You are on page 1of 1

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH “MAK CIK TEJA” DALAM

MENINGKATKAN KEFAHAMAN BAGI PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA

INGGERIS PELAJAR TINGKATAN 3 SMK SUNGAI PASIR KECHIL

Kadrey Bin Lamjan


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil
Kadrey86@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini adalah bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah mnemonic
“MakCik Teja” dalam meningkatkan kefahaman murid tingkatan 3 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani, Kedah terhadap pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa Bahasa Inggeris(B.I). Oleh itu, penyelidik membuat keputusan untuk mencari jalan
bagaimana untuk meningkatkan kesedaran dan motivasi pelajar untuk sekurang- kurangnya cuba
menjawab soalan berkenaan. Kajian tindakan ini memberi fokus kepada keberkesanan
penggunaan kaedah mnemonic “Mak Cik Teja” dalam pengajaran tatabahasa, khususnya untuk
menjawab soalan bahagian 2 Identifying Error Kertas 1.Tinjauan awal guru mendapati murid
kurang berminat dan sukar memahami hukum tatabahasa bila keadaan yang sesuai
menambahkan imbuhan dan menggunakan kata akar untuk setiap kata kerja . Kesannya, hanya
23 daripada 33 pelajar 3 WAJA yang mampu menjawab soalan-soalan struktur untuk bahagian 2
kertas 1 Bahasa Inggeris. Justeru, suatu pendekatan baharu telah diperkenalkan oleh guru iaitu
menggunakan kaedah “MakCik Teja” bagi membantu baki 10 pelajar yang sangat lemah. Tugas
seorang guru matapelajaran B.I bukan mudah, tambah- tambah lagi bila ditugaskan untuk
mengajar pelajar yang rendah tahap penguasaan Bahasa Inggeris itu sendiri. Hakikat ini juga
dirasai oleh penyelidik sendiri, sebagai guru matapelajaran B.I di kelas 3 WAJA. Banyak faktor
yang mempengaruhi keadaan demikian. Antaranya, tahap kesedaran dan motivasi pelajar itu
sendiri. Ini sangat jelas kelihatan semasa menanda kertas peperiksaan dan ujian. Majoriti pelajar
tidak menjawab soalan bahagian 2 Identifying Error Kertas 1. Kajian ini diharap dapat
membantu murid serta guru yang bukan sahaja melibatkan bahagian 2 kertas 1, tetapi juga
bahagian-bahagian lain yang dilihat kritikal. Ia juga diharap dapat membantu meningkatkan
kefahaman murid terhadap tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kaedah ini juga
dicadangkan untuk diuji kepada pelajar tingkatan 3 kelas-kelas yang lain.

Kata Kunci: mnemonic, tatabahasa, imbuhan, kata kerja, kat akar, iIdentifying error,

pengajaran dan pembelajaran, kefahaman

You might also like