You are on page 1of 1

PERSATUAN PEGAWAI AGENSI ANTIDADAH

KEBANGSAAN MALAYSIA
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Tel. : 603-89112200
JALAN MAKTAB PERGURUAN ISLAM, Faks: 603-89262023
43000 KAJANG, SELANGOR, MALAYSIA.

Ruj. Kami : AADK 100 - 13/1/6 ( 2 )


Tarikh : 11 Oktober 2021

SEMUA WARGA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) MALAYSIA

Tuan,

TAKLIMAT INSURANS BERKELOMPOK ANGGOTA BAGI KAKITANGAN AGENSI ANTIDADAH


KEBANGSAAN (AADK)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Persatuan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (PPAD)


akan mengadakan Sesi Taklimat Insurans Berkelompok Anggota bagi Kakitangan Agensi Antidadah
Kebangsaan. Tujuan taklimat ini diadakan untuk menjelaskan keperluan caruman insurans bagi tujuan
kebajikan pegawai dan kakitangan AADK dalam melaksanakan tugas harian. Taklimat ini akan
disampaikan oleh pihak daripada Prudential Assurance Malaysia Berhad.

3. Sehubungan dengan itu, taklimat berhubung dengan perkara ini telah diselaraskan seperti
jadual di Lampiran A dan akan dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom
Meeting. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak tuan bolehlah berhubung dengan pegawai
seperti berikut :

3.1 En. Mohd Azlan bin Ahmad : 03-8911 2283


3.2 Pn. Subaini Binti Mohd Farid : 03-8911 2440
3.3 Pn. Nurul Ain Binti Abdul Halim : 03-8911 2450

4. Justeru, kehadiran pihak tuan ke sesi taklimat ini adalah “DIWAJIBKAN”. Perhatian dan kerjasama
pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZAINUDIN BIN ABDULLAH)


Presiden
Persatuan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

s.k. Ketua Pengarah AADK


Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK

BERSAMA MENYOKONG DAN MENDUKUNG


VISI DAN MISI AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

You might also like