang pegawai awam.

 Resit rasmi mestilah dikeluarkan pada masa urusan


dibuat dan jika seseorang pembayar hadir sendiri,
Resit Rasmi itu mesti diserahkan kepadanya.
Apabila Wang Awam diterima melalui pos atau
penghantar, Resit Rasmi baginya mesti disediakan
pada hari itu juga dan dihantar selewat-lewatnya
pada hari bekerja berikutnya.
34
 Resit Rasmi tidak akan dikeluarkan bagi
pembayaran yang dibuat oleh pegawai awam
dengan cara potongan pada baucar melainkan jika
sistem perakaunan yang digunakan
mengkehendakinya.

AP 60

35
b) Perakuan Terima Wang
Terdapat 2 Jenis Resit Rasmi;

 Resit Rasmi Pejabat (RP01)


Dikeluarkan oleh Pengurus Sekolah/pegawai yang
diberi kuasa kepada guru-guru darjah/tingkatan/
warden/penyelia asrama dan orang awam.

 Resit Rasmi Murid (RM01)


Digunakan oleh semua sekolah termasuk SJK Cina
dan SJK Tamil
AP 60
36
LAMPIRAN 6-ARAHAN PINDAAN FORMAT
DOKUMEN KEWANGAN

37
c) Pemberitahuan Awam

 Pegawai Pengawal dan Pemungut hendaklah


menentukan supaya orang awam diberitahu dengan
sepenuhnya bahawa mereka hendaklah meminta resit
bagi semua wang yang dibayar dan bahawa mereka
hendaklah hanya menerima akuan terima yang
dikeluarkan pada resit yang bercetak dan bernombor.

 Pemberitahuan dalam bahasa-bahasa yang berkenaan


hendaklah dipamerkan di tempat-tempat yang mudah
dilihat oleh orang awam.

‘SILA DAPATKAN RESIT RASMI BAGI SETIAP


PEMBAYARAN YANG DIBUAT’

38
d) Perolehan Buku Resit

Sekolah hanya boleh memperolehi Buku Resit


daripada Percetakan Nasional Berhad

TPKPKWS 5.3.3
LAMPIRAN 7-DAFTAR STOK BUKU RESIT

40
e) Proses Penyediaan Resit

 Resit Rasmi dikeluarkan masa urusniaga dibuat.


AP 60
 Pegawai yang menulis tidak boleh menandatangani
resit KECUALI pegawai yang mesti bekerja seorang
diri
Contoh: guru kelas / warden.
TPKPKWS Bil. 5.4.6 dan AP 70(a)
 Berkarbon
 Pen mata bola
 Pengasingan penggunaaan Buku Resit mengikut
Kumpulan Wang (Kerajaan, SUWA, Asrama)

41
LAMPIRAN 8-CONTOH RESIT RASMI

42
LAMPIRAN 9-MAKLUMAT PENTING BUKU RESIT

1. Nombor Siri Resit


2. Nama & Alamat Pejabat
Pembayar
3. Nama Pembayar
4. Maksud Penerimaan/
pembayaran
5. Jumlah dalam “PERKATAAN”

6. Jumlah dalam “ANGKA”


7. Bentuk Terimaan
(TUNAI/CEK/DLL)
8. Tandatangan Penulis Resit

9. Tarikh Penerimaan/Urusniaga

43
MEREKOD PUNGUTAN

a) Pungutan yang dibuat oleh guru kelas hendaklah


direkodkan ke dalam “Borang Kutipan dan Serahan
Guru Ke Pejabat” dan diserahkan bersama-sama
buku resit kepada Pengetua/Guru Besar pada hari
yang sama’

TPKPKWS 5.3.5

44
b) Tindakan Guru Kelas;

 Memungut dan mengeluarkan resit


 Mengisi Borang Kutipan & Serahan Guru Ke Pejabat
dalam 2 salinan:-
Asal - Simpanan Pejabat
Pendua - Guru Kelas/Tingkatan
 Failkan mengikut tertib
 Catat dalam Daftar Kedatangan Murid

45
LAMPIRAN 10-PENGISIAN JADUAL
KEDATANGAN PELAJAR
Bayaran Tambahan Majalah Sekolah Takaful
Bil Nama Murid
Tarikh Bil Resit Jumlah Tarikh Bil Resit Jumlah Tarikh Bil Resit Jumlah
1 Amir bin Hamzah 2.1.2003 0001 9.00 2.1.2003 0001 8.00 2.1.2003 0001 1.50
2 Amri bib Borhanan 2.1.2003 0009 9.00 2.1.2003 0009 8.00 2.1.2003 0009 1.50
3 Bahari bin Baharom 2.1.2003 0007 9.00 2.1.2003 0007 8.00 2.1.2003 0007 1.50
4 Che Lah bin Shaari 2.1.2003 0006 9.00 2.1.2003 0006 8.00 2.1.2003 0006 1.50
5 Daud bin Ibrahim 2.1.2003 0004 9.00 2.1.2003 0004 8.00 2.1.2003 0004 1.50
6 Derani bin Ishak 2.1.2003 0002 9.00 2.1.2003 0002 8.00 2.1.2003 0002 1.50

7 Mat Rosli bin Din 2.1.2003 0008 9.00 2.1.2003 0008 8.00 2.1.2003 0008 1.50

8 Mat Zahari bin Din 2.1.2003 0015 9.00 Dikecualikan 2.1.2003 0015 1.50
9 Md Talha bin Daud 2.1.2003 0016 9.00 2.1.2003 0016 8.00 2.1.2003 0016 1.50
10 Ashikin bt Johari 2.1.2003 0010 9.00 2.1.2003 0010 8.00 2.1.2003 0010 1.50
11 Azhani bt Ismail 2.1.2003 0013 9.00 2.1.2003 0013 8.00 2.1.2003 0013 1.50
12 Fatimah bt Azli 2.1.2003 0011 9.00 2.1.2003 0011 8.00 2.1.2003 0011 1.50
13 Samsiah bt Saud 2.1.2003 0014 9.00 2.1.2003 0014 8.00 2.1.2003 0014 1.50
14 Saudah bt Dahlan 2.1.2003 0017 9.00 2.1.2003 0017 8.00 2.1.2003 0017 1.50
15 Serina bt Bakar 2.1.2003 0003 9.00 2.1.2003 0003 8.00 2.1.2003 0003 1.50
16 Zaharah bt Ismail 2.1.2003 0005 9.00 2.1.2003 0005 8.00 2.1.2003 0005 1.50
17 Zuhail bt Aliasa 2.1.2003 0008 9.00 2.1.2003 0008 8.00 2.1.2003 0008 1.50

46
LAMPIRAN 11-BORANG SERAHAN
GURU KE PEJABAT

47
LAMPIRAN 12-PENGISIAN BORANG
SERAHAN GURU

48
c) Tindakan Pejabat Terhadap Serahan
Pungutan

 Menerima, menyemak dan menyimpan


Borang Kutipan dan Serahan Guru Ke
Pejabat

 Menyemak Buku Resit Murid

 Memastikan jumlah serahan

 Menyediakan Daftar Kutipan Harian


49
 Mengeluarkan Resit Pejabat

 Masukkan wang ke bank

 Catatkan amaun di slip bank ke dalam Buku


Tunai dan failkan.

TPKPKWS 5.3.8 dan AP 78(a)

50
LAMPIRAN 13-CONTOH DAFTAR
KUTIPAN HARIAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI
Jalan Kampong Pandan, 55100 Kuala Lumpur

DAFTAR KUTIPAN HARIAN (Kumpulan


Wang Kerajaan /Suwa)

51
PENYIMPANAN DOKUMEN TERKAWAL
Kaedah Penyimpanan ditempat yang dikunci dengan
selamat seperti;
 Peti Besi
 Kabinet Keluli

Tujuan Penyimpanan
 Elak kecurian, penyalahgunaan dokumen, kehilangan,
kerosakan dan kemusnahan.
 Keselamatan dan pengauditan
TATACARA KEHILANGAN DOKUMEN
TERKAWAL

a) Kehilangan Buku Resit yang telah dikeluarkan


daripada stor dan telah digunakan untuk merekod
hasil

 Membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam dari


masa kehilangan diketahui.

 Pengurus Sekolah hendaklah menyediakan Laporan


Awal[Lampiran J-AP 316(c)]
 Lantikan Jawatankuasa Penyiasat oleh Pegawai
Pengawal

 Jawatankuasa Penyiasat hendaklah menyediakan


Laporan Akhir[Lampiran K-AP 317(b)]

 Permohonan Pendahuluan Diri bagi tujuan


menggantikan wang yang hilang

 Tindakan syor surcaj/tatatertib

PP bil 13/2008 & AP300


b) Kehilangan Buku Resit yang belum digunakan tetapi
telah dikeluarkan daripada stor dan telah dipastikan
tiada kutipan hasil pernah dibuat;

 Pengurus Sekolah hendaklah mengeluarkan notis


pemberitahuan melalui iklan dalam satu surat
khabar harian utama berbahasa Melayu bagi
menyenaraikan ke semua nombor resit yang
hilang

PP bil 13/2008 & AP300


PROSES PENGAKAUNAN DAN PERBANKAN

 Rekod Terimaan/Pungutan ke dalam Buku Tunai

 Terimaan dibankkan mengikut Kumpulan Wang


Sekolah;
 Dibankkan pada hari itu juga atau jika lewat
diterima, masukkan pada hari bekerja esoknya
- Wang tunai melebihi RM500 atau
- Jumlah pungutan (Wang Tunai, Cek, Wang Pos dll
berjumlah melebihi RM2,000)
 Dibankkan melalui mesin pendeposit (pilihan)

 Disimpan di Balai Polis berdekatan

 Jika lewat diterima, masukkan pada hari bekerja yang


berikutnya

 Semua terimaan tanpa mengira jumlah dimasukkan ke


bank pada hari akhir bulan berkenaan.

 Semua terimaan pada akhir tahun tanpa mengira jumlah


hendaklah dibankkan pada akhir tahun kewangan
semasa (31 Disember)

57
 Penerimaan Cek dibankkan dalam tempoh 1 minggu

 Direkodkan ke dalam Daftar Terimaan Sekolah (Daftar


Mel)

 Resit hendaklah dikeluarkan pada hari yang sama dan


dihantar kepada pembayar apabila wang diterima
melalui pos

 Rekod ke dalam Buku Tunai mengikut Kumpulan Wang

TPKPKWS 5.3.8, 5.3.6 & AP 78


LAMPIRAN 14-DAFTAR MEL

DAFTAR PENERIMAAN WANG SEKOLAH


(DAFTAR MEL)

59
6.1 Terimaan Bayaran Dengan Cek

 Cek hendaklah atas nama Jawatan Guru


Besar/Pengetua

 Pastikan cek berpalang ‘Akaun Penerima Sahaja’.


Sekiranya tidak dipalang hendaklah SEGERA dipalang
apabila diterima

TPKPKWS 5.4.3

60
Cek-Cek Tidak Laku

Tindakan:-

 Kembalikan kepada pemilik cek

 Membuat pelarasan keluar di Buku Tunai dengan


catatan “Kontra Cek Tak Laku”

 Mendapatkan balik pungutan dengan segera

TPKPKWS 5.4.4

61
Terimaan Melalui Bank

a) Telah dipraktikkan di Sekolah Menengah


Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Teknik

b) Sekolah biasa yang bercadang untuk


mengendalikan sistem ini perlu mendapatkan
kelulusan Bahagian Kewangan (Unit Akaun
Sekolah) KPM

62
c) Syarat-syarat Permohonan;

 Dapatkan persetujuan daripada ibu bapa.

 Dapatkan persetujuan bertulis daripada pihak bank


mengenai sistem dan format slip yang akan
digunakan.

 Dapatkan kelulusan bertulis dari Bahagian Akaun.

 Slip Bayar Masuk Bank dipersetujui oleh bank.

 Resit dikeluarkan selepas perakuan bank diterima.

63
Terimaan Mata Wang Asing

Matawang asing yang tidak sah diperlakukan tidak


boleh diterima sebagai bayaran oleh mana-mana
jabatan kerajaan. Sekiranya mata wang asing sampai
ke tangan seseorang pegawai pengakaun, wang ini
hendaklah dihantar kepada Perbendaharaan
Tempatan atau Perbendaharaan Kecil Tempatan atau
dimasukkan ke dalam Akaun Bank Kerajaan. Semua
terimaan wang oleh sekolah hendaklah dalam Ringgit
Malaysia (RM).

AP 77

64
KAWALAN TERIMAAN DAN PUNGUTAN
Kawalan Borang Terkawal
a) Larangan Pindaan Buku Resit

Jika terdapat sebarang kesilapan semasa resit ditulis,


resit tersebut tidak boleh dipinda dalam apa juga
bentuk tetapi ia hendaklah dibatalkan dan
dikeluarkan resit yang baru. Resit yang dibatalkan
itu hendaklah disimpan bersama-sama salinannya
untuk tujuan pengauditan.
TPKPKWS 5.4.7 & AP 62

65
b) Kawalan Resit Rasmi

Apabila Resit Rasmi, lesen atau apa-apa borang


akuan terima yang lain dikeluarkan daripada buku
kaunterfoil , tiap-tiap seorang pegawai yang
menandatangani mana-mana dokumen mestilah
menurunkan tandatangan ringkasnya pada kaunterfoil
itu yang hendaklah mengandungi butiran penuh
naskhah asalnya termasuk amaun yang diterima dan
tarikhnya.

Jika Resit Rasmi , lesen atau borang akuan terima


yang lain memerlukan penggunaan kertas karbon sama
ada dalam sebuah buku atau mesin daftar wang, kertas
karbon dua muka hendaklah digunakan.
AP 63(a)
c) Kawalan Borang-Borang Hasil

Pegawai yang bertanggungjawab menerima stok


Resit Rasmi hendaklah memastikan bahawa nombor di
dalamnya adalah lengkap dan betul. Ia hendaklah
mencatat dan menandatangani di belakang helai
pertama salinan pejabat dalam buku itu satu perakuan
dalam bentuk yang berikut;

‘Diperiksa oleh saya pada hari ini bertarikh ………


dan didapati mengandungi …… borang Resit Rasmi
berpendua/berpeniga yang bernombor dengan betul.’
AP 66(a)

67
Mana-mana stok yang didapati rosak hendaklah
dikembalikan kepada syarikat percetakan yang
dilantik oleh Kerajaan beserta laporan.
AP 66(b)
Hanya stok resit yang sebenarnya dikehendaki bagi
kegunaan serta merta dikeluarkan mengikut
susunan nombor yang betul.

AP 66(c)

68
d) Daftar Borang Hasil

Daftar Borang Hasil mengikut bentuk yang


ditetapkan, menunjukkan semua stok Resit Rasmi,
lesen dan borang akuan terima lain yang diterima dan
dikeluarkan mestilah disenggara oleh tiap-tiap
Pemungut. Tiap-tiap satu catatan keluaran mestilah
ditandatangani oleh pegawai yang kepadanya keluaran
itu dibuat atau mengenai keluaran kepada pegawai
cawangan mestilah disokong dengan baucar keluaran
yang ditanda terima.
AP 67

69
e) Menyimpan Selamat Buku Resit

Semua stok lesen dan Resit Rasmi apabila tidak


digunakan hendaklah disimpan di tempat yang dikunci
dengan selamat.
AP 68

70
f) Kebenaran Bertulis Menerima Wang

Tiada seorang pegawai boleh menerima wang


dalam apa jua bentuk terimaan kecuali diberi
kebenaran khusus secara bertulis oleh Pemungut
untuk berbuat demikian. Pemungut hendaklah
menyelenggara suatu rekod mengenai kebenaran yang
telah diberi.
AP 69

71
g) Wang Awam Tidak Boleh Digunakan

Selepas wang diterima dan sebelum dibayar-masuk ke


dalam bank, wang kutipan tidak boleh digunakan
untuk apa-apa tujuan pun.

AP 85
PROSES KAWALAN
TERIMAAN DAN PUNGUTAN

Rekod Kehadiran Murid yang kemaskini.


Rekod-Rekod penyewaan kantin dan aset sekolah
Rekod terimaan melalui mel
Buku Tunai
Daftar Daftar Stok Buku Resit
Borang Kutipan Harian dan Serahan Wang Kutipan

kepada Pejabat.
Penyata Akaun Tahunan Kumpulan Wang Sekolah

73
PENYELIAAN TERIMAAN DAN
PUNGUTAN
a) Menyemak tiap-tiap hari Buku Resit, Buku Tunai dan
buku-buku akaun yang lain atau laporan-laporan
komputer .(termasuk cetakan komputer bank pada Slip
Bank)
b) Pegawai yang menyemak hendaklah menurunkan
tandatangan ringkas dan mencatatkan tarikh ditempat
setakat mana buku atau laporan yang telah disemak.
c) Menyemak Buku Resit dan lesen tiap-tiap minggu
termasuk buku stok.
d) Menyemak bayaran-bayaran kepada Perbendaharaan
PELAPORAN DAN PENGAUDITAN

a) Semua Terimaan dan Pungutan dilaporkan ke


dalam Penyata Akaun Tahunan Kumpulan Wang
Sekolah masing-masing.

b) Dalam Penyata Akaun Tahunan Kumpulan Wang


Sekolah, jumlah-jumlah pungutan yang diterima,
sepatutnya diterima dan Akaun Belum Terima
akan dilaporkan.

75
c) Pungutan yang sepatutnya diterima tetapi masih
belum diterima dalam tahun yang dilaporkan
akan diakaunkan dalam Akaun Belum Terima.

d) Akaun Belum Terima akan menyebabkan


Laporan Audit Berteguran ke atas Akaun Tahunan
Kumpulan Wang Sekolah.

76
SEMAKAN/PEMERIKSAAN
MENGEJUT
a) Tiap-tiap pegawai yang menjaga sesuatu pejabat
hendaklah mengadakan pemeriksaan mengejut
secara berkala ke atas tiap-tiap peti besi, peti wang
tunai, laci, atau bekas-bekas lain untuk wang dlam
jagaan seseorang pegawai dalam Jabatannya, yang
diamanahkan dengan penyimpanan wang awam,
setem atau barang-barang lain yang berharga.
b) Pemeriksaan Mengejut hendaklah dilakukan tidak
kurang daripada sekali dalam enam (6) bulan dan
hasil pemeriksaan itu hendaklah direkodkan dalam
Buku Pemeriksaan Mengejut yang disimpan dalam
tiap-tiap jabatan.

AP 309

78
LAMPIRAN 15-DAFTAR PEMERIKSAAN
MENGEJUT
TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP
KETIDAKPATUHAN PERATURAN KEWANGAN

1. SURCAJ

Surcaj boleh dikenakan kepada Pengurus Sekolah


SEKIRANYA;

 Gagal mengutip hasil dan cukai

 Membuat bayaran tidak mengikut peraturan

80
 Terlibat dan sabit dengan sesuatu kehilangan atau
kerosakan harta-harta kerajaan

 Gagal menyimpan akaun dan rekod-rekod yang perlu


dengan lengkap dan kemas.

 Gagal membuat bayaran atau menangguhkan


bayaran.

(Seksyen 18 Akta Acara Kewangan - Disemak 1972)

81
2. PENALTI
Seseorang yang melanggar Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 yang
terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996 adalah
dianggap telah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

82
RUMUSAN
 Penjelasan Peranan dan Tanggungjawab oleh Pemungut
 Sistem operasi terimaan dan pungutan
 Sistem-sistem kawalan ;
a) Pengasingan Tugas
- Menerima wang & menulis resit
- Menandatangani resit
- Penyelenggara pengakaunan terimaan dalam Buku
Tunai
- Memasukkan wang ke bank
- Kawalan ke atas borang-borang kawalan.
b) Audit Dalam
c) JPKA
d) Pemeriksaan Mengejut

83
84

You might also like