You are on page 1of 3

Antara cara memupuk perpaduan kaum

dalam kalangan masyarakat ialah


masyarakat mengadakan aktiviti gotong-
royong di kawasan perumahan./Pada
cetusan minda saya yang pertama ialah
masyarakat boleh mengadakan aktiviti
gotong-royong di kawasan perumahan untuk
memupuk perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat kita. Hal ini dikatakan demikian
kerana aktiviti ini dapat memupuk
silaturahim dalam kalangan masyarakat
majmuk.Biar kita ambil contoh semasa
mengadakan aktiviti gotong-royong,
masyarakat akan saling memahami dan
bekerjasama melakukan tugasan bak
peribahasa bagai aur dengan tebing. Sebagai
impak, masyarakat akan bekerjasama dan
dapat merapatkan lagi tali persahabatan
dengan melakukan akiviti ini.Maka nyatalah
bahawa masyarakat mengadakan aktiviti
gotong-royong di kawasan perumahan dapat
memupuk perpaduan kaum di Malaysia.
Seterusnya, jiran di kawasan perumahan
juga boleh menganjurkan rumah terbuka
sempena hari perayaan. Hal ini dikatakan begitu
kerana jiran yang berlainan bangsa dapat saling
memahami budaya masing-masing semasa
amalan kunjung-mengunjungi ini diadakan .
Sebagai contoh, jiran yang berbangsa Melayu
menganjurkan rumah terbuka sempena Hari
Raya Aidilfitri dan menjemput jiran berbangsa
Cina dan Iban untuk bersama-sama menyambut
sambutan yang meriah ini. Kesannya, mereka
akan saling memahami budaya kaum
masing-masing dan kedaaan ini dapat
mengelakkan sikap prasangka antara kaum.
Sudah terang lagi bersuluh menunjukkan
bahawa anjuran rumah terbuka di kawasan
perumahan boleh memupuk perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat.

You might also like